Mak kita mesti sayang no. 1, barulah mak anak-anak kita |
"Abah hak Yong sorang," kata Yong, 7 tahun.
"Adik punya Abah. Yong tak boleh," Adik, 3 tahun, tak mahu mengalah.
"Abah dengan Kakak sorang. Yong, Adik dengan Mama," Kakak, 9 tahun, pun tak mahu ketinggalan.
Anak-anak selalu berebut nak dengan Abah walaupun seharian mereka dengan Mama. Itu-ini semua Mama yang buat. Abah ambil yang senang-senang sahaja. Yang selalu marah dan cakap kasar pun Abah juga. Tetapi Abah juga yang menjadi rebutan. Mungkin ini kelebihan kaum Adam. Charming gitu...
Kakak, Yong dan Adik masih bertikam lidah mahukan Abah untuk diri masing-masing. Adik dah mula menangis. Sebelum keadaan lebih parah, Abah terpaksa masuk campur sebagai jaksa pendamai.
"Mari sini semua anak-anak," Aku bersuara macam Tok Penghulu Semerah Padi.
"Abah, cakap siapa yang Abah paling sayang," Kakak terus memberi cadangan drastik yang tinggi impactnya.
"Dengar sini baik-baik Abah nak cakap," Aku terus berkata.
"Yang Abah paling sayang ialah Yong....." Aku membuat pengakuan. Tergantung.
"Mana boleh macam tu Abah, tak adil," Kakak terus memprotes, Adik cuma diam. Yong tersengih gembira.
"Kakak pula Abah sayang nombor 1," Aku menyambung lagi. Kakak diam kali ini, berfikir barangkali.
"Adik pula adalah anak yang Abah sayang baaanyak sekali," Aku menutup declaration.
Setelah diam berfikir, Kakak bersuara.
"Samalah kalau macam tu....."
"Ya....Abah mana boleh beza-bezakan sayang kepada anak-anak. Semua Abah sayang, semua Abah marah kalau buat salah," aku berkata cuba berkarisma sebagai seorang ayah.
AMARAN: Tips ini adalah untuk anak-anak sahaja. Untuk yang pasang orang rumah lebih, carilah nasihat daripada tok guru lain yang maqamnya lebih tinggi dan lebih pakar. Wassalam.
salam cikli,
ReplyDeleteemrmm klu yang bujang mcm saya ni, mcm mane lak? hehehheheh....dan hehe
cikgu,
ReplyDeletesenang je,
who next? your mother.
who next? your mother
who next? your mother
and then your father...
Memang betol bro.... "Abah ambil yang senang-senang sahaja" "Ibu tanggog yang susah"
ReplyDeletegedek!
ReplyDeletepatutlah syurga dok kat depa
BULEH CUBA INI TIPS
ReplyDeletebrutal,
ReplyDeletehehe