Monday, February 7, 2011

Tipu Sunat ?

Suatu hari di tahun lepas, anak dara aku yang baru sembilan tahun bertanya.

“Abah, ustaz royat orang perempuan keluar haid. Orang lelaki keluar air manis, betul ke abah?”
Para ayah perlulah lengkapkan diri dengan pengetahuan
fardhu ain dan mesti pandai loyar buruk

Terpaku juga aku dengan soalan itu. Lantas membetulkan.

“Bukan air manis. Air mani”

“Kenapa keluar air manis...air mani tu abah?” Banyak bertanya la pulak budak kecil ni.

“Bila orang lelaki mimpi....”

“Mimpi apa abah?” Ishhh.... Bila nak berhenti bertanya ni....

“Mimpi bertemu orang perempuan....” Aku cuba menjawab sejujur dan sewajarnya. Agar dapat difahami oleh budak-budak.

“Abah pernah keluar air manis?” Heiii budak ni, kenapa bertanya tak habis-habis ni.

“Pernah la.....” aku menjawab hendak tak hendak.

“Siapa perempuan yang abah mimpi?” Alamak...Apa jenis soalan ni?

“Hmm....Mestilah mama....”

“Abah ni jahat la....” Konklud anak aku.

Aku sendiri pun terasa jahat kerana terpaksa bermain politik untuk jawapan yang terakhir. He he he...Adoiii..

8 comments:

  1. 1) Aku selalu serah kan soalan-soalan sebegini pada orang yang aku mimpi...

    2) Konklud = dah jadi bahasa melayu? Conclude?

    ReplyDelete
  2. gedek!
    1- mimpi itu mainan tidur. tak kuaso den nak shortlist kan orangnya.

    2-kadang-kadang aku cuba menjadi pencetus idea bahasa yang berbunga-bunga. semacam mind menjadi minda. budget menjadi bajet. shit menjadi shial...

    ReplyDelete
  3. salam tuan,
    "saya nak tumpang ketawa je lah ye"
    hahahahhahahahahhahahahahahahahhahahahahahhahahahahahahhahahahahahahahhahahahahhahahahhahahahahahahahahahahahahahahahhahahahhahahahhahahahahhahahahahahahahhahahahahhahahhahahahhahahahahahhahahahahaahahahhahahah

    ReplyDelete
  4. cikgu,

    dengan anak-anak ni kena tahu jawab apa saja. selagi tak jawab, selagi tu lah depa tanya.

    dengar lagu dikir halim yazid 'kerkecek dengan anok'.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. hahe,

    tipu mana ada sunat. ye tak.
    tu istilah escapism orang kita sahaja. sebab tu ambo letak tanda soal

    ReplyDelete
  7. ha.ha.. lawak lah..
    :) :)
    tapi kira ok la tu..
    soalan tak mencabar sangat..
    :D

    ReplyDelete
  8. puteri,
    semalam anak saya tanya bahasa arab... arahan pun tak faham, macam mana nak jawab. ada yang boleh agak-agak tu takpe lah.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...