Pengaruh Mesir di Malaysia sungguh mendalam. Daripada makan kebab, hisap syisya, tarian gelek, sehinggalah kepada politik, banyak yang dipengaruhi oleh Mesir. Banyak yang kita ceduk daripada Mesir. Positif kita ceduk, negative pun kita ceduk.
Hoi Pisang, Turunlah... |
Pemimpin kita pun ramai juga yang meniru atau secara tidak sengaja tertiru stail pemimpin Mesir. Ada yang meniru gaya firaun besar. Ada yang meniru gaya firaun kecil. Ada juga pemuka-pemuka yang meniru Haman, penasihat Firaun. Tak kurang juga yang meniru kecekalan Nabi Musa dan Nabi Harun berdakwah di Mesir dahulu.
Pejuang kemerdekaan kita dulu pun banyak terpengaruh dengan gerakan menentang penjajahan di Mesir. Banyak tulisan dan idea-idea pembaharuan yang dibawa masuk daripada Mesir dan mempengaruhi pemikiran orang kita. Parti Islam di Malaysia pun boleh dikatakan berketurunan daripada Ikhwan Muslimin di Mesir.
Ramai orang kita yang pandai agama berkelulusan daripada Mesir. Mereka balik ke Malaysia dan meneruskan pemahaman masing-masing. Yang faham Umno, akan buat kerja dan makan gaji dengan Umno. Yang faham Pas, akan buat kerja dan berjuang untuk Pas. Kalau mereka ditemukan di atas satu pentas dan berdebat dalam Bahasa Arab kan elok.
Sekarang Mesir dilanda perjuangan rakyatnya untuk menuntut pembaharuan dan keadilan. Mereka tidak mahukan lagi pemimpin mereka Hosni Mubarak yang pro-Yahudi dan rasuah. Krisis Mesir ini secara fizikal dan secara tidak langsungnya mengenai kita juga.
Pelajar kita yang ramai di sana secara langsung terpalit dengan isu ini. Ini adalah kesan langsung pada masa ini yang perlu kita tangani. Apa juga yang bakal terjadi selepas ini sudah semestinya akan memberi kesan kepada apa jua aspek kehidupan di Malaysia. Kerana Mesir dan Malaysia secara sejarahnya begitu sinonim, ibarat paha kanan dan paha kiri. Jika tidak masakan Syeikh Abdul Wahib bin Ismet Ulam Raja berpantun begini semasa mengayat anak saudagar penipu, Sadiq Segaraga.
Kaki bukan sebarang kaki
Kaki diimport dari Egypt
Lelaki bukan sebarang lelaki
Ini lelaki Abdul Wahib
No comments:
Post a Comment
Komen anda dihargai.