Sunday, February 27, 2011

Hindari Fitnah

Ada orang cakap, hanya di bulan
tiada rasuah, betul ke?
Kawan aku, seorang penguatkuasa diajak pergi bersarapan oleh rakan sepejabat.

"Boleh, tapi ada satu syarat," katanya.

"Apa ni? Nak breakfast pun ada syarat?" Si kawan kebingungan.

"Ada, mung kena pakai jaket jabatan," begitu syarat kawan aku.

"Kenapa pula?  Kita bukan nak keluar pergi inspection ni, pakai jaket jabatan buat apa?" Si kawan semakin kebingungan.

"Mung tu cina, kalau kita breakfast semeja, nanti orang ingat towkay cina belanja aku... Dah, pergi pakai jaket," kawan aku memang begitu, tegas, adil dan berhemah.

6 comments:

  1. Bro, aku pernah ada job dengan company Jepon... Ajak discuss kat kedai makan pon dah melanggar polisi company tu.... Hebat!

    ReplyDelete
  2. hu respek2!
    malah kita digalakkan mengelak diri dari difitnah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum:)

    oklah tu..sekurang2 mengelak diri dari difitnah..!
    Maklumlah..terkdg org yang melihat lebih jauh pentafsirannya....apatah lagi menjadi satu isu yg hangat lagi kontroversi!

    ReplyDelete
  4. bro gedek!, cik puteri, pn kartini,
    sememangnya orang Islam patut menjadi juara integriti

    ReplyDelete
  5. mcm taw jer saper... hihihi.. gud job!!

    ReplyDelete
  6. wawa,
    kamu salah, ceritanya bukan di sini, di sinun sarawak nun.....

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...