"Bila bercakap depan khalayak, jangan syok sendiri," aku bermonolog |
Terus terang cakap. Aku paling tak minat nak pergi kursus motivasi. Bukan sebab aku dah cukup motivasi dan tak memerlukannya. Tidak. Kadang-kadang macam tak berpijak di bumi nyata.
Pakar-pakar motivasi sering menjadikan modal ceramah cerita orang lain yang datang berjumpa dengan mereka. Mereka adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan sesuatu masalah, hingga kepada masalah yang paling peribadi. Nah! Kemudian masalah itu dikongsikan dengan semua orang di dalam ceramah. Termasuk di TV-TV. Siap menjadi joke lagi.
Apa perasaan individu yang meluahkan masalah kepada pakar tadi? Dia nak marah openly tak boleh, nanti satu Malaya tahu dialah makhluk yang dilipur-larakan oleh pakar motivasi tersebut. Memendam perasaaan aje lah.
Pernah aku dipaksa mendengar ceramah motivasi seorang ustaz askar pencen. Memanglah menarik. Dia pandai bemain kata-kata. Pengalamannya banyak. Cerita-cerita teladan yang diselitkan dalam ceramahnya pun memang menarik minat ramai. Cerita Israeliyat yang orang tak pernah dengar memang akan menarik perhatian ramai pendengar. Bagi pendapat aku, jika kita dah tahu suatu kisah itu Israeliyat, buat apa di wara-warakan kepada orang lagi. Apa tujuan cerita-cerita Israeliyat ni? Ustazlah yang lebih tahu.
Ada juga penceramah motivasi yang suka bermain dengan emosi pendengar. Ini aku paling menyampah. Sengaja direka cerita-cerita dan kisah kehidupan yang sedih dan menyayat hati. Ada juga yang mengungkit kisah jerih perih ibu ayah membesarkan kita. Sampai ada yang berkisah tentang seorang ibu yang mengutip beras yang tumpah di atas bas! Kisah seorang ibu yang ditempatkan di pondok sebesar reban ayam di belakang banglo anaknya! Celaka! Emosi siapa yang tidak tersentuh dengan bidaah sebegini? Apalagi jika dalam keadaan lampu disuramkan. Hosni Mubarak pun akan teresak-esak di kaki piramid mendengar kisah ini.
Semasa aku menjadi guru dulu ada pelajar SPM bertanya kepada aku di kala SPM semakin hampir.
“Cikgu, elok ke saya nak join kursus motivasi 2 hari ?”
“Molek! Tapi kalau awak belum habis baca dan revision lagi, baik baca buku dan buat latihan semasa 2 hari tu,” itu jawapan aku.
Akupun pernah berkursus motivasi untuk menjadi ‘A’ Star Student. Memang dipaksa la ni. 2 hari. Alangkah baiknya kalau 2 hari tu aku habiskan mengulangkaji pelajaran dan buat homework Applied Maths yang menimbun. Bagi aku dapat menyelesaikan masalah Applied Maths dan Physics adalah satu motivasi diri yang amat berharga dan tak terucapkan.
Tambahan pula bila cikgu-cikgu pun bagi ‘ a pat on the back’ dan tulis kat buku kita ayat-ayat pujian dan motivasi. Itu lagi menambah perisa. Aku pernah dipanggil Cikgu Hairiah sejurus selepas kelas Kimia semasa A-Level.
“Ramli, jumpa saya kat luar sekejap....” Aku hanya menurut cikgu yang rupa dan potongannya mirip Primadona Cher atau nama betulnya Cherilyn Sarkasian La Pierre ini.
Di luar pintu kelas Cikgu Hairiah berkata.
“I didn’t expect you to know the answer to that question just now. Bijok palo otok,” dia tersengih dan terus berlalu. Meninggalkan aku terkedu di situ. Nah! Inilah motivasi yang cikgu-cikgu perlu selalu terapkan. Tak payah bayar sesen pun. (Maaf ye, sekali-sekala puji diri. Bukan nak riak, tapi nak royak).
Kita memang perlu selalu diingatkan dan dimotivasikan. Bukan dimanipulasikan.
ada juga yang beri motivasi tanpa bersandarkan Islam/agama.. memang teruk.
ReplyDeleteSelalu sangat pakar motivasi membuat contoh diri sendiri yang macam malaikat...eh..ye ker?...
ReplyDeleteOrang lain langgar kereta dia...dia tersenyum...orang herdik dia...dia senyum dan entah apa-apa lagi...
pokmudo, puteri - ada yang bagus..
ReplyDeleteBiar hidop motivasikan diri sendiri, boleh?
ReplyDeletegedek!
ReplyDeletedalam maknanya tu. kena bagi satu kursus motivasi tentang tu...