Wajhulkitab |
Facebook binti Jamal Ibrahim. Itulah nama seorang bayi perempuan sulung seorang reformist di Mesir. Dek kerana berasakan terlalu terhutang budi kepada peranan Facebook yang banyak membantu di dalam gerakan pembaharuan sekaligus menggulingkan diktator Hosni Mubarak, si ayah muda ini bertekad untuk menamakan anak sulungnya Facebook.
Memang ramai bapa-bapa yang bersemangat macam ini. Semasa Hosni Mubarak mula-mula naik dahulu, ramai juga bapa yang menamakan anak mereka Hosni, begitu juga Gadafi, Yaser Arafat, Saddam, Osama, Ahmadinejad dan lain-lain.
Di Malaysia, semasa era reformasi, ramai juga yang menamakan anak-anak mereka dengan nama ikon reformasi seperti Nurul Izzah, Ezam, Anwar, Azmin, Lokman Adam, Badrul Amin dan lain-lain.
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga bagi manusia yang tiada istiqamah.
Orang yang telah menamakan anak mereka Gadafi, Hosni, Saddam, Ezam, Lokman Adam, mungkin sedang menyesal sangat-sangat sekarang. Mujurlah aku tidak termasuk ke dalam golongan ini kerana aku hampir menamakan anak keduaku Bahirah sempena nama isteri Ezam Mat Nor. Mujurlah ianya tidak berlaku, jika tidak akulah si bapa yang paling menyesal sekarang.
Berbalik kepada Facebook binti Jamil Ibrahim, aku tak pasti nasib anak ini di masa hadapan. Tetapi aku yakin, bila dia mendapat adik besok, dia akan mempersoalkan kenapa ayahnya tidak menamakan adiknya sebagai Twitter. Nak tunjukkan semangat pun agak-agak lah kita sebagai bapa. Bukankah Rasul kita Muhammad S.A.W telah bersabda dalam sebuah Hadith riwayat Ibnu Hibban,
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu”
Kalau nak tunjukkan semangat, namakanlah anak kita dengan nama Muhammad. Kerana beliaulah manusia paling tabah dan istiqamah dalam perjuangan. Atau Fatimah, kerana beliaulah contoh wanita cekal dan berpekerti mulia. Atau Aishah, atau Asiah, atau Ali, atau Thalhah, Atau Abdul Rahman....
Sekurang-kurangnya si bapa di Mesir itu mengambil nama Facebook sempena perkara positif yang telah disumbangkan oleh laman social itu. Berlainan di tempat kita yang pernah dilaporkan di akhbar kisah isteri beranak satu yang telah lari dari rumah dan tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya yang dijumpai semula melalui laman sosial Facebook ini.
Patutlah ‘Hosni Mubarak’ di tempat kita masih boleh bertahan dan tersengih sambil merampok apa sahaja...
as salam tuan blog.
ReplyDeletesebenarnya fesbuk juga telah menemukan kembali rakan rakan sekolah rendah dan menengah yang terpisah berpuluh tahun yang lalu.
dan memang tak dinafikan, ianya juga yang telah menemukan kembali org yg pernah kita cintai juga berpuluh tahun dahulu..
abemaemache
ReplyDeletebenar tu.
bukan saja rakan, musuh pun boleh jumpa semula untuk berbaik-baik dan bermaafan.
ambo pun ada jumpa tu hehe. tp tak berani nak add la... air yang tenang jgn dikacau. dok gitu be?
salam cikli,
ReplyDeleteInilah masalah masyarakat sekarang. Dalam Islam klu kita mahu lakukan sesuatu perkara tu walaupun ada kebaikan, tetapi dalam masa yang sama lebih banyak keburukan, maka perkara itu tidak boleh dilakukan atau dijalankan. begitu juga dengan facebook ni wlpun byk kebaiakn dan boleh guna untuk kebaikan tapi masalahnya kita lihat sekarang di negara kita byk kesan negatif yang berlaku, suami isteri jumpa dan brhubung kembali dengan kekasih lama lah dan macam2 itu ini yg sangat banyak negatif lagi. ade yg ketagih fb ni setiao hari, tapi Quran klu tak baca langsung sebulan tak rasa ape2 pun. Saya sendiri mmg tiada fb, wlpun boleh dikatakan semua kawan2 buat, tapi saya tetap tiada fb. Byk sbb kenapa saya taknak buat...sangat banyak sebabbbbbbbb................
Bro... gua saja nak kongsi (copy & paste) pasal Facebook Addiction Symptoms
ReplyDelete1) You spend more than an hour on Facebook - at a stretch or in short episodes over regular intervals.
2) You and your siblings converse through Facebook wall and messages, even though you stay in same house.
3) You can't seem to stop thinking about Facebook updates and comments when you are offline.
4) You check Facebook for updates and comments after every hour at your workstation or on your cell phone.
5) You look forward to get home in the evening so that you can see what is happening in cyberspace (on Facebook to be precise.)
6) Your Facebook wall is full of status updates, comments, and applications that you just used.
7) You can't go for a day without using Facebook, and even this thought makes you go into sort of depression.
8) You give priority to Facebook over your commitments in professional and personal life.
9) And lastly, your day ends with you checking Facebook for that one last time and bidding people 'good nite' through your Facebook status update. (You may even get an urge to wake up at middle of the night to see whether anyone has commented on your 'gud nite' status.)
buat malu si anak ja bila besar nanti..
ReplyDeletecikgu zam,
ReplyDeletetindakan anda benar. saya setuju.
gedek! bro,
ReplyDeleteconsidering all that. this fesbuk may make our life as pathetic as it can be....
depends on ourselves though.
cik puan kamsiah,
ReplyDeletehehe...twitter sounds better and sweeter.
salam terima kasih.