Taklah boring sangat jalan jem kalau dapat cuci mata macam ni |
Dari Pasir Mas ke Chendering 5 jam? Lama tu.
Memang lama sebab kereta banyak betul atas jalan hari ni. Layan je la bawak kereta slow-slow.
Selepas hantar adik di Wakaf Tapai, aku singgah di stesen minyak Shell. Aku ke tandas untuk melunaskan hajat. Ye lah naik cramp urethra aku tahan kencing. Malas nak berhenti tadi sebab kereta berderet-deret.
Sampai di belakang stesen kena tunggu turn pula. Hanya satu tandas iaitu tandas lelaki yang dapat digunakan. Tandas yang satu lagi masih elok, bersih. Tetapi tiada pintu. Entah bila tercabut, sedangkan stesen minyak ni baru 3-4 bulan beroperasi.
Ganas betul orang kita. Atau kualiti barang kita yang teruk? Dah begitu takkan towkay stesen minyak tak reti nak repair?
“Ishh...Macam kat Jepun takde pintu. Tapi tandas Jepun ada juga tabir plastik,” aku berkata kepada seorang makcik yang turut menunggu turn di tandas lelaki. Memang aku pernah tengok tandas awam di taman-taman sekitar Shibuya-ward dekat Tokyo International Center yang hanya ada tabir plastik.
Kalau ikut teori perdagangan dan keusahawanan yang aku belajar semasa di tingkatan 1, pelanggan adalah raja. Jadi kalau beginilah stesen minyak ini melayan pelanggannya. Ramailah raja yang kecewa dan murka hari ini.
Ya... kita kat malaya ni pelanggan memang raja... Raja Lawak!
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeleteBangga kejap saya ni rupanya saya ni raja, hihiihi. Tuan, mmg benar di Nippon sikap mereka sangat bagus dalam menjaga harta awam niii. Sangat hormat org lak tu. bak kata Prof. saya, "klulah masyarakat nippon ni ramai yg Islam, pasti kuat Islam di dunia"
gedek!
ReplyDeletedi malaysia, siapa yang paling kuat shopping...apalagi sampai ke dubai, dialah raja!
cikgu zam,
ReplyDeletejangan bagitau nama prof tu, nanti orang umno marah. bagi mereka, umno kuatlah Islam jadi kuat.