Sunday, February 20, 2011

Cikgu Paling Garang


Kalau cikgu garang, mau budak berkepit macam ni?
Yong bersama cikgu Pasti Al-Hikmah Sembulan,
Kota Kinabalu yang tak garang dan lemah-lembut.

Mungkin pengamatan aku salah. Tetapi inilah pengalaman aku sejak bersekolah rendah pada 1979 sehinggalah aku pencen sekolah menengah pada 1989.

Aku perhatikan cikgu BI lah yang paling garang dan bengis diikuti cikgu Matematik. Dua subjek ini pula memang menjadi kelemahan anak-anak sekolah terutama budak kampung. Ironik bukan?

Subjek payah, tambahan pula cikgu bekeng. Jadi apa yang kita harapkan?

Memang aku akui garang atau tidak seseorang cikgu bergantung kepada sikap dan perangai seseorang cikgu itu sendiri. Mungkin kebetulan cikgu yang mengajar BI dan Matematik itu bengkeng. Kadang-kadang mereka bengkeng macam singa betina walaupun cikgu tu jantan.

Semasa aku darjah satu dulu, cikgu BI senang-senang saja cakap budak-budak yang menjenguk ke dalam kelas kami sebagai 'monkey'. Cikgu matematik pula pernah membalun kawanku dengan pembaris kayu sehingga patah (pembaris tu yang patah) gara-gara tak dapat jawab soalan matematik yang diberikan. Itu berlaku semasa aku darjah tiga.

Mungkin kadar kesusahan subjek yang diajar menerbitkan perasaan stress kepada cikgu-cikgu. Subjek santai macam agama dan lukisan biasanya cikgu yang mengajar enjoy saja. Semasa aku di tingkatan dua, Ustaz Leh yang mengajar Pendidikan Agama Islam pernah dipaksa oleh pelajar-pelajar untuk mendenda pelajar yang cuba ponteng kelasnya. Akhirnya Ustaz Leh akur dan mendenda pelajar itu 'pumping' 2 kali! 2 kali sahaja! Kalau Ustaz Leh mengajar BI atau Math mungkin pelajar itu didenda 'pumping' paling kurang 10 kali.

Kepada cikgu-cikgu yang mengajar BI dan Math, terutama yang bengkeng-bengkeng tu, kurang-kurangkan sikit garang tu. Macam mana budak nak pandai subjek ni kalau cikgu pun dia takut? Cikgu BI kena contohi Cikgu Shida. Dia rocks. Cikgu Matematik pula kena contohi Cikgu Soba MRSMKB yang mengajar aku di tingkatan empat tahun 1988 dulu.

Semasa mula-mula masuk tingkatan empat, aku mendapat 0% untuk Matematik Moden. Selepas itu aku diajar oleh Cikgu Soba, untuk ujian kedua, aku dapat markah tertinggi dalam kelas aku, Razi 4. Apabila aku tersengih, Cikgu Soba berkata,

"Highest mark awak ni, 65% sahaja. Kelas sebelah, Zahrawi 4, highest mark dia 92%."

Ye lah siapa boleh lawan Jehan Reagan budak bijak jiwang tu.



16 comments:

  1. Aku dulu kalau ada spot check mesti kena gunting rambot dengan cikgu disiplin yang maha garang!... Tak pernah miss!

    Hukuman tu tak memberi kesan pon kat aku, sampai sekarang aku berambot panjang...

    Apa-apa hal pon, Teacher Shida tetap the best! Aku suka kalau dia ajar anak2 aku...! ROCKS!

    ReplyDelete
  2. memang benar, cekgu disiplin ngajar aku BI, ngajar BI sambil mendisiplin budak dengan rotan bulu ayam..uii..mana tak kecut, sampai skrg tak fasih berbahasa tu (gamaknya) lah..

    ReplyDelete
  3. gedek!
    ambo setuju tapi hang belum jumpa cikgu soba lagi, dia rocker than cikgu shida. mungkin rockest.

    pasal rambut, ambo pun ada pengalaman ni,

    http://garamsicho.blogspot.com/2008/11/rambut.html

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. abemae,

    cikgu disiplin lo ni ada twitter, tebe dio bekeng sangat, kita serang twitter dia...hahaha

    ReplyDelete
  6. cikgu saya yang sorang ni garang tak?
    :)

    ReplyDelete
  7. cikgu BI memang membosankan.
    dah la x lawa. bosan tengok.
    sbb tu sy ni bodoh sikit BI.

    =.='

    salahkan cikgu!

    ReplyDelete
  8. cikgu,
    saya ajar geografi, tak garang.

    ReplyDelete
  9. catherine,

    walaupon mat saleh tu hensem, cikgu BI tak semestinya hensem.

    ***i ingat u ni minah saleh..peace.

    ReplyDelete
  10. seluar sekolah aku pernah kena gunting masa sekolah dulu oleh cikgu disiplin merangkap guru BI..maklumlah zaman rock..hehe

    ReplyDelete
  11. pena marhen,

    mesti seluar kaki kecik nih.

    ReplyDelete
  12. azhan,

    kenangan sekolah dulu-dulu

    ReplyDelete
  13. kalau tgk balik pada usia matang ini, x garang mana pun cikgu disiplin.. haha

    Tips Menghilangkan Rasa Takut Tengok Cerita Hantu

    ReplyDelete
  14. firdaus,

    setuju.
    cikgu disiplin rock.

    ReplyDelete
  15. masih saya ingat tika kena denda berdiri sebelah kaki atas meja krn tal siap kerja rumah sains. ganas betul.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...