Saturday, February 12, 2011

Nak Kaya Kena Usaha

Kebanyakan kita tidak boleh lari daripada rasa mahukan dan tamakkan duit. Semua orang mahu duit. Lagi banyak lagi baik. Inilah yang dimanipulasi cukup-cukup oleh kebanyakan orang atau organisasi.

Peluang buat duit sering muncul di wiper
Ke mana sahaja kita pergi, ada-ada sahaja pamplet atau circular yang mengajak kita buat duit. Bukan sikit-sikit, puluh-puluh ribu, malah juta-juta.

Ajak kita bisnes ikan keli, akan dipanggil jutawan keli. Ajak bela cacing, jutawan cacing. Ajak promote e-book, jutawan e-book. Sikit lagi skim jualan kelapa parut pun mungkin menjadi jutawan nyiur mesin.

Apa yang aku perhatikan dan baca dalam kebanyakan pamplet yang terdapat di merata, terutama di wiper kereta, tiada pula dinyatakan:
  1. Apa bisnes yang nak dilakukan
  2. Apa barang atau produk yang nak dijual
  3. Apa aktiviti yang perlu dibuat 
  4. Berapa modal, berapa harga jualan, etc
Apa yang perlu dibuat ? Cakaplah...
Yang banyak ditulis pada pamplet adalah kata-kata motivasi dan kata-kata cabaran untuk kita join skim tersebut. Juga testimonial yang bermacam-macam daripada mereka-mereka yang telah mendapat puluh-puluh dan ratus-ratus ribu. Siap tayang kereta lagi beb! Asas perniagaan adalah terdapat barang atau servis yang hendak dijual. Kalau tak ada barang, meniaga angin, takut akhirnya keluar asap.

Apa yang aku nampak adalah lebih kepada pengumpulan wang yuran. Dia kutip daripada kita, kita kutip daripada orang itu, orang itu kutip daripada orang sinun, orang sinun kutip daripada ......... Lagi banyak kita promote, lagi banyak orang join, lagi banyak duit yuran, lagi banyak duit masuk akaun.... Setakat ini, itu yang aku faham.

Hanya satu yang perlu kita ingat, selain daripada mak dan ayah kita, tiada orang yang nak bagi duit banyak ribu gitu-gitu sahaja kepada kita. 

5 comments:

  1. Hmmm... aku tak kesah sangat pasal ni... Sebab orang memang carik aku bila nak print pamplet... Ngeh ngeh ngeh!

    Orputunis sungguh !

    ReplyDelete
  2. cepat kaya punya pasal, sain ana yg ustaz, menantu orang kaya pulak tu pun sanggup labur duit berpuluh ribu dalam swisscash dulu. Penganjur kaya, pelabur kayap

    ReplyDelete
  3. yg.ini bukan skim cepat kaya.ada produk utk.kesihatan.mencegah lebih baik dan murah dari mengubati.
    http://www.bahiah.ws/sihat2u.html

    ReplyDelete
  4. poknik,
    swisscash...ramai terkena dulu.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...