Saturday, February 19, 2011

TIPU atau LAWAK

"Kawe tak tahu Kopeks ni benda tu," kata Mat Kelate. - Tipu
"Aku tak tahu Kopeks ni itu barang bah," kata Mat Kadazan. - Lawak
Kita sebagai insan mumaiyiz sepatutnya tahu membezakan antara tipu dengan lawak. Mana satu tipu dan mana satu lawak. Contoh di sini:

1. “Dulu hidung aku mancung,” kata seekor babi. – Tipu

2. “Aku tersondol sebatang pokok gajus/ketereh/jambu golok, lalu hidung aku jadi camni,” kata babi lagi – Lawak

3. “Aku terkejut, jadi biji aku tersembul keluar,” sampuk gajus. – Lawak

4. “Aku gelak sampai sakit perut dan nak terkencing, sampai ramping pinggang aku,” sampuk seekor kerengge. – Lawak

5. “Kalau nak ramping, kena gelak banyak-banyak,” kata seorang pakar kecantikan. – Tipu

6. “Harga minyak terpaksa kita naikkan kerana harga minyak dunia naik,” kata Sabri. – Tipu

7. “Saya tak sanggup tengok orang kita di Mesir menderita, lantas saya dengan penuh kesedaran call kenalan saya di Arab Saudi,” kata Kak Ros tercungap-cungap. – Lawak

8. “Bazar Tok Guru merugikan dan menganiaya peniaga Melayu,” kata si rambut keras. – Tipu

9. “Saya sakit, tak dapat hadir siding DUN,” beritahu seorang Adun bersongkok sungguh-sungguh. – Tipu

10. “I am the man in the tape,” akui seorang tua bermata ripit. – Ini jujur.

11. “Saya tak bilas anus saya 3 hari,” kata seorang saksi di mahkamah. – Lawak

12. “Saya buat ini semua kerana nak selamatkan ketuanan Melayu,” kata seorang awek cun yang tidak menutup aurat. – Tipu

13. “I will look stupid if I speak Malay,” kata seorang artis cun. - ???

14. “Saya menulis ni, tanpa diupah sesiapa,” claim seorang blogger. – Tipu

15. “I don’t know and I am not involve,” tegas seorang pemimpin. – Lawak

16. “Saya sebagai penasihat ni, tak dibayar sesen pun,” tegas seorang pemimpin lagi. – Tipu

17. “Saya tak dirogol oleh majikan saya,” beritahu seorang awek seksi. – Lawak

18. “Saya cari duit secara halal, insyaAllah album ke 15 saya akan keluar bulan depan. Alhamdulillah,” kata seorang artis perempuan yang seksi. – Lawak

19. “Kelantan tak berhak royalty sebab minyak tu diluar kawasan Kelantan,” si berambut keras berkata lagi. – Tipu

20. “Ini bukan projek pilihanraya,” kata S.O JKR di Merlimau. – Lawak

21. “Ini bukan projek pilihanraya,” kata seorang YB di Merlimau. – Tipu



Tipu atau lawak, apa yang boleh aku lakukan hanyalah kah kah kah.



15 comments:

  1. no 13. ??? i rs dia mmg lawak gila. hehehe

    ReplyDelete
  2. cat,
    nampaknya zizan & johan raja lawak sudah tergugat.
    tapi artis ni memang selamba.

    ReplyDelete
  3. seronok gak baca N3 kamu ni..
    Semuga kukis akak tu memuaskan hati kamu.

    ReplyDelete
  4. opp lupalah pulak..jomlah join contest akak pulak..esok hari terakhir

    ReplyDelete
  5. kak ina,
    kukis tu tak tahan lama la kak. sehari je terus habis hahaha.

    kontes?

    ReplyDelete
  6. Salam:)
    Rehat minda japp!
    n3 yang boleh merelease otak nan tepu !tq:)

    ReplyDelete
  7. pn tini,
    bagi je semua budak-budak tu dapat A...haha

    ReplyDelete
  8. Aku baca entry ni tanpa gelak! – Tipu!

    ReplyDelete
  9. "Please explain to me, i don't understand", Kata seorang penduduk Sabah yang masib tidak faham peranan gambar bangunan kopeks tersebut,
    Lawak serius

    ReplyDelete
  10. gedek!
    menipu untuk melawak, atau
    melawak untuk menipu?

    ReplyDelete
  11. anonymous,
    ini lawak serious atau tipu serious??

    ReplyDelete
  12. "Cikli said...

    anonymous,
    ini lawak serious atau tipu serious??"

    Permintaan serius

    ReplyDelete
  13. anonymous,
    sila buat pilihan, tipu atau lawak.

    1. gambar tu hiasan sahaja semata-mata.
    2. lawak sebab ianya plural, ada s.
    3. bayangkan satu entiti di indonesia, Biro Undang-Undang Tubuh Sekerja (BUTUHS)
    4. ambo outsource saja jawapannya kepada orang lain

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...