Today we may have a meeting, Tomorrow, can I assure to have another meeting with you guys? |
Semalam seawal 6.30 pagi, aku sudah memecut ke Dungun. Ada program di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Selepas tamat di situ, aku ke Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk meneruskan agenda kerja aku pada hari itu.
Selesai semuanya. Sebelum berpisah, aku mengajak kawanku Pak Nil untuk minum di kantin MPD.
"Hang tahu Cik Man dah dapat pindah?" Aku membuka isu.
"Eh! Ke mana?" Biasanya Pak Nil siarannya setanding Aljazeera kalaupun tidak lagi hebat dalam bab-bab tukar-menukar tempat kerja. Kali ini dia tak tahu pula.
"HQ, aku dengar orang cakap," beritahu aku.
"Nanti sikit lagi Cik Samu pun dapat pindah ke sana juga," tambah Pak Nil. Menyerlahkan kabel fibre optiknya. Aku hanya mengangguk setuju.
"Nanti Nasir pun dipindahkan ke Selangor bila dia sihat nanti," aku pula menunjukkan kabel wireless aku yang hanya bersadur harapan. Aku merujuk kepada kawan sepejabat yang kini sedang dirawat di ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Hari ini genap 2 minggu dia di ICU.
"Kuasa Allah. Dia boleh buat apa saja. Yang tiada kepada ada. Apalagi orang yang memang dah ada....... Walau satu per seribu sekalipun. Chances masih ada," itu antara dialog aku kepada Pak Nil yang mendengar sambil meneguk teh tarik.
Kami berpisah. Pak Nil ke Selatan. aku ke Utara.
Melewati Rantau Abang, aku lihat ada ada call masuk di telefon yang aku silentkan. Aku berhenti di tepi jalan untuk menjawab telefon (Keselamatan diutamakan!).
"Li, demo tahu dah? Kawan kita dah meninggal, baru tadi," suatu pemberitahuan yang membuatkan perjalanan aku ke Kuala Terengganu terasakan begitu lama. Gambar-gambar ingatan suka dan kesal bersilih ganti difikiran.
Allah lebih mengetahui. Dia yang menentukan segalanya. Kita disuruh berdoa dan berharap kerana kita hamba dan Dia Tuhan.
Mohd. Nasir, seorang pemuda tak banyak cakap yang banyak senyum meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. Semoga mereka semua dapat berkumpul semula di syurga Allah kelak. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa mereka sekeluarga. Jadikanlah mereka soleh dan solehah. Amin.
Al-Fatihah.
**Entry sebelum ini.
Al-fatihah..
ReplyDeleteMoga roh arwah dicucuri rahmatNya & ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Amin
Alfatehah
ReplyDeletepn kartini, gedek!,
ReplyDeletesyukran
innalillahi wainna ilaihi rajiun..
ReplyDeletegiliran kita belum tahu..
puteri,
ReplyDeleteorang yang paling bijak sentiasa mengingati mati. tq.