Jamadi terpaksa mendongak untuk berborak dengan Abe-san, sedangkan aku dapat bercerita pasal Sin Chan dengan santai |
Masanori Abe atau Abe-san berdiri di belakang kami sambil memegang beberapa helai tuala. Mulutnya tak putus-putus menuturkan, I am sorry, I am sorry sambil menundukkan kepala dan bahu. Naik serba-salah aku dibuatnya.
Jamadi, Arahman dan aku sedang mengambil air sembahyang di sinki sebuah hotel terkemuka di Tokyo. Selesai mengambil air sembahyang, kami masing-masing dihulurkan tuala putih oleh Abe-san sambil diiringi kata-kata, I am sorry. Lagi!
“It’s ok Abe-san,” itulah yang kami bertiga dapat katakan kepada Abe-san.
Kami sebenarnya dijemput untuk menghadiri welcoming lunch untuk meraikan kedatangan kami ke Jepun di sebuah hotel. Apabila makan-minum sudah usai dan waktu zohor pun sudah lama masuk, lalu Arahman yang sudah haji sekarang, meminta izin untuk kami bersembahyang di situ.
“OK. We will vacate this room for you,” segera mereka bersepakat untuk menunggu di luar bilik yang telah ditempah khas untuk welcoming lunch itu.
Apabila mereka mengetahui kami perlu berwudhuk, Abe-san segera mendapatkan tuala daripada pihak hotel dan menunggu di belakang kami yang sedang berwuduk sambil menuturkan, I am sorry dengan menundukkan kepala dan bahu. Selepas itu mereka cukup menjaga waktu solat kami semasa kursus.
Abe-san adalah penyelaras program kami di Jepun. Beliau dibantu oleh seorang wanita yang seakan menjadi ibu kami, Kanai-san dan seorang gadis jelita Sakata-san. Abe-san jauh lebih tinggi dan lebih handsome daripada aku. Umurnya baru 25 tahun. Memiliki ijazah sarjana dan fasih berbahasa Inggeris dengan accent Amerika. Orangnya berbudi bahasa dan santun walaupun rambutnya persis seorang ahli J-rock jepun.
Suatu hari di dalam train, aku pernah berkata padanya,
“Abe-san. In my home town, Abe means big brother. So, I will call you brother...”
“Ooo is it? but noo...I am younger than you,” jawabnya penuh skima. Mungkin kerana baginya, dia sedang bertugas sekarang, mewakili kerajaan Jepun.
Rata-rata orang Jepun yang aku jumpa begitu komited dan tahu tugas mereka. Mereka amat mementingkan keselamatan. Pernah seorang pemandu bas berkata kepada kami yang sedang dalam perjalannan ke sakura City, dalam bahasa Jepun yang kemudiannya diterjemahkan oleh Kanai-san, fascilitator kami.
“Gentlemen, we are now entering a motor-way. For safety, please fasten your seat belt”
Kita baru bercerita tentang safety belt di kerusi belakang dalam kereta, mereka telah lama menguatkuasakan pemakaian seat belt di dalam bas!
Sekarang Jepun dilanda tragedy. Doa aku untuk keselamatan rakan-rakan yang pernah aku kenali di Jepun. Aku tahu bangsa mereka kuat, komited, rajin, accurate, berpengetahuan, berkeyakinan, berkebolehan, beriltizam. Mereka mampu bangkit kembali. Sebagaimana mereka mampu bangkit semula dalam masa yang singkat setelah dikejutkan dan dimusnahkan oleh 2 butir bom atom lebih 60 tahun dahulu.
Ganbare Nihon-jin.
** Cerita dulu: Kanai-san, Melayu dan Mat Arab
teringat gua di jepun dulu ..adanya cik saya sampai tak jumpa kiblat dibuaynya ...mintak mintak di ampun tuhan dosa gua itu
ReplyDeletebrutalsolo,
ReplyDeletesemua orang ada kisah lama yang berdosa.
aku yakin diorang akan mampu bangun semula..
ReplyDeletediorang adalah bangsa yang kuat dan gigih.
pena marhaen,
ReplyDeletebetul betul betul dengan izin Allah