Dulu pada 1992, pernah jemaah tabligh diharamkan di Melaka yang belum lagi maju pada masa itu.
Selepas itu ramailah pencacai yang mengambil kesempatan mengiyakan tindakan ini dan mengkondem jemaah tabligh ini. Tak hygienic lah, tak produktif lah, malas lah dan macam-macam. Sedih juga orang kita ni, kalau disko ke karaoke ke mesti ok saja. Tapi kalau bab agama, ada kes sikit, kondemnya bukan main.
Bagi aku senang sahaja, kalau kita tak nak ikut tabligh, fine, tapi janganlah condemn orang yang ikut tabligh. Depa ada pendapat dan pegangan sendiri. Lagipun ianya jauh lebih baik daripada membuang masa apalagi merempit.
Mat Sabu pernah ber'joke' dan sinis pasal pengharaman tabligh di Melaka ni,
"Tabligh diharamkan di Melaka kerana tertinggal kayu sugi dalam masjid"
Haha... Memang lawak Mat Sabu ni.
Baru-baru ni aku terjumpa benda dalam gambar atas tu kat satu surau, ini tiada sangkut paut dengan Jemaah Tabligh, tetapi mesti bersangkut paut dengan orang yang baru lepas lunch dan nak sembahyang zohor.
Woi brader, benda-benda berDNA ni seperti penyungkil gigi dan tuala good morning janganlah ditinggalkan merata-rata terutama dalam surau. Nanti kena fitnah, masuk video, siapa yang susah? Abang T juga yang susah hati kena tuduh. Abang tu tabligh la. Bukan Datuk T!
biasala zaman sekarang
ReplyDeletebuat baik dianggap jelik
buat buruk pula dipandang baik
Biarlah manusia mencaci golongan tabligh ini, tetapi pujian Allah sentiasa bersama dgn org yg menegakkan Agama-Nya. Sesungguhnya, golongan ini akan mendapat kejayaan di Akhirat.
ReplyDeleteUbi kentang berbentuk manusia bogel!
Apasal Kebanyakan Kumpulan tabligh comot dan ada bau sikit sikit... kemasla sikit..kan nak berdakwah tu
ReplyDeleteputeri, firdaus, brutalsolo,
ReplyDeletesetuju.
Brutalsolo, aku inagt yg comot tu yg ikut2 je..kalau macam aku ni memang kita jaga kebersihan....tapi kalau yg tak berkemampuan tu kadang2 tak bawak baju lebih dan basuh ala kadar atau tak basuh....Ok actually tabligh, kita punya konsep sebenarnya bukan untuk org lain tapi permbaiki diri sendiri...contohnya, kalau kita tak ambil masa tiga hari atau 40 hari hanya beribadah dan mengingati Allah dan bercakap tentang kebesaran allah, takkan ada masa kita tuk tu..dgn sibuk kerja, dgn sibuk anak2, masalah dunia. yg kita buat selalunya sembahyang tak sampai 5 minit darab lima waktu...sedangkan kita habiskan seluruh hidup kita dgn dunia...
ReplyDeleteJadual kami,
Bangun 3/4 pagi sembahyang tahajud/ hajat/taubat & baca quran...
Lepas subuh berjenmaah, kami ada bacaan fadilat2 amal iaitu berpandukan hadis nabi ( sebab sekiranya kita tak dgr hadis nabi satu titik hitam akan ada kat hati yg makin lama hati akan keras )
selepas makan pagi, duduk dalam berkumpulan dan bercerita sirah nabi...
Lepas tu baca quran
Tidur sekejap sebelum zohor ( tuk bangun malam nanti )sunat.
Lepas zohor dan makan tghari, baca quran dan lagi bersembang tentang kebesaran allah..
Lepas asar,baca kitab fadilat amal dan berkumpulan pergi mengajak org datang mengimarahkan masjid.adap2 dia kalau 3 kali org tak jawab salam kami akan pergi..dan tak akan masuk kedlm rumah hanya diluar...sebelum tu doa pintak petunjuk dari allah dibacakan, sebab kalau diorg datang masjid sebab hidatyah yg allah beri bukan kerana kami mengajak, kami hanya berusaha.Memang selalu org caci....kami bukan nak mengajar org tentang agama, tapi mengajak org mengimarahkan masjid, sebab nanti semua org akan tuntut kat akhirat sebab tak ajak diorg ke masjid
Lepas maghrib, bayan/tazkirah yg bercakap tentang kebesaran Allah( nak cakap ni tak payah ada tauliah, atau belajar agama tinggi, sebab kita bukan bercakap pasal hukum, tapi semata2 kebesaran allah..
lepas isyak, makan dan baca quran dan tidur..
kalau kat rumah memang tak boleh buat macam ni..walaupun begitu, segala kelengkapan untuk isteri dan anak2 telah tersedia cukup selama berapa hari kita keluar...
Serba sedikit, kalau nak tau lanjut jom la keluar..!!
Nak tambah sikit, umat Islam akan bersatu dan menjadi kuat dan akan mengulangi zaman kegemilangan islam sekiranya sembahyang SUBUH berjemaah, org ramai macam kita sembahyang jumaat...dan dah semestinya waktu lain pun ramailah....sama2 lah kita berusaha...
ReplyDelete