Wednesday, March 9, 2011

Patutlah BN Masih Bernyawa

Cantik? Umm...
Rumah kau? Noo...
Suatu hari di kedai kopi tepi balai polis selepas membayar saman ekor.

"Assalamualaikum pakcik," aku menyapa.

"Ummm...." Jawabnya. Mungkin salam aku dijawab dalam hati.

"Pakcik orang sini ke?"

"Ummm...."

"Pakcik datang ni nak beratur bayar saman juga ke," aku membuka isu bicara.

"Umm......" Jawabnya nak tak nak sambil meneguk kopi panas.

"Banyak ke saman pakcik kena?"

"No...." Dia menggeleng. Matanya kelikpah-kelikpah.

"Saman ekor ke?"

"Ummm....." Semacam kesal suaranya.

"Tak patut ye," aku cuba menduga.

"Nooooo," panjang jawabnya.

"Speed trap ke?"

"Ummmmm..."

"Pakcik yang drive kereta tu?"

"No"

"Depa nak kutip duit ni pakcik," cadang aku.

"Ummmm," dia setuju.

"Tak patut kan..." Aku meminta sokongannya.

"No," dia tak setuju pulak.

"Pilihanraya dah dekat ni...mesti lah nak cari dana," aku berkata lagi.

"Ummm," kopinya dah tinggal separuh.

"Patut kita tukar kali ni pakcik," aku bersuara macam CikguBard.

"Nooo...." Tegas jawabnya.

"Pakcik ni  kerja kat mana?" Aku cuba soalan lain. Bosan asyik ummm.... dan no sahaja jawapannya.

"Umm...Eh! Kat wisma sana tu," katanya sambil memuncungkan mulut ke arah sebuah wisma nun jauh di hadapan.

"Kamu ni kerja kat mana?" Dia pula bertanya padaku.

"Saya baru lepas sekolah pakcik. Tingkatan 6..." Jawab aku.

"Macam mana result STP kamu baru ni?" Tanya dia sambil menghirup kopi o nya. Mungkin tegukan yang terakhir.

"PASSSSS....."

Urkkk.....Dia tersedak dan menghambur kopi o habis ke muka aku. Soilek betullah.

10 comments:

  1. salam Tuan,
    Saya doakan sahabat tuan dalam entry sebelum ni semoga cepat sembuh dan sihat dengan baik, InsyaAllah. Terima kasih juga pada Tuan kerana bagi suggestion pada post saya baru ni dan saya dan explain ckit pasal hasrat tu pada respon tuan. Sesungguhnya tuan adalah insan yang baik hati. Genkide..!

    ReplyDelete
  2. salam bos,
    lawak-lawak, lupa tension jap...

    ReplyDelete
  3. cikguzam,
    so desu ne...arigato.

    ReplyDelete
  4. anonimos,
    tension apa pulak bro pagi-pagi ni.
    it's thursday. cheer up & wear your batik..haha.

    p/s: tulis nama sikit. baru kenal sikit.

    ReplyDelete
  5. gedek!
    one day, the term 'soilek' will be in the dictionary.

    ReplyDelete
  6. as salam tuan blog..

    tahniah, banyak pengajaran tu..

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...