Another lost city underneath? |
Melihat bendera-bendera sang saka merah putih di sebuah tasik di Bukit Besi, mengingatkan aku tentang sebuah kerajaan agung zaman dahulu yang telah disebut oleh ahli falsafah Plato dalam karyanya.
Atlantis, sebuah kerajaan pulau di tengah Lautan Atlantik dikatakan begitu kuat dan makmur. Banyak jajahan takluknya. Tetapi akhirnya ia tenggelam di telan lautan yang sentiasa menganga dalam masa sekejap sahaja.
Ada perdebatan samada Atlantis benar-benar wujud atau hanyalah sebuah fiksyen khayalan Plato. Yang nyata kepada kita, semua makhluk di dunia ini, tak kira betapa agung atau kuatnya mereka, pasti musnah dan lenyap. Termasuklah kita.
Oleh itu janganlah kita mendabik dada mengatakan hanya kitalah yang boleh memakmurkan umat. Hanya kitalah yang mampu mentadbir negara. Hanya kitalah yang pandai menguruskan ekonomi. Hanya kitalah yang pandai mengamalkan Islam secara sederhana dan mencerca golongan yang mahu menegakkan hukum Islam.
Sekarang yang berkuasa sewenang-wenangnya mengawal media, mengawal autoriti, mengawal ekonomi, mengawal ekses. Bila yang menentang mereka secara demokrasi tergolek kecundang, dia mendabik dada takbur mengatakan dia kuat. Betapa dangkalnya pemikiran...
Aku kuat berpendapat dan yakin, jika Atlantis pernah wujud, antara sebab ia tenggelam ghaib adalah kerana rasuah yang merajalela dan penguasanya menaikkan harga bahan api sesuka hati. Mungkin juga kerana berleluasanya penipuan dalam pemilihan ketua cawangan Atlantis Selatan.
dah lama aq x baca entri mcm nie.. kt mesir pun ada kerajaan yang dah ditenggalami pasir an??
ReplyDeleteTips Menghilangkan Rasa Takut Tengok Cerita Hantu
kaum amno ni sejenis jin. jin jahat. sebab tulah dia buat jahat tapi kamera suratkhabar dan videocam tv tak nampak-nampak. jadi kerajaan amno adalah kerajaan jin. kononnya sama dgn kerajaan segitiga bermuda. setuju cikli?
ReplyDeletefirdaus,
ReplyDeletekerajaan hosni ke yg terkambus pasir. atau kerajaan dulu2. kena check sejarahlah saya ni.
poknik,
ReplyDeleteberat kakloh demo pakoh nih. ambo nak kato ummm pun tidak, nak kato nooo pun tidak...haha
Teringat cerita 'The Man From Atlantis'
ReplyDeletegedek!
ReplyDeletepatrick duffy as the last citizen of atlantis. tangan berselaput macam kaki itik.
ini sezaman dgn bj and the bear, chips & the greatest american hero.
80's always the best. haha