Thursday, March 17, 2011

Deejay Ahli Syurga

Syurga itu tempat pengakhiran
setiap muslim
"Syurga Allah itu amat luas. Nak masuk syurga tidak terbatas kepada satu-dua perkara sahaja. Kita boleh masuk ke sana jika kita beribadat dan ikhlas..." Itulah lebih kurang kata-kata seorang ustazah jemputan di Radio Malaysia Kelantan. Aku dengar semasa berada di dalam perjalanan Kuala Lumpur - Kuala Krai. Aku selalu mencari channel 97.3 apabila melewati sempadan Kelantan untuk melepaskan rindu.

Rancangan ini adalah soal-jawab agama. Perantaranya adalah seorang DJ yang agak popular di Kelantan aku rasa.

"Ye lah, adik kakak, jangan runsing...." DJ itu terus berkata apabila ustazah tersebut habis berkata-kata.

".... Jangan runsing. Syurga ni luas..." Dia berkata, aku rasakan dengan nada seolah-olah dia telah memajak sebahagian daripada syurga untuk dibahagi-bahagikan kepada sesiapa sahaja yang mahu. Kemudian dia menyambung lagi.

"Organisasi yang ada di tempat kita ni pun, bukannya ada di Mesir, bukan ada di Turki, bukan ada di tempat lain. Orang di sana pun boleh masuk syurga juga walaupun tak ada organisasi ni...." Lebih kurang kata-katanya. Aku faham sangat!

Aku faham sangat maksud DJ itu hendak mengaitkan isu undi PAS masuk syurga yang digembar-gemburkan oleh media dan orang berkepentingan. Di Mesir, Turki betullah bukannya ada parti PAS. Orang gila pun tahu ini semasa dia waras.

Tetapi di sana, di Mesir, Turki, di mana sahaja, ada perlawanan antara parti sekular dan parti Islam. Antara penyokong Apco Israel dengan penyokong Islam anti-Zionis. Antara penyokong rasuah dengan penyokong anti-rasuah. Antara penyokong penipuan dengan penyokong anti-penipuan. PAS, UMNO, Ikhwan, Hamas, PKS, Golkar,  Likud, itu hanyalah wadah semata-mata.

Perlukah seorang DJ mempunyai leher yang panjang seperti angsa? Supaya dia sempat berfikir sebelum kata-kata keluar dari mulutnya? Rasanya tidak la kan...

Sudah 20 tahun lebih Tok Guru mentadbir Kelantan. harap-harap DJ-DJ di sana kendur lah sikit. Tak ada gunanya pun.

10 comments:

  1. salam...walaupun kelantan dah 20 tahun ditadbir tuan guru, tapi rtm tetap di bawah kerajaan pusat....jadi macamana diorang nak kendurkan leher dia kalau nak ambil makanan nun jauh di sana..hehehe..lama tak pegi kelantan, rindu rasanya...

    ReplyDelete
  2. Syurga mmg luas...tapi pemikiran manusia disempitkan...

    ReplyDelete
  3. layan cerita yg ada unsur politik
    'my family my love'
    pasal pilihanraya..
    isnin-jumaat
    6-7 pm
    8tv

    promote.. hehe

    ReplyDelete
  4. dj tak paham mantik tuk guru..atau pun dj sengal

    ReplyDelete
  5. puteri,
    6-7 layan 'together' singapore drama. haha

    ReplyDelete
  6. brutalsolo,
    semacam sengaja buat tak faham.

    ReplyDelete
  7. gedek!,
    'makan gaji' means you will retire one day & your existence will depend on the seeds you are sowing today...fuhhh..

    ReplyDelete
  8. pokmudo,
    disempitkan oleh konti radio.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...