Tarikh : 1989
Tempat : Perpustakaan, MRSM Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Perkara : Lisan Bahasa Melayu SPMPenemuduga : Rancangan televisyen apa yang kamu minati?
Calon SPM, Iseng : Banyak rancangan yang saya minat, tuan.
Penemuduga : Antaranya?
Iseng : Saya minat Soal-Jawab Agama, Pedoman, Lambaian Kaabah, Sinar Hikmah, Dari Mimbar Jumaat, Sinar Jumaat...
Penemuduga : Awak tak pergi sembahyang Jumaat ke tengok Sinar Jumaat ni?
Alamak, terkantoi. Memang Sinar Jumaat siarannya pukul 1 tengahari hari Jumaat.
Iseng : Saya minat saja tuan, saya tak tengok.
Iseng lulus Bahasa Malaysia SPM dengan cemerlang. Dia terus berkecek Kelate sehingga sekarang. Bab loyar buruk, aku tak tahu kerana sudah 20 tahun lebih tidak ketemu dengannya. Yang aku tahu, dia masih rock, guitarist terbaik kami dulu ni.
Sebenarnya aku dapat agak kenapa Iseng menjadi minat rancangan agama secara tiba-tiba sehingga terkantoi. Penemuduga tu pakai songkok dan berjanggut panjang. Mestilah kena cari jalan dapatkan extra marks. Well done bro, janji dapat jawab.
hari ni ambo ambil cuti rehat.
ReplyDeletepagi pergi sekolah temu cikgu murni...temu murni dgn cikgu.
lepas tu, dapatlah muhasabah blog di tengahari. kalau hari kerja, malam baru dapat muhasabah blog.
susah juga soalan lisan ni :)
ReplyDeleteazhan,
ReplyDeleteyang dialek pekat dan bau budu tu memang payah la. tak biasa royat kl...