Wednesday, March 16, 2011

Nak Jadi Handsome


Beginikah cara nak kelihatan handsome?

Tanyalah penduduk Manchester, team mana pujaan mereka. Mereka samada menyokong Manchester City atau Manchester United. Tak ada yang kononnya hanya menyokong Manchester secara atas pagar. "Asalkan Manchester menang" dan "hidup Manchester" bukanlah zikir dan retorik mereka.

Baru-baru ni Dr. Mahathir melancarkan bukunya, 'A Doctor In The House'. Aku belum baca lagi dan tak berminatpun nak baca buku itu. Tetapi sekurang-kurangnya dia ada tulis buku, taklah brader Isham Tukar Tiub boleh kutuk dia kaw-kaw kerana tak tulis buku. Kak kah kah. Dulupun dia ada tulis buku 'Malay Dilemma'.

Tengku Razaleigh atau Kuli yang juga seorang Umno mengatakan buku terbaru Mahathir sebagai 'pembohongan politik'. Setuju tu memanglah aku setuju. Tetapi mana pula buku Kuli untuk dibaca? Sebelum Tukar Tiub tanya, baik aku tanya dulu. kak kah kah.

Kuli kebelakangan ini nampak lain dari yang lain. Dia perjuangkan isu royalti petroleum untuk Kelantan dan banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan kebobrokan Umno. Tetapi dia masih setia di situ. Masih menjadi tulang belakang Umno semasa PRK Galas melawan Pas. Sehingga Umno dapat merampas balik kerusi itu daripada Pas.

Bagi aku, kalau dah terang tempat duduknya korup dan salah, buat apa di situ lagi. Kalau dah tahu zalimnya menafikan royalti petroleum Kelantan, tak berprinsipnya kudeta di Perak, buat apa pakai lagi nombor keahlian itu? Sekurang-kurangnya jadilah seperti Zaid Ibrahim KITA.

Adakah ini kerana jika kita melawan rasuah dan penyelewengan semasa masih berada dalam Umno, kita akan nampak lain dan nampak macam berjuang untuk rakyat? Jika berjuang melawan korupsi di luar Umno, kita hanya akan nampak semacam CikguBard?

Tak perlulah Kuli mahu kelihatan handsome dengan bergaul mesra dan mengelilingi orang-orang yang cedera muka dan fizikal. Itu hanya satu taktik yang masih terpakai untuk mengaburkan mata orang yang tak baca buku dan segan untuk mencari maklumat alternatif.

Banggakah kita apabila kelihatan paling handsome semasa bergambar dengan banduan-banduan di sebuah penjara di Rwanda?



5 comments:

  1. ada member cerita....

    Dalam bilik air ada kolah. Sebab tak di jaga dan di selenggara, kolah tu berlumut dan kotor... kalau nak cuci, kita kena masok dalam kolah tu, dan cuci. Malangnya kekotoran semua akan terpalit kat badan kita. Hasilnya kita sama-sama kotor... kolah tak bersih pon...

    Alangkah baiknya kalau kita pecah kan kolah tu... dan dapat satu kolah baru yang bersih.... lepas tu jaga elok-elok agar sentiasa bersih...

    Pecahkan kolah tu sama dengan pengorbanan....

    begitu, ke...?

    ReplyDelete
  2. jap lg sy bc entry ni.. tp sblum tu..
    cikgu sudah kene tag. cpt jawab sblum brakhir 16 hb mac!

    http://puteri88.blogspot.com/2011/03/apa-itu-cinta.html

    ReplyDelete
  3. gedek!
    bro boleh join kulupsakah berceramah lepas ni. good one bro.

    ReplyDelete
  4. puteri,

    alamak, last minute tag.
    kenalah guna talian hayat (baca: entry lama)
    thanks.

    ReplyDelete
  5. kes pitis blake..hansome xhansome blakg kire

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...