Klik untuk ke blog Cik Aiza |
SAYANG SI NONI
Dengan senyum besar di bibir, Noni duduk bertimpuh di atas pasir. Tangan gempalnya dengan penuh lemah lembut mengambil sepotong kek dan menyuap ke mulutnya. Cara Noni memegang kek menampakkan jelas cincin berlian besar di jari tengahnya. Rais dan isterinya tidak menghiraukan perlakuan Noni. Mata mereka tetap memandang sebuah pulau yang kelihatan kelabu di horizon.
.
.
Mereka sedang berfikir, alangkah baiknya jika mereka tinggal di pulau tersebut. Jauh dari kemodenan, jauh dari teknologi. Yang penting terhindar jauh daripada pengaruh negatif yang mereka rasakan sedang menular di hati sanubari anak perempuan mereka, Noni sekarang.
.
.
Walaubagaimanapun, anak perempuan mereka yang baru berumur sebelas tahun itu tetap istimewa. Anak inilah tempat tumpahnya kasih dan cinta mereka sebagai ibu dan ayah. Anak inilah racun dan penawar bagi mereka.
.
.
Rais pernah menggadaikan rumah mereka kerana Noni mengugut tidak mahu ke sekolah jika Rais tidak menukar kereta Proton Saga mereka kepada sebuah MPV. Sejak hari itu, Rais hanya terpaksa memikirkan tentang bagaimana mahu mendatangkan wang yang banyak. Semuanya untuk memenuhi hasrat Noni, anak kesayangan mereka yang sedang bercita-cita mahu menjadi seorang wanita pertama suatu hari nanti.
.
.
Semasa memandu pulang dari pantai itu, Rais masih memikirkan tentang masa depan Noni. Sejak bercita-cita besar itu, karenah Noni semakin menjadi-jadi. Dia hanya akan makan makanan yang baginya ada kelas, yang hanya sesuai untuk golongan atasan. Tatkala menolong ibunya memasak di dapur, bermacam-macam protokol dikenakan kepada si ibu. Perlu timbang lobak, ukur kalori santan, timbang garam, mesti gunakan gula batu dan bermacam-macam lagi perkara yang memeningkan isterinya. Dia juga enggan balik kampong datuk dan neneknya sekarang. Leceh dan kampungan, katanya.
.
.
Rais terfikir, jika kematian menjemput mereka suami isteri ketika ini, siapalah yang sanggup menjaga Noni anak mereka yang bagi sesetengah orang adalah seorang budak pelik. Memikirkan itu membuatkan jalan yang terbentang lurus di hadapan Rais nampak seperti dipenuhi ranjau dan berbelit-belit.
.
.
Besok hari Ahad, Rais dan isterinya sudah berjanji untuk membawa Noni ke Menara Kuala Lumpur. Noni mahu berada di menara itu dari pagi sampai ke malam kerana katanya, dia mahu menikmati hembusan angin, merasai pancaran matahari, memerhati bulan dan membilang jumlah bintang-bintang dari tempat yang lebih tinggi daripada orang kebanyakan, sesuai dengan dirinya sebagai seorang First Lady in the making.
.
.
Sekian.
Tagged:
Pesanan Penaja:
.
.
" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are:
Love
Money
Car
Island
Cake
Mom
Dad
Special
Ring
House
Cook
Eat
Woman
Road
Moon
Stars
Sun
Wind
Death
Smile
You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"
salam Tuan,
ReplyDeleteTerima kasih dan setinggi penghargaan kerana masih setia dan sudi bersama SSDL (",)
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteshort story yang menarik:)
..org sini tak pandai sgt nak bercontest karang story mori niihh..:)
salam
ReplyDeletedalam masuk contest pun sempat mengena...gua ada syak sikit mungkin bro ni bapak tiri aka cikgu lelaki...
cikguzam,
ReplyDeletesama-sama.
pn kartini,
ReplyDeletesuka-suka je
brutalsolo,
ReplyDeletehahaha....jauhhhh...tapi ikhlas.
nice..
ReplyDeleteJOM KE: ALL IN ONE
nur,
ReplyDeletethanks
adoi payah gak ni
ReplyDeleteputeri,
ReplyDeleteapa payahnya, buat video lagi susah maa
salam...
ReplyDeletetq cz sudi join...
sorry lambat terjah short story anda...
selamat berjaya...
aiza,
ReplyDeletethanks
pemenang dah diumumkan
ReplyDelete