Saturday, March 19, 2011

Suka Duka Orang Politik


Hatoyama: 'Anwar' atau 'Nizar' versi Jepun?

Yukio Hatoyama mungkin merupakan manusia yang paling gembira apabila parti pimpinannya, Democratic Party of Japan (DPJ) berjaya menamatkan penguasaan lebih 50 tahun Umno Barisan Nasional Jepun iaitu parti Liberal Democtaric Party (LDP) pada 30 September 2009.

Hatoyama seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun menggantikan Taro Aso dari parti LDP yang baru setahun menggantikan Yasuo Fukuda juga yang baru setahun menggantikan Shinzo Abe yang juga baru setahun menggantikan Junichiro Koizumi. Koizumi satu-satunya PM Jepun yang dapat memerintah melebihi 5 tahun semenjak 1972.

Pengganti-pengganti Koizumi tidak dapat memegang jawatan PM melebihi setahun. Yang lebih sedih tentulah isteri-isteri mereka kerana belum puas jadi First Lady, dah terpaksa shopping bayar sendiri!

Di waktu LDP sedang berdepan masalah kepercayaan rakyat, Hatoyama daripada parti pembangkang, DPJ bijak merebut peluang. Asalnya Hatoyama adalah seorang ahli parlimen Umno daripada parti LDP juga, cuma dia keluar jadi pembangkang pada 1996 dan menubuhkan DPJ. Kelebihan dan kebijakan Hatoyama ditambah dengan kebobrokan LDP, akhirnya menyungkurkan parti ketuanan Jepun yang memerintah sejak lebih 50 tahun itu.

Hatoyama memasuki ofis PM dengan penuh bergaya. Banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru pimpinannya. Apatah lagi apabila beliau adalah seorang berkelulusan Ph.D, sememangnya beliau bijak. Kebijakan beliau yang pertama adalah meninggalkan LDP pada 1996!

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat ditengah hari. Yukio Hatoyama terpaksa meletekan jawatan pada 2 Jun 2010, setelah hanya 9 bulan berada di ofis PM! Hatoyama bukan dijatuhkan secara kudeta atau campurtangan istana Jepun, tetapi beliau dikaitkan dengan skandal kewangan dan janji pilihanraya terutama untuk memindahkan penempatan askar Amerika di Pulau Okinawa. Hatoyama digantikan dengan Naoto Kan, yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Hari ini pastinya Naoto Kan berasa sedikit kesal kerana menyanggupi tugas PM daripada Hatoyama kurang setahun yang lalu. Sekarang Naoto Kanlah yang terpaksa tidak dapat tidur sedikitpun dan perlu sentiasa ke depan menghadapi apa jua persoalan selagi tragedi tsunami dan letupan loji nuklear belum reda di negara matahari terbit itu.

Naoto Kan juga berhadapan kemungkinan terpaksa meletak jawatan setelah semuanya terkawal kelak. Kerana selain tekanan meletak jawatan daripada pihak lain, itu juga adalah sikap orang Jepun. Kalau tidak masakan ada askar Jepun yang melakukan harakiri atau seppuku apabila mereka tewas di Perang Dunia kedua dulu.

Hari ini dalam kesedihan melihat keadaan negaranya, Hatoyama mungkin berasa sedikit bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada karier politiknya. Taro Aso juga mungkin baru hari ini timbul rasa bersyukur parti LDPnya kalah kepada DPJ pada 2009. Ya lah! Siapa yang sanggup bertanggungjawab untuk menjawab soal kehilangan jiwa dan harta benda yang begitu besar? Apa lagi apabila tragedi ini bertambah mudarat dengan beberapa letupan loji nuklear!

Jika kita renungkan semua ini, berbaloikah kita berbalah dan membuat fitnah untuk menang satu dua kerusi?

Kecualilah jika kita berhabisan dan berjuang hanya kerana Islam. Kerana Allah!

11 comments:

  1. Jepon selalunya akan memetak jawatan dengan terhormat tanda bertanggong jawab....

    kita?

    ReplyDelete
  2. masalahnya nak jawab apa nanti...di hadapan raja segala raja..ye dak?

    ReplyDelete
  3. gedek!,
    kita tak boleh letak jawatan, nanti huru-hara. rakyat insist...

    ReplyDelete
  4. kulupsakah,
    masa tu carilah ketua masing-masing. ketua tu pun pulangkan paku buah keras, "mung ikut aku buat hapa?"

    ReplyDelete
  5. well..
    sekarang ni..
    pemimpin yang zalimlah yg menjadi pilihan hati..
    dah terbukti kat Malaysia sendiri...

    ReplyDelete
  6. salam...
    kah kah kah... tapi jepun kat tanah melayu taktau nak letak jawatan pun... kalau boleh kasi bini sama memerentah... fitanah dan tuduh menuduh jadi amalan jepun ka malysia ni ...

    ReplyDelete
  7. bercakap tentang Jepun
    sekarang musim hujan asid/kimia
    letupan di Jepun
    di percayai tersebar melalui air (hujan)
    dan sangat membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete
  8. menang 1-2,
    keluar duit bukan 2-3 angka
    huu..

    tengok cerita cina memang berani bab politik

    ReplyDelete
  9. aiza,
    selamat datang.
    ambo setuju benar tu.

    ReplyDelete
  10. brutalsolo,
    itu jepun bersongkok tinggi

    ReplyDelete
  11. puteri,
    hujan menjadi scrubber semulajadi.
    awak pun berani dik.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...