Wednesday, May 25, 2011

Kajol Anak Mahaguru Silat


Baju putih adalah ayah.
Adik di sebelahnya baju hitam.
Salsabila di atas rumah menonton TV.

Malam, selepas isyak, rumah ayah meriah. Budak-budak datang belajar silat. Yang belajar tomoi pun ada.

Ayah banyak sub kerja-kerja mengajar kepada adik-adik. Entah bila depa dapat diploma persilatan daripada ayah, aku tak tahu. Alih-alih depa semua terer bersilat dan bertomoi. Entah-entah Kajol pun pandai bersilat. So far dia belum menunjukkan sebarang bunga silat kepada aku yang terjun tiruk pun tak pandai.

Ayah hanya banyak melihat anak-anak muridnya dari muka pintu sambil menyedut rokok. Kalau ada bunga silat baru, barulah dia masuk gelanggang dan menunjukkan skilnya.

Ayah tak banyak cakap. Senyum saja yang banyak. Mulutnya tak lepas daripada rokok.

Salsabila yang sedang menonton TV sesekali keluar untuk melihat orang bersilat. Sampai di muka pintu, dia melihat ayah yang sedang bersila lendik sambil menaziri anak-anak muridnya bersilat sambil menyedut rokok.

"Tok ayah ni.... Kan merokok tu harammm...."

Kata Salsabila lalu terus pergi menonton TV semula dengan gaya berjalan yang tersendiri.

7 comments:

  1. hehehehe..pesanan dari kerajaan msia ke tu?

    ReplyDelete
  2. salam
    kira ok ..gunakan anak anak untuk ajar silat...
    dari guna umi fffff untuk bersilat

    ReplyDelete
  3. nak komen lagi sekali

    itu cakar hariamu kajol tak pernah buat ke..macam ustazah norabayah cakap dalam tv tu..he .he

    ReplyDelete
  4. latifah,
    atok kalah dengan cucu

    ReplyDelete
  5. brutalsolo,
    lu jangan tanya soalan yang menjuruskan blog gua di ban sekali lagi.haha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...