Monday, August 1, 2011

Dah Miskin, Kenapa Puasa ?

Adik memang rajin dan produktif
Adik terhegeh-hegeh menolak wheel barrow yang penuh berisi buah sawit ke tempat pengumpulan. Itulah kerja adik sementara menunggu result SPM 1991.

"Lu posa ka?" Tanya seorang penyelia apek.

"Posa"

"Waa...Lu talak letih ke...Itu olang pun Melayu, tapi talak posa pun", kata apek lagi sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berhidung penyet yang sedang keletihan memunggah buat sawit.

"Kenapa lu posa ma?" Tanya apek lagi.

"Bila lapar, kita ingat sama orang miskin yang takde makanan", adik jawab skima, sama seperti apa yang ustaz, ustazah dan lebai-lebai cakap.

"Itu macam, olang miskin tak payah posa la? hari-hari lapar ma," apek menimbulkan persoalan yang adik tak kuasa nak menjawabnya. Lagipun kerja kutip sawit dibulan puasa dengan matahari khatulistiwa di atas kepala benar-benar merujakan dan mencerokkan perut.

Terima kasih banyak-banyak kepada apek kerana mengajar adik erti kehambaan yang sebenarnya. Kerana Allah lah kita berpuasa, kerana kita hamba Nya, dan Dia Tuan kita. Tuan suruh, kita kena buatlah. Tak buat kena marah, jika Tuan marah, mana hamba nak mengadu?

Ingat orang miskin, bagi rest enjin perut, mencerdaskan akal, melatih kesabaran, the best diet etc etc itu semua adalah hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang kepada semua hambaNya.

Kadang-kadang hikmah ini untuk orang yang terlalu berakal yang selalu hendakkan reasons dan benefits untuk setiap tindakan hatta dalam persoalan pengabdian kepada Tuhan.

**** Selamat berpuasa kepada semua terutama kepada adik dan keluarga di Newcastle. 
Ramadhan karim
Allahu akram


7 comments:

  1. Tiba-tiba terbayang wajah anak2 di Somalia ... kemarau tanpa makanan
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa Cikli sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Tang produktif tu yang dalam maknanya...bila balik M'sia nanti bertambah produktif ler...Selamat Berpuasa bro...Moli & Biki...

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa 'boh'....

    selamat berpuasa Kajol...

    ReplyDelete
  4. hehhe...
    selamat berpuasa cikli

    ReplyDelete
  5. hu, tersentak,,
    betul, kita berpuasa kerana Allah,, :)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...