Wednesday, March 16, 2011

Apa Itu Cinta? Cinta Itu Bodoh!


Aku bergegas ke library. Tepi tingkap cermin level 1 library menghadap ke refectory menjadi destinasi pentingku. Begitulah rutin aku beberapa detik sebelum pukul 2 petang setiap Isnin.

Seketika kemudian, di celah-celah manusia berhidung mancung dan berambut perang, kelihatan 2 gadis Melayu bertudung berjalan beriringan sambil mengepit buku dan fail. Pastinya mereka sedang menuju ke kelas mereka di bangunan 4East. Perhatian aku hanyalah kepada salah seorang daripada mereka. Yang lebih merah pipinya dan lebih manis senyumnya.

Si dialah yang telah membuatkan aku menjadi bodoh tergesa-gesa ke library pada masa ini. Si dialah yang membuatkan aku menjadi bodoh tercegat di tepi tingkap ini. Dialah yang menjadikan aku bodoh memerhatikannya berjalan sehingga kelibatnya hilang di sebalik pintu 4East.

Kenapa aku katakan bodoh?

Aku tidak sepatutnya menjadi penunggu setia tingkap cermin library ini, kerana aku pun ada kelas pada pukul 2 hari ini!

** Entry ini adalah untuk memakmurkan segmen apa kata kamu tentang chenta di blog al-Hakim. Klik gambar di atas untuk ke sana.
Tagged:


8 comments:

  1. hukhuk..tu bukan cinta kot..cume perasaan ingin tahu atau suka je..btw tq sudi join

    ReplyDelete
  2. al hakim,
    itulah dipanggil spark cinta. yang mengudup, kemudian berbunga. kemudian berbuah, lalu dimakan monyet. haha

    ReplyDelete
  3. hahahaha...mengata dulang paku serpih...

    ReplyDelete
  4. pokmudo,
    itulah maksudku, cinta itu bodoh. sapa-sapa pun, hensem macam mana pun boleh terjebak jadi bodoh. haha

    ReplyDelete
  5. siyusly sgt tersirat..
    nice2..
    like2.

    huhuk~

    kpd en.pengnjur a.k.a al-hakim..

    ini juga adalah cinta ye..

    all the best~
    -cik juri

    ReplyDelete
  6. cik nurussalwa,
    terima kasih cik juri.
    terasa semacam dipuji ramli ms haha

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...