Saturday, March 26, 2011

Pameran Solo Si Kecil Berkaitan Isu Semasa

Talhah menunjukkan karya terbaru yang berjudul 'DNA' yang bergitu kompleks sehingga menjalar ke dinding.

Talhah begitu tekun memikirkan konsep lukisan siri 'Pilihanraya Sarawak'
Talhah dengan gaya thumb-up dR. Rozmey berlatar belakangkan lukisan 'Datuk T', '110%' dan 'Tuala Good Morning' 

Seniman Talhah telah mengadakan pameran solo di dinding rumah sewanya. Mama dan abahnya hanya melihat dengan hati terbuka. Ikuti wawancara pemberita dengan si cilik prolifik ini.

Pemberita : Assalamualaikum adik.
Talhah : Waalaikumussalam.
Pemberita : Adik pandai baca doa makan?
Talhah : Allahumma.......(Sampai habis)
Pemberita : Wah pandailah adik. Siapa ajar?
Talhah : Mama.
Pemberita : Boleh bagitahu apa yang adik lukis?
Talhah : Adik lukis macam-macam.
Pemberita : Yang ini apa adik lukis? (Sambil menunjukkan satu lukisan)
Talhah : Macam-macam
Pemberita : Siapa ajar adik melukis?
Talhah : Adik.
Pemberita : Kakak ajar?
Talhah : Adik.
Pemberita : Terima kasih.... Adik pergi main dengan Kak Yong, abah nak buat kerja ni....



8 comments:

  1. salam Tuan,
    Kesimpulannya ialah Talhah pandai melukis, mama Talhah pandai baca banyak doa, dan abah Talhah sedang ada kerja........(",)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum:)

    Tahniah buat adik Talhah dengan bakat seni terpendam yang ditafsir abahnya maksud tersirat di sebalik lukisan tu yaa...
    dahsyat tuu:):)

    ReplyDelete
  3. cikgu zam,
    cikgi kartini,
    thanks kata talhah

    ReplyDelete
  4. Antara Talhah pandai melukis atau lu yang pandai torak cerita...!

    huh!

    ReplyDelete
  5. gedek!,
    at least gua tak buat-buat cerita pasal anwar

    ReplyDelete
  6. talhah sangat bijak. err... simpan je lukisan tu. nnt dia dh jadik legend leh masuk muzeum.

    :)

    ReplyDelete
  7. cathrine,
    anak borek, abahnya bintik-bintik

    ReplyDelete
  8. Hahaha.....nanti leh geng ngan Naufal dan Nabil yg juga suka lukis....Thumbs up!!!!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...