Tuesday, April 27, 2010

Di UK BNP, di Malaysia BN&P


.
Di UK ramai orang terutama dari puak Unite Against Fascism (UAF) berdemonstrasi membantah kempen racist BNP (British National Party) yang disiarkan dalam slot kempen 5 minit di TV BBC.
Di Malaysia juga ada geng BNP yang selalu membuat kenyataan rasis. BN & P. P untuk Perkasa.

Sekurang-kurangnya di UK semua parti sama ada Labour, Konservatif, Liberal Demokrat, Natural Law Party, BNP, Green Party, Sack Graham Taylor Party dan lain-lain parti yang sedang bertanding diberi ruang dan masa yang sama untuk berkempen apa saja di media utama mereka.

Saturday, April 24, 2010

Luahan Hati Ketua Puak Katak

.
"Kenapa kami dipandang hina?
Apa salahkah kami melompat?
Kami pun makhluk Allah juga, kami mencari rezeki yang telah ditentukan Allah.
Hinakah perbuatan kami melompat? Ramai lagi yang melompat, tetapi kenapa kami yang kena tanggung keaiban?
Kami tak pernah merasuah, atau makan rasuah.
Kami tak pernah berbohong. Kami bukan munafik.
Sudahlah jangan hina kami lagi. Apa salah kami?
Belum pernah ada orang menjanjikan projek kepada kami.
Kami juga tak ada skandal.
Kami tak ambil hal pun tentang politik.
Jadi...
Jangan nisbahkan kami dengan Ibrahim Ali, Ezam mat Noor, Jamaluddin Jailu dan kawan-kawan dia, Zahrain, Zulkifli Nordin, Zahid Mat Arip, Dr. Halili, Fairus dan ramai lagi manusia yang mengkhianati perjuangan rakyat.... Jangan kaitkan mereka dengan berudu pun.
Itulah harapan kami."
Setelah meluahkan perasaannya, katak hijau itu (katak pisang barangkali) yang claim dirinya mewakili puak katak melompat pergi.
.

Friday, April 23, 2010

Nasib Baik Aku Bukan Calon Hulu Selangor



Kalau aku ni takdirnya calon Hulu Selangor PR, pastinya botol di tangan aku akan disuperimpose menjadi botol whisky. Kerusi kosong di sebelahku mungkin disuperimposekan supaya mungkin awek seksi duduk di situ.

Itu kalau aku calon PR.

Kalau aku calon BN, pastinya botol ditanganku akan menjadi botol air zamzam, atau sekurang-kurangnya air musoffa. Kerusi kosong tu mungkin akan didudukkan dengan Bill Gates ke, Yusuf Qardhawi ke atau Albert Einstein supaya aku nampak hebat berbincang secara santai dengan tokoh dan genius dunia.

Tapi itu semua tak akan berlaku.

Air botol hitam di tangan aku hanyalah air jus oren tango yang terkenal zaman 90-an dahulu dengan tagline ' you know when you've been tango'ed'. Aku sebenarnya di Oxford, dalam perjalanan menuju ke puncak suatu menara yang aku dah lupa namanya (Carfax Tower? Beritahu Pak Cik Google). Berhenti sekejap ambil gambar ....

*****

Carfax Tower
(Hop Off at stop 7 to visit)



Climb 99 steps to the top of the tower to get a bird's eye view of Oxford's "Dreaming Spires".
In 1818 St Martin's church was rebuilt complete with tower, however towards the end of the 19th century, mounting traffic problems necessitated road widening. The church, apart from it's tower, was demolished in 1896. The tower is all that remains today. On the east facade the church clock is adorned by two "quarter boys", who hit the bells at every "quarter" of the hour.

Open daily 10am - 5.30pm (4.30 in October).Adults £2.20 - Seniors £2.20 - Students £2.20 - Children (under 16) £1.10Location at the junction of St Aldates / Cornmarket St and High Street / Queen Street, Oxford(Managed by City Sightseeing on behalf of Oxford City Council)

Thursday, April 22, 2010

Family Day Out

Seronok juga sesekali berkelah.





Bukan jauh pun, belakang rumah Mak Long je. Panas sangat atas rumah. Tu la Mak Long orang suruh pasang aircond, nanti dulu, nanti dulu......

Monday, April 19, 2010

Resepi Terhebat di Hulu Selangor

.
Bahan-bahannya:

1. Satu botol 7-UP.

2. Satu botol Coca-Cola.

3. Ais


Cara membuatnya:

Campurkan 7-UP dan Coca-Cola dalam jug. Masukkan ais. Siap untuk dihidangkan.

Selamat menikmati APCO Beng.

APCO sedap juga diminum panas.
.

Wednesday, April 14, 2010

Semuanya Kerana Allah



Suatu hari di Kapar Power Station semasa kerja-kerja piping hendak dimulakan, Kumar bos aku dari India berkata,


"Ramli, recite a prayer".


Aku dalam keadaan tidak bersedia membaca doa yang aku selalu baca selepas sembahyang dan diaminkan oleh foreman, fitter, welder yang beragama Islam. Dalam hati aku terfikir, bagus juga mamat hindu ni walaupun dia kafir, dia minta aku baca doa untuk berkat mulakan kerja.


"Finish?" Tanya Kumar setelah aku meraup muka. Aku mengangguk.


Aku ingat kerja grinding dah nak dimulakan, tiba-tiba....


Entah dari mana muncul sami membaca mentera dan menyembur sirih pinang pada tempat yang bakal digrind. Serentak dengan tiupan serunai sekali.


Patutlah dia suruh aku baca doa dulu. Kalau dia cakap awal-awal sami pun ada datang, dah pasti aku baca ayat Kursi 3 kali.
Walaumacammanapun, peristiwa ini cukup menyedarkan aku, keredhaan Allah perlu untuk setiap yang kita lakukan.



Wednesday, April 7, 2010

Mimpi Seorang Ayah


Ketika aku sedang cuba menyempurnakan sesuatu (tak ingat pula apa bendanya), ada sesuatu yang panjang semacam tali pinggang atau ular asyik mengganggu aku.

Objek itu tak putus-putus mematuk, memukul, membidas aku. Sakit tidaklah sangat, tetapi terganggu amat.

Tidak tertahan lagi, aku lantas menangkap objek itu dan menggigit kuat-kuat. Ngap! Sekali.

Ahhhhh!!!!!!!

Talhah di sebelahku tersedar dari tidur kerana kesakitan. Alamak……. Aku tergigit kaki kecil Talhah.


“Maaf dik…. Abah menggigau kekah kaki adik…. Abah tak sengaja”, sambil aku membelek-belek kaki kecilnya jika ada kesan gigitan. Bukan nampak pun gulap gulita...

Sunday, April 4, 2010

Set-Set Kepala Lembu di England


Puak-puak EDL - English Defence League, sedang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan masjid baru di Dudley, England.


Puak UAF- Unite Against Fascism pula mengadakan demonstrasi bagi melawan balik bantahan puak-puak EDL.


PERKASA - ??? Ooo...ini untuk Melayu saja. Tiada di tempat lain.


Jadi kita di Malaysia ni fikir-fikirkanlah jika nak berpolitik perkauman sempit.



Pekida cawangan UK bila nak tunjuk gedebe? Masa ni la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...