Sehari sebelum hari mengundi PRU 10, aku berkata pada ayah,
“Ayah, mari berlatih mengundi dulu, nanti takut jadi undi rosak pulak...”
Maklumlah ayah aku orang kampung. Pegang cangkul, sabit, pisau toreh, tukul, gergaji lebih kerap daripada pegang pen. Mungkin 5 tahun sekali masa mengundi baru ayah pegang pen. Tanda tangan pun ayah pakai cop ibu jari je. Dulu masa aku darjah satu, kad kemajuan (buku rekod) pun ayah cop jari je walaupun tak nampak line-line di ibu jari kerana terlebih dakwat Parker.
Aku lantas mengambil kertas dan membuat petak. Di satu petak aku lukis dacing, di satu petak lagi aku lukis bulan. Ayah tanpa berfikir panjang walaupun tangan terketar-ketar terus saja membuat pangkah pada kotak bulan.
“OK la macam ni.... Tapi kita cuba sekali lagi....” Kataku.
Kali ini aku melukis dacing dalam kedua-dua petak. Aku berikan pada ayah. Ayah diam sambil senyum temewek. Dia enggan memangkah.
“Pangkah la ayah... Kata nak practice tadi....” Kataku pada ayah sambil menahan gelak.
“Malas akuh.....” Ayah memberi kata putus.
Hahaha.... Ayahku seratus kali lebih faham politik daripada Zulkifli Nordin.
Inilah kertas undi yang aku buat untuk kenakan ayah. Tapi tak jadi wakenabeb.