Sajak

  1. Seloka Orang Kononnya sayang Parti
  2. Wanita Itu
  3. Kerbau Bodoh
  4. Dilema Melayu
  5. Buat Apa Sokong Pas
  6. Di Pusara Anak
  7. Doa Untuk yang Tiada
  8. Sekolah Agama Ini Pelik
  9. Royalti & Ubat Gigi
  10. Aku Kerdau Aku Merlimau
  11. Nelayan Yang nak ke Bulan

**********************************************************************************

Seloka Orang Kononnya Sayang Parti

Aku ada bukti jelas dia buat dan kata begitu
Ada pemanggil beritahuku satu persatu
Nak tahu lebih lagi, jom kita bertemu
Kalau masuk paper, memang berita ni laku

Maklumat ini memang sahih
Kudapat dari sumber yang terpilih
Memang kau tak percaya kerana dia nampak salih
Orang politik ni mana ada yang bersih

Sumber sahihku ada memberitahu
Dia dengar ini semua daripada si anu
Kejadian itu memang betul-betul berlaku
Si dia tu betul-betul buat parti kita malu

Si anu kawanku itu orang pangkat besar
Maklumat daripada dia semuanya benar
Makan minum kawan, dia yang selalu bayar
Masa itulah maklumat tersebar

Sumberku memang sohih dan tepat
Nampak sendiri ? Oh, tidak! Aku berada di lain tempat
Aku sibuk,nak ke sana mana ku sempat
Don’t worry, baca saja blogku nan hebat

Apa? Kau kata ‘hear say’ tak pakai
Aku dapat berita ni bukan daripada macai
Informer aku semuanya orang pakai neck-tie
Aku hanya tak nak parti ni hancur berkecai

Kalau kau tak nak percaya juga, sudah
Kau orang semua boleh blah
Memanglah aku tak lihat sendiri, tapi maklumat ini sah
Kerana sayang parti je aku dedah.....

Karya:
Ramli Haji Hassan, 27 Mei, 2009, Grace Court, Kota Kinabalu

Wanita Itu

Wanita itu..

terlalu ego dalam gundah
terlalu sukar mengalah
terlalu pantang menyerah

Wanita itu..
mulai dihinggapi siflis
akibat telunjuk iblis
badan mulai membilis

Ya....
wanita itu sundal
hidup tanpa hendal
akhirnya terkulai sesal...

Nukilan:
Shahawie, 80's, Guchil, Kuala Krai, Kelantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...