Friday, January 27, 2012

Yong 9 Tahun

Hadiah kebetulan di Sabasun, KT
Selamat hari lahir Kak Yong.
Semoga menjadi anak yang solehah.

**Terpaksa berblog di CC.

Friday, January 20, 2012

Mimpi Terpijak Kepala Ular



“Saya bermimpi terpijak kepala ular. Apa alamatnya?” Tanya seorang murid tua kepada beberapa senior.

Senior pertama berkata,”kamu hebat dan cool kerana berani pijak kepala ular.”

Senior kedua berkata,”bergantung kepada jenis ular, kalau ular kapak, tandanya kamu nak mampus. Kalau ular air, tandanya kamu panjang umur.”

Senior ketiga berkata,”mimpi itu mainan tidur. Apalagi mimpi ular, biasanya mainan setan.”

Senior keempat pula berkata,”nampaknya kamu kena start semula dari bawah!”

Setelah beberapa tahun, murid tua itu datang semula mencari senior-senior.

“Senior keempat, bagaimana kamu belajar mentafsir mimpi?”

“Kenapa?” Tanya senior keempat-empat senior serentak.

“Aku kehilangan banyak perkara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Aku terpaksa bermula semula dari bawah.... Sama seperti tafsiran mimpi yang senior keempat berikan dahulu,” cerita si murid tua.

“Dari mana kamu belajar tafsir mimpi?” Mereka semua serentak bertanya senior keempat.

“Itukan permainan ‘snakes & ladders’, terpijak kepala ular terkebawahlah jawabnya. Lain kali, cuba kamu mimpi naik tangga pula....” Jawab senior keempat selamba.

Thursday, January 19, 2012

Blogger Tanpa Internet

Sudah hampir 3 minggu aku ketiadaan internet.

Ketiadaan internet kurasakan seolah-olah kehilangan jawatan exco agama bagi seorang yang kuat mempertahankan agama.

Sunday, January 1, 2012

Maharaja Lawak Mega

Aku: Kah kah kah lawak....

Dia: Apa yang lawak.... Afdlin Shauki ke?

Aku: Pengacara dia tu datok... kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...