Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Monday, May 6, 2013

Dosa Hari Ini

Boleh pula banner ni berada di sini!!
Selesai mengundi aku berjalan keluar dari pusat pengundian. Mataku tertumpu pada satu banner di luar pagar sekolah yang menjadi pusat mengundi. Aku berhenti dan membaca tulisan pada banner tersebut.

"Takde apa dah lah. Berdosa lah ambo hari ni," aku berkata kepada seorang pakcik yang berada berhampiran.

"Kenapa?" Tanya si pakcik.

"Ambo undi Pas takdi....." Beritahu aku tanpa berselindung, sambil mata aku terus berpaling daripada banner yang menyatakan 'fatwa' seorang-dua 'tok guru' yang terang-terangan menghukumkan HARAM mengundi Pas.

Sunday, April 21, 2013

Calon ADUN Yang Kalah


Semasa berurusan di kaunter bank, tiba-tiba seseorang yang familiar datang memberikan namecard kepada orang ramai di dalam bank termasuk aku.

"Kalau nak BRIM ke apa ke, bagi tahu..." Katanya.

"Tolong ye, sekali saja," katanya lagi, memujuk orang ramai untuk mengundi dia yang mewakili parti majoriti India komponen BN itu.

Aku melihat kad yang diberikan. Ada gambar dia sebagai calon ADUN, ada gambar PM sebagai Presiden UMNO, ada gambar Datuk Mustapha Mamat sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.... Kemudian ada gambar seorang perempuan, siap ada nama lagi, Datin Dr S...... 

"Siapa ni?" Aku bertanya orang di sebelah.

"Rasanya bini dia," jawab seseorang.

"Nampak sangat dia 'kalah'....." Kata aku.

"Belum mengundi lagi belum tahu, dia ni boleh tahan pengaruhnya," potong kawan tadi.

"Kalah kat bini la bro kalau macam ni!" Jawab aku.

Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia : Dilema Abang Askar

** Salam Hari Lahir ke 5 untuk Talhah Ramli, 19 Oktober 2012. Semoga anakku menjadi umat Rasulullah S.A.W. yang soleh.


This is Kota Bharu
Dear Uncle Cikli,

Ambo orang Kelantan. Ambo dah kerja askar lamo. Dah naik pangkat dah. Rasa terhutang budi banyak sangat. Dilema saya bila pasukan bolasepak ATM dapat masuk final Piala Malaysia. Lawan Kelate pulak tu. Jadi ambo raso telan mati bini tuo, luah mati bini muda. Nak sokong pasukan mana ni. Tolong nasihatkan ... Yang terseksa batin, Din Kem Desa Pahlawan.

Jawapan:

Dear Din Kem Desa Pahlawan,

Saya bangga dengan saudara Din yang telah berkhidmat menjaga keamanan negara Malaysia kita ini. Bolasepak hanya satu sukan untuk riadah dan menyenangkan hati kita. Team mana yang kita sokong tak jadi masalah. Tak semestinya orang Kelantan kena sokong Kelantan. Tak semesti juga seorang askar kena sokong ATM.

Sahabat saya orang KL tetapi sokong Felda United semata-mata kerana dia dah beli saham Felda Global Venture (FGV) sebanyak 50,000 unit. Sahabat saya yang lain yang tinggal di tanah rancangan Felda pulak beralih sokongan kepada team bolasepak lain kerana tidak berpuas hati hanya mendapat 800 unit saham FGV. Dah jatuh pulak tu. Loan Maybank kena bayar.

Kelantan cuti 21 Oktober, kata MB
Namun menyokong sesuatu yang ada kaitan dengan kita adalah manis yang amat. Kita sendirilah yang cari kaitan atau hubungan itu. 

Sahabat saya Kak Zakie contohnya, dia orang Johor tetapi menyokong Kelantan FC kerana dia kagum dengan Menteri Besar Kelantan walaupun umum mengetahui bolasepak Kelantan dikuasai oleh seteru politik MB Kelantan tersebut.

Seorang lagi sahabat saya, Gedek juga menyokong Kelantan kerana dia dulu pernah tinggal di Jalan Geale, Kuala Krai, Kelantan walaupun sekarang ini kalau dia cuba bercakap loghat Kelantan, wife dia pun belum tentu faham.

Uncle Gedek!
Contohnya macam ini saudara Din Kem Desa Pahlawan, 

Seorang Muslim berbangsa Perancis atau British atau American tetap akan menentang sebarang dasar yang menyalahi atau mendiskriminasi orang Islam yang dikeluarkan oleh negara mereka walaupun mereka sebangsa kerana bagi mereka Islam atau agama itu lebih BESAR dalam hidup mereka.

Nasihat saya janganlah saudara Din pening-pening, sokonglah team mana yang anda suka. Di akhirat nanti pun, berapa kali kita bangun malam kerana tengok bola tak akan diambilkira. Yang dikira hanyalah berapa kali kita bangun malam kerana mendirikan solat-solat sunat. Begitu juga airmata kekalahan bola tak berharga sedikitpun berbanding airmata kerana bertaubat menyesali dosa-dosa lampau.

Bagi saya, saudara Din sepatutnya lebih pening memikirkan berkaitan hak saudara di dalam Undi Pos di dalam PRU13 nanti daripada memikirkan team bola mana yang sepatutnya saudara sokong. Harap saudara Din faham.

Apa-apapun, ramalan saya Kelantan menang 2-0 malam ini. Afiq Azmi muncul wira TRW.

Sekian. Gomo Kelate Gomo.
Uncle Cikli.

Sunday, August 26, 2012

Beza Raya Kelantan & Terengganu

Hari pertama masuk kerja hari ni selepas raya. Letih pun belum hilang drive terensut-ensut dari Kelantan ke Kuala Terengganu semalam. Bila jumpa kawan-kawan ambil peluang untuk bermaaf-maafan.

"Selamat hari raya gu, 0-0 deh," kejap aku genggam tangannya.

"Selamat hari raya Cikli, 2-0!," balas dia...

Wei... Baru satu game pun nak bising der. Gua tahu la Kelantan kalah 2-0 baru ni.


Gol pertama Sang Penyu daripada Doe. Imej dari Dunia Warriors.

Orang bentes lu tak apa Daud, lu bentes orang jaga la...Imej dari Dunia Warriors.

Monday, June 25, 2012

Bayi Berkacamata, Berambut Putih Ditemui Keseorangan Di Dalam Makmal Sains

Prof. Datuk Dr. sentiasa casligas dan tidak pernah kenal erti jemu walaupun rambutnya sudah memutih di usia 76 tahun. Seharian dia menghabiskan masa di dalam makmalnya. Teori yang baru dijumpai mesti segera dibuktikan kebenarannya. Biarlah apa jua kata orang, Prof. Datuk Dr. tidak peduli. Dia berani menentang arus. Sia-sia saja dia bergelar Prof, doctorate lagi, dapat Datuk lagi kalau dia hanya duduk diam mengangguk dalam ceramah sahaja.

Bahan-bahan penting telah disediakan oleh Prof. Datuk Dr, tinggal untuk membancuhnya sahaja. Air kolah dari  8 buah masjid di setiap jajahan di Kelantan telah diperolehi. Tanah liat dari Jeli dan tanah pasir dari Bachok menjadi ramuan utama. Bunga keluduk dari Peringat dan miang buluh dari Ketereh pula menjadi ramuan penyeri.

Ramuan rahsia yang menentukan kejayaan ujikaji Prof Datuk Dr. tidak lain dan tidak bukan adalah lendir katak yang suka panggil hujan tak kira siang malam pagi petang kemarau hujan. Mujurlah setelah mencari seantero negara, lendir katak ini akhirnya dijumpai di tepi stadium mini Pasir Mas.

POOOMMMM!!!!!

Satu letupan agak besar berlaku apabila lendir katak sebagai bahan rahsia dimasukkan sebagai ingredient terakhir. Lengkaplah sudah pati rahsia ciptaan Prof Datuk Dr. Kini, tinggal untuk uji keberkesanannya sahaja.

Mengikut buku tebal rujukan utama Prof Datuk Dr, pati rahsia yang dihasilkannya boleh membuatkan seseorang muda remaja. Kembali casligas, kembali segar, kembali kembang. Namun barang diingat, ada kata-kata amaran sebagai nota kaki dalam buku rujukan itu, pengambilan oral perlu amat mengikut sukatan iaitu, satu SUDU TEH boleh mengembalikan keremajaan sehingga 40 tahun kebelakang.

Prof Datuk Dr mencari sudu teh. Tidak sabar dia mahu menguji pati ramuan rahsia ciptaannya.

"Mano pulok sudu teh ni. Maso oghe nok ni lah dio takdok. Sekalo berlambak..." Gerutu Prof Datuk Dr. setelah gagal mencari sudu teh.

Akhirnya Prof Datuk Dr hanya menjumpai sudu besar yang biasa.

Gambar hiasan
"Sudu ni pun ok jugok. Janji sudu!" Kata Prof Datuk Dr.
.
Sesudu penuh pati rahsia ditelan Prof Datuk Dr dengan gelojoh. Tiba-tiba kepalanya berpusing, rasa macam migrain. Telinga rasa macam tiada, hidungnya rasa macam rebeh, matanya rasa macam nak keluar, berpinar. Fikirannya kachar, kachar, kachar! Tubuhnya  semakin mengecil. Ya, dia sedang shrinking....

Ya, sesudu penuh pati ramuan rahsia telah menjadikan Prof Datuk Dr kembali muda belia. Kalau satu SUDU TEH, boleh kembali muda 40 tahun. Kini setelah minum pati rahsia satu SUDU BESAR, Prof Datuk Dr hanya mampu menelentang sebagai bayi berusia 6 bulan di lantai makmal.

Ya! Teori Prof Datuk Dr berjaya menjadikan dia kembali bayi. Nampaknya dia perlu bersunat sekali lagi.
.
**Cerita rekaan semata-mata. Kalau terasa, sendiri mahu ingat.

Thursday, June 7, 2012

Jadi Bodoh Sebab Lebuhraya

Dari RMK5 ke RMK9.... Bila buat sendiri ada mangkuk kutuk kaw-kaw pulak....
Tok Pa, Awang Adek dan Brahim Ali masing-masing melampiaskan kebusukan hati masing-masing apabila majlis pecah tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai akhirnya disempurnakan oleh MB Kelantan.

Awang Adik tuduh lebuhraya ini hanya taktik untuk merembat balak sahaja. Padahal bagi aku, kalau nak merembat balak, baik buat lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang.

Tok Pa dan Brahim meragui keupayaan Kerajaan Kelantan mendapatkan RM1.8 billion untuk projek tersebut.

Mujurlah Annuar Musa setakat ini masih sibuk pasal bola dan tak ada masa nak 'carro' pasal lebuhraya ini. Harap-harap Annuar terus tumpu pada bola sahaja agar Piala Liga dan Piala Malaysia pula tiba di bumi Kelantan. Piala AFC pula, biar dapat pergi sejauh mungkin.

Berbalik pada soal RM1.8 billion untuk lebuhraya rakyat, apa susah sangat...  Jika PRU13 nanti berlaku perubahan besar, duit tu pastinya akan datang dari Putrajaya!

Thursday, May 31, 2012

Peluang Top-Up Pahala

Selagi orang pakai, selagi tu insyaAllah pahala di top-up.

Sunday, April 22, 2012

Bidaah Bola

Kejayaan MRSM dalam SPM adalah kerana pelajarnya bersedia rohani dan jasmani. Selain mutu pengajaran cikgu-cikgu yang bagus, jadual pembelajaran yang tip-top, pelajar juga diajar bahawa semua kejayaan datangnya daripada Allah.

Menjelang peperiksaan SPM 1989, setiap malam kami pelajar tingkatan 5 akan baca Yaasin di surau selepas Maghrib. Selepas baca Yaasin, kami berdoa beramai-ramai. Di hujung doa, ustaz akan berhenti sekitar seminit-dua untuk setiap pelajar berdoa sendiri apa yang dihajati sebelum ustaz menyambung semula doa sehingga habis.

Malam itu, Piala Malaysia ada perlawanan di antara Kelantan lawan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kuala Lumpur memang top tahun 1989 dengan pemain import dari Singapore K. Kannan  dan Malek Awab. Memang payahlah Kelantan nak tewaskan KL.

Jadi, malam itu semasa ustaz diam dalam doa, aku seperti biasa berdoa untuk lulus SPM dengan cemerlang, kemudian aku tambah sikit lagi doa supaya Kelantan menang malam tu lawan KL.

Pukul 10.30 malam, dapat result bola melalui radio, Kuala Lumpur 5 - Kelantan 1.....

Sunday, March 18, 2012

Ingatan Buat Pengantin Baru

Hari perkahwinan diharap menjadi titik penuh berkat untuk sebuah kehidupan berzuriat bagi setiap orang. Semoga setiap handai dan taulan berdoa untuk kebaikan mempelai.

Tetapi jika jalan utama jem 7 km di kiri dan barangkali 7 km juga di kanan, apakah hanya doa dan pujian yang bakal diperolehi mempelai?

Walaupun kita mampu dan berkedudukan dalam masyarakat, janganlah menyusahkan orang lain yang masing-masing ada kehidupan dan kemaslahatan sendiri demi semata-mata membesarkan agenda keluarga kita sahaja.

Harapnya pengantin dan keluarganya berbahagia kerana mudah-mudahan seramai-ramai orang dalam deretan lebih-kurang 14 km kereta yang terperangkap dalam jem, hanya aku seorang sahaja yang 'ternyumpah' apabila mendapat tahu rupanya jalan jem disebabkan ada orang beruniform membuat kawalan lalu-lintas kerana ada anak politician usang yang kahwin, bukannya kerana ada emergency lain!


Awat pulak jem ni? Ada eksiden ke kat depan tu?

Laa...Anak dia ni kawin rupanya. Banyaknya khemah. Siap ada bendera merah kuning lagi.

Oiii...Orang dari Machang pun jem juga no.... Berderet-deret.

Tak habis lagi kenderaan berderet-deret.

Bayangkan dari Kusial hampir ke Machang! Macam time raya la pulak!

Wednesday, February 29, 2012

Berani Dia Kata Kelantan Paling Miskin!!

From Sdk to KK
"Ini memang terang-terangan menghina orang Kelantan," marah betul Setapa. Kopi susu ditangannya diteguk habis sekaligus. Tanda marah yang amat.

"Betul tu Setapa. Sekarang terbukti Kelantan bukan negeri yang paling miskin dalam Malaysia," sokong Mamat.

"Kau lebih pandai daripada PM kita la jadinya," sampuk Rais, mencemik bibir sambil membetulkan songkoknya.

"Kau tak baca ke Rais, laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri?" Tanya Mamat dengan mata terjegil. Marah dia dengan orang bodoh sombong macam Rais. Harap songkok je tinggi, IQ rendah!

"Dia mana baca tu semua Mamat. Utusan dan TV3 je rujukan dia," Setapa menambah.

"Indek kemiskinan Kelantan adalah 4.8 sahaja, Sabah 19.8... Jauh bezanya," beritahu Setapa sambil memesan secawan kopi susu lagi.

"Wah! Kita lagi kaya dari Sabah," sokong Mamat.

"Ye ke tu? Kaya pun tak pandai memerintah buat apa? Semua projek bagi Cina, Melayu apa dapat? Stadium pun tak cukup syarat untuk main bola AFC, terpaksa main kat Bukit Jalil," Rais terus skeptik.

"Isu stadium tu modal politik individu tertentu je. Perlis pun lebih sesak dari Kelantan. Indeks kemiskinannya 6.0, Sarawak 5.3, Kedah 5.3...." Setapa terus berfakta, macam Husam Musa la pulak.

"Kita kaya sebenarnya. Itu belum kira royalti yang dirompak daripada kita lagi," sokong Mamat. 110%.

"Masjid pun baru sebuah dibina dalam 20 tahun memerintah. Kaya apa?" Bantah Rais. Memang semacam songkok tinggi itu yang menyekat kepala hotaknya daripada berhujah dengan rasional.

"Ayah.....Ayah...."

Tiba-tiba 3 orang budak datang ke kedai kopi mencari ayah mereka. Mereka adalah anak Setapa, Mamat dan Rais.

"Ayah mak suruh minta duit dengan ayah, gula habis," beritahu anak Setapa.

"Mamat, Rais aku pergi cari gula dulu ye. Dah 2 hari aku minum teh kurang manis kat rumah tu," Setapa berlalu bersama anaknya.

"Ayah, ada orang datang rumah minta duit ansuran TV," beritahu anak Mamat pula.

"Aku balik dulu Rais," Mamat pula berlalu dengan anaknya.

"Ayah, mak sakit kaki. Lantai dapur patah. Kaki mak terjerlus tadi. Ayah ......" Beritahu anak Rais pula.

"Ok..Ok...Ayah balik sekarang. Tokey, air ni masuk buku ye...." Rais pula berlalu dengan anaknya.

Pak Din, tokey kedai kopi hanya memandang sepi.

"Huh! Indeks kemiskinan 4.8 pun minum air berhutang. Kalau 19.8 tak tahu la....." Sungut Pak Din dalam hati.

****
Kata Cikli:  Apa ada pada statistik? Lihatlah pada hakikat. Duduk di negeri kaya macam Selangor pun kalau terpaksa buat 2-3 kerja sehari untuk bagi anak-isteri makan, apa maknanya!

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Cerita Dari Kawan

Kawan aku, seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan menyedari kewujudan seorang gadis muda yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tempat dia bekerja. Kawan aku mengagak gadis itu dalam lingkungan 18-19 tahun umurnya. Mungkin baru lepas SPM. Orangnya agak cantik, nampak sopan dan pemalu.
Naluri kawan aku terasa ingin mendekati gadis muda itu. Terasa sesuatu yang istimewa tentang gadis itu. Sesuatu yang bukan terbit daripada nafsu seorang lelaki. Tetapi sesuatu yang datang dari naluri seorang manusia.
Seorang insan yang mengambil berat sesama insan pasti ingin tahu dengan lebih lanjut. Kenapa gadis semuda itu melakukan kerja yang biasanya dibuat oleh orang yang telah separuh umur. Apalagi di bangunan yang dipenuhi oleh kakitangan lelaki dan perempuan yang memang dressing maut setiap hari.
Perasaan ingin tahu kawan aku tertangguh beberapa kali. Beliau teragak-agak kerana bimbangkan mata-mata yang memandang akan menyangka yang bukan-bukan. Kawan aku masih muda, 20an, sudah ada anak isteri, hensem, soft spoken, baik hati.
Sehinggalah suatu hari,
“Dik, adik ada SPM?” Kawan aku akhirnya memberanikan diri apabila mendapat peluang.
Gadis muda yang sedang mengemop lantai itu agak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka ada di kalangan ramai-ramai kakitangan kerajaan di bangunan besar itu datang menegurnya. Lelaki pulak tu. Muda pulak tu. Iras Saif Ali Khan pulak tu. Gadis itu hanya mengangguk.
“Tak nak sambung belajar lagi ke?” Kawan aku terus melepaskan teka-teki yang bersarang selama ini.
Hari itu barulah kawan aku tahu. Jauh di sudut hatinya, kawan aku kagum dan terharu dengan gadis muda itu. Rupanya di zaman internet rempit ini, masih wujud anak gadis yang berhati mulia sepertinya.
Ceritanya begini,
Gadis itu berumur 18 tahun. Baru habis SPM. Result SPMnya bagus. Dia memang mendapat tawaran ke sebuah IPTS. Tetapi keluarganya susah. Tak pernah dapat projek besar-besar. Tak dapat permit teksi. Tak dapat AP. Memang ayahnya kenal PM, TPM dan beberapa orang menteri, tetapi daripada TV dan surat khabar saja. Macam kebanyakan marhain juga. Jadi gadis itu membuat keputusan. Dia meminta pihak IPTS menangguhkan kemasukannya hingga ke tahun berikutnya. Jadi beginilah dia sekarang, mengemop lantai, membersih tandas, menvakum karpet, mengelap cermin di bangunan pejabat ini. Mengenepikan semua ego dan rasa malu yang normal bagi seorang gadis muda sepertinya demi mencari wang yuran dan belanja.
Suatu hari kawan aku terserempak dengan gadis muda itu lagi. Kali ini dia berbaju kurung, tidak lagi berpakaian kerja biasanya. Terserlah keayuan gadis Cik Siti Wan Kembang ini. Kali ini dia yang mula menegur kawan aku.
“Saya dah tak kerja sini lagi, dah sambung belajar, hari ni datang jumpa kawan-kawan lama.”
Kawan aku tersenyum puas. Seorang anak bangsanya sedang menuju ke puncak walaupun dalam kepayahan.

Wednesday, February 8, 2012

Liga Super 8 Feb 2012 : Sabah 0 - Kelantan 0

Penyokong Sang Kijang dan Sang Badak berjemaah bersama. Talhah menyokong pasukan Sabah, tanah kelahirannya.

Malam ni kita seri 0-0 dik. Lain kali abah tak akan kasi can.

Monday, December 12, 2011

Belajarlah Daripada Shahrizat

Semalam aku sekeluarga bertolak dari Pekan, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan.

Sampai di Keroh, kereta berderet beratur. Orang pun ramai di kiri-kanan jalan. Rupanya ada eksiden di hadapan. Dalam kesamaran pukul 11 malam, aku dapat melihat sebuah motor terbaring di sebelah seekor lembu yang juga terbaring di tengah-tengah jalan.

Apakah nasib penunggang motosikal tidak dapat aku pastikan. Melihatkan keadaan motosikalnya, aku hanya berharap yang baik-baik kepadanya. Semoga dia selamat.

Siapa pun tuan lembu itu, dia mestilah bertanggungjawab. Orang lain bela lembu, kita pun nak bela lembu. Orang lain tambat lembu, kita main lepas begitu sahaja. Kepada penternak lembu (termasuk kerbau dan kambing!) tolong jaga lembu anda. Pastikan anda mengurung lembu anda hatta di dalam kondo sekalipun.

Tuesday, December 6, 2011

Walaupun Tak Sehebat Melaka, Aku Tetap Bangga ...

Group H tu bro.

Hutang dengan Pusat berapa Tok?

Sunday, December 4, 2011

Si Ketam Buruk Kepala

Wah! Hebat idea kau Ali.

Setakat dapat Piala Malaysia tu, apalah sangat, Ali kan....

Wednesday, November 23, 2011

Si Bodoh Yang Busuk Hati

Imej dari redsfcnews.blogspot

Kalau nak tengok bola, tengok je lah. Janganlah nak sakitkan hati orang lain pulak. Kami pun sokong Malaysia jugak. 

Aku nak tanya.
  1. Penyokong mana yang pengsan di final Piala Malaysia baru ni, yang dibelasah oleh penyokong mana?
  2. Penyokong mana yang bakar bendera Kelantan? Penyokong mana yang bakar bendera Terengganu?
  3. Penyokong mana yang berarak dan berdemo di stadium kata  dan nyanyi lagu 'FAM bangsat'?
  4. Penyokong mana yang berdemo menuntut supaya presiden persatuan mereka yang poyo meletak jawatan?
  5. Penyokong negeri lain tak pernah baling botol air mineral ke? Tak pernah baling mercun ke? Penyokong mana yang ditahan polis kerana membaling botol sos tomato?
  6. Penyokong mana yang baling mercun betul-betul dekat telinga pemain Kelantan yang sedang tergolek dulu?
  7. Penyokong mana yang kejar pemain mereka sendiri dulu-dulu?
  8. Berapa kali ada kes penyokong bakar kerusi stadium? Di negeri mana?
Maksud aku, semua penyokongpun sama. Mereka mahukan kemenangan dan yang terbaik untuk team mereka.

Persamaan penyokong Kelantan dan Indonesia ialah semata-mata mereka berbaju merah dan menyokong team mereka dengan penuh bersemangat. Mereka tak pernah mengecat muka mereka dengan warna biru Chelsea walaupun mereka minat Chelsea bagai nak giler! Atas 2 sebab:
  1. Kan Chelsea tu yang sedang menentang team Kebangsaan kita!
  2. Payah nak solat nanti.
Sekian. Harap faham.

Friday, November 11, 2011

Negara Tak Akan Bengkrup Kerana Subsidi

Rakyat berkreativiti untuk survival. Pemimpin ber'subsidi' untuk survival

Bolehlah bawak gi ceddong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...