Monday, August 24, 2009

Palestine Deformation


Cikgu : Mamat, terangkan gambarajah di atas ....

Mamat : Gambarajah menunjukkan bagaimana stress nya penduduk Palestin. Palestin Region semakin mengecil dan akhirnya putus....disekat oleh Yahudi Israel.

Cikgu : Woi, mangkuk ayun betul budak ni.... Mana datang Palestin pun aku tak tahu. Plastik la.... Plastic deformation. Apa nak jadi dengan kamu ni.

Mamat : Saya nak jadi wartawan cikgu.

Cikgu : Ngam la itu....Berdiri atas kerusi....

Saturday, August 22, 2009

Demonstrasi Puasa 1 Ramadhan



Aku mendapat SMS daripada Salsa hari ini. Aku sebenarnya berada di Kelantan kerana ada urusan.


" Abah kakak tidak mahu cakap dengan abah dan mama sebab abah dan mama tidak bagi kakak dan kakyong makan sehari sahaja itu pun tidak boleh "


Ya habibi, enti handle lah macam mana pun.
Abah mampu gelak je dari kejauhan.

Thursday, August 20, 2009

Bangang Sangatkah Anda ?



Part mana yang Nik Aziz kata yang anda tak faham ?

Wednesday, August 19, 2009

Pentingnya Balik Raya di Kampung



Salsa ada ujian Pendidikan Seni hari ini. Tajuk-tajuk telah diberikan terlebih awal oleh cikgu.


Semalam, semasa mengambilnya pulang dari sekolah dia memberitahuku yang dia bercadang nak buat 'kad ucapan'.


"Molek la tu. Buat kad raya," aku cadangkan pada Salsa. "Tengok tu, macam di papan tanda tu," aku menunjukkan gambar di billboard gergasi yang tertera ucapan selamat berpuasa dengan gambar Ketua Menteri Musa Aman di sebelah ketupat dan dacing.


"Kakak boleh lukis ketupat, pelita,....." cadangku lagi.


"Tebu......" Tambah Salsa.


"Hoit.... Mana ada tebu pada hari raya. Orang Hindu je yang guna tebu...." bantahku.


Ting! ......Terlintas sesuatu di fikiranku.


"Kakak....Tu bukan tebu, LEMANG bahhhh......"


"Mana kakak tau......." Jawabnya sambil gelak kecil.


Dah lama rupanya aku tak beraya di kampung. InsyaAllah, moga-moga dapatlah aku pindah cepat-cepat.

Monday, August 17, 2009

Mencari Peluang ke 2


Nasib baik ada parking !


Cepat-cepat kami keluar kereta. Appointment isteriku dengan doktor gigi pada pukul 2. Sekarang sudah 2 lebih beberapa minit.


Aku mendukung Talhah berjalan laju di depan beberapa meter dari isteriku yang memimpin Salsa dan Syahida.


Di kaki lima di luar kedai runcit terlihat seorang cacat sedang menghulurkan tangan kepada orang yang lalu-lalang.


On the way balik nanti aku dermakan, niat hatiku.
.
.
Tergesa-gesa aku menuju ke klinik gigi di tingkat 1 bahagian belakang bangunan. Isteri dan anak-anak perempuan jauh kutinggalkan di belakang. Yang penting daftar dulu.... Suda lambat bah.


Rupanya tuan doktor pun masih on the way, belum sampai, kata gadis penjaga kaunter klinik. Takpa, yang penting orang tak tunggu kita. Setengah jam kemudian baru tuan doktor sampai.


Semasa menunggu mamanya di bilik rawatan, Salsa membisikkan sesuatu padaku.


Abah, tadi kakak nampak orang cacat kat bawah minta sedekah. Kenapa abah tak derma ?


Lantas aku mengajak anak-anak ke bawah. Salsa mahu menunggu mamanya di klinik. Aku mendukung Talhah dan memimpin Syahida ke kaki lima bangunan di bawah. Tiada lagi kelibat hamba Allah yang aku cari. Aku cari sekeliling, tiada.....


Mungkin tiada rezekinya. Beberapa RM....


Dan tiada rezekiku.... Pahala yang terhidang ku tangguhkan pada pusingan ke 2 yang rupanya tak kunjung datang.

Friday, August 14, 2009

Satu Lagi Ramalan P. Ramlee Yang Tepat


Sedutan daripada Malaysiakini.


" Liu: Saya tidak campuri isu rampas bir


author_photo("Andrew Ong dan Kuek Sek Kuang Keng")
Ong dan Kuek Sek Kuang KengOgos 11, 097:20am


Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan.


Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi twrsebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

...... cut ...."



P. Ramlee (Jamil) semasa kecoh cari butang baju Melayu dalam Filem Madu 3:
"Aku bukannya marah...Nasihat......"
.
Ronnie Liu dalam isu rampasan bir :
"Aku bukannya campurtangan....Nasihat...."








Tak jumpa butang baju Melayu ke daa.....?
.

Saturday, August 8, 2009

Gila Gula


Aku : Gula ada?

Kedai A : Takde


Aku : Gula ?

Kedai B : Habis ...


Aku : Gula ada ?

Kedai C : Abis. Gula ising je ada.

Aku : Bila sampai ?

Kedai C : Tak tau...


Aku : Gula kat mana ?

Kedai D : Dah habis bah.....


Aku : Gu...
Kedai E : Habisssss


Aku : G.....

Kedai F : Out of stock


Aku : GILA ?

Kedai G : Ya ! Naik gile aku nak jawap pasal gula. Semua orang tanya.

Wednesday, August 5, 2009

Cerita ISA II : 3 Jam Sebelum 1 Ogos

.
A: Assalamualaikum Tan Sri . Apa kabar orang Nogori ?



B: Waalaikumussalam..... Oooo demo lamo tak dengar berita ? Ni mesti ada apa-apa ni telefon pagi-pagi buta ni.



A: Meme la Te Sri. Nak minta tolong sikek.



B: Tolong apa Dato', orang PAS suruh kamu letak jawatan lagi ke ?



A: Demo tu buke tak kenal sayo. Katak ni sekali gigit tak akan lepas, bunyi pelakar di langit pong belum tentu lepas..... Ginilah Tan Sri.....



B: Berapa juta...?



A: La ilaha illallah Tan Sri..... Bukan bab duit la.



B: Ajaib ni kalau gini. Apa hal ni Jang......



A: Baju hok lama dulu ada lagi ke ? Nok segera nih. Kalau ada orang ambo gi ambik sekarang jugak.



B: Baju begapo pulak demo ni Dato' ? Baju golf ?



A: Baju hak tahun 2005 dulu tuh..... lebih-lebih, saki-baki... Ambo desperate ni....



B: Ooooo.....baju yang puak saya pakai masa saya kena pecat dulu? baju hak depa pi buat demonstrasi menyokong saya tuh? ada lagi. Ada-ada .... tapi.......



A: Tapi gonamorima lagi Tan Sri wei, ambo nak guna esok nih.......OK kira jadi, lo ni jugak orang ambo pi rumah Tan Sri dengan lori..... Assalamualaikum.....



B: Weiii....hello...hello... tunggu dulu Dato'.... hello......... Gopoh tak habih-habih menatang sekor ni... baju tu ada la, tapi 6 helai aje balance. Lantak mung la.....



So, seperti yang telah kita maklum .......



**Cerita adalah rekaan dan igauan penulis semata-mata. Tetapi gambar adalah benar belaka.

Tuesday, August 4, 2009

Cerita ISA


Assalamualaikum,


Jam lebih kurang 1 pagi. Aku sedang membaca catatan anak tahanan ISA, Suhaib Mat Sah yang telah hampir lapan tahun membesar tanpa dukungan ayahnya. Khabarnya semasa demonstrasi anti-ISA Sabtu lepas, Suhaib dan Uminya pun turut ditahan.


Tiba-tiba aku terdengar rengekan anak sulungku Salsabila. Apa yang mengganggu tidurnya ? Bila rengekannya berpanjangan, aku berhenti membaca catatan Suhaib dan mendapatkan Salsabila. Aku gosok dan belai tangannya dan ucapkan kata-kata lembut supaya tidurnya kembali aman.


Umur Salsabila 8 tahun. Sebaya dengan umur Suhaib semasa tidur malamnya dikejut kasar oleh beberapa orang yang tidak dikenali yang menggari dan membawa ayahnya pergi sehingga sekarang. Sehingga sekarang umurnya 16 tahun!


Sehingga fizikal Suhaib pun melebihi fizikal ayahnya yang sering dimomokkan mendapat menu terbaik 6 kali sehari !


Itu baru catatan Suhaib seorang. Apa pula catatan Uminya ?


Apa pula catatan neneknya yang meninggal baru-baru ini ?




Dan ketika para pengambil berat dan para simpati ingin mengadu hal kepada Raja yang mereka hormati, seluruh negara didendangkan dengan kerugian RM 200 juta akibat daripada demonstrasi yang diadakan.


Chonglah Nong ........ Selagi mulut berbunyi !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...