Wednesday, March 31, 2010

Cinta Itu Bodoh

Di tepi tingkap cermin library inilah aku akan berada pada pukul 2 hari Isnin. Bergegas ke situ semacam sudah menjadi rutinku.

Sebabnya?

2-3 minit sebelum pukul 2, junior yang menjadi kegilaanku akan melalui jalan ini untuk ke kelasnya. Dan aku dapat melihatnya dari jauh. Bodohnya aku!

Kenapa bodoh?

Sebab aku pun ada kelas juga pada pukul 2 hari Isnin!

Saturday, March 27, 2010

Tak Rock La Kawin Muda



Dulu-dulu, Chris akauntan di tempat aku kerja selalu potong stim bila orang bercerita pasal kahwin.


"Buat apa kahwin awal ma.... Dah kaya besok, umur 40 kawin la...", katanya, konon rock la tu.


"Chris, u berapa umur sekarang?" Aku bertanya.


"25, masih muda ma... enjoy la", konon makin rock la tu.


"Chris, u pernah tidur dengan girlfriend u?" Aku bertanya lagi, direct.


"Of course la kawan..." Jawabnya, masih ingat rock la tu.


"Chris, aku tak tahu pasal agama you.... Dalam Islam, agama aku, belum kawin mana boleh tidur sama-sama ma... Berdosa besar, masuk neraka", aku berkata direct.


".....Dan aku tak mahu masuk neraka... Sebab tu aku nak kawin walaupun you anggap muda untuk kawin..." Aku menyambung.


Aku nampak Chris dah tak berapa nak rock.


Thursday, March 25, 2010

Perumpamaan Orang Yang Percaya Zahrain & Zulkifli Nordin

Mula-mula sekali kita panggil saja orang yang percaya celoteh Zahrain dan Zul sebagai Abang Kuk.
Ceritanya begini:
Abang Kuk keletihan balik dari kerja. Sesampainya di rumah, dengan jelas dia dapat dengar suara isterinya Zulrain mendesah dan 'moaning' dari dalam bilik.
"Apa kena pula isteri aku ni?" Fikir Abang Kuk.
Pintu bilik berkunci. Lalu Abang Kuk mengetuk dan memanggil nama isterinya. Hampir 3 minit baru pintu bilik dibuka oleh isterinya.
"Kenapa sayang merengek dan 'moan' tadi? You ok?" Tanya Abang Kuk pada isterinya Zulrain.
"Kepala ayang sakitlah. Rasa tak sihat..... Sebab tu susah nak bangun dari katil tadi", jelas Zulrain dengan lagak semut tak mati.
Tiba-tiba anak mereka yang baru berumur 4 tahun berkata kepada ayahnya.
"Ayah...Ayah.... Ada orang bawah katil, telanjang. Dia buat shhh....shhhh... pada adik!"
Abang Kuk melihat di bawah katil, dilihat kawannya MatNo bertelanjang bulat di bawah katil dengan muka macam setan kantoi.
"Celaka hang MatNo!"
Jerkah Abang Kuk bagai halilintar. MatNo dan Zulrain pucat tak terkata. Kantoi. Kesyaitanan mereka sudah diketahui.
"Binatang hang MatNo, dahlah bini aku sakit, hang lagi dok bawah katil menakut-nakutkan anak aku pulak. Kawan apa hang ni?" Marah Abang Kuk.
MatNo dan Zulrain lega bangat. Senangnya nak kelentong mangkuk ayun ni. Fikir mereka. Bolehlah mereka buat lagi.
Soalan:
1. Adakah anda semangkuk Abang Kuk?
2. Adakah anda rela dianggap mangkuk oleh orang seperti Zulrain dan MatNo?
3. Adakah anda saja berlagak mangkuk kerana buta hati dan perasaan?
4. Adakah sememangnya anda species mangkuk sejak dulu kini dan selepas ini?
Apapun, cerita di atas hanyalah rekaan. Bukan cerita aku pun. Aku hanya sesuaikan dengan keadaan untuk mencuci pinggan-mangkuk supaya putih bersih.

Monday, March 22, 2010

Melor Daerah Termaju di Kelantan



Cikgu!

Cikgu Azmi yang sedang asyik meleteri teori fizik berpaling ke arah pelajar perempuan yang memanggil.

"Hukum Tangan Fleming ni, bila nak guna tangan kiri dan bila pula nak guna tangan kanan?" bersungguh-sungguh nampaknya pelajar perempuan tingkatan empat MRSM-KB bertanya dengan wajah penuh kekonfiusan.


Cikgu Azmi tersenyum.


"Oooo...Itu senang saja!"


Semua pelajar memberi perhatian kepada Cikgu Azmi, tips berguna sedang dicurahkan oleh sifu.


"Bila kamu nak makan nasik, kamu pakai tangan kanan. Bila nak basuh berak, guna tangan kiri", mengarut pula la Cikgu Azmi tengah-tengah pelajar dok serius memasang telinga dan otak.


Itulah Cikgu Azmi di antara cikgu favourite era 80-an di MRSM-KB.


Pernah sekali pelajar-pelajar mengata kampung halamannya, Melor kerana kes pertama HIV/AIDS di Kelantan (Mungkin di Malaysia?) dikesan di daerah itu.


"Guano Melor ni Cikgu?" Seorang pelajar sengaja mengumpan Cikgu Azmi.


"Kes HIV/AIDS sebelum ni banyak berlaku di Amerika, UK, negara maju. Itulah tandanya Melor pun maju...." Jawab Cikgu Azmi selamba.


Berkat ajaran Cikgu Azmi, aku pun dapat juga A1 untuk fizik...hahaha.

Thursday, March 18, 2010

Maksiat Di Langit Biru


Flight Malaysia Airlines Boeing 737 MH 36xx dari Kota Kinabalu yang ku naiki berhenti sejenak di Negara Brunei Darussalam. Di Brunei, puluhan penumpang yang aku yakin warga India yang nak balik kampung menaiki pesawat. Dua orang daripada mereka duduk di kerusi kosong di sebelahku.

Mataku mengerling passport yang dipegang oleh lelaki yang baru melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

Ghulam .....Something namanya.

Oooo....Islam rupanya, getus hatiku.

Pesawat berlepas laju. Masa untuk makan. Hah! Time to enjoy and experience the true MH. Yea...MH, the pride of Malaysia Airlines. According to them, MH is not just an airline code, it’s Malaysian Hospitality.

Menunya memang menarik, masakan Malaysia.

“What for drink sir?” Tanya pramugari yang lawa dan tinggi lampai.

“Kopi”, jawabku.

“Beer”, jawab Ghulam di sebelahku.

“Wain”, jawab lelaki senegara Ghulam di sebelahnya.

Ghulam dihidangkan dengan setin Heineken beer dan kawan Ghulam dihidangkan dengan secawan red wain. Aku ditepi tingkap terpaksa menyedut bau tebal vapourised alcohol.

Aku memandang awan yang berada di bawah sambil berfikir, macam mana orang yang nyawanya di hujung tanduk masih bernafsu melakukan maksiat. Kalau apa-apa berlaku, kami semua akan menjunam ke bawah daripada paras ketinggian 30,000 kaki dari aras laut.

Kawan Ghulam meminta wain tambah. Hari itu rata-rata warga India yang menaiki pesawat di Brunei berpesta beer dan wain. Aku agak kerana polisi kerajaan Brunei tidak membenarkan penjualan arak berleluasa di negara itu. Memang mereka kegersangan alkohol. Dan mereka melampiasi kegersangan mereka di dalam pesawat sebuah negara Islam yang lain. Free of charge!

Ghulam di sebelahku tentunya muslim berdasarkan namanya. Pramugara dan pramugari yang menghidangkan arak pun muslim. Pilot pun muslim. Presiden Malaysia Airlines pun muslim. (CEO Idris Jala tu Kristian, jangan tersilap pula) Aku yang berada di tepi tingkap ini pun muslim. Jika hak mereka untuk mentekedarah arak, apa hak aku untuk tidak menghidu dan berada dan makan di sebelah penagih arak?

Semasa memasuki terminal, seorang perempuan cina yang aku yakin bukan muslim berkata pada seseorang.

“Orang sebelah saya tadi tambah wain sampai 4 kali, ini MAS tiada control ke? Bahaya ma...nanti mabuk.....susah ma...”

Aku setuju dalam hati yang masih panas.

Sepatutnya Idris Jala dahulu mengambil arak free ini sebagai salah satu perkara utama dalam langkah penjimatan dan mengurangkan kerugian dalam Malaysia Airlines.

Wednesday, March 17, 2010

Air Zam Zam


Suatu petang kawan seofis menghulurkan air zam-zam untuk seteguk-dua,

"Cikli, air zam-zam......"

Aku tersenyum sambil melihat botol air di tangannya. Terpampang muka ahli politik yang tak hensem di botol air lutsinar itu. Senyumku jadi tawar.

"Maaf ye nak royak....." Aku memulakan bicara.

"Abu Jahal dulu hari-hari minum air ni. Abu Lahab pun serupa. Tapi lawan Islam pahh cerroh".

Kawanku hanya tergelak kecil. Bukan niatku untuk berlaku biadap, tetapi supaya kita semua realize, keIslaman bukan terletak pada air zam-zam atau buah kurma. Apalagi kalau benda-benda tu digunakan untuk tujuan politik murahan dunia. Belum lagi kita bertanya duit siapa yang digunakan untuk semua itu.

Tak bijak dan tak payah la letak gambar muka orang politik hatta kat kampit baja sekalipun, belum tentu pokok hidup subur.

Tuesday, March 9, 2010

Senyuman Buat 1Malaysia

9 mac 2010.

Berita Jam 8. TV9.

Dalam Negeri:

1. Di Perlis, budak sekolah jatuh (terjun?) dari tingkat 3, kononnya terdengar bisikan halus.
2. Di Ipoh, budak 5 beradik 1-9 tahun ditinggal ibu sebulan lalu. Anak terabai, tak pergi sekolah kerana ayah terpaksa keluar bekerja cari makan.
3. Sultan Kelantan fail cerai talak 3 dengan isteri ke 2.
4. Kes dera budak kecil sampai mati dah selesai kata polis kerana pemandu lori dah mengaku dia yang menumbuk dan memukul budak tu.
5. 3 beradik rentung dalam kebakaran melibatkan 5 rumah di Pulau Pinang.
6. Di Perlis, pemandu maut apabila kereta putus 3 kerana melanggar 3 pokok.
7. Seorang pemuda didapati bersalah di Shah Alam kerana merogol dan merompak.
8. Pesawat terhempas di Bachok, Kelantan.
9. Kedai jual pakaian bundle di Kuala Terengganu rupanya port menjual dadah.
10. Sistem pool yang berbentuk menghukum kakitangan awam akan dikaji semula, kata PM di Putrajaya.
11. Kakitangan Giat Mara didakwa salahguna kuasa memberi kontrak tandas bernilai RM2000 kepada syarikat milik isteri.
12. Seorang jurujual kereta di dapati bersalah cuba menyuap polis RM150 kerana elak disiasat.

Luar Negara:

13. 3 pemberontak ditembak mati di Indonesia.
14. Cubaan menceroboh kedutaan China di India kerana menuntut kemerdekaan Tibet.
15. Republik Afrika Tengah mungkin mengalami krisis kemanusiaan yang teruk, kata wakil PBB.
16. Gempa di Turki, ratusan orang bersesak dalam khemah dan kesejukan.

Sukan:

17. Kemenangan Atlantica Hawk dalam bola keranjang dibatalkan kerana mata terakhir tidak dikira sebab bola masih di tangan pemain semasa shoot terakhir dibuat.
18. Pakistan yang mendahului akhirnya tewas 2-1 kepada Australia dalam hoki.

Penutup:

18. Puting Beliung di Oklahoma, US.

8.30 Berita habis.

Susahnya nak senyum kebelakangan ini. Semuanya berbau negatif.

Monday, March 8, 2010

Islam Hadhari ?




Orang tua-tua kata,

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.




Tapi bukan kata AJK masjid yang luas dan cantik di suatu tempat di Terengganu ini.



Talhah nampaknya terpaksa menunggu setahun lagi untuk masuk ke masjid yang indah ini.

Wednesday, March 3, 2010

Berzina Kerana Tiada IC

Berita jam 8 tadi. Lelaki bersekedudukan sehingga lahir 3 anak di Melaka kerana permohonannya untuk berkahwin ditolak oleh Jabatan Agama kerana tiada IC. Kononnya nasibnya sekarang dibela oleh Adun Serkam.

Baru-baru ini pula, seorang ibu kepada anak kecil 3 tahun yang mati didera oleh boyfriend ibu tersebut mendapat perlindungan dan simpati menteri Shahrizat kerana dipandang serong masyarakat setempat.

Patutlah BN terus mendapat tempat dihati rakyat, pemimpin nya memang prihatin. Tuhan saja yang tahu dan membalasnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...