Monday, October 31, 2011

Saturday, October 29, 2011

Terengganu vs Negeri Sembilan

Sepanjang perjalanan dari KL ke KT melalui Lebuhraya Pantai Timur hari ini, hati teruja melihat penyokong Terengganu berjujut-jujut di lorong berlawanan menuju ke Barat sambil membawa bendera Hitam Putih mereka. Pastinya mereka ke Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan Peteh mereka malam ini.

Hati lebih teruja apabila ada kereta yang menggandingkan bendera Hitam Putih mereka dengan bendera Hijau Putih. Pastinya mereka bukan hanya peminat Abdul Hadi Yahya, tetapi juga penyokong tegar Abdul hadi Awang.

Good luck untuk Terengganu. Semoga berjaya malam ini .... Walaupun hati ini berat menjangkakan hanya Sharuain yang akan score malam ini.

Sunday, October 23, 2011

Procrastination

Ustaz Adam memang disayangi ramai

Pukul 10 malam kelas berakhir. Kami menghabiskan masa berbual sambil makan di restoran berhampiran. Biasanya kami bertiga, aku, Ustaz Adam dan seorang lagi kawan, saudara Zaharuddin.

Kelas kami di Ampang. Bukan Ampang Selangor tetapi Ampang, Ipoh, Perak. Dekat Gunung Rapat. Kelas kami diadakan 2 kali seminggu. Isnin malam dan Khamis malam. Dari pukul 8 malam hingga 10 malam. Kami belajar Bahasa Arab. Guru kami tak lain tak bukan adalah Ustaz Adam sendiri. Dia lulusan Syariah daripada Khartoum University, Sudan.

Aku diperkenalkan dengan Kelas Bahasa Arab Ustaz Adam melalui kawan sepejabat. Sekali aku join, terus jatuh cinta. Cara penyampaian dan kaedah yang digunakan Ustaz Adam sungguh menarik dan berkesan.

Sekali berkenalan, kami terus menjadi kawan. Kami sebaya. Ustaz Adam memang seorang yang senang didekati. Tak heranlah kelas yang beliau kendalikan mendapat sambutan daripada ramai orang termasuk datin-datin dan orang politik.

Boleh dikatakan setiap Isnin malam dan Khamis malam, selepas kelas, kami akan berbual. Kami berbual tentang isu semasa, tentang politik, tentang agama, tentang dunia, tentang akhirat, tentang kerja, tentang anak-anak, tentang Osama Bin Laden, tentang John Garang, tentang Sudan, tentang Astora Jabat, tentang Sharir Long, tentang Haji Hadi, tentang Nik Aziz, tentang hidup, tentang mati...

Berbual dengan Ustaz Adam bukan berbual kosong. Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat ceduk daripadanya. Aku selalu ralit mendengar kisah dia di Sudan. Yang paling istimewa ialah kisah dia berpeluang masuk ke dalam Kaabah dan bersembahyang sunat di dalamnya.

Kadang-kadang Ustaz Adam pula yang ralit mendengar falsafah dan ulasan isu semasa dan politik daripada aku. Dia bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga pandai mendengar.

Sebelum pulang, Ustaz Adam akan menghantar aku hingga ke kereta sambil kami berborak lagi. Aku akan pergi dulu sambil membunyikan hon sekali dan mengangkat tangan kepada Ustaz Adam yang juga sudah bersedia untuk pulang ke rumah.

Februari 2006, aku terpaksa berhenti mengikuti kelas Ustaz Adam kerana berpindah kerja ke Sabah. Ustaz Adam ada datang menziarahi aku sekeluarga di rumah sebelum aku ke Sabah. Kali terakhir aku bercakap di telefon dengan Ustaz Adam ialah semasa Ir Nizar digulingkan oleh Umno BN pada awal tahun 2009. Semasa itu aku masih di Sabah. Kadang-kadang semasa aku berkursus di Lembah Kelang, aku ada terfikir untuk menghubungi Ustaz Adam kerana aku tahu dia selalu berada di Kuala Lumpur kerana beliau juga ada mengendalikan kelas di situ dan isteri beliau juga sedang menyambung pengajian sarjana kedoktorannya di UKM. Tetapi tak pernah aku lakukan. Sekadar terfikir.

Sejak aku berpindah ke Terengganu pada akhir 2009, aku belum pernah menghubungi Ustaz Adam. Aku memang sentiasa ingin menghubungi beliau, tetapi selalu tertunda. Kebelakangan ini, aku pernah terfikir untuk ke Perak pada cuti sekolah yang akan datang. Aku terfikir untuk menziarahi kawan-kawan lama di Ipoh termasuk Ustaz Adam.

Hari ini, boss aku yang juga pernah menjadi anak murid Ustaz Adam (Dialah yang memperkenalkan aku dengan kelas Ustaz Adam dulu) memberitahu,

"Cikli, Ustaz Adam dah meninggal minggu lepas..."

"Hah! Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun."

Tiada apa yang boleh aku katakan. Ustaz kesayangan ramai ini lebih disayangi Allah SWT. Aku percaya walaupun pada zahirnya umur Ustaz Adam singkat, tetapi balasan pahala daripada ilmu bermanafaat yang telah disebarkan beliau menjadikan seolah-olah beliau telah berusia beribu-ribu tahun bukannya 39 tahun. Ustaz  Haji Adam Zainal meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Al-Fatihah.

Saturday, October 22, 2011

Ironis Menurut Alanis

Masa ni la moto ni nak meragam
Mengikut kamus hidup Alanis Morissette,  ironi itu...
  1. An old man turned ninety-eight, he won the lottery and died the next day
  2. It's a black fly in your Chardonnay
  3. It's a death row pardon two minutes too late
  4. It's rain on your wedding day
  5. It's a free ride when you've already paid
  6. It's the good advice that you just didn't take 
  7. Mr. Play It Safe was afraid to fly, he packed his suitcase and kissed his kids goodbye, he waited his whole damn life to take that flight, and as the plane crashed down he thought, "Well isn't this nice...
  8. A traffic jam when you're already late
  9. A no-smoking sign on your cigarette break
  10. It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
  11. It's meeting the man of my dreams, and then meeting his beautiful wife
2 hari berturut-turut punch-card aku merah, kereta banyak bersumbat-sumbat di atas jalan sebab semua orang bawak kereta, hari hujan.
 .
2 hari terlambat, 2 hari juga terserempak dengan boss semasa aku tercungap-cungap punch-in. Ironisnya...

Thursday, October 20, 2011

Sekali Jumpa 2 Tok Guru Sekaligus

Sabtu baru lalu, kami sekeluarga bersantai ke Pantai Pandak yang hanya sekilo-dua dari rumah kami. Mak oiii ramainya manusia. Selautan manusia ada di sana di tengah panas matahari ceng-ceng.


Banyak gerai-gerai kedapatan di Pantai Pandak. Macam-macam ada. Tengah-tengah melilau cari air untuk menghilang dahaga, terdengar suara  ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Pentas. Selepas Tuan Guru Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz pula. Wah! Ini dah kira baik. 2 Tok guru sekaligus kami dapat dengar. Kira rezeki la ni.


Ada program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan PGU di sini. PGU - Bukan Peninsular Gas Utilization yang biasa diketahui oleh kebanyakan orang minyak, tetapi Pas Ganti Umno.
Ganu nelang. Cayalah.

Wednesday, October 19, 2011

Selamat 4 Tahun Talhah


Kawan-kawan datang meraikan

Semoga berjaya dunia & akhirat bro

Wordless


Tuesday, October 18, 2011

Sendiri Tanya, Sendiri Jawab

Semasa latihan nak daftarkan bahan kimia online, terdapat 'word verification'.

"Kenapa depa buat word verification ni?" Tanya rakan di sebelah aku.

"Entah," Jawab aku. Dulu pun blog aku ada word verification jugak. "Kalau tak buat benda ni, adalah orang yang main-main. Banyak spam...."Tambah aku.

"Tak jugak bro...." Bagitau si rakan. "Dia nak pastikan hanya manusia yang isi borang ni, kalau yang isi borang ni monyet, kucing atau tikus, memang tak akan lepas word verification ni."

Kah kah kah.... Ada benar kau kawan.

Monday, October 17, 2011

Dibayar Untuk Berfikir

Aku tak faham kenapa ofis-ofis di Malaysia selalu ada langsir atau blind yang sentiasa tertutup. Apa salahnya jika cermin tingkap tidak dipasang langsir langsung. Jadi tak perlulah disediakan pencahayaan yang banyak. Jimat tenaga. Jimat duit.

Hari ini pukul empat petang, tempat kerja aku black-out satu bangunan. Komputer off. Suasana gelap. Hanya tempat yang ada cermin tingkap sahaja yang cerah.

No electricity simply means the punch-card is not functioning. Apalagi, ramailah yang ambik peluang cabut awal. "Nak buat kerja apa, gelap," kata mereka. "Komputer pun tak boleh guna," tambah mereka lagi. Padahal dulu-dulu kerja tak pakai komputer pun (Kata-kata boss yang aku pinjam). Yang sebenarnya, kepala kantor tiada! Itu yang penting dan afdal.

Masing-masing blah. Aku masih tersandar di kerusi depan komputer di dalam kesamaran.

"Tak balik ke?" Tegur seorang ofismet.

"Kerja gua banyak kena fikir.... Dalam gelap ni pun gua boleh termenung dan berfikir," jawab aku dalam hati. Kalau jawab luar hati, jadi takbur pulak.

Jadi, termenunglah aku di dalam gelap itu sehingga 17.02, barulah aku blah.


Saturday, October 15, 2011

The Red Warriors Hebat, Pendekar Penyu Laaagi Hebat

Pendekar Penyu atau Master Roshi

Sudah nasib jurulatih M Karathu rezekinya hanya setakat suku akhir sahaja apabila bersama team Kelantan, macam dulu juga, walaupun kali ini sumber yang ada jauh terlebih baik.

Walaupun ramai yang sudah mula bercakap macam jurulatih Malaysia, K Rajagobal, iaitu cakap-cakap tentang perancangan masa hadapan, apa yang berlaku belakang-belakang perlu juga diambil teladan.

Bukan TRW tak kuat, tetapi Pendekar Penyu yang ternyata hebat. Dan Sang Penyu tak pernah melukakan hati ramai orang dengan sering rela diperkakaskan untuk memeriahkan program politik parti terdesak sehinggakan seorang penyokong Manchester United yang berasal dari Pahang dinobatkan sebagai penyokong no. 1 TRW di dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sebuah sekolah SK di Machang, Kelantan.

Kadang-kadang lidah penyokong yang terkechewa ni masin!
.
**Info tambahan.
Goku dan transfomasinya Super-Saiyannya

Pendekar Penyu juga dikenali sebagai Master Roshi adalah tok guru kepada Son Goku iaitu Pahlawan Supper-Saiyan yang terhebat. Pendekar Penyu atau Master Roshi sering membawa cengkerang penyu atas belakang. Sekali dia buang cengkerang... Berdesup ringan tubuhnya bergerak. Kelemahannya hanya satu, suka sekodeng perempuan walaupun dia dah tua bangka, terutama yang gadis-gadis. Sebab tu dia sentiasa pakai spek hitam.
Pendekar Penyu memang tak lepaskan peluang sekodeng
.
Harap info ini dipergunakan oleh management TRW apabila berhadapan dengan team Pendekar Penyu di masa hadapan. Cuma satu saja pesan aku untuk management TRW. Jangan jadi macam Encik Satan. En. Satan ni juara Seni Bela Diri Dunia juga, tapi semua tu semata-mata luck dan tipu daya dia sahaja. Dia hanya menuai jerih-perih orang lain dan memanipulate media sahaja, tetapi di mata penyokong yang kebanyakan tak mahu berfikir, dialah wira, hinggakan Goku pun boleh kalah dengan dia. Encik Satan sehinggakan mempunyai bandar sendiri, Satan-City. Heh! Macam di real life la pulak.
Incik Satan, memang pembelawok besar

Tak percaya, tengoklah sendiri. Youtube je lah...

Friday, October 14, 2011

Khutbah Sebelum Jumaat

Dia ni tiada luang untuk berFB time kerja
"Kalau lu dapat pastikan tiada yang berfacebook dan berblog suka-suka time kerja, bulehlah gua consider untuk tambah setengah bulan lagi bonus...."

PM ber lu-gua dengan aku di dalam mimpi sebelum Jumaat tadi.

.
**Kami di sini cuti Jumaat. Petang ni jom cari ICT, Ikang Celup Tepong! Kah kah

Wednesday, October 12, 2011

Tak Patut...


Tak patut....

Biasalah bro... Dr. Asri pun kena, bekas mufti lagi dia tu.

Bukan Bob Lokman....

Habis???

Jupe tu... Julia Perez dipenjara.... Tak patut.... Membazir...

Friday, October 7, 2011

Sejenak Bersama MP di Kg Baru

Pukul 2 petang, aku keluar mencari makan. Perut sudah berbunyi.

Aku masuk ke sebuah restoran. Di satu meja, aku nampak tiga kelibat manusia yang aku kenal. Tapi tentunya mereka tak kenal aku. 

Aku senyum dan menghulurkan salam.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam...... Duduk sekali dengan kami."

Mahu tak mahu, aku terpaksa duduk semeja dengan mereka. Aku yang lapar, terus jadi tak berapa lapar. Seganlah aku nak melahap nasi apabila mereka hanya minum kopi dan teh.

Mereka adalah ahli-ahli parlimen yang aku cukup hormati. Mereka cukup vokal di Parlimen. Hujah mereka di Parlimen cukup bagus. Hari ini, aku perhatikan perbualan mereka pun berkisar tentang isu semasa negara. Ekonomi, sosial, politik, pelajaran ...

Aku hanya mendengar dan kadang-kadang mengangguk. Sambil menghirup teh tarik walaupun sebenarnya perut aku amat berhajatkan kepada nasi beriani ayam tandoori.

"Masyarakat kita makin tak selamat lah,  rompak, ragut, buang bayi, simbah asid.... Hisshhhh apa nak jadi...." MP yang bermata sepet mencurahkan isi hati.

"Huh... Kos sewa flight sampai 9 juta! Cincin 24 juta! Beg berjuta-juta! Senggara rumah pun juta-juta! Subsidi rakyat pula yang kena potong.... Barang naik..." MP yang bemisai pulak melampias perasaan.

"Dulu isu hantu bonceng, sekarang hina hudud pulak... Artis ni pun satu hal, kalau tak tahu, jangan komen. Ini main sedap mulut dia aje. Wartawan pun pi tanya artis buat apa? Hmmm.... Hukum hakam sekarang jadi permainan depa ni..." MP berkopiah pulak berlamenting.

"YB....." Aku mengangkat muka.

"Mereka tu melakukan jenayah, boros, jahil sebab tak belajar. Kalau belajar pun tak habis. Mak mereka suruh pergi sekolah dulu, PONTENG......."

MP MP MP itu masing-masing berpaling kepada aku yang bersuara lagak macam speaker Dewan Rakyat.

"YB semua pun patut hadir sidang parlimen sekarang. Bukan PONTENG di sini........ !!!!!" Aku mengeraskan suara sekeras perutku yang menahan lapar.

Tuesday, October 4, 2011

Aku Hanya Jiran Ramli


"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."

"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"

Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).

Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.

Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.

Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.

Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.

"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.

"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.

Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.

Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.

Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.

"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.

Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.

"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.

"Ini pula untuk kau...."

Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.

Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.

Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.

Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!

Aku bangga dengan Ramli! Walau hakikatnya aku menyampah dengan iklan TM itu.

Monday, October 3, 2011

Nasi Lemak 2.0 Untung Masa Maaa...

Yong &  Adik

"Jom pekena Nasi Lemak Kimia," ajak seorang rakan.

"Nasi Lemak Kimia?

"Tu... Warung dekat Jabatan Kimia tu, best bro."

"Emm..... Jauh la. Biar gua makan Nasi Lemak 2.0 sajalah."

"Nasi Lemak 2.0?"

"Gua dah beli nasi lemak bungkus dengan paper Utusan."
.

Saturday, October 1, 2011

Dia Ni Berak Batu Ke Apa?

Gambar dari Google
Berada di dalam tandas semasa perut memulas merupakan nikmat dunia.

Namun, pendekkan masa, keluar segera apabila hajat sudah terbayar amatlah dituntut.

Jangan pula kita sengaja membawa surat khabar atau merokok pulak dalam tandas yang tentunya memanjangkan masa kita berada di dalamnya. (Kecuali surat khabar itu Utusan untuk mencuci najis).

Jika kita berlama-lamaan di dalam tandas, bayangkan muka-muka di luar tandas yang menunggu-nunggu kita keluar.
.
Walau seselesa mana pun tandas itu, janganlah kita berlama-lamaan di dalamnya. Fikirkan orang di luar yang desperate. Mereka mungkin akan tercirit atau ter'ecer' apabila kita lambat keluar.

Kecuali, tandas itu kepunyaan kita sendiri. Itupun anak-anak kita boleh ter'ecer' atau ter'necer' apabila terlalu lama menunggu kita.

"How long a minute is, depends on which side of the toilet door you're on". Itu kata-kata yang pernah aku dengar, dan aku rasa ianya amatlah benar.

Sebenarnya entry ini adalah komen aku untuk isu, 'umur pencen dinaikkan kepada 60 tahun'. Maksud aku, walaupun kerja dan gaji kita dah selesa, ingatlah orang lain pun nak kerja dan nak naik pangkat macam kita jugak. Cukuplah. Pencenlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...