Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, April 11, 2011

4 Golongan Layak Cermin Gelap

Cukuplah sekadar cermin tingkap yang gelap
Baru-baru ini, aku dan seorang kawan berkesempatan berborak dengan pegawai-pegawai JPJ. Sambil menyuap mihun si kawan bertanya soalan cepumas.

Kawan: Berapa ukuran sebenar untuk cermin gelap kereta yang dibenarkan?

Pegawai JPJ: Pasal cermin gelap ni, sebenarnya ada 4 golongan saja yang boleh pakai.

Aku langsung meneguk teh, buat-buat tak layan isu ini sebab aku bukannya minat sangat bab cermin gelap ni. Cermin kereta aku semuanya putih sueh lutsinar.

Pegawai JPJ: Golongan pertama, raja. Lepas tu, tok hakim. Ketiganya, yang memerlukan cermin gelap atas sebab-sebab tertentu.

Dia berhenti di situ.... Seakan memancing perhatian.

Kawan: Satu golongan lagi?

Pegawai JPJ: Oh.... Yang keempat ni paling ramai....

Aku tiba-tiba jadi berminat dengan golongan keempat, mungkin kereta aku pun boleh pasang cermin gelap lepas ni. Baru cantik.

Kawan: Apa dia?

Pegawai JPJ: Golongan orang-orang yang degil.

Si kawan lantas menambah mihun ke dalam pinggannya. Aku pula menambah teh.

Tuesday, March 29, 2011

Tips Join MLM Untuk Orang Kerja Makan Gaji

Dulu-dulu ramai juga kawan aku join skim MLM ni. Ye lah, teruja juga tengok orang lain pakai Mercedes dan BMW. Ke mana saja depa pergi, mulut mereka berbuih dengan kelebihan produk masing-masing. Kadang-kadang aku beli juga. Mesti support kawan nak meniaga.

Ada jugak yang ajak aku join.

"Takpe lah, aku tak pandai cari orang. Kalau setakat nak paksa adik beradik aku masuk, lepas tu senyap. Baik tak payah," aku selalu beralasan begitu.

"Takpe, nanti aku tolong. Kau join saja," kawan aku tak mahu mengalah.

"Biarlah bro. Aku malam-malam nak tidur lah," aku beralasan lagi.

"Semua orang tidur malam. Kadang-kadang je ada meeting," jawab dia lagi.

"Aku kan makan gaji," alasan lagi.

"Eloklah sambil-sambil kau jumpa orang boleh promote," dia memberi idea yang mungkin brilliant fikirnya.

"Eh! Inikan MLM?" Aku berlagak jahil teropong.

"Ye lah Multi Level Marketing, kalau banyak downline lagi baik," dia menghurai.

"Aku ingat MLM tu singkatan untuk MALAM, jadi kalau kita makan gaji waktu siang, kita kena buat kerja-kerja cari down line ni waktu malam sahaja," aku berkata bersahaja.

"Kau ni, kalau nak mengena pun agak-agak la....." Dia tarik muka.

Dalam hati aku Yessss! Sebijik!


Wednesday, March 2, 2011

Minat Sahaja, Tiada Lebih-Lebih

Tarikh : 1989
Tempat : Perpustakaan, MRSM Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan.
 Perkara : Lisan Bahasa Melayu SPM

Penemuduga : Rancangan televisyen apa yang kamu minati?

Cedukan dari Wadah '89

Calon SPM, Iseng : Banyak rancangan yang saya minat, tuan.


Penemuduga : Antaranya?

Iseng : Saya minat Soal-Jawab Agama, Pedoman, Lambaian Kaabah, Sinar Hikmah, Dari Mimbar Jumaat, Sinar Jumaat...

Penemuduga : Awak tak pergi sembahyang Jumaat ke tengok Sinar Jumaat ni?

Alamak, terkantoi. Memang Sinar Jumaat siarannya pukul 1 tengahari hari Jumaat.

Iseng : Saya minat saja tuan, saya tak tengok.

Iseng lulus Bahasa Malaysia SPM dengan cemerlang. Dia terus berkecek Kelate sehingga sekarang. Bab loyar buruk, aku tak tahu kerana sudah 20 tahun lebih tidak ketemu dengannya. Yang aku tahu, dia masih rock, guitarist terbaik kami dulu ni.

Sebenarnya aku dapat agak kenapa Iseng menjadi minat rancangan agama secara tiba-tiba sehingga terkantoi. Penemuduga tu pakai songkok dan berjanggut panjang. Mestilah kena cari jalan dapatkan extra marks. Well done bro, janji dapat jawab.

Thursday, February 24, 2011

Tips Mengongsi Kasih

Mak kita mesti sayang no. 1, barulah mak anak-anak kita
"Abah hak Yong sorang," kata Yong, 7 tahun.

"Adik punya Abah. Yong tak boleh," Adik, 3 tahun, tak mahu mengalah.

"Abah dengan Kakak sorang. Yong, Adik dengan Mama," Kakak, 9 tahun, pun tak mahu ketinggalan.

Anak-anak selalu berebut nak dengan Abah walaupun seharian mereka dengan Mama. Itu-ini semua Mama yang buat. Abah ambil yang senang-senang sahaja. Yang selalu marah dan cakap kasar pun Abah juga. Tetapi Abah juga yang menjadi rebutan. Mungkin ini kelebihan kaum Adam. Charming gitu...

Kakak, Yong dan Adik masih bertikam lidah mahukan Abah untuk diri masing-masing. Adik dah mula menangis. Sebelum keadaan lebih parah, Abah terpaksa masuk campur sebagai jaksa pendamai.

"Mari sini semua anak-anak," Aku bersuara macam Tok Penghulu Semerah Padi.

"Abah, cakap siapa yang Abah paling sayang," Kakak terus memberi cadangan drastik yang tinggi impactnya.

"Dengar sini baik-baik Abah nak cakap," Aku terus berkata.

"Yang Abah paling sayang ialah Yong....." Aku membuat pengakuan. Tergantung.

"Mana boleh macam tu Abah, tak adil," Kakak terus memprotes, Adik cuma diam. Yong tersengih gembira.

"Kakak pula Abah sayang nombor 1," Aku menyambung lagi. Kakak diam kali ini, berfikir barangkali.

"Adik pula adalah anak yang Abah sayang baaanyak sekali," Aku menutup declaration.

Setelah diam berfikir, Kakak bersuara.

"Samalah kalau macam tu....."

"Ya....Abah mana boleh beza-bezakan sayang kepada anak-anak. Semua Abah sayang, semua Abah marah kalau buat salah," aku berkata cuba berkarisma sebagai seorang ayah.

AMARAN: Tips ini adalah untuk anak-anak sahaja. Untuk yang pasang orang rumah lebih, carilah nasihat daripada tok guru lain yang maqamnya lebih tinggi dan lebih pakar. Wassalam.

Monday, September 15, 2008

Tips Ramadhan 2

.

A 9-month old SMS in my mailbox from my beloved niece (Good luck to you in UTM).

Feeling alone?
Innallaha ma'ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa'iza 'azamta fa tawakkal 'alallah


Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah

.

Monday, September 8, 2008

Tips Ramadhan

.

SMS lama dalam mailbox dari kawan juga guru yang dikasihi.

"Sentiasalah

. SETTING Niat

. UPGRADE Iman

. DOWNLOAD Sabar

. UPDATE Doa

. DELETE Dosa

. TOP UP Ilmu

. REDEEM Pahala Banyak-banyak"


Thanks guru, untuk ilmu dan selalu belanja makan. Minta halal.
.

Monday, August 4, 2008

Sukses

Success = Preparation + Opportunity

Ubat Hati


Ubat hati, ada lima perkaranya.
Yang pertama baca Quran dan maknanya.
Yang kedua, solat malam dirikanlah.
Yang ketiga berkumpullah dengan orang yang soleh.
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa.
Yang kelima zikir malam berpanjanglah.
Salah satunya, siapa bisa menjalani.
Moga-moga Allah Taala mencukupi.

Nyaman sekali nasyid ini. Saya tidak tahu penyanyinya, mungkin sekumpulan anak muda ganteng dari Indonesia. Sesekali saya dodoikan anak dengan lagu ini. Melodinya cantik dan tulus, senikatanya tidak ternilai.


Saya tertarik kepada ubat hati ketiga yang dinyatakan di dalam lagu. Saya pernah mendengar dahulu orang mengajar, di akhirat besok kalau kita pernah makan di sebelah orang soleh pun dikira sebagai kebaikan. Waduh! Hebatnya aura orang soleh.


Kebelakangan ini, dalam perkembangan politik semasa, ramai orang soleh diserang dan ramai orang menyerang orang soleh. Macam-macam pendapat dan kritik dilontarkan. Mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi harapnya sempadan janganlah dilanggar.


Saya percaya orang soleh buat sesuatu dan bertindak mengikut ilmunya yang melayakkan mereka menjadi soleh. Sesoleh-soleh Nabi Muhammad pun ada pendengki dan musuh, inikan pula orang soleh di kalangan kita.


Ya Allah bangkitkanlah kami bersama orang soleh di akhirat kelak. Amin.

Friday, August 1, 2008

Memilih Kursus Untuk Final Year

Salam,

Getting into your final year?

Wondering what subjects to choose?

My tip is.....

Do not choose the subjects.... choose the lecturers.

No... I don't mean the cute or the handsome or the sexy ones!!!!

Choose the lecturers who are generous enough to give you the mark you need?

So start ask around, ask the seniors......good luck

Monday, July 28, 2008

Educating jokers

1. Janganlah buat jokes dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.
2. Jangan sesekali mempersenda fizikal seseorang.
3. Tak elok buat jokes dengan membodohkan diri sendiri.
4. Ada orang buat jokes semata-mata mahu mengutuk sesuatu puak...tak elok tu.
5. Lawak macammanapun anda, jangan buat lawak tentang Tuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...