Tuesday, December 27, 2011

Ekonomik VS Ergonomik

Dari Blog CASLIGAS

Musim Persekolahan Bermula : Ekonomik Atau Ergonomik


Musim persekolahan hampir bermula. Ibubapa paling sibuk menyediakan persiapan persekolahan untuk anak-anak tersayang. Baju, seluar, kasut, setokin, beg, alatulis dll.

Masa inilah ramai ibubapa yang termenung mikirin keadaan ekonomi masing-masing. Walaubagaimanapun, demi masa depan anak-anak kita, jangan hanya mikirin hal-hal ekonomik, mikirin juga hal ergonomik.

Buat yang belum tahu, ergonomik ialah bagaimana kita sesuaikan sesuatu tugas atau keadaan dengan keupayaan atau kebolehan seseorang.

Sebenarnya saya mahu ceritakan mengenai beg sekolah anak-anak kita. Kalau tahun lepas, anak kita mahukan beg sekolah Ben10, tahun ini dia mungkin mahukan beg sekolah Angry Birds pula. Walhal beg Ben10 itu masih elok dan boleh dipakai lagi. Inilah keadaan yang umumnya tidak ekonomik bagi kita.

Ben10 atau Angry Birds, sebenarnya yang lebih penting ialah, adakah ianya ergonomik untuk anak-anak kita? Memang dari segi design, beg-beg ini tiada masalah, tetapi apabila telah diisi dengan buku-buku, adakah ianya masih ergonomik?

Berapakah berat yang digalas oleh anak-anak kita untuk ke sekolah sehari-hari? Sesuaikah berat beg tersebut dengan fizikal dan keupayaan mereka? Apalagi ada anak-anak yang terpaksa mendaki tangga sekolah sehingga ke tingkat 3.

Apakah kesan beg yang berat kepada anak-anak kita? 

Di dalam satu kajian online ke atas chiropractors yang dijalankan di Amerika oleh www.backpacksafe.com mendapati 89% chiropractors telah merawat pesakit (umur 5-18 tahun) yang mengalami sakit belakang, leher atau bahu disebabkan oleh beg galas yang berat.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya, berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah di bawah 12 tahun ialah 15% daripada berat badan mereka. Oleh itu berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah rendah yang rata-ratanya hanya seberat 30kg adalah 4.5 kg sahaja.

Yakinlah bahawa peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya” tidak sekali-kali bermaksud merosakkan postur anak-anak kita yang masih fleksibel dengan beg yang berat.
.

Nota :

Chiropractor adalah seorang profesional berlesen yang mengkhususkan sistem saraf dan dalam keselarasan dan manipulasi tulang belakang.

Bacaan tambahan:

Monday, December 26, 2011

Menteri Tak Akan Pakat Curi Selipar Jepon


Alangkah eloknya jika pada duit ringgit pun ditulis besar-besar - CURI DOSA

Saturday, December 24, 2011

Haji Serabut

Gambar hiasan ada makna!
Haji Qamar termenung panjang di tangga. Hatinya penat memikirkan hal anak-menantunya sehari dua ini. Dia kebuntuan sekarang. Anak menantunya sudah mula digelar orang anak-hantu!

Kalau dahulu Haji Qamar berjalan dada ke depan. Bukan dia sengaja mahu bersifat riak dan takabbur. Tetapi dada Haji Qamar bergerak sendiri ke hadapan. Apa tidaknya, pada masa itu, dialah seorang bapak yang paling bertuah dan superb di seantero nusantara raya.

Anak sulung Haji Qamar seorang bijak pandai selok-belok agama. Memang keluarga Haji Qamar asal agamawan. Bila anak sulung itu berkahwin dengan professional tersohor, saham keluarga Haji Qamar terus melonjak. Bertambahlah professional dalam keluarga agama mereka.

Bila anak kedua Haji Qamar pulang dari Iowa dengan ijazah Ph.D kejuruteraan, Haji Qamar bertambah bangga. Yelah...Biasanya anak agamawan akan pulang dari Jordan atau Mesir, tetapi anaknya pulang dari Iowa dan memakai kopiah. Anak keduanya professional yang boleh baca kitab dan berkhutbah dalam Bahasa Inggeris. Berkahwin pula dengan professional juga, yang pandai baca kitab juga. Patutlah dada Haji Qamar terkehadapan bila berjalan.

Namun sehari-dua ini, Haji Qamar sering mendengar cerita kurang enak tentang anak-anak dan menantu-menantunya. Di masjid, di kedai kopi, di gelanggang futsal, di kafe siber. Cerita anak-menantunya dijaja orang sana-sini.

Haji Qamar mengakui, orang berhak berkata itu-ini. Apa tidaknya, anak-menantunya terlalu pandai. Terlalu bijak, terlalu terer. Yang menjadi masalah ialah mereka beradu ketereran di halaman rumah. Mereka berbahas, berdebat, berhujah, berfilosofi di tengah laman. Dengan suara mereka yang gebang! Gebang! Gebang!

Bukan setakat anaknya yang sudah besar dan menantu yang berdebat dan berhujah di tengah halaman, kadang-kadang anaknya yang baru dapat result PMR pun join sama berdebat. Anak haji Qamar yang bersunatnya masih bernanahpun nak tunjuk terer jugak. Berdebat jugak. Di tengah laman jugak!

“Tak bolehkah mereka berdiskusi di dalam rumah? Di meja makan? Di sofa? Hatta di jamban!” Fikir Haji Qamar. Kesal.

“Mengapa mereka mesti tunjuk pandai di laman rumah? Kan ramai orang lalu-lalang. Rumah mereka kan depan masjid dan di kirinya mini market. Mestilah ramai mata dan telinga yang mengambil pusing,” lagi fikiran kesal Haji Qamar.

Sekarang menantu sulung dan menantu keduanya masing-masing berura-ura mahu mengajak suami mereka pindah dari rumah Haji Qamar.

Entahlah. Sekali fikir, elok juga mereka pindah. Pandai sangatpun kalau tak pandai berketua buat apa! Haji Qamar jelas, selagi dia ada, dialah ketua, walaupun dia hanya ada 4 Senawi, bukan Ph.D, bukan degree.

Tuesday, December 20, 2011

Mari Bersama Tambahkan Ilmu


Memperkenalkan Blog Team Casligas berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Harap bermanfaat kepada semua

Saturday, December 17, 2011

CINTA BELVEDERE : Pagi Summer Yang Dingin

Belvedere. Ihsan Google
Selesai solat subuh, Hatta bergerak ke tingkap dan menyelak langsir tebal yang meyelimuti cermin tingkap sejak semalam. Kelihatan matahari timur sudah mula mengintai dari sebalik Bathwick Hill, bukit yang menempatkan University of Bath. Cahaya matahari tepat memancar ke dalam mata Hatta yang sedang mengintai dari tingkap apartment Belvedere yang menghadap Bathwick Hill.

Summer begini, memang selalu Hatta bersolat subuh berkejaran dengan sang matahari. Sang matahari terlalu tidak sabar untuk keluar, padahal penduduk di sini baru sahaja rasanya melelapkan mata di bantal masing-masing. Pun begitu, Hatta yakin setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Memang semuanya diciptakan bagi makhlukNya untuk sentiasa berfikir.

Lansdown Road di hadapan Belvedere Apartment masih kosong. Masih terlalu awal. Mata Hatta tiba-tiba beralih ke arah milkman di seberang Lansdown Road. Begitu gigih dia mendaki Lansdown Road untuk bergerak dari satu pintu apartment ke pintu apartment yang lain demi memenuhi tempahan susu segar daripada pelanggannya.

Milkman itu berhenti di satu pintu apartment yang berada betul-betul bertentangan dengan apartment Hatta. Dia meletakkan 2 botol susu segar dan mengambil 2 botol kosong yang tersedia ditinggalkan di situ.

“Oooo.... Patutlah kulit mereka putih mulus,” tiba-tiba Hatta bersuara sendiri.

“Apa yang putih mulus tu ?” Tiba-tiba Atuk yang sedang terbungkus di bawah duvet bersuara. Rupanya dia belum lena selepas tidur semula setelah solat subuh tadi.

“Takde apa. Tido lah engkau.....” Jawab Hatta, malas melayan Atuk.

Rupanya Lili dan Aya, penghuni apartment di seberang jalan minum susu segar terus dari ladang setiap hari. Memang patut kulit mereka licin dan gebu begitu jika minum susu segar setiap hari. Hatta kenal Lili sejak dari first year lagi. Lili budak Cina Penang yang belajar business administration. Orangnya baik, hati dan pekertinya cantik, secantik orangnya. Lesung pipitnya menambah manis senyuman Lili yang selalu disedekahkan kepada Hatta apabila mereka terserempak.

Manakala Aya, Hatta kenal dari jauh sahaja. Aya budak Jepun yang seksi. Pakaiannya memang menyeksakan mata Melayu seperti Hatta yang memandang. Apalagi di summer time begini. Lagi seksa! Namun setakat yang Hatta kenal, Aya memang baik dan peramah. Aya selalu juga berborak dengan housemate Hatta, Si Porom yang pandai berbahasa Jepun. Bila Aya speaking pula, lidah Jepunnya persis Maria Ozawa yang sedang memperagakan baju pagoda.

“Hei Atok.... Kita order susu segar dalam botol nak?” Hatta berpaling kepada Atok yang masih terbungkus di bawah duvet.

“Susu Sainsbury’s cukuplah geng! Jangan kacaulah, aku nak tidur. Nanti pukul lapan kita kena kerja,” jawab Atok sambil menutup kepala kembali dengan duvet.

Hatta menutup langsir, berjalan ke katil dan menyelit masuk ke bawah duvet. Di kepalanya masih terlekat Aya.

Wednesday, December 14, 2011

Nasi Kerabu Ahmad Zaki Terbaik Di Kuala Terengganu

Kerpok gotel Ahmad Zaki seriyal, kak
Kalau anda sedang mencari nasi kerabu yang best di Kuala Terengganu, aku cadangkan nasi kerabu Ahmad Zaki. Rasanya ok, sedap. Cuma ada sedikit manis.

Harganya? Itu aku tak pasti. Tak tahu nak cakap. Sebabnya, semasa aku tengah makan nasi kerabu di sebuah gerai tepi jalan berhampiran Hotel Grand Continental, tiba-tiba dah ada orang bayarkan. Aku tak kenal pun dia.

"Hah! Dia dah bayar? Siapa dia tu?" Aku bertanya kawan aku yang sedang meneguk nescafe.

"Oooo.... Itu safety officer Ahmad Zaki," jawab kawan aku, merujuk kepada syarikat Ahmad Zaki Resources Bhd. yang banyak projek di seantero Malaya sekarang, lebih-lebih lagi di Terengganu.

Sebab itulah aku namakan nasi kerabu itu Nasi Kerabu Ahmad Zaki. Boleh tahan rasanya, I follow.
.
** Lupa nak cakap, awek-awek di gerai tu putih-putih, cun-cun. Mungkin sebab itulah budu dalam nasi kerabu tu terasa manis kot.

Monday, December 12, 2011

Belajarlah Daripada Shahrizat

Semalam aku sekeluarga bertolak dari Pekan, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan.

Sampai di Keroh, kereta berderet beratur. Orang pun ramai di kiri-kanan jalan. Rupanya ada eksiden di hadapan. Dalam kesamaran pukul 11 malam, aku dapat melihat sebuah motor terbaring di sebelah seekor lembu yang juga terbaring di tengah-tengah jalan.

Apakah nasib penunggang motosikal tidak dapat aku pastikan. Melihatkan keadaan motosikalnya, aku hanya berharap yang baik-baik kepadanya. Semoga dia selamat.

Siapa pun tuan lembu itu, dia mestilah bertanggungjawab. Orang lain bela lembu, kita pun nak bela lembu. Orang lain tambat lembu, kita main lepas begitu sahaja. Kepada penternak lembu (termasuk kerbau dan kambing!) tolong jaga lembu anda. Pastikan anda mengurung lembu anda hatta di dalam kondo sekalipun.

Saturday, December 10, 2011

Set-Set Taik

Kalu takde kerja, jangan asyik buat taik!

Wednesday, December 7, 2011

To Err Is Human

Hari ini aku menghadiri satu seminar di Hotel Grand Continental di Kuala Terengganu.

Beberapa ela daripada hotel, aku memakir kereta di tepi jalan. Selepas memasukkan kepingan duit syiling ke dalam meter parkir, aku lantas berjalan ke arah hotel. Sebelum tangan aku menolak pintu masuk hotel, aku terperasan sesuatu.

"Alamak silap tempat la! Ini bukan Hotel Grand Con...."

Hotel Grand Continental masih 4-5 pelaung daripada Hotel Tanjung Vista. Nak naik kereta, duit parking dah masuk. Mana ada syiling lagi. Menapak aje lah. At least berkurang lemak dan bertambah sihat hari ni.

Tuesday, December 6, 2011

Walaupun Tak Sehebat Melaka, Aku Tetap Bangga ...

Group H tu bro.

Hutang dengan Pusat berapa Tok?

Sunday, December 4, 2011

Si Ketam Buruk Kepala

Wah! Hebat idea kau Ali.

Setakat dapat Piala Malaysia tu, apalah sangat, Ali kan....

Friday, December 2, 2011

Penangan A. Mamud

Sumber: Google
Aku sedang menemuduga seorang calon yang agak berumur. Boring bertanya tentang hal-hal teknikal, aku beralih kepada kad pengenalannya. Alamatnya di Dungun.

"Kenal Fatah?" aku bertanya.

Dia terkesima sekejap. Mungkin dia tertanya-tanya, soalan apa ni wei..

"Fatah lagak A. Mamud tu..." Aku menjelaskan.

"Ooo... Kenal. Kan adik komposer Manan Ngah tu," si calon menjawab.

"Oooooo...." Kali ni aku pulak yang ooooooo. Memang keluarga seniman Fatah ni.

Aku terus bertanya fasal A. Mamud, Jenab, Bukit Besi, Dungun, vespa. Minyak rambut Zam Zam tak ingat pula aku nak tanya. Lama juga kami berborak fasal Fatah dan A. Mamud. Si calon pulak layan la, apa lagi. Hilang gementar dia sikit.

Perbualan kami melarat ke Gila-Gila, Rasyid Asmawi, Pak Jab, Jaafar Taib dan semestinya paling istimewa kartunis Ujang. Dia setuju bila aku katakan Ujang lah yang merubah lanskap perkartunan di Malaysia (Mestilah dia setuju sebab dia sedang diinterview). Kalau aku tanya fasal Gedek! @ Ustaz Dek  dan Abah Aman Kerastangan mungkin dia pun tahu.

"Watak A. Mamud naik vespa pergi kerja Bukit Besi tu cerita betul kan? Encik tahu pasal tu?" Aku bertanya lagi.

"Rasanya watak tu ayah Fatah sendiri tu," dia menjawab konfiden.

Ooooo..... Aku oooooo lagi. Banyak maklumat aku dapat hari ini.

"Oklah encik. Kalu tak ada apa-apa lagi, encik tunggu di luar sekejap. Nanti kami bagitahu keputusan temuduga ni sekejap lagi," aku mengakhiri sesi temuduga dan bersalam dengan si calon. Sekarang tangannya dah macam mamalia sikit. Masa masuk tadi, macam amfibia sejuk telapak tangannya.

Dah borak sampai ke Bukit Besi, mestilah kena kasi lulus kan.... Memang dia deserve untuk lulus pun, otai ni. In fact, keempat-empat calon hari tu, semuanya lulus. Dapatlah elaun lebih sikit depa semua harapnya.... Tahniah.

Macam tinggal dalam poskad (Modify kata-kata Fatah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...