Monday, September 26, 2011

Jangan Karam Lagi, Karpal

Gambar oleh Mr. Sofee
Kau tak habis-habis cakap benda yang kau tak mahu dan kau tak tahu.

Kalau tak mahu, memang seribu dalih.

Kalau tak tahu, sepatutnya kau diam dan baca buku. Bukan meracau tak tentu kalu!

Kalau ada kawan-kawan Melayu seperti Muhyiddin Yassin dan Mat Maslan yang tak mahu hudud itu kita amat faham kerana hudud ter’applicable’ ke atas mereka. Itupun jika mereka mencuri, merompak, merogol, menzinah, membunuh dan mensyirik jalikan Allah dengan menukar syahadah. Jika mereka tak buat semua tu, tak ada apa nak ditakutkan.

Kalau kau tak buat dan tak terlintas pun nak buat perkara jahat tu, buat apa takut. Orang yang terbukti membunuh memang patut dibunuh balas. Itulah hudud. Undang-undang yang ada sekarang pun begitu.

Hudud sebahagian daripada undang-undang Islam. Lain-lain hal seperti parking kereta, melanggar lampu merah, potong double line, menampar orang, menipu, skodeng, melarikan anak dara orang, melarikan diri dari lokap, tak pergi sembahyang jumaat, tak letak tanda harga, jual ayam atas harga siling, sorok gula, tipu timbangan getah sekerap pun ada undang-undang dia. Ada takzir, ada qisas. Yang mana sudah baik dan elok tu pastinya di’maintain’. Mana yang tak elok diperbaikkan untuk menjaga kepentingan ‘pelaku’ dan ‘mangsa’. Yang mana belum ada, diadakan. Inilah keadilan, inilah Islam.

Untuk bab yang tak puasa, tak sembahyang jumaat, tak berzakat, orang seperti Karpal, rakan saya yang bijaksana ini akan dikecualikan kerana belum Islam.

Sepatutnya sebagai seorang lawyer terbilang, tuan Karpal yang bijaksana tidak perlu karam risau memikirkan kepada hukuman. Hukuman hanya untuk orang yang bersalah.

Tuan Karpal yang bijaksana sebagai lawyer sepatutnya risaukan proses pengadilan. Bukannya hukuman. Proses keadilan inilah yang menjadi keutamaan undang-undang Islam, tuan Singh.

Tidakkah tuan yang bijaksana tahu perlantikan hakim dalam Islam pun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu termasuk takutkan Tuhan, iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dalam melakukan dosa kecil.

Mana mungkin hakim yang takutkan Tuhan ini terlibat dengan isu-isu rasuah, correct-corect, bercuti ke luar negara dengan lawyer, tak adil, berat sebelah, pilih bulu, pilih perempuan, berzina, melanggan pelacur, mabukkan diri ....

Kalau tuan seorang pejuang demokrasi, Islamlah juara demokrasi, kalau tuan pejuang keadilan, Islamlah penganjur keadilan, kalau tuan pejuang kebebasan, Islamlah yang merobohkan tembok pengabdian sesama manusia.

Jadi tuan yang bijaksana, tunggu apa lagi? Segeralah ke mana-mana kedai buku yang berhampiran untuk mencari bahan bacaan berkaitan.

Apa yang tuan takutkan sebenarnya? Islam, orang Islam, agama, negara, sekularisma, hudud, qisas, takzir, taakhir? Taakhir itu sembahyang yang disatukan iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar dan Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak, bukannya undang-undang. Sebab itulah saya anjurkan tuan ke kedai buku. Maksudnya tuan tak boleh merapu tentang perkara yang tuan tak tahu hujung pangkal. Seperti saya yang tak pernah berniat nak merepek tentang Sikhism kerana memang saya tak pernah study apa-apa mengenainya. Adil ?

Jika tuan yang bijaksana telah baca, tahu, faham, dan masih dapati Islam ini hodoh, tak adil, korup, outdated, tak cool. Masa tu tuan nak cakap apa pun, cakaplah. Cakap tuan tak akan memberi kesan sedikitpun kepada agama Allah ini. Tuhan yang menjadikan saya dan tuan.

Keberanian bukanlah berdepan untuk bertekak dengan backbenchers atau Ibrahim Ali dalam Parlimen atau dengan Pegawai Pendakwa di Mahkamah. Keberanian sebenar ialah berdepan dengan diri sendiri dalam mengawal krisis akal dan nafsu demi mencari kebenaran yang tak akan berakhir sehinggalah ke hari kita dimatikan untuk menemui Pencipta kita.

Ingatlah hari dimana tak terpakai 'benefit of the doubt' kerana yang berhujah bukanlah mulut dan otak kita, tetapi anggota-anggota tubuh badan kita termasuk kulit dan kepala lutut.

Sebab itulah Islam tidak memandang warna kulit. Dan Islam pun bukan untuk warna kulit tertentu sahaja. Oleh itu tuan, sebelum kepala lutut tuan bercakap menjadi saksi di hadapan Tuhan Yang Maha Agung, janganlah berfikir dengan kepala lutut.

Islamlah, nescaya kamu selamat.

Sunday, September 25, 2011

Diet

"Kata nak makan buah saja. Nak diet.... Ni dah pinggan kedua ni."

"Kan buah padi ni."

Saturday, September 24, 2011

Jahil Teropong

"Hebat betul Mahmoud Abbas," seorang pengkagum Doktor Mahathir bersuara lantang.

"Berani betul dia minta keanggotaan penuh PBB walaupun berdepan veto Amerika, bukan macam Hamas, bukan macam Ismail Haniyeh," tambah dia lagi yang menerima apa sahaja yang dipaparkan di TV dan apa sahaja yang ditulis di Utusan dan Berita Harian.

"Kagum betul aku, mana ada pemimpin Islam yang berani macam ni," dia masih melampiaskan kekagumannya.

"Siap baca Quran lagi di hadapan ribuan hadirin yang bukan Islam... Hebat!"

"Bro! Mahmoud Abbas tu cakap Arab, bahasa dia, bukan baca Quran...."

Tak tahu apa-apa, nak komen hal-hal politik. Layan Tasik Kenyir lagi baik. Tinggalkan telefon, TV, surat khabar dan internet. Layan.....

Jeti Pulau Sah Kecil  Besar

Di Air Terjun Sauk

Jom pulang...

Keselamatan diutamakan

Kawan baru Sasha. Dari kiri, Azimah, Azhar dan Azizah

Yang penting Yong, Sasha & Talhah happy

Tuesday, September 20, 2011

Untuk Cikgu Demi Anak Murid


Tulisan ini bukan untuk menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa, tetapi untuk kita sama-sama merenung apa peranan yang boleh kita ambil dalam isu ini.

Seorang kanak-kanak maut apabila ditimpa palang gol di padang sekolah. Amat menyedihkan dan memilukan lebih-lebih lagi keluarga si mangsa. Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di sekolah, telah ada kemalangan seumpama sebelum ini.

Sudah sampai masanya pihak sekolah menjaga aset terpenting mereka. Aset sekolah tentunya guru-guru, staf dan para pelajar. Disamping kecemerlangan akademik yang kita cari, bukankah elok kalau kita mencapai kecemerlangan itu dengan suasana yang selamat sejahtera serta tubuh badan yang sihat.

Kurang bererti rasanya kejayaan seorang pelajar kalau dia terpaksa menyambutnya di hospital akibat tertimpa siling yang jatuh.

Tiada makna slip peperiksaan cemerlang seorang pelajar di tangan seorang bapa jika si anak telah tiada lagi di dunia ini kerana kemalangan semasa aktiviti ko-kurikulum.

Amat kesian seorang pelajar dan guru yang terpaksa bermalam di hospital kerana kemalangan letupan gas di makmal sekolah.

Tiada guna kata-kata simpati untuk pelajar yang hampir maut kerana terkena kejutan elektrik semasa memetik suis kipas yang regulatornya pecah dan berselirat wayar.

Tiada guna berkeluh-kesah dengan nasib pembantu makmal yang telah bertahun terdedah kepada bahan kimia yang sering batuk-batuk dan sakit sekarang.

Tiada guna membawa limau dan oren melawat guru yang terkerat jari akibat mesin pemotong di dalam makmal kejuruteraan.

Tiada guna memarahi pelajar yang kita katakan cuai kerana menangis akibat kakinya terjerlus di ‘grating’ penghalang lembu di pintu pagar sekolah, padahal design grating itu yang tidak kena.

Saya katakan ‘tiada guna’ kerana kita seringkali mengabaikan dan tidak mengambil pengajaran serta tiada langkah pembaikan selepas beberapa peristiwa kemalangan berlaku. Sekarang, sudah sampai masanya pihak sekolah mengadakan ‘sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja’. Ya, sekolah itukan tempat kerja kita!

Lagipun ianya bukan optional, ianya wajib. Mulalah bertanya, mulalah google, dan mulalah beli buku akta, OSHA dan ilmu OSH berkaitan untuk sekolah kita. Carilah MS 1722.

Kemalangan bukan hanya menandakan wujudnya keadaan yang tidak selamat dan tindak-tanduk yang tidak selamat. Ianya terang-terangan menandakan kegagalan pengurusan sesuatu organisasi dalam menguruskan risiko. Risiko di sekolah bukan hanya peratus UPSR, PMR atau SPM jatuh, cikgu besar!

Proaktiflah. Buatlah pemeriksaan keselamatan dan kesihatan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di seluruh kawasan sekolah. Terutama sebelum buka penggal yang baru, setelah sekian lama bercuti. Bukan saya kata, undang-undang Malaysia, OSHA yang kata.

Reaktiflah. Siasatlah dan ambillah langkah pembaikan terhadap segala kemalangan walaupun kemalangan kecil yang tiada sesiapa cedera pun.

Lebih elok lagi, jadikan ilmu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagaimana kita mengajar sivik, ilmu kesihatan dan tatarakyat kepada para pelajar kita.

Hari pertama persekolahan tahun ini, semasa membawa Salsa ke kelasnya dan membayar yuran, saya melihat satu sarang lebah yang sudah besar yang hanya beberapa kaki dari kelas Salsa. Siapa yang peduli? Bayangkan jika ada pelajar yang gatal tangan membaling kasut ke arah sarang lebah ini. Jika ianya berlaku, jadilah seperti pelajar-pelajar di Bachok yang diserang lebah semasa menyertai Larian 1Malaysia. Mungkin lebih teruk lagi.

Ini belum lagi cerita kemalangan jalanraya di depan sekolah.

Kepada cikgu-cikgu yang membaca entry ini, sekarang anda sudah ada modal untuk berjumpa cikgu besar.

Sunday, September 18, 2011

Konvokesyen UniSZA

John & Max
Hari ini aku dan seorang kawan sempat menjengah ke Pesta Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak. Saja tengok-tengok mana tahu kalau-kalau ada peluang, rezeki dan nafsu untuk aku belajar lagi.

Kalau belajar lagi, insyaAllah bolehlah aku naik pentas ambil ijazah yang telah aku lepaskan peluang itu lama dahulu dengan kononnya membawa diri pergi mengutip buah strawberi di daerah asing.

Pun begitu, aku tak menyesal sedikit rabut pun!

Friday, September 16, 2011

Thursday, September 15, 2011

Blues Anak Melayu 4 : Kalau Ada Sumur Di Ladang

Relakan kami pergi
Seminggu lebih aku berada di Ledbury. Kulit muka sudah kering garing. Tangan juga sudah berbutir dan gatal-gatal. Aku rasa penangan  allergic kepada pokok-pkok nettles yang menyelinap di celah-celah dedaunan strawberi.

Aku mengambil keputusan untuk balik ke Bath. Aku menyatakan hasratku kepada Greng dan Rahim al-Putet. Mendengar hajat aku, mereka juga bercadang untuk balik ke Cardiff. Cukuplah seminggu lebih menjadi kuli batak orang putih yang beratus-ratus tahun menjadi penasihat kepada bangsa aku di Tanah Melayu.

Gatalnya tangan
Ladang yang luas terbentang kami tinggalkan. Kali ini kami berjalan kaki sehingga ke stesen keretapi. Keletihan berjalan tidak terasa apabila aku menikmati sepenuhnya pemandangan ladang-ladang yang subur menghijau luas terbentang. Aku berbisik kepada diriku, mungkin suatu hari nanti, aku juga boleh menjadi seorang peladang yang berjaya di Malaysia.

Sepanjang berada di Ledbury, aku, Greng dan Rahim al-Putet sempat juga melilau di pekan Ledbury. Pekannya kecil sahaja, tetapi cantik dan bersih. Sesuai untuk set lokasi penggambaran siri drama Midsomer Murders. Satu drama TV cerita penyiasatan sempoi yang aku cukup gemari.
Sekeping poskad yang tidak terhantarkan

Aku berpisah dengan Greng dan Rahim al-Putet di sebuah stesen keretapi yang aku lupa namanya apabila kami terpaksa mengambil haluan masing-masing. Mereka ke Cardiff City, manakala aku ke Bath City.

Aku akhirnya tiba di Bath di saat kawan-kawan sedang mencuba gaun konvo masing-masing. Begitu teruja mereka menggayakan gaun keramat itu. Manakala aku hanya menumpang kegembiraan mereka dengan senyuman di bibir yang kering-garing dek dibakar mentari Ledbury .

Aku tumpang gembira
Di Bath University, skrol ijazah yang diperolehi pada hari konvo adalah yang asli, yang betul-betul. Buka skrol kosong. Padahal majlis konvokesyen dibuat dalam masa hanya beberapa minggu daripada tarikh peperiksaan akhir.

Setiap yang mula, pasti berakhir. Aku yang selalu mengomen sejuk hingga ke tulang sum-sum sekarang berasa agak sedih untuk meninggalkan bumi Penasihat Kerajaan Tanah Melayu yang begitu unik dan indah ini. Sayang juga untuk mengucapkan selamat tinggal kepada University of Bath yang berada di puncak sebuah bukit yang dikelilingi kehijauan dan di kakinya terletak sebuah bandar Roman yang menjadi tumpuan pelancong dan orang pencen.

Terima kasih universiti yang banyak mengajar aku menjadi seorang lelaki, pencinta dan bro.

Hari-hari terawal di Bath

Wednesday, September 14, 2011

Soalan UPSR Lagi Untuk Dicuba

Mak (tengah) dengan rakan-rakan

Kerajaan Saudi membenarkan jemaah haji Malaysia tahun ini seramai 28,000 orang, beritahu seorang Menteri Agama dengan nada puas hati. Sebelum ini jumlah jemaah haji yang dibenarkan adalah 26,000 orang. Jumlah penduduk Malaysia sekarang adalah seramai 28 juta orang. Kuota jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi adalah 0.1% daripada jumlah penduduk. Ini bermakna?

A. Pertambahan kuota seramai 2000 orang seperti kata TV.
B. Kalau kuota 0.1%, memang patut 28,000 jemaah haji la. Bertambah kuota apa pulak.
C. Status quo tu bro.
D. Setiap tahun sepatutnya kita update jumlah jemaah dengan Saudi ikut pertambahan penduduk. Bukan tunggu bilangan penduduk naik 2 juta baru minta tambah.
E. Depa lebih tahu kerja depa.

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Menempuh UPSR Anak-Anak. Cuba Soalan Ni...

Akmal, The Peace Maker
Selamat berjaya untuk semua anak-anak sekolah yang akan menduduki UPSR hari ini. Termasuk adikku (Adik Kajol) Ain, anak saudaraku Fahmi (dalam gambar sedang bergaduh) dan seorang lagi anak saudaraku yang paling hensem Adnin.

Mari kita test sama ada anak-anak sudah bersedia atau tidak.

Contoh:

1. 31 Ogos disambut oleh rakyat Malaysia kerana...
A. Hari Raya Aidil Fitri ke2
B. Tajuk lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
C. Hari kita bebas daripada penjajahan asing
D. Hari kita tidak lagi bernaung dengan Kerajaan British

2. Ali telah membeli 'starter pack' kad pra bayar sebuah syarikat telco berharga RM10. Nilai yang ada di dalam kad tersebut adalah RM8. Cukai yang dikenakan ke atas prepaid adalah 6%. Berapakah nilai yang telah dikelepet oleh syarikat telco daripada Ali?
A. RM2 sahaja kerana cukai 6% dah ditangguhkan.
B. RM2.60
C. Kelepet tu apa bang?
D. RM0.60

Cukuplah 2 soalan. 

Selawat banyak-banyak semasa menjawab soalan. Pakcik dulu tak ambil UPSR tetapi PPDL (Peperiksaan Penilaian Darjah Lima). Darjah 6 masa dulu tu kira tahun honeymoon je la.

Eh! hari ni juga Salsa dan Yong ada ujian OTI 5. Semoga berjaya sayang.

Good luck little dudes & dudettes

Sunday, September 11, 2011

Kehebatan Professor King Kong


Prof King Kong memang hebat. Hujahnya lunak, faktanya mantap. Dia memang pakar segala pakar. Ada saja masalah, dialah yang akan ke depan menghuraikan kekusutan tanpa diminta oleh sesiapa.

“Prof, kalau kita tak pernah dijajah, kenapa banyak pemberontakan timbul? Tok Janggut misalnya,” tanya seorang pelajar yang duduk di depan sekali.

“Ah! Itu pengacau sahaja. Setiap zaman pun ada pengacaunya,” Huih, mantop betul jawapan Prof King Kong, sesuai dengan fizikalnya yang besar dan tangannya yang berbulu.

“Kalau selama ini kita sekadar dinaungi British, kenapa sistem percukaian yang dikenakan terlalu membebankan, sehinggakan bukan Tok Janggut sahaja yang bangkit membela rakyat. Mat Kilau, Tok Gajah, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Saleh.......” Pelajar paling cun dalam kelas pula yang bertanya.

“Mereka ni tak tahu diuntung, mahu perkhidmatan yang baik, cekap, tetapi tak mahu bayar,” balas Prof King Kong.

“???????????????? Tak faham prof.... Perkhidmatan apa?” Ramai pelajar serentak bertanya.

“Haa.. Itulah kamu, baru tahu sikit-sikit dah nak mempersoalkan sejarah yang termaktub. Mereka sebenarnya menentang cukai PREPAID 6% yang dikenakan oleh pemerintah. Mereka ni beli kereta lembu boleh, kuda tukar setiap tahun, tapi cukai telefon prepaid tak nak bayar,” hurai Prof King Kong.

“Telefon prepaid? Biar betul Prof....”

“Itulah untungnya berada di bawah naungan dan perlindungan British. Revolusi perindustrian bermula di Eropah sejak kurun ke 19 lagi. Di United Kingdom pula tu. Jadi apabila dinaungi, kita dapatlah teknologi yang mereka bawa, termasuk telefon pra-bayar,” memang Prof King Kong tinggi betul mantik ilmunya.

“Tapi jikalau telefon dah wujud masa Tok Janggut, takkan tak ada bukti atau kesan sejarah yang dapat kita lihat pada hari ini?” Pelajar cun tadi bertanya lagi.

“Memang tak ada kesan sejarah sedikitpun. Kamu kena percaya sahaja cakap saya,” kata Prof King Kong sambil tersenyum riak.

“Kenapa?”

“Mereka gunakan teknologi WIRELESS”

Saturday, September 10, 2011

Cerita Budak UM

Anak-anak perlu baca Laman Muhandis, biar cerdik
.
Sementara menunggu lecturer masuk.
.
“Kau nak dengar cerita?”

“Nak. Apa kisahnya?”

“Lebih kurang 5 tahun lalu....”

.
Isnin April 03, 2006
KUALA TERENGGANU:  Dua saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bahawa bekas seorang ustazah yang dituduh murtad, membuat pengakuan keluar dari Islam bagi mengelak dikenakan tindakan.
Tindakan itu disebabkan mengingkari perintah pihak berkuasa agama dengan berada di kediaman ketua ajaran sesat Ayah Pin di Besut pada pertengahan tahun lepas.
Saksi pertama Yusof Salleh, 42, pegawai penguatkuasa syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu berkata tindakan Kamariah Ali, 55, membuat pengakuan itu supaya mahkamah menggugurkan tuduhan terhadapnya kerana kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Ini kerana, beliau berkata sebelum itu mahkamah telah menggugurkan pertuduhan terhadap seorang pengikut Ayah Pin, iaitu wanita warga New Zealand, Judith Lilian McDonald yang menyatakan bahawa beliau beragama Kristian.
.

“Ish teruknya... Tapi ini kisah lama, dah jadi sejarah.”
.

“Sejarah berulang bro... Dengar cerita ni pulak.”


ZAINAL KLING : MALAYA TAK PERNAH TERJAJAH malaysiakini

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
.

“Eh... Biar betul. Takkan nak settle isu Mat Indera sampai declare kita tak pernah dijajah.”

“Heh heh... Dia pakar bro. Professor. Dia lebih arif.”

“Biar betul mamat ni. Dia dapat doctorate dari universiti mana dulu?”

“University of Hull.”

“Patutlah... Dull.”

“Bukan Dull bro...Hull, University of Hull.”

“Aku kata dia yang dull. Master dia pula kat mana?”

“Kat tempat kita inilah. Universiti Malaya.”

“Hah UM? Selama ni aku bangga betul dengan UM. Terbaik di Malaysia. Ish memalukan ni.”

“First degree dia pula kat mana?”

“UM juga.”

“Hah! UM lagi? Oh Nooo......
UM...Oh Nooo...
UM.....No...... Katakan tidak...
UM...No..
UMNoooooo.......”
 .
**Moral: Tahap cerdik seseorang bukan bergantung kepada setinggi mana dan di mana dia belajar, tetapi bergantung kepada apa dan di mana dia bergantung.

Friday, September 9, 2011

Blues Anak Melayu 3 : Awan Nano

Masak apa tu?
Walaupun matahari tidak tegak betul-betul di atas kepala, namun cukup perit kulit aku dimamah bahangnya. Kalau di Guchil, udaranya lembap walaupun suhunya panas ceng-ceng. Di Ledbury ini, matahari summer tidaklah sepanas mana, semacam Cameron Highlands sahaja. Apalagi sesekali angin semilir datang menerpa. Woosshhh.... Nyaman bangat. Tetapi di Ledbury ini cuacanya kering. Cukup untuk membuatkan kulit Melayuku gatal-gatal.

“Adoiii...”

“Kenapa?” Greng berpaling ke arahku.

“Daun pokok ni menyengat la!” Aku menjawab sambil menggosok-gosok tangan.

Stinging nettle banyak kedapatan mencelah di antara pokok-pokok strawberi dan jika tersentuh, ouchhh... Memang menyakitkan.

(Stinging nettle is a dioecious herbaceous perennial, 1 to 2 m (3 to 7 ft) tall in the summer and dying down to the ground in winter. It has widely spreading rhizomes and stolons, which are bright yellow as are the roots. The soft green leaves are 3 to 15 cm (1 to 6 in) long and are borne oppositely on an erect wiry green stem. The leaves have a strongly serrated margin, a cordate base and an acuminate tip with a terminal leaf tooth longer than adjacent laterals. It bears small greenish or brownish numerous flowers in dense axillary inflorescences. The leaves and stems are very hairy with non-stinging hairs and also bear many stinging hairs (trichomes), whose tips come off when touched, transforming the hair into a needle that will inject several chemicals: acetylcholine, histamine, 5-HT or serotonin, and possibly formic acid.[2][3] This mixture of chemical compounds cause a painful sting or paresthesia from which the species derives its common name, as well as the colloquial names burn nettle, burn weed, burn hazel. – Sumber: Wikipedia, The Free Encyclopedia)

Aku mendongak ke langit, melihat hamparan halus awan yang kelihatan seperti taburan bedak Amami di papan karom. Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi.

Aku terfikirkan kisah seekor pipit yang tak jemu-jemu memunggah air dengan paruh kerdilnya. Dia berulang-alik berbuat begitu untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Si pipit berusaha membantu menyelamatkan orang yang mengajak manusia ke jalan kebenaran berdasarkan kemampuannya. Dia cuba memadamkan api walaupun tahu ianya tak akan berhasil. Namun kehendak Allah siapa yang tahu.

Si pipit tidak mahu menjadi seperti cicak yang sedang galak meniup api yang sedang marak. Sebenarnya tidak berdegih sedikit rabut pun api dengan sebab tiupan cicak yang kurus kering macam cicak kubeng itu, namun perangai celaka makhluk ini cuba sedaya upaya membantu dan mengampu kekufuran Namrud. Sekaligus membantut usaha ke arah kebenaran.

Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi. Walaupun awan nano sesaiz ten to the power of minus nine (10 kuasa -9), namun awan nano cuba juga berkhidmat untuk membantu manusia peasant yang seperti aku lakukan sekarang ini, yang kekeringan dibakar mentari summer Ledbury.

Awan nano tidak seperti nettle yang menyusup diam-diam di antara hijau daun strawberi yang sedang mekar ranum berbuah. Mengambil peluang menyengat apabila orang sedang leka dengan godaan merah strawberi berair di bawah hangat mentari.

Begitulah agaknya peranan golongan cicak dan nettle semasa PUTERA-AMCJA sedang hampir pasti berjaya membawa draf People’s Constitution sebagai permulaan untuk pemerintahan sendiri dahulu. Setelah draf ini ditolak oleh Penjajah Inggeris, PUTERA-AMCJA telah menganjurkan Bersih 0.0 HARTAL satu boikot ekonomi yang begitu mengesankan.

Begitulah puak-puak nettle menggigit dalam diam untuk merencatkan pergerakan PUTERA-AMCJA. Juga puak-puak cicak yang terus meniup kononnya untuk memarakkan api yang membakar Nabi Ibrahim yang sedang selesa diberi nikmat hawa dingin oleh Allah walaupun berada dalam api yang sedang marak. Entah berkesan atau tidak tiupan cicak-cicak itu, atau penjajah Inggeris itu sendiri yang sememangnya berdalih dengan mengistiharkan darurat pada 1948. Atas alasan memerangi komunis! Senang dan berlesenlah mereka untuk menangkap sesiapa sahaja yang tak sedar diri pandai-pandai nak menyebut merdeka padahal nak buat jarum pun tak reti.

(Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka". – Petikan dari buku 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia m.s 21 ISBN:983-2553-36-9)

“Bro, dah berapa tray?” Aku berpaling. Kelihatan Rahim al-Putet sedang membawa tray ke pusat pengumpulan.

“Baru tujuh termasuk ni. Lu berapa suda?”

“Gua dah sepuluh bro....”

Huii cepatnya. Rahim al-Putet memang casligas. Macam Mat Indera dulu-dulu.

Sembilan Sembilan Sembilan Sembilan

9/9/99 aku menggenggam erat tangan tok imam menerima Kajol sebagai suri

Tuesday, September 6, 2011

Blues Anak Melayu 2 : Melihat Mat Indera di Perbatasan Strawberi

Bersama Rahim al-Putet di luar khemah
Walaupun Jun suasana di UK sudah hangat, tetapi bila tidur dalam khemah di tengah padang, kesejukkannya semacam menjamah hidung kucing! Teramat payah untuk aku memejamkan mata, sekejap mengiring, sekejap terlentang. Tak tahu apa nak buat, aku menyalakan lampu dan membaca buku Huckleberry Finn yang sudah lama aku beli tapi masih belum khatam. Puas membaca, aku mencapai dompet. Dompet ku buka. Dalam samar cahaya lampu bateri, senyuman si dia yang sentiasa menemani aku di dalam dompet jelas kelihatan. Senyuman si dia lah yang mengulit aku ke alam mimpi dibuai hawa dingin ladang Ledbury.

Summer time, malamnya terlalu sekejap. Usai solat subuh, aku bersiap untuk ke ladang. Sengaja aku beli khemah yang besar dan tinggi agar senang aku bersolat di dalamnya. Greng dan Rahim al-Putet pun dapat tumpang solat di dalam khemah aku. Kiranya khemah aku yang paling grand di situ, ala-ala khemah Muammar Ghadaffi sahaja!

Pukul 6 pagi, aku, Greng, Rahim al-Putet dan beberapa orang lagi buruh ladang di bawa menaiki hilux. Kami yang bersesak-sesak berdiri semacam kaler Luna di belakang hilux kadang-kadang melambung kerana keadaan jalan ladang yang tidak rata.

Di ladang, kami diberikan bekas plastik untuk mengisi strawberi. Upahnya 10 pence untuk satu bekas. Penuh sepuluh bekas, dapatlah 1 pound.

Mula-mula mengutip, hampir tiada strawberi yang masuk ke dalam bekas, semuanya masuk ke mulut! Siapa dapat tahan nafsu melihat fresh strawberry yang merah berair sebesar separuh penumbuk? Kah kah kah. Godaan beb.

Di ladang itu, aku berjumpa lagi dengan 2 orang Melayu. Mereka sepasang suami-isteri yang masih belajar.Mereka telah beberapa hari di sini. Kagum aku melihat pasangan suami-isteri muda ini tekun mencari wang walaupun semacam buruh paksa di ladang orang putih ini.

Aku dan Rahim al-Putet berlumba-lumba siapa cepat mengutip strawberi. Mula-mula mencangkung, lenguh mencangkung, merangkak, lenguh merangkak, ala-ala rukuk, letih rukuk, berlunjur. Memang kerja mengutip strawberi ini tidak ergonomik langsung. Akhirnya aku tergelak apabila melihat Rahim al-Putet mengutip strawberi sambil meniarap.

Aku melihat ladang yang luas terbentang. Begini indah dan nyaman negara ini, orang putih British ini masih bernafsu besar mahu menjarah negara orang lain yang berada nun jauh beribu-ribu batu di timur. Beratus tahun mereka menjarah dan mengikis hasil masul Tanah Melayu, sehinggakan fikiran orang Melayu pun ramai yang telah mereka jajah dengan beer, whisky dan cider mereka. Hinggakan orang Melayu ramai yang tidak yakin untuk memerintah sendiri negara mereka tanpa buku kitab perundangan celupan British.

Apabila memikirkan itu, Rahim al-Putet yang sedang memetik strawberi sambil meniarap itu aku lihat tak ubah semacam Mat Indera yang sedang bersiap siaga untuk menggempur pegawai British dan tali barut mereka yang sedang ketawa  berdekah-dekah kuat sambil mentekedarah perahan anggur peram sambil melagakan gelas!

Monday, September 5, 2011

Blues Anak Melayu 1 : Terdampar di Daerah Asing

Stesen kereta lipang Ledbury
Habis peperiksaan akhir, aku membawa diri ke Ledbury. Aku mengambil keputusan untuk tidak menghadiri upacara konvokesyen yang bakal diadakan 2 minggu lagi.

“Rugi bro, sekali seumur hidup,” kata Atuk, rakan kamcingku, separuh memujuk.

“Ye la, bila lagi nak pakai jubah dan topi macam tu,” Apip pula menambah.

Tapi tekadku sudah bulat. Sebulat buah gomak yang sudah lama aku tidak ketemui. Iklan kerja ‘fruit picking’ di Ledbury yang tertampal di Norwood House menjadi jawapan tepat sebagai alasan untuk aku membawa diri.

Dari Bath Spa, keretapi Great Western Railway membawa aku melalui tanah kelahiran Ryan Giggs, Wales sebelum berhenti di sebuah stesen yang berselirat dengan landasan keretapi yang telah aku lupa namanya. Di sana aku menukar keretapi dan meneruskan perjalanan yang memang memukau mataku dengan bukit-bukau yang berbagai warna dan rupa. Kadang-kadang keretapi melalui tepian tasik yang amat indah dengan air tenang kebiruan berlatar belakangkan padang ragut yang menghijau. Akhirnya keretapi berjaya membawa aku mendarat di tanah asing, Ledbury.

Di stesen keretapi Ledbury yang seakan steesen keretapi Bunut Susu itu, turun sahaja dari keretapi, aku terlihat kelibat 2 hamba Allah yang berkulit dan berhidung seperti aku.

“Assalamualaikum.... Melayu?”

“Waalaikumussalam.... Dari mana?”

Aku berkenalan dengan Rahim al-Putet dan Greng yang belajar di Cardiff University, Wales, yang juga berhajat untuk mencari pengalaman melakukan kerja memetik buah strawberi di bumi Ledbury. Siapa sangka, aku yang bermusafir berseorangan, kini telah bertemu dengan 2 insan Melayu di daerah paling asing dalam hidup aku. Ajal-maut, jodoh-pertemuan memang ketentuan Allah. Subhanallah.

Kami menaiki teksi untuk ke ladang tempat bakal kami bekerja sebagai buruh ladang. Di sepanjang perjalanan, aku terpegun kagum dengan keindahan ladang yang begitu indah semacam dalam cerita ‘Legend of the fall’, walaupun filem ‘Legend of the fall’ belum ada lagi pada masa itu dan Brad Pitt pun agaknya masih belum bersunat lagi time itu.

Ladang Ledbury sebenarnya berada tidak jauh dari stesen keretapi. Belum panas punggung, kami telah sampai di pejabat ladang dan disambut oleh seorang wanita 40-an yang aku agak mesti salah seorang pemilik ladang. Kami ditunjukkan kawasan untuk mendirikan khemah dan bilik air.

“At 6 o’clock in the morning, a pick-up truck will be here to take you to the field. So please be ready then,” wanita itu memberitahu kami. 

“ There’s only one rule,” tambah wanita itu.

“No campfire.”

 Kami hanya mengangguk-angguk macam Bangla yang baru kerja stesen minyak di Shell Batu Buruk.
.
.
***Kenapa aku tidak mencatatkan segala butiran perjalanan aku dahulu? 

Sunday, September 4, 2011

Lebih Baik Aku Wordless Daripada Ter'laser' Walaupun Hari Ni Bukan Wednesday

Lebih baik hangpa semua yang komen, bukan aku!

Kalau mangkuk ni ucap selain syahadah, memanglah...@#$% oppsss wordless wordless....

Thursday, September 1, 2011

Ke Makam Ayahanda

Semoga ayahanda selamat di sana

Di bawah panas mentari 31 Ogos, hari raya kedua, aku tunduk bertafakur di kubur ayahanda. Bacaan al-Quran aku tersulam memori bersama ayahanda. Memang aku anaknya yang hidup di perantauan ini merindui ayahanda, namun aku tidak pernah menuturkan ayat ini walaupun semasa ada hayat ayahanda.

Derap kaki makin jelas kedengaran, namun aku biarkan sahaja. Tiba-tiba kaki itu berhenti di tepi kiriku. Aku tidak mengangkat muka, hanya setia memandang kaki yang berselipar raya itu sahaja.

"Saudara...." 

Aku masih tidak mengangkat muka.

"Saudara, kenapa saudara berteleku di kubur ayah saya?"

Aku tersentak. Lantas mendongak melihat tuan punya suara...

"Apa? Kubur ayah saudara?"..... "Apa ertinya semua ini?"

"Err..Wie. Mu ambiklah pulak payung ni. Nanti mu bagi kat Abe Lan deh. Payung dia ni... Aku nak balik dah ni..."

Aku menyerahkan payung kepada abang aku, blogger Pakmudo yang baru sampai. Huh! Sempat pula kami berKassim Selamat di kuburan ini. Aku harap ayahanda tak kisah dan tersenyum di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...