Sunday, January 13, 2013

Nasi Kukus Best di Kuala Terengganu

Syukur masih ada rezeki dari Allah S.W.T.

Sudah lama aku terliurkan nasi kukus di kedai simpang 3 traffic light itu. Tetapi apabila melihatkan berderet orang beratur untuk menunggu giliran, aku KIV kan dulu niat untuk santap di situ. Dahlah nak parking kereta payah kat situ, maklumlah simpang 3 traffic light!

Hari itu aku kira nasib aku baik. Semasa menunggu lampu isyarat, aku lihat hanya 2 orang sedang beratur di kedai nasi kukus itu. Apa lagi, aku terus cari parking dan zasss.....terus masuk queue.

Sampai je giliran pelanggan di di depan aku, brader tukang bubuh nasi dengan selamba kering suruh kami semua join queue baru yang baru dibuat di sebelah barisan yang kami sedang beratur. Katanya, dia nak bubuh nasik untuk orang 'order'.

Aku pandang belakang aku, seorang mak cik 50-an dan seorang brader kelihatan kecewa. Pelanggan lain kat belakang semua dah join queue baru.

Mak cik dan brader tersebut dengan senyum kecewa terpaksa join queue baru yang sudah terdapat ramai pelanggan beratur di hadapannya. Mak cik itu sempat menyuruh aku beratur di depannya.

"Takpalah mak cik, saya cari nasi kat kedai lain aje lah," jawab aku sambil tersenyum kelat.

Belum bersedia aku untuk beratur panjang-panjang demi sepinggan nasi di tanah tumpah darahku yang makmur ini. Kalau masa di asrama dulu lainlah. 


9 comments:

  1. jalan kamarudin ke cik li.situ mmg ramai.sy biasa parking belakang kedai.mmg beratur ramai tapi biasa diorang buh nasi laju jer.heee..=)

    ReplyDelete
  2. anggap saja lah nasi tu tak sedap.....hehehe.

    ReplyDelete
  3. Zaman Asrama Sudah Berlalu,Zaman Mkn Kobis Berulat, Nasi Goreng Basi. Skrg Makan Mengikut Selera Sendiri. (Sebenarnya Mengikut Poket Sendiri).

    ReplyDelete
  4. Boikot jer kedai yang sikap pekerjanya camtu...

    ReplyDelete
  5. Pekerja tu patut bagi tau awai.. Tak payah la orang dok beratuq. Pakchaq pernah marah cashier kat Mydin sebab lepas pakchaq bayaq dia teruih tutup kaunter, selamba suruh orang lain pi beratuq kat kaunter lain.. Pakchaq sound la.. Dia kata lain kali cakap awai2, tak payah orang la orang buang masa..

    ReplyDelete
  6. Pekerja tu patut bagi tau awai.. Tak payah la orang dok beratuq. Pakchaq pernah marah cashier kat Mydin sebab lepas pakchaq bayaq dia teruih tutup kaunter, selamba suruh orang lain pi beratuq kat kaunter lain.. Pakchaq sound la.. Dia kata lain kali cakap awai2, tak payah orang la orang buang masa..

    ReplyDelete
  7. Kak Ani pun macam tu. Tak sudilah nak beratur kerana nak makan. Bukan free pun, kita bayar kenapa siksa kita macam tu, tak payah. Kira bukan rezeki kita dahlah.....

    ReplyDelete
  8. kahkahkah.. dok payoh beratur la. byk lg kedai lain. dok lamo lg mapuh la bisnes kedai tu.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...