Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Selipar Jepun Aku Masih Elok Lagi, Dia Dah 3 kali Tukar

CPR SPR Sucks
Aku ke Jepun pada pertengahan 2009.

Masa tu PM Jepun, Taro Aso.

Bila aku pulang ke tanah air, Umno Barisan Nasional Jepun kalah dan Pakatan Rakyat Jepun mengambil alih, lalu Yukio Hatoyama dari parti PKR Jepun dilantik sebagai PM baru.

Baru sembilan bulan, Hatoyama terpaksa meletak jawatan PM kerana janji pilihanraya berkaitan penempatan askar US di Okinawa. Beliau digantikan oleh Naoto Kan yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa itu.

Sekarang, Naoto Kan pula letak jawatan. Siapa ganti? Aku tak tahu lagi.

Di Jepun, PM mereka bertukar lebih kerap daripada aku menukar selipar jepun atau berus gigi systema.

dah dah...azan dah.... mana kurma?

Saturday, March 19, 2011

Suka Duka Orang Politik


Hatoyama: 'Anwar' atau 'Nizar' versi Jepun?

Yukio Hatoyama mungkin merupakan manusia yang paling gembira apabila parti pimpinannya, Democratic Party of Japan (DPJ) berjaya menamatkan penguasaan lebih 50 tahun Umno Barisan Nasional Jepun iaitu parti Liberal Democtaric Party (LDP) pada 30 September 2009.

Hatoyama seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun menggantikan Taro Aso dari parti LDP yang baru setahun menggantikan Yasuo Fukuda juga yang baru setahun menggantikan Shinzo Abe yang juga baru setahun menggantikan Junichiro Koizumi. Koizumi satu-satunya PM Jepun yang dapat memerintah melebihi 5 tahun semenjak 1972.

Pengganti-pengganti Koizumi tidak dapat memegang jawatan PM melebihi setahun. Yang lebih sedih tentulah isteri-isteri mereka kerana belum puas jadi First Lady, dah terpaksa shopping bayar sendiri!

Di waktu LDP sedang berdepan masalah kepercayaan rakyat, Hatoyama daripada parti pembangkang, DPJ bijak merebut peluang. Asalnya Hatoyama adalah seorang ahli parlimen Umno daripada parti LDP juga, cuma dia keluar jadi pembangkang pada 1996 dan menubuhkan DPJ. Kelebihan dan kebijakan Hatoyama ditambah dengan kebobrokan LDP, akhirnya menyungkurkan parti ketuanan Jepun yang memerintah sejak lebih 50 tahun itu.

Hatoyama memasuki ofis PM dengan penuh bergaya. Banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan baru pimpinannya. Apatah lagi apabila beliau adalah seorang berkelulusan Ph.D, sememangnya beliau bijak. Kebijakan beliau yang pertama adalah meninggalkan LDP pada 1996!

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat ditengah hari. Yukio Hatoyama terpaksa meletekan jawatan pada 2 Jun 2010, setelah hanya 9 bulan berada di ofis PM! Hatoyama bukan dijatuhkan secara kudeta atau campurtangan istana Jepun, tetapi beliau dikaitkan dengan skandal kewangan dan janji pilihanraya terutama untuk memindahkan penempatan askar Amerika di Pulau Okinawa. Hatoyama digantikan dengan Naoto Kan, yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Hari ini pastinya Naoto Kan berasa sedikit kesal kerana menyanggupi tugas PM daripada Hatoyama kurang setahun yang lalu. Sekarang Naoto Kanlah yang terpaksa tidak dapat tidur sedikitpun dan perlu sentiasa ke depan menghadapi apa jua persoalan selagi tragedi tsunami dan letupan loji nuklear belum reda di negara matahari terbit itu.

Naoto Kan juga berhadapan kemungkinan terpaksa meletak jawatan setelah semuanya terkawal kelak. Kerana selain tekanan meletak jawatan daripada pihak lain, itu juga adalah sikap orang Jepun. Kalau tidak masakan ada askar Jepun yang melakukan harakiri atau seppuku apabila mereka tewas di Perang Dunia kedua dulu.

Hari ini dalam kesedihan melihat keadaan negaranya, Hatoyama mungkin berasa sedikit bersyukur dengan apa yang telah terjadi kepada karier politiknya. Taro Aso juga mungkin baru hari ini timbul rasa bersyukur parti LDPnya kalah kepada DPJ pada 2009. Ya lah! Siapa yang sanggup bertanggungjawab untuk menjawab soal kehilangan jiwa dan harta benda yang begitu besar? Apa lagi apabila tragedi ini bertambah mudarat dengan beberapa letupan loji nuklear!

Jika kita renungkan semua ini, berbaloikah kita berbalah dan membuat fitnah untuk menang satu dua kerusi?

Kecualilah jika kita berhabisan dan berjuang hanya kerana Islam. Kerana Allah!

Friday, March 18, 2011

Ujian Allah Untuk Nihon-Jin


Jamadi terpaksa mendongak untuk berborak dengan Abe-san,
sedangkan aku dapat bercerita pasal Sin Chan dengan santai

Masanori Abe atau Abe-san berdiri di belakang kami sambil memegang beberapa helai tuala. Mulutnya tak putus-putus menuturkan, I am sorry, I am sorry sambil menundukkan kepala dan bahu. Naik serba-salah aku dibuatnya.

Jamadi, Arahman dan aku sedang mengambil air sembahyang di sinki sebuah hotel terkemuka di Tokyo. Selesai mengambil air sembahyang, kami masing-masing dihulurkan tuala putih oleh Abe-san sambil diiringi kata-kata, I am sorry. Lagi!

“It’s ok Abe-san,” itulah yang kami bertiga dapat katakan kepada Abe-san.

Kami sebenarnya dijemput untuk menghadiri welcoming lunch untuk meraikan kedatangan kami ke Jepun di sebuah hotel. Apabila makan-minum sudah usai dan waktu zohor pun sudah lama masuk, lalu Arahman yang sudah haji sekarang, meminta izin untuk kami bersembahyang di situ.

“OK. We will vacate this room for you,” segera mereka bersepakat untuk menunggu di luar bilik yang telah ditempah khas untuk welcoming lunch itu.

Apabila mereka mengetahui kami perlu berwudhuk, Abe-san segera mendapatkan tuala daripada pihak hotel dan menunggu di belakang kami yang sedang berwuduk sambil menuturkan, I am sorry dengan menundukkan kepala dan bahu. Selepas itu mereka cukup menjaga waktu solat kami semasa kursus.

Abe-san adalah penyelaras program kami di Jepun. Beliau dibantu oleh seorang wanita yang seakan menjadi ibu kami, Kanai-san dan seorang gadis jelita Sakata-san. Abe-san jauh lebih tinggi dan lebih handsome daripada aku. Umurnya baru 25 tahun. Memiliki ijazah sarjana dan fasih berbahasa Inggeris dengan accent Amerika. Orangnya berbudi bahasa dan santun walaupun rambutnya persis seorang ahli J-rock jepun.

Suatu hari di dalam train, aku pernah berkata padanya,

“Abe-san. In my home town, Abe means big brother. So, I will call you brother...”

“Ooo is it? but  noo...I am younger than you,” jawabnya penuh skima. Mungkin kerana baginya, dia sedang bertugas sekarang, mewakili kerajaan Jepun.

Rata-rata orang Jepun yang aku jumpa begitu komited dan tahu tugas mereka. Mereka amat mementingkan keselamatan. Pernah seorang pemandu bas berkata kepada kami yang sedang dalam perjalannan ke sakura City, dalam bahasa Jepun yang kemudiannya diterjemahkan oleh Kanai-san, fascilitator kami.

“Gentlemen, we are now entering a motor-way. For safety, please fasten your seat belt”

Kita baru bercerita tentang safety belt di kerusi belakang dalam kereta, mereka telah lama menguatkuasakan pemakaian seat belt di dalam bas!

Sekarang Jepun dilanda tragedy. Doa aku untuk keselamatan rakan-rakan yang pernah aku kenali di Jepun. Aku tahu bangsa mereka kuat, komited, rajin, accurate, berpengetahuan, berkeyakinan, berkebolehan, beriltizam. Mereka mampu bangkit kembali. Sebagaimana mereka mampu bangkit semula dalam masa yang singkat setelah dikejutkan dan dimusnahkan oleh 2 butir bom atom lebih 60 tahun dahulu.

Ganbare Nihon-jin.

Friday, September 3, 2010

Si Islam dan Si Kafir Saling Mendoakan


Wanita Jepun seumur 40-an itu keluar dari Mercedes hitam dan terus menghampiri aku dan Jamadi yang sedang berjalan pulang ke Tokyo International Center. Dia berperawakan lembut, bertubuh kecil dan berskirt hitam labuh. Aku lihat seorang lelaki, mungkin suaminya sedang menunggu di dalam kereta.

“Excuse me...”

Dia memulakan bicara kepada kami yang tengah suspen. Jarang benar kami ketemu orang Jepun yang cakap oweng putesh di jalanan. Biasanya semua bila bercakap, sumimasen, sumimasen....

Dia menyambung lagi,” My husband and I want to go for a prayer at the church.....”

“We are sorry madam, we are new here. We don’t know any church here,” Jamadi segera memintas.

“No. I know where the church is. I am inviting you to come to the church, for Sunday prayer, together with us,” Jelas wanita Jepun hampir separuh umur itu.

Pelik. Di kala orang Jepun lain ramai mendakwa tidak beragama, hidup mereka hanya bekerja, kerja, kerja. Wanita ini begitu tekun pula berdakwah kepada orang lain, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Pelik sekali orang Jepun. Mereka mungkin bangsa yang paling banyak mengambil syarikat kepada Tuhan yang Satu, Allah. Sampaikan Jepun kadang kala dikenali sebagai The land of goddesses. Besar punya syirik tu...

Semua benda dipuja dan dikatakan ber’spirit’. Daripada Gunung Fujiyama, pokok, burung, padi, angin... Hinggakan setiap orang juga dikatakan apabila telah mati akan menjadi ‘spirit’. Sebelum Jepun kalah perang dunia kedua, dalam jutaan ‘spirit’ yang dipercayai, hanya terdapat satu ‘living spirit’ iaitu Maharaja Jepun, yang juga Ketua Turus Angkatan Tentera Jepun.

Selepas Jepun menyerah apabila bom atom Amerika digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, Maharaja Jepun terpaksa (dipaksa) membuat pengakuan di radio supaya didengari oleh semua Nihon-jin (Patutlah orang Jepun pun dipanggil Nihon-JIN, kerana mereka percaya kepada ‘spirit’. Dalam kamus P.Ramlee disebut ‘mambang’ ...hahaha lawak selepas sahur).

Maharaja Jepun telah membuat kenyataan di radio. “I am not a god, I am a human being”, lebih kurang macam itu la... Kalau Nihoh-jin fikir elok-elok pun logik la. Maharaja ni makan, tidur, main carom, berak, batuk, sakit perut, selesema, kahwin, kadang-kadang kena tengking dek bini, kadang-kadang kena pujuk bini, tukar lampin anak, masa winter kena pakai baju sejuk, mandi telanjang, mengigau.... Ini sifat-sifat tuhan ke sifat makhluk?

Seorang professor dari Sophia University, Tokyo semasa ceramahnya pernah memberitahu. “Most of us Japanese were born as buddist, our parents took us to shrines. When we got married, we went to churches, because it’s trendy to get married in a church. Then when we die, we will go to shrine again. If you ask any Japanese, most of them will answer they do not have any religion.”

Lebih kurang itulah kata dan maksudnya. Kacau bilau dan caca marba sungguh. Patutlah kes stress dan bunuh diri tinggi di kalangan Nihon-jin.

“Oooo.... Sorry madam, we are Muslims. We don’t pray in church. We go to mosque,” Jawab Jamadi penuh hemah. Inilah tolak ansur orang Melayu sebenarnya. Tidak cepat melatah, tetapi tegas. Itulah sebabnya Islam di Tanah Melayu tidak tergadai walaupun bertahun dicengkam penjajah yang kafir bersilih ganti. Kuasa hilang, tetapi akidah kekal dihati. Alhamdulillah.

“On Friday, we go to the big mosque just over there, Hatagaya,” aku menambah sambil menunjukkan tangan kearah depan. Wanita itu senyum sambil mengangguk.

“OK then, pray for me at the mosque,” kata wanita itu sebagai menutup bicara. Masih tersenyum.

“We will, and you pray for us too,” Jamadi membalas ramah.

Isu mendoakan bukan muslim sudah terjawab dengan meroyannya Zahid Hamidi apabila Khatib Zakaria Ahmad berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbahnya. Ulamak sepakat bahawa dibolehkan dan tidak salah mendoakan agar diberikan hidayah kepada orang kafir tetapi tidak boleh mendoakan keselamatan akhirat untuk mereka (At least itu yang aku faham).

Isu orang bukan Islam masuk masjid juga sudah terjawab. Cerdik pandai Islam mengatakan diharuskan orang bukan Islam masuk masjid dengan kebenaran pengurusan masjid dan beradab (menutup aurat dan sebagainya). Di Masjik Jamek Tokyo (Tokyo Camii) di Hatagaya, benda ni tak menjadi isu pun. Masa sembahyang Jumaat pun ada krew televisyen Jepun mana entah sering membuat rakaman di dalam masjid. Apa lagi semasa hari-hari lain. Masjid ini menjadi tourist attraction, locals and far far away, as far as human can live!

Isu di Malaysia, pada pandangan aku bukanlah sangat isu orang bukan Islam masuk dan menyampaikan ucapan dalam masjid, tetapi isu orang Dap masuk berucap dalam masjid. Segalanya politik di Malaysia. Hinggakan royalty minyak dan hasil masul negeri pun dipolitikkan. Padahal kalau Pantai Senok menjadi macam Kerteh jika gas dan minyak didaratkan di situ, kampong siapa tu? Mustapha Mamat dan Awang Adek juga! Mereka kan orang Bachok. Wei orang Jeli, Mustapha Mamat tu orang Bachok la!

Berbalik kepada cerita aku dan Jamadi dan wanita Jepun pendakwah Kristian tadi. Bagaimana pula meminta orang kafir mendoakan untuk kita di gereja atau di kuil. Aku tahu, permintaan kawanku Jamadi itu hanya bicara spontan pemanis mulut sahaja. Tetapi aku tertarik untuk mengetahui hukum sebenar meminta orang kafir mendoakan untuk kita. Apakah harus meminta orang kafir yang menuju ke gereja atau kuil atau synagogue atau gua atau banir kayu untuk mendoakan kita?

Perlukah aku bertanya Harussani? Atau Dr. Asri? Atau aku tanya sahaja Khatib Zakaria Ahmad? Sesiapa ada nombor telefonnya?

Saturday, July 10, 2010

Cakap-Cakap Piala Dunia




A: Apa ni warna oren, Hang sokong Holland ya.... Sepanyol la bro. Belanda mesti kalah punya.

B: Kebetulan je warna oren ni. Aku paling tak sokong Belanda. Dah la penjajah. Berapa ratus tahun dia jajah kita? Hang tau? Lepas tu baru ni politician dia, Geert Wilders hina Nabi kita Muhammad S.A.W. Kurang ajar betul depa nih... Sekarang product Dutch Lady pun aku dah tak beli.

A: Ini bola bro. Ini lain.

B: Sepanyol lagi teruk menjajah. Tengok di Filipina. Nasib baik Sepanyol tak jajah Tanah Melayu. Kalau tak mungkin tinggal berapa kerat je orang Islam yang tinggal. Sepanyol kacau habis agama Islam. Tengok Andalusia. Apa jadi?

A: Jadi kau sokong apa bro World Cup ni. Portugal?

B: Wei... Siapa mula-mula jajah Melaka. Alfonso de Albuquerque tu sapa? Mungkin datuk moyang sebelah bapa Cristiano Ronaldo.

A: Tapi Ronaldo tu main best bro....

B: Lambang Portugal saja dah salib besar bro. Hang nak tayang kat dada hang tu... Fikir la bro.

A: England macam mana bro?

B: Ini pun bangsa penjajah yang aku menyampah bro.

A: Tapi undang-undang dia kita masih pakai bro hahaha. USA ok apa bro...

B: USA lagi hampeh bro. Kalau barangan dia pun aku cuba boikot sebab support Israel, apalagi nak sokong team bola dia. Main pun bukan best sangat.

A: Jadi hang nak sokong Serbia ke? Best main, Jerman pun kalah dengan depa.

B: Hisss... Kenangan tragedi Bosnia Herzagovina masih segar diingatanku bro. Mana boleh sokong team tu.

A: Hang sokong France la. Ramai orang Islam dalam team dia. Ribery, Anelka, dulu Zidane...

B: Memang la ramai orang Islam tapi negara mana yang ban budak pakai tudung ke sekolah? Cuba hang cakap mai...

A: Sokong Itali la bro.

B: Pope tu dok mana? Vatican City tu kat mana? Apa Pope Benedict cakap kat Nabi kita baru ni... Hang ingat? Kalau tak ingat search Google.

A: Banyak pantang larang la hang ni. Jadi hang sokong team mana ni?

B: Jepun.


A: Jepun pun penjajah juga bro. Hang tak pernah kena penampar jepun ke? Hahaha.

B: Entahlah bro. Tapi at least ada rasa Asia tu sikit. Korea Selatan pun ok juga. Team macam Algeria pun aku sokong juga atas dasar seagama. Tapi kalau sokong team ni, first round je la. Masuk round kedua, kena cari team lain untuk sokong.

A: Brazil la bro. Tak pun Argentina.

B: Dua tu memang best. Aku memang suka Argentina. Maradona pun best tapi dulu la. Sekarang sejak dia jadi coach, cakap takbur giler. Siap nak telanjang kalau Argentina menang. Brazil aku suka tang penyokong dia je hahaha. Tapi dah ramai orang sokong la. Carilah team lain.

A: Jerman bro?

B: Main keras macam Nazi...

A: Semua tak kena la hang ni. Nak tunggu Malaysia masuk World Cup lambat la bro. Senang hang sokong je team Ghana. Ramai pemain star, main bagus..... Amacam.

B: Team Ghana lah aku paling menyampah sejak hari pertama World Cup bro....

A: Awat pulak...?

B: Bendera dia...Tiga line macam PEKIDA.

A: Jadi hang tak akan tengok la final Spain lawan Holland nanti?

B: Ishh...Kena tengok juga, nanti orang borak, aku nak menyampuk apa bro. Hahaha...

A: Baik macam tu, hang sokong je la The Red Warriors hang tu. Gomo Kelate Gomo.

B: Hahaha... Sebenarnya The Red Warriors pong aku tak layan sangat bro. Aku menyampah dengan Annuar Musa....

A: Hang memang payohhhh....PAAA YOOOHHHH.

HAHAHA

Wednesday, December 23, 2009

Stail Jepun Konon


Hari ni aku ambil cuti. Pagi-pagi hantar adik-adik ke stesen bas KT.


Tengah jalan singgah di 7 Eleven di pinggir bandar. Nak beli biskut buat bekal adik-adik atas bas sambil pecah duit. Boleh la tambah elaun budak-budak ni sikit lagi.


Juruwang di kaunter kata tiada duit kecil. Aku letak balik biskut dan terus ke stesen bas. Di stesen bas, aku sekali lagi ke 7 Eleven berdekatan. Bila nak bayar, juruwang tanya, ada duit kecik?


Nehi. Aku menggeleng kepala. Dan bersuara sopan.


"7 Eleven memang macam ni ke? Tadi dekat Batu Buruk pong takdak duit kecik, sini pong sama" Tak puas hati betul.


Si juruwang menjawab sopan, "Pagi ni.... baru buka pos..." Entah post box ke pos apa aku tak perlu tahu.


"Parok 7 Eleven kalu lagu ni", kataku masih sopan sambil meletak balik biskut di rak. Rasa nak saja aku menambah, mokcik jual etak pong ada duit cucur.


Bukan salah dia si juruwang, salah si manager atau ceo kedai tu. 7 Eleven kan kedai 24 hours, mana ada baru buka atau baru tutup kedai. Lagipong duit cucur ni bukan masalah pembeli.


Di Jepun, duit kertas paling kecik adalah 1000 yen. Yang syilingnya 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, 500 yen semuanya aktif.


Kalau kita beli air mineral 80 yen dan bagi duit kertas 10,000 yen pun, si penjual tak pernah minta duit kecik.


Sebagai franchisee, kita juga kena tiru stail induk yang baik. Jangan tiru jual arak je.


So, tiadalah elaun lebih untuk adik-adik. Abang tiada duit kecik, yang ada besar-besar je.

Sunday, September 6, 2009

Kepala Lembu : Chotto Matte Kudasai


Kami tercari-cari Islamic Centre yang dikatakan berada tak jauh dari tempat penginapan kami. Dengan teliti kami perhatikan kiri-kanan jalan agar Centre itu tidak terlepas. Tetapi apabila kami sampai saja di suatu simpang dan melihat ke kiri.....

Satu pandangan di luar jangka. Ianya sebuah masjid yang besar, tinggi dan cantik. Tidak susah untuk mencarinya. Dari kejauhan sudah nampak fizikalnya dengan menara yang begitu gah. Masjid ini berada di Hatagaya, hanya dipisahkan oleh jalanraya dengan Shibuya-ward, suatu tempat kediaman elit yang senyap. Rumah golongan berada. Pastinya bukan tempat tinggal Nobita dan Hagemaru atau Fuku-Chan. Barangkali hanya keluarga Sunio yang layak tinggal di Hatagaya.

Tetapi Masjid ini yang dipanggil Tokyo Camii atau Tokyo Mosque atau Yoyogi Mosque boleh didirikan dengan megahnya di sini tanpa sebarang ‘kepala lembu’ dalam sejarah pembinaannya.

Masjid ini asalnya didirikan oleh komuniti imigran Turki dari Kazan (Rusia) seawal 1930 lagi. Pada tahun 2000 ianya dibina semula dengan bentuknya seperti hari ini.

Orang Islam di Jepun terlalu sedikit bilangannya. Terlalu sedikit peratusannya jika dibandingkan dengan penganut Hindu di Malaysia. Bilangan orang Jepun yang mengetahui berkenaan Islam juga terlalu amat sedikit. Bertanya tentang ‘halal’ kepada orang Jepun mungkin sama dengan sekiranya kita bertanya berapa kalori yang terkandung dalam petai yang nenek kita sedang masak.

Pada pertengahan tahun 90-an, dikatakan hanya 1 orang Islam yang boleh dijumpai dalam seramai 100,000 orang Jepun yang telah mencecah 130 juta orang sekarang ini.

Belum pernah kita terdengar geng Yakuza atau samurai sesat yang datang membawa apa-apa 'kepala' (kita kata Jepun suka pancung kepala orang) ke masjid yang didirikan tinggi dan besar ditengah-tengah masyarakat Jepun yang majoritinya nampak beragama hanya semasa dilahirkan, semasa berkahwin dan bila meninggal dunia. Sepanjang pembinaan masjid ini, tidak pernah ada mana-mana ninja sama ada dari Nintama atau Dokutake yang diarahkan datang mengkucar-kacirkan projek tersebut.

Sepanjang saya berpeluang sembahyang Jumaat di Masjid ini, hanya 2-3 orang yang berwajah Jepun yang ada bersolat sama-sama berbanding dengan jumlah lebih 200 jemaah. Imamnya pun seorang Turkish yang fasih berkhutbah dalam Japanese, Turkish dan English. Semoga masjid ini terus makmur.

Setakat ini begitulah nasib Muslim dan masjid di sini. Sehari dua lagi belum dapat dipastikan...

Dalam Pilihanraya Umum 30 September 2009 yang lepas, penguasaan 54 tahun Liberal Democratic Party (LDP) pimpinan Perdana Menteri Taro Aso telah kalah teruk kepada Democratic Party of Japan (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama.

DPJ boleh dikatakan serpihan LDP yang ditubuhkan pada 1996 dan pemimpinnya Hatoyama adalah bekas YB daripada LDP yang keluar parti pada 1993.

Jepun tidak seperti negara kita yang multi-racial. Jikalau puak-puak LDP ‘desperate nak mampus’ nak tumbangkan DPJ pun ....... Isu bangsa tak boleh dimainkan di Jepun. Tetapi jika mereka meniru tindakan segelintir manusia yang mendalangi dan membawa kepala lembu seperti di Selangor, ini tidak mustahil boleh berlaku. Walaupun Masjid Tokyo ini didirikan di zaman mereka (LDP), tetapi itu semua tak jadi hal. Semua fakta boleh di’spin’. Samalah dengan isu kuil, babi dan arak di Selangor.

Saya hanya membuat perbandingan. Jangan runsinglah. Perbandingan ini supaya kita semua faham dan berfikir. Lagipun orang Jepun tak macam tu, tengoklah mereka tukar kerajaan tanpa water cannon dan tembakan dan gas pemedih mata!

Tuesday, June 16, 2009

SAYONARA


Setiap yang bermula pasti akan berakhir.


Esok seawal pukul 7.00 pagi, aku akan bertolak ke Narita Airport. Packing barang belum siap lagi. Kalau di rumah aku ambil yang siap aja. Semua isteri yang buat.


Jam sudah hampir 1.00 pagi. Aku ingat memang tak payah tidur malam ni. Kalau tidur alamat tak siap la packing barang. Lagipun pukul 2.45 pagi sudah masuk fardhu Subuh. Nanti layan tidur dalam flight aje lah.


Saat-saat sebegini, tiba-tiba jadi sentimental pulak. Excitement nak jumpa anak isteri memang tak tergambarkan, tetapi perpisahan tetap pahit.


Orang Jepun memang unik. Mereka buat kerja memang macam slogan Polis Malaysia. Cepat dan betul. Memang accurate.


Pekerjaan sebagai 'translator' di sini memang laku. Sebab mereka tak rasa bercakap mat salih itu hebat. Director bahagian International Affair di Ministry of Labor, Health & Welfare mereka pun kalau ambil SPM mesti tak lulus kalau BI diwajibkan lulus. Sebabnya, kalau dia berucap samada baca teks atau pakai penterjemah. Satu lagi bila borak dengan dia, aku cakap lain, dia jawab lain. Last-last aku buka cerita Doraemon, Shin Chan dan Dragon Ball.


Lecture boleh dikatakan 99% pakai penterjemah. Mana expert datang pun, pakai penterjemah. Kalau kita buat lawak, kita gelak dulu. Kalau dia buat lawak, dia gelak dulu. Penterjemah kena gelak dua kali.


Hanya professor universiti sahaja yang bagi lecture dalam Bahasa Inggeris. Dan BI mereka cukup hebat. Siap dengan accent American lagi.


Malaysia, sebagai 'late comer' memang perlu menguasai Bahasa Inggeris untuk senang berkongsi teknologi bangsa yang telah lama maju. Tetapi tidaklah perlu sehingga meminggirkan bahasa ibunda sendiri dengan PPSMI dan menjurangkan lagi jarak di antara sesama rakyat dengan ura-ura mewajibkan lulus BI. Carilah formula yang betul dan sesuai.


Karpal Singh dan Gobind Deo anaknya yang terer Bahasa Inggeris, adakah mereka bermimpi dalam BI atau Tamil ?


Cukuplah dulu. Packing belum siap. Sayonara Nihon. Domo Arigato Gozaimashita.


Monday, June 15, 2009

Apa Punya Mat Arab Daa....



Koordinator kami Kanai-san, orang Jepun bertanya,


"Ramli-san, Jamadi-san, do you like music?"


Aku memang layan juga lagu ni sikit-sikit, tapi tak terus menjawab, tertanya-tanya pula kenapa Kanai-san bertanya. Manalah tau, silap jawab nanti kena layan karaoke pulak. Maklumlah sekarang semua program dah habis, free beb.


Mat Jordan dalam kumpulan kami yang memang banyak mulut menjawab,


"In Islam it's haram!"


"What do you mean haram....?" tanya Kanai-san dengan seorang Awek Serbia dan seorang lagi Mamat Cameroon. Ye lah memang patut mereka pelik.


Terkedu juga aku dengan statement Mat Jordan ni, aku tak terkata apa-apa. Lagipun keretapi dah datang dan kami terus naik.


Terkilan aku dengan Mat Jordan ni, kalau dengan sesama Islam dia nak kata begitu, terpulang. Masing-masing faham. Mana had, mana batas, mana halal, mana haram. Ini berfatwa tanpa disoal.


Di dalam train yang sarat dengan penumpang Mat Jordan ni masih menghuraikan fatwanya kepada Kanai-san, Awek Serbia dan Mamat Cameroon yang membulukan telinga aku mendengarnya. Lalu aku menyampuk,


"I think you better stop"


"It's really unfair for you to talk so easily about something that you don't really know. It's a long discussion about it (music)."


"Ramli-san. I am sorry, I started the matter," Kanai-san pula yang minta maaf. Orang Jepun ni memang polite, terutama older generation. Kanai-san ni dah macam mak kami dalam sebulan lebih ni.


"No, It's not you. It's him. I really think he should stop talking about this."


Aku terus berkata,


"It's like food, you have to choose," aku berkata begitu kerana Kanai-san dah biasa dengan kami. Makan kami mesti cari halal. Kalau masa nak beli apa-apa, dialah yang tolong baca ingredients. Kat Jepun ni takda PPSMI, semua balun Bahasa Jepun. Artis yang paling cun dan aktor yang paling kacak pun tak speaking di sini!


"Actually I agree with you. You are right. We shouldn't ....bla..bla...bla...." Mat Jordan ni memang banyak cakap.


"By the way, why did you ask in the first place?"Aku bertanya Kanai-san. Cuba nak alih topik la pulak.


"Ooo...My son is a musician. He plays drum. I have CDs of his music that I would like to give to all of you," terang Kanai-san.


"If he is Muslim, he will go to hell...." Selamba je Mat Jordan tu buat fatwa kedua. Aku meninggikan suara menyebut nama Mat Arab tu menandakan aku tak bersetuju dengan caranya. Jamadi-san pula menyiku Mat Arab tu.


Aku berpaling keluar tingkap, malas aku nak layan orang macam ni.


Entahlah. Dia betul ke atau aku yang salah.


Patutlah senang benar orang termakan propaganda fitnah tentang Islam dan penganutnya.

.

Friday, June 12, 2009

Politik Erdogan di Mana-Mana



Sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Tokyo kena dengar khutbah dalam 3 bahasa.
.

Pertama, Bahasa Jepun.
Kedua, Bahasa Turki.
Ketiga, Bahasa Inggeris.


Teks khutbah disediakan untuk para jemaah dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.
.
Masjid cantik ini telah dibina oleh Kerajaan Turki . Khabarnya dalam tahun 1986 telah dirobohkan dan dibina semula. Binaannya memang cantik, menarik dan da bomb.
.

Tok Imam dan Tok Bilal orang Turki. Tok Imam tak sure pulak aku daripada golongan professional atau ulamak. Cara berpakaian smart dengan neck-tie macam professional. Bermisai nipis tiada janggut, macam Husam..oppsss macam professional. Cakap Jepun dan Inggeris berabuk macam professional. Baca ayat al-Quran best dan fasih macam ulamak pulak. Atau mungkin puak Erdogan ni memang serba boleh ? Sebab tu Umno takut kot ?
.
Makmum, macam-macam ada. Professional ada, tak professional ada. Tak professional langsung pun ada. Ada ke masa Khatib baca khutbah, dia dok sibuk ambik gambar dan rakam video. Nak masuk Youtube la tu.


Time rehat Jepun pada pukul 12.00 - 1.00 p.m. atau 12.30 - 1.30 p.m.


Sembahyang Jumaat ditetapkan bermula jam 12.45 tghari. Selesai segalanya hampir 1.30 p.m. Berkejar-kejar pula masuk kerja.


Berbalik kepada khutbah 3 bahasa.


Bahasa yang pertama, patut sebab memang di Jepun dan baik untuk dakwah kepada orang Jepun yang masih free (takde pegangan).


Bahasa yang kedua, pendapat aku bertujuan politik semata-mata. Tak payah la khutbah dalam Bahasa Turki.


Bahasa yang ketiga, boleh diterima. Tak payah pun takpa, sebab dah ada teks.
.

Benda-benda wajib ni janganlah di aksesori kan.


Orang Turki memang hebat, Kelantan bila nak sponsor masjid kat sini?


Senibinanya memang mengasyikkan.
.

Subhanallah.
.


Kubah Masjid Guchil yang baru kalau boleh jadi macam ni baru ada kelas Perdana Menteri anak-beranak rasmi.
.

Tuesday, May 26, 2009

Babe


.

Aku terserempak dengan kedai makan ni di area Ginza. Di atasnya landasan keretapi. Sebenarnya ada asap keluar ikut hidung si piggy tu, tak nampak pula dalam gambar ni. Nampak macam si piggy tu demam selesema pulak.
.
Macam-macam...
.
Butaniku wa dame desu. Watashi wa Muslim desu.
.

Saturday, May 23, 2009

Jepun Jangan Nak Malukan Malaysia Pulak...

Pagi tadi satu rancangan TV Jepun, entah channel mana, telah menyiarkan berkenaan Pulau Langkawi. Lama juga, lebih 20 minit, pagi Sabtu pulak tu. A very good promotion for Malaya. Aku tak faham apa, tengok je la.



Kore wa kereta kabel Gunung Mat Cincang desu.


Cantik ? Hait.



Seorang suri rumah sedang memasak. Sedap sungguh.
(Kopiah Mak beli di Mekah sentiasa kubawa ke mana-mana).


Hasil masakan si surirumah. Nasi goreng kampungg, roti jala dan macam-macam. Oishii desu.



Selebriti di studio pun menikmati masakan Malaya.


Cuma yang aku runsingnya, takut-takut selepas pulau Langkawi, puak-puak Jepun ni nak buat program di Pulau Pangkor pulak.....Janganlah dulu, malu satu dunia.
.

Wednesday, May 13, 2009

Oshin, Gandhi, Mandela & Zambry



Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang bersandarkan semangat pemimpin tersohor Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela akan meneruskan usaha menegakkan kebenaran di Perak. Lapor Mstar Online.

MStar Online meneruskan berita Zambry dengan katanya,

“Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
.
"Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
.
"Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
.
“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.

Sebelum kita nak angguk atau nak kutuk atau nak gelak, elok kita kenal dulu siapa Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela yang disebut oleh pemimpin tersohor masakini Zambry ini.

Pertama
.
Mohandas Karamchand Gandhi seperti yang dilaporkan oleh Wikipedia adalah ...

He was the pioneer of satyagraha—resistance to tyranny through mass civil disobedience, firmly founded upon ahimsa or total non-violence—which led India to independence and inspired movements for civil rights and freedom across the world.

Saya percaya non-violence yang dimaksudkan termasuklah tidak mengheret paksa secara kasar Speaker DUN keluar Dewan persidangan.

Wikipedia juga melaporkan Gandhi dibunuh oleh fanatik Hindu atas alasan Gandhi melemahkan India kerana berkeras supaya India membayar Pakistan 55 crores bersamaan 550 juta rupee sebagaimana yang dipersetujui Partition Council. Kata Wikipedia,


Gandhi feared that instability and insecurity in Pakistan would increase their anger against India, and violence would spread across the borders. He further feared that Hindus and Muslims would renew their enmity and that this would precipitate open civil war.

Ada persamaan tak antara pembayaran wang 55 crores kepada Pakistan dengan pembubaran DUN ? Selagi tak bubar DUN (tak bayar wang dalam kes Gandhi), kebencian dan menyampah rakyat pada Umno BN makin tinggi dan Umno BN mungkin bungkus pada PRU13.

Jadi, samakah Zambry dengan Gandhi?

Lagipun Wikipedia ada menyebut begini,

However, Gandhi was aware that this level of nonviolence required incredible faith and courage, which he realized not everyone possessed. He therefore advised that everyone need not keep to nonviolence, especially if it were used as a cover for cowardice:
.
"Gandhi guarded against attracting to his satyagraha movement those who feared to take up arms or felt themselves incapable of resistance. 'I do believe,' he wrote, 'that where there is only a choice between cowardice and violence, I would advise violence.'

Maknanya Gandhi akan memilih melawan secara orang ada teloq dan bukannya bersikap bacul dengan berselindung dengan institusi-institusi lain yang sememangnya parallel dalam konsep separation of powers sebuah negara demokrasi.

Kedua
.
Berkenaan Nelson Mandela, Wikipedia kata,

Nelson Rolihlahla Mandela is a former President of South Africa, the first to be elected in a fully representative democratic election, who held office from 1994–99. Before his presidency, Mandela was an anti-apartheid activist, and the leader of the African National Congress's armed wing Umkhonto we Sizwe. The South African courts convicted him on charges of sabotage, as well as other crimes committed while he led the movement against apartheid. In accordance with his conviction, Mandela served 27 years in prison, spending many of these years on Robben Island.

Perhatikan betul-betul perkataan elected, democratic election dan anti-apartheid. Mana yang Zambry tak faham. Siapa yang dipilih dalam pilihanraya demokrasi di perak?

Menurut Wikipedia,

Apartheid—meaning separateness in Afrikaans (which is cognate to the English apart and -hood)—was a system of legal racial segregation enforced by the National Party government in South Africa between 1948 and 1994.

Fahamkan makna separateness dan racial segregation betul-betul. Parti siapa ada nama bangsa di dalamnya ?

Jadi, bersandarkah Zambry pada semangat Nelson Mandela ?

Sekarang anda boleh teruskan sama ada nak angguk, ludah atau gelak.

OSHIN ?

Betul, ianya karekter dalam drama TV klasik Jepun yang popular dan diminati ramai. Semangat Oshin dalam mendapatkan pengetahuan dan pelajaran disebut sebagai salah satu faktor ke 4 kebangkitan negara Jepun iaitu;
.
1. Meritocracy
2. Adopt & adapt
3. Public-Private partnership
4. Emphasize on education

Cerita Oshin adalah berdasarkan kisah benar seorang wanita biasa Jepun dizaman Meiji.

Bertanya kepada Wikipedia lagi, katanya,

In 1907, Oshin, at seven years, is sent off by her father to work as a babysitter, in order to support her family. With the physical and verbal abuse by her employer, Oshin insisted on sticking it through for the sake of her family. However, when she is accused of stealing money, she runs away and for days suffers through snow blizzards as she walks back home to be with her mother. But the blizzard is so rough on her, she nearly freezes to death. She's rescued by a man who himself is a fugitive, and stays with him until the snow melts.
.
Upon her return to her home, Oshin is once again sent back out - this time to Kaga-ya in Sayaka to work as a babysitter. She makes good friends with the daughter, who is the same age as Oshin, and stays at the Kaga-ya until she turns 16. But even after returning home once again, her father wants her to once again go back out and work as a bar maid. Realizing that the bar maid job is a cover for prostitution, Oshin runs off to Tokyo to follow her older sister Haru's dream of becoming a hair stylist.
.
While as a hairstylist, she met her husband and they were married. While they survived the Great Earthquake of 1923, their house and business was destroyed and they had to return to her in-laws house. As the marriage was not approved by her mother-in-law, Oshin suffered great hardship while living with them. She broke her arm while attempting to escape and even lost her soon-to-be-born baby because of the hard labor she had to endure working in the fields. She finally left her in-laws with her child but without her husband and attempted to rebuild her life. Subsequently, she found out she could no longer be a hair stylist because of her broken arm. She found jobs as the owner of a small bar-restaurant, pastry chef and even a peddler of fresh fish. Her business boomed and with her husband's help, Oshin established a small but bustling raw seafood shop.
.
The story continues right up to present 1983, and follows Oshin's adult life as she becomes a wife, raises children of her own, and experiences real-life events - including earthquakes and World War II.

Mengikut cerita Wikipedia lagi,

The story of Oshin is based on a biography of a Japanese woman, modeled after the mother of Kazuo Wada, a Japanese businessman. Mr. Wada created Yaohan, a Japanese supermarket chain.

Yaohan ? Ingat lagi Yaohan ? Di The Mall tu Yaohan kan?

Walaubagaimanapun Oshin lagilah tiada kena mengena dengan perjuangan menegakkan ‘kebenaran’ Zambry. Saja je nak cerita.

Sorosoro shitsurei-shimasu. Sayonara.
.

Tuesday, May 12, 2009

Salsa Yang Perihatin Tak Kisah






Baru sebentar tadi aku berkesempatan bercakap dengan isteri dan anak-anak melalui Skype.


Aku minta maaf daripada Salsa kerana lupa membawa kipas tangan plastik lipatnya. Dia tak kisah dan terus bertanya,


"Abah, ada letrik ke dekat sana ?"

Kipas Lipat Salsa

Ketika di ketinggian 44,000 kaki di atas aras laut dengan kelajuan hampir 900 km/j, tiba-tiba aku teringat kepada kipas plastik lipat Salsabila.
.
"Abah bawaklah kipas ni. Nanti kalau tak ada elektrik, abah boleh guna".
.
Semasa aku menghantar Salsa ke sekolah (Salsa bersekolah petang), sekali lagi Salsa memberitahuku,
.
"Abah ambik la kipas kakak, kalau tak ada elektrik, abah tak panas nanti. Kakak boleh guna kipas Yong".
.
Macam mana aku boleh terlupa untuk memasukkan kipas lipat tu ke dalam beg. Airbus 330-300 ini tak akan berpatah balik walaupun apajua yang aku tertinggal. Apalagi kipas plastik lipat kecil yang mungkin tiada nilai di mata orang lain.

Entah... Aku kerap jadi pelupa kebelakangan ini.

Sebelum berangkat tadi di lapangan terbang, aku sempat menalipon kawan. Tahniah! Nizar MB Perak......!

Ye ke? Perkara besar itupun aku terlupa, keputusannya hari ini.

Jumaat lepas pun aku terlupa untuk mengambil balik passport dari konsulat Jepun kerana memohon visa, sehinggalah pagi tadi baru aku mengambilnya. Sedangkan penerbanganku hari ini.

Maafkan abah Salsa sayang... Abah terlupa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...