Saturday, April 28, 2012

Untuk 'Mangkuk' Yang Belum Bersih

Seekor ular sawa telah berjaya menelan seekor anak babi. Kenyang bukan main dia. Lantas dia berlengkar di situ tidak bergerak-gerak. Sambil matanya berkelikpah-kelikpah memandang di hadapan melayan rasa mengantuk.

Tiba-tiba seekor kancil berlari tergopoh-gapah di hadapan ular sawa kenyang. Membantutkan nafsu mengantuk mahu tidur sang sawa.

"Celaka punya kancil. Tak padan dengan kecik, nak bikin havoc dalam hutan yang damai ini. Gua nak tidur pun terbantut," sumpah sang sawa.

2 minit kemudian, 2 ekor anak kerbau lalu dihadapan sang sawa sambil mengemboh tidak berhenti-henti.

"Binawe punya anak kerbau. Mak bapak dia pun sama binawe. Tak pandai jaga anak. Mengemboh tak tentu kalu dalam hutan. Mengganggu aje," meledak lagi marah sang sawa.

Baru saja sang sawa nak pejam mata, seekor kerbau pula meluru berlari kencang di hadapan sang sawa, seperti dikejar pekida je lagak sang kerbau. Terbantut lagi niat sang sawa nak tidur.

"Ini lagi satu haramjadah punya spesis, nak masuk olimpik pergi London lah. Sini tempat orang nak tido la bodoh!" Kali ini sang sawa betul-betul marah.

Hutan tenang beberapa ketika. Sang sawa mula hanyut dibuai mimpi. Tiba-tiba....

Akkk....Aaakkkk.....Akkkk....OOnngg...Ong...Onggg

Sekawan gagak terbang membuat bising di puncak pokok. Disahuti oleh sekawan katak diperdu pokok. Gagal lagi hajat sang sawa mahu melelapkan mata.

"Ini betul-betul pengganggu ketenteraman hutan... Dah lah hodoh, busuk, hitam, badan berkerutu, takde leher....Bising pulak... Diamlah woiiii gagak, katak...." Tempik sang sawa.

Sang pungguk yang dari tadi memerhati keadaan sang sawa terbang turun dari dahan dan landing berdekatan sang sawa.

"Wahai sang sawa yang selfish. Aku tahulah engkau kenyang, engkau dalam comfort zone, engkau nak tido. Tapi tahukah engkau apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini?" Sang pungguk memulakan lecture dengan pertanyaan kepada sang sawa.

"Hutan ini OK je... Takde masalah, aku nak makan boleh makan, aku nak main, boleh main, aku nak tido, ada orang kacau, itu yang aku temper ni," jawab sang sawa.

"Kau tak bergerak ke mana-mana, kau hanya melihat apa yang lalu di hadapan kau. Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam hutan ini. Kau kekenyangan nak bergerak pun tak boleh. Apa yang kau nampak hanyalah apa yang lalu di hadapan kau. Macam orang tengok TV lepas kenyang makan pizza, tak tahu apa sebenarnya berlaku kat luar rumah," panjang lebar bebel sang pungguk. Sang sawa hanya mendengar.

"Tahukah engkau bahawa si kancil yang engkau sumpah kerana berlari meluru di hadapan kau tadi sebenarnya bergegas ke sungai kerana mahu menyelamatkan sang kerbau yang sedang digigit kakinya oleh seekor buaya. Sang kerbau asalnya cuba menolong si buaya yang ditimpa pokok besar. Bila ditolong, kaki sang kerbau pulak yang kena gigit. Sebab itulah anak-anak kerbau mengemboh ke hulu-ke hilir macam anak ayam kehilangan ibu mencari bantuan untuk menolong ibunya yang sedang dikekah buaya."

"Tak adil betul dunia ni," sampuk sang sawa.

"Nasib baik si kancil berjaya memperdayakan sang buaya. Apabila sang kerbau telah bebas, melurulah dia berlari mencari anak-anak dia yang masih kecil tadi. Budak-budak tu kecik lagi, kalau tersesat dalam hutan ni, naya nanti."

"Oooo.... Macam tu ke?" Sampuk sang sawa.

"Itulah lain kali kalau kita tak tahu apa-apa isu, baik diam. Kalau kita hari-hari kenyang, dalam comfort zone, jangan nak kutuk binatang lain yang hari-hari berjuang untuk survival dalam hutan yang penuh pancaroba ini," sang pungguk mengambil peluang menyedarkan sang sawa.

"Si gagak dan katak busuk yang bising tu, apa cerita pulak?" Tanya sang sawa.

"Patutlah orang selalu kata, macam ular sawa kenyang. Kau ni betul-betul buta isu dan jahil. Empangan di hulu sana telah mulai susut airnya. Kita diancam bahaya kekeringan air. Bukan kita sahaja, anak-cucu kita pun bakal mati kehausan. Gagak dan katak tu bising kerana berusaha memanggil hujan.... Bukan untuk mereka sahaja, tapi untuk semua penghuni hutan dan generasi kita selepas ini"

"Berkesan ke panggil hujan begitu?" Skeptik sang sawa.

"Sekurang-kurangnya mereka berusaha! Itulah kemampuan mereka. Kau tu asyik tido dan makan aje. Makan babi pulak tu.... Ceh!" Si pungguk lantas terbang semula ke atas dahan. Ye lah sebelum sang sawa ngap dia pulak, baik dia blah cepat.

Sang sawa masih berlengkar kekenyangan di situ. Terpulanglah pada dia, nak guna otak atau nak guna perut.

Friday, April 27, 2012

Copy Cat

Pra-sekolah dipanggil tadika.

Pra-universiti dipanggil matrikulasi.

Kad pra-bayar tu dipanggil top-up.

Pra-perkahwinan mengalahkan hisdustan ambik gambar begitu-begini tu dipanggil apa?

Mufti mana nak respon dulu?

Thursday, April 26, 2012

Kelebihan Sabtu Sebagai Hari Sekolah Ganti

Boring duduk-bangun Sabtu lepas, aku melayan cerita kat TV... Barbie The Island Princess. Cerita tentang seorang budak yang hanyut di lautan dan terdampar di sebuah pulau lalu dibesarkan oleh kawan-kawan binatangnya. Gajah, merak dan panda merah.

Di hujung cerita, part budak tu bertemu kembali dengan ibunya yang telah lama terpisah membuatkan aku tersebak dan keluarlah sikit air jernih bila kelopak mata ditutup.

Aku memandang sekeliling. Line clear.... 

Kajol sedang sibuk memasak di dapur. Dia tak melihat keadaan aku.

Anak-anak? Oh! Mereka ada sekolah ganti hari ni. Nasib baik!

Thanks cikgu kerana memilih Sabtu ini sebagai hari sekolah ganti.

Wednesday, April 25, 2012

Dia Tak Pernah Dapat Tunggakan Gaji


Hari ini ramai orang terima gaji.
Hari ini ramai orang terima tunggakan gaji.

Seorang kawan bercerita semasa minum pagi tadi.

Semasa memandu bersama isteri di Kota Bharu, dia terlihat seorang lelaki bersama anaknya sedang mencari-cari sesuatu dalam sebuah tong sampah. Mendapat apa yang dihajati, si lelaki dan si anak terus berlalu pergi dengan sebuah motosikal usang.

Beberapa ketika kemudian, si kawan terserempak semula dengan lelaki dan anaknya. Si lelaki sedang membilang syiling di tangan lalu menyerahkan kepada si anak. Si anak membilang syiling sekali lagi dan terus ke gerai goreng pisang.

Si kawan terfikir, mungkin itulah pendapatan mereka hari itu hasil jualan barang-barang buangan orang lain. Air mata si kawan tidak terbendung lagi, begitu juga  si isteri.

Bagusnya nasib kita kerana ada gaji walaupun terpaksa menunggu.

Monday, April 23, 2012

Hidup Tak Pernah Berubah

25 tahun lalu.

Termenung di jendela asrama sambil menongkat dagu.

"Emmm.... Bilalah biasiswa nak masuk nih!"


2 jam 50 minit yang lalu.

Tersandar di kerusi sambil mata melihat siling.

"Mmm... Bilalah gaji nak masuk nih!"

Sunday, April 22, 2012

Bidaah Bola

Kejayaan MRSM dalam SPM adalah kerana pelajarnya bersedia rohani dan jasmani. Selain mutu pengajaran cikgu-cikgu yang bagus, jadual pembelajaran yang tip-top, pelajar juga diajar bahawa semua kejayaan datangnya daripada Allah.

Menjelang peperiksaan SPM 1989, setiap malam kami pelajar tingkatan 5 akan baca Yaasin di surau selepas Maghrib. Selepas baca Yaasin, kami berdoa beramai-ramai. Di hujung doa, ustaz akan berhenti sekitar seminit-dua untuk setiap pelajar berdoa sendiri apa yang dihajati sebelum ustaz menyambung semula doa sehingga habis.

Malam itu, Piala Malaysia ada perlawanan di antara Kelantan lawan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kuala Lumpur memang top tahun 1989 dengan pemain import dari Singapore K. Kannan  dan Malek Awab. Memang payahlah Kelantan nak tewaskan KL.

Jadi, malam itu semasa ustaz diam dalam doa, aku seperti biasa berdoa untuk lulus SPM dengan cemerlang, kemudian aku tambah sikit lagi doa supaya Kelantan menang malam tu lawan KL.

Pukul 10.30 malam, dapat result bola melalui radio, Kuala Lumpur 5 - Kelantan 1.....

Wednesday, April 18, 2012

Diari Seorang Kuli

Pagi-pagi boss dah panggil. Bertanyakan laporan dan nyatakan itu-ini yang perlu dimasukkan ke dalam laporan. Aku boleh saja. Pagi-pagi jangan sesekali cantas mood seorang ketua.

Pukul 12 lebih, perutku berceghut. Patutpun, belum breakfast la...

Aku turun ke kantin. Makanan tak menarik mana, ala-ala gaya permainan Perak lawan Sabah kat TV1 semalam. Hambar! (Orang cakap la.... Aku tak tahu sebab aku tengok T-Team lawan Kelantan di Stadium semalam).

Lapar punya pasal, aku tapau nasi lauk ikan goreng dan kobis sayur kicap. Janji kenyang dan boleh sambung buat kerja.

"Berapa?"

"RM4.70."

Naik opis, aku balun nasik dalam pantry sorang-sorang. 

Kalau Menu 1Malaysia, RM4 dah dapat air sekali

Wordless... Dalam Hati, Subhanallah


Seawal 7.30 pagi
di kamar ofis
aku melempar pandangan kepada matahari dari arah Laut China Selatan
sambil menuturkan...
Subhanallah

Monday, April 16, 2012

Ingat Lapang Sebelum Sempit

Tut...Tuutttt...

Telefon di atas meja berbunyi perlahan. Aku lantas mengangkat gagang sambil mata tetap terpacak pada skrin monitor. Sudah 2-3 hari sebenarnya aku mengusahakan laporan untuk dibawa oleh bos ke mesyuarat minggu depan. Berpinar mata dan sakit belakang sudah.

"Hello....."

"Assalamualaikum Cikli..... Sibuk ke?" Kedengaran suara di hujung talian.

"Waalaikumussalam.... Err....Takk...." Jawab aku sambil mata beralih ke whiteboard aktiviti di dinding.

Kalau sempat bergraffiti tu, sebok hapa!

Monday, April 9, 2012

Salsa Nak Jadi Blogger

Salsa beberapa tahun dahulu

I

From: Salsabila Nurhaya
To: Ramli H.  
Sent: Sunday, 1 April 2012, 20:49
Subject: promies

Assalammualaikum  abah,

   Bilalah abah akan buatkan akak gmail? Akak nok buat blogger abah! Sejak bulan March lagi tau. Abah, akak akan nak tulis dalam blog cerpen, cerita dan hal akak nak tulis serta pembelajaran. Abah tolong siap dengan cepat kerana  kakak tok leh tunggu lama. Abah tolong buat gmail sebelum 30 Mei 2012. Okey ye bah.



Your daughter,
  salsa


II

 From: Ramli H.
To: Salsabila Nurhaya  
Sent: Monday, 2 April 2012, 8:45
Subject: Re: promies


Assalamualaikum,
Dear Salsa tersayang,

Abah takut sebenarnya kalau kakak tak tahu membezakan apa yang patut dipublish dan apa yang tidak patut.
Setiap post yang kita buat akan ke alam siber dan semua orang boleh lihat dan baca. You have to remember that.

Jangan sesekali post benda dan gambar yang bukan-bukan. Fikir banyak kali sebelum publish sesuatu.

Emmm... Cuba kakak buat satu post dan hantar kat abah. Abah nak tengok dulu. Jika ok... There you go...


III

From: Salsabila Nurhaya
To: Ramli H.  
Sent: Sunday, 6 April 2012, 17:54
Subject: Duit dalam pinggan nasi?


DUIT DALAM PINGGAN NASI?


CERITA BERLAKU PADA BULAN LEPAS. SAYA MEMEGANG SEPINGGAN NASI LEMAK DENGAN RAKAN SEBELAHKU, NAWAL MEMINTA LAUK IKAN BILIS YANG BERBUNYI ''NASI LEMAK IKAN BILIS, MAK CIK.'' MAK CIK ITU MENGAMBIL PINGGAN YANG KU PEGANG. MAK CIK MELETAKKAN IKAN BILIS DAN SAMBAL DALAM PINGGAN TERSEBUT. SAYA PUN MEMBAYAR MAKANAN TERSEBUT DENGAN NOT RM1.00 KEPADA MAK CIK. MAK CIK MENGAMBIL DUIT BAKI DALAM MANGKUK KEPADAKU. MAK CIK ITU TIDAK SENGAJA MELETAKKAN DUIT BAKI KU DALAM PINGGAN NAWAL. KEMUDIAN, BARU MAK CIK PERASAN KEJADIAN ITU DAN MEMANGGIL RAKANNYA UNTUK MELIHAT KEJADIAN ITU. LALU MAK CIK MENGAMBIL DUIT ITU DAN SERAHKAN KEPADAKU. SAYA PUN PERGI KE BANGKU UNTUK MAKAN. SELESAI MAKAN  SAYA PERGI KE BANGKU YANG NAWAL DUDUKUNTUK BERSEMBANG.

''NAWAL LUCUKAN TADI MAK CIK LETAK DUIT BAKI SAYA DALA PINGGAN AWAK,'' KATA SAYA.

''MAK CIK LEKA SANGGAT,'' JAWAB NAWAL.

''MUNGKIN MAK CIK TIDAK PERASAN KOT,'' SAYA BALAS.

''TAK PATUT BETUL MAK CIK,'' NAWAL KATA.

''NAWAL, SAYA MASUK KELAS DULU YE,'' KATA SAYA. 

''BYE,'' KATA NAWAL KEPADA SAYA.

''BYE,'' JAWAB SAYA.


IV

Macammana kawan-kawan? Boleh lulus atau tidak?

Thursday, April 5, 2012

Monday, April 2, 2012

PTPTN

Ramai orang letak sticker universiti di kereta. Akupun ada.

Ada seorang dengan bangganya menampal sticker IDONTGOTO UNIVERSITY di cermin belakang keretanya.

Sekali pandang dan baca, bunyinya macam universiti di New Zealand je.

Baguslah, dia tak perlu bayar PTPTN dan bunya-bunganya.

Sunday, April 1, 2012

Minta Nasihat


 Suatu hari pada November 1992.

"Wahai biri-biri, apa nasihatmu pada aku di hari mendatang?"

"Jadilah seorang blogger."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...