Saturday, March 14, 2009

Trick Nak Tambah Bini


Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain


Isteriku,

jika engkau bumi,

akulah matahari.


Aku akan menyinari mu

kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..


Ingatlah bahtera yg kita kayuh,

begitu penuh riak gelombang.


Aku pasti akan tetap menyinari bumi,

hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.


Lantas aku ingat satu hal bahawa

Tuhan mencipta bukan hanya bumi,

malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.


Lalu……

Relakanlah aku menyinari planet lain,

menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…



Balasan Puisi Suami daripada Isteri


Suamiku,

andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu

kepada segala planet yang

telah TUHAN ciptakan

kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu

dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…


AKAN TETAPIIIIIIII. .


Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,

di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu…

MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!


please lah….!!!


***Sumber Email dari Jobex


No komen...

Thursday, March 12, 2009

Akikah, Cikgu Lah dan PPSMI

Alhamdulillah.


Semasa balik kampong baru-baru ini sempat saya menyempurnakan akikah untuk anak teruna bongsu saya. Walaupun si hensem boy berada nun jauh di Sabah.

Majlis selawat sedang elok pula dengan maulid Nabi SAW pada 12 Rabiul awal. Elok sangat tu.

Salah seorang tetamu yang datang adalah cikgu lama saya iaitu Cikgu Lah.

Cikgu Lah mengajar saya pada tahun 1979. Masa itu saya di Kelas 1 Merah, Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil. Dia mengajar Bahasa Inggeris. Orangnya memang bekeng.

Suatu hari semasa sedang asyik mendengar cikgu mengajar, pintu kelas diketuk.

“Cikgu....... Nak panggil budak nama Cikli, Cikgu Lah suruh panggil.....” 2 orang pelajar darjah 4 meminta kebenaran cikgu yang sedang mengajar dan membawa saya ke kelas budak darjah 4. Di situ Cikgu Lah sedang duduk di meja guru dengan bengkengnya.

Cikgu Lah terus bertubi-tubi menyoal saya beberapa vocabulary mudah. Saya jawab dalam keadaan tertanya-tanya. Murid kelas itu hanya jadi penonton.

“Sikat apa dalam Inggeris,” soalan terakhir Cikgu Lah.

“Comb,” saya jawab dengan naïf.

“Budak kelas ni tak tahu....Awak rasa mereka ni bodoh ke pandai ?” Mata Cikgu Lah seakan tak sabar menanti jawapan.

Saya serba-salah. Walaupun saya budak darjah satu yang comot, tetapi saya faham Cikgu Lah mahukan jawapan ‘bodoh’ daripada saya. Nak tak nak, saya jawab juga.

“Bodoh”

Bila dah besar barulah saya faham psikologi dan strategi pedagogi yang dimainkan oleh Cikgu Lah walaupun saya masih tak bersetuju langsung dengan cara itu. Masih lagi saya teringat dalam perjalanan pulang dari sekolah pada hari itu, saya mendengar ada 2 orang budak sedang bercakap sambil menunjuk ke arah saya,

“Ni lah budak yang kata kita bodoh tadi !”

Saya bersekolah kampung. Walaupun ada kemajuan sekarang, tetapi tahap Bahasa Inggeris anak-anak sekolah rendah sekarang kurang lebih macam itu juga saya rasa. Masih struggling anak-anak nak menghafal vocabulary mudah. Jadi macam mana sekarang ini mereka hendak mendarab-bahagi dan mengenal tumbuh-tumbuhan dan species katak dengan bahasa yang saya terpaksa (dipaksa) katakan mereka ‘bodoh’ ini ?

Talhah diapit oleh si biri dan si kambing.

Umno Penganut Fahaman Politik Abdul Wahib ?


Allahyarham P. Ramlee terus dikagumi kerana filem-filem beliau yang mendahului zaman.

Kerajaan bersidang bawah pokok, Menteri Pasola, musang berjanggut, Datuk Nikah Kawin, alif-mim-nun-wau sarkis dan macam-macam lagi.

Semasa sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu proposal malam Selasa lalu, saya beberapa kali diganggu oleh cerita Tiga Abdul yang sedang ditayangkan di TV. Semacam sengaja pula filem itu ditayangkan oleh pihak stesen TV dalam situasi politik masa kini.

Ada 2 perkara yang menarik minat saya pada malam itu, kedua-duanya daripada Abdul Wahib.


1. Demokrasi Terpimpin


Terjadi dialog antara Abdul Wahab dan Abdul Wahib mengenai pembahagian harta pusaka walaupun ayahanda mereka belum meninggal dunia, tengah sakit tenat. Lebih kurang begini,


Abdul Wahib : Mari kita bahagikan harta pusaka ayahanda secara demokrasi.
Abdul Wahab : Bagaimana?
Abdul Wahib : Begini, kekanda abang yang tua. Kekanda akan mati dulu. Jadi berikan semua harta kepada adinda, kekanda jangan ambil satu sen pun. Itulah demokrasi.
Abdul Wahab : Demokrasi apa?
Abdul Wahib : Demokrasi terpimpin.



2. Derhaka


Sejurus sahaja ayahanda mereka menghembuskan nafas yang terakhir, Abdul Wahib berkata,


"Tengok, hanya nama kekanda berdua (Abdul Wahab dan Abdul Wahib) sahaja yang disebut ayahanda, itu tandanya adinda anak yang durhaka!"


Saya ingat inilah fahaman yang sedang dianut oleh sesetengah orang dan kebanyakan penjilat media sekarang. Patutlah kita semakin hari semakin lemas.

Monday, March 9, 2009

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Pukul 4.15 am, bas expres Mahligai sampai di Pekan Guchil. Perjalananku yang bermula dari Putrajaya pada pukul 9.00 malam tadi tamat di sini. Aku turun. Bas meneruskan perjalan ke Kota Bharu.


Aku berjalan ke rumah bondaku yang tidak jauh mana dari jalan besar. Jalan di dalam Guchil terang benderang disirami lampu. 4.30 pagi sampai di tangga rumah.


"Assalamualaikum!"


Tiada jawapan. 4.30 pagi semestinya masa melayan mimpi dan dengkur.


Tok! Tok!


Aku mengetuk pintu dua kali. Sesaat, dua saat, lapan saat, 30 saat. Tiada jawapan.


Aku keluarkan handphone. Yes! Ada line 3G.


Aku buka beg galasku. Keluarkan komputer. On. Cucuk Celcom Mobile Connect. Dengan senang aku dapat line internet. Hidup Guchil. Maju! Maju!


Dalam kegelapan itu, aku buka Internet Explorer. Buka You Tube. Search.........Negaraku.


Volume maximum.


Play.....


Negaraku

Tanah tumpahnya darahku....

Rakyat hidup..........krek kriok........


Tingkap dibuka.


"Eh! Abe Li balik.....lama dah?"


So, para pemimpin. Jangan persoalkan kesetiaan rakyat biasa macam kami. Tengah syok mengigau pun, dengar lagu Negaraku terus bangun..... Tanyalah diri anda sendiri, cintakah aku pada Negara?

.

Saturday, March 7, 2009

Takde Apa-Apa



Sumber : Kulit belakang majalah apa tajuk tak ingat, dijumpai di atas tikar rumah Mak.
.

Tuesday, March 3, 2009

Buli Dalam Bahasa Inggeris



Seram dan geram menengok budak-budak membuli sekarang. Teruk sungguh. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak cukup dengan belasah, pukul, terajang. Diambil gambar bogel lagi. Bengong betul.

Buli berlaku di setiap peringkat. Dalam negara demokrasi kita, yang majoriti membuli siang dan malam dengan menyalahgunakan setiap kuasa dan jabatan dan jentera dan kederat dan duit dan media yang ada.

Yang kaya membuli yang pokai dengan mengenakan bunga dan riba pada setiap ‘pertolongan’ yang dihulurkan.

Yang berpangkat membuli yang kemacai dengan memveto sana-sini.

Yang rasuah membuli yang jujur.

Yang jahil dan goblok membuli yang ingin mengamalkan agama.

Yang terpaksa dihormati dan disanjungi membuli yang terpaksa menghormati dan menyanjungi.

Yang jahil nombor dan persamaan terasa amat dibuli dengan PPSMI.

Yang kedana dibuli dengan harga beras yang melambung dan stok Beras Nasional yang Chipsmore.

Walaubagaimanapun, isunya sekarang ialah anak-anak sekolah kita yang suka membuli. Terlampau cara bulinya. Anak siapakah yang bengong ini. Adakah ibu bapanya memang bengong sebab itulah anaknya bengong? Sesetengahnya pijak semut pun tak mati di depan ibu bapa mereka, tetapi menjadi kepala pengat bila di belakang.

Buli kadang-kadang menjadi tradisi di sesetengah sekolah dan institusi, cuma tidak dihebohkan. Ianya seakan-akan diiktiraf pula. Menjadi kebanggaan bagi golongan senior untuk membuli puak junior.

Pihak berwajib yang diketuai oleh sepupu Najib amat perlu mengambil langkah dan tindakan yang boleh melenyapkan perbuatan buli di sekolah dan oleh anak-anak sekolah ini.

Cadangan saya, wajibkan buli dibuat dalam Bahasa Inggeris.
Yang membuli dan dibuli mestilah hanya berbahasa Inggeris.

Jika buli dalam bahasa ibunda masing-masing, tindakan tegas dalam Bahasa Inggeris akan dikenakan.

Jika tak pandai nak membuli dalam Bahasa Inggeris, maka jadilah pelajar yang baik dan bertimbang rasa.
.

Coba Baca Brader


Kalau tak nampak, kliklah untuk besarkan.

Sumber: Email.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...