Monday, September 29, 2008

Eid Mubarak


Ops Sikap


Seorang penunggang motosikal tergolek di atas jalan raya bersama isteri yang dibonceng. Pacuan 4 roda yang terlibat dalam eksiden itu terus meluru ke hadapan. Tanpa berhenti.

Isteri penunggang motosikal itu terjerit-jerit meminta tolong kerana suaminya tak dapat bangun. Motosikal berada di atasnya!
Beberapa buah kereta yang lalu hanya sekadar melihat manusia ditimpa motosikal dan terus jalan, sehinggalah mungkin kereta yang ke 4 atau ke 5 lalu barulah berhenti dan memberikan pertolongan kepada pasangan malang tersebut.

Sekejap kemudian, pacuan 4 roda yang terlibat dalam eksiden tadi datang semula. Mereka beramai-ramai mengangkat penunggang motosikal tersebut yang nampaknya tidak boleh bangun ke dalam pacuan 4-roda dan sudah semestinya ke hospital.


Lokasi : Jalan Menuju Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Waktu : 26 Ramadhan 1429H. Pukul +- 2 pm.

Sumber : Isteri saya yang melihat dari dalam pagar Masjid Negeri Sabah.

hipotesis : Semua orang sibuk dan rushing nak beli baju dan kuih raya di Wisma MUIS.

Komen : Sedih & kecewa.

.

Friday, September 26, 2008

Cerita Dari Emak: Dia Dah Balik!


Sedang elok Mak Tom siap menggoreng ikan kembong seekor, seorang tetamu dari jauh datang. Terus mak Tom memujuk adik, anaknya yang sedang lapar dan menunggu di depan nasik dingin kosong.


“Dik, ikan ni kita angkat bagi ke tetamu ye”


“Tak nak, adik nak ikan…” adik memuncung.


Mak Tom resah. Ikan hanya ada sekor, telor tak ada (kalau telur ada boleh juga makan nasik anjing! – nasi telur rebus). Takkan nak jamu tetamu dengan nasik kosong… tetamu jauh tu.


“Dik…nanti dia makan sebelah je. Bila dia habis makan. Sebelah lagi adik boleh makan. Adik sayang mak kan….” Mak Tom masih memujuk anak kecilnya.


Adik mengangguk lemah.


Dari dapur adik perhatikan ikan kembong yang dinanti sedari tadi dihidangkan untuk tetamu jauh mereka. Mata adik tak berhenti perhatikan si tetamu makan bersama ayahnya. Ayahnya adik lihat asyik menambah sayur kangkung tanpa menyentuhpun lauk ikan kembong. Hanya si tetamu yang ralik menjamah ikan kembong. Berselera sekali dia. Nasik dingin panas semula, ikan kembong seekor dan sayur kangkong belakang rumah. Pasti dia lapar betul, maklumlah tengah matahari panas ceng-ceng baru sampai dari jauh.


Ayahnya sudah membasuh tangan. Si tetamu menambah nasik dan tiba-tiba membalikkan ikan kembung goreng setelah isi di sebelah atas habis. Adik terus bersuara deras dari dapur.


“Makkkkk….dia dah balik!”


Si adik menangis.


Si emak sebak terkedu.


Si ayah faham.


Si tetamu kehairanan. Dalam hati, siapa pulak nak balik ni? Kan tadi tuan rumah ajak aku tidur sini malam ni?


.

Friday, September 19, 2008

Check Semula Fakta Sejarah


Dalam Harakah keluaran 5-7 Ramadhan (Bil. 1372), Abang Mat Sabu ada menyatakan tentang keperluan penulisan semula sejarah kemerdekaan. Saya setuju, tapi lebih kepada semak semula fakta saja, bukan tulis semula.

Tapi yang lebih besar bagi saya adalah penyelewengan sejarah Kalifah ar-Rasyidin ke 3 Sayyidina Uthman ibnu Affan R.A. Ini perlu diperbetulkan melebihi daripada keperluan untuk membetulkan sejarah Ahmad Boestaman, Abu Bakar al-Bakir, Mat Kilau dan Burhanuddin al-Helmy.

Dalam buku Kursus Komprehensif Fajar Bakti bertajuk TAMADUN DUNIA, Edisi ke 2, cetakan ke 3 tahun 2003. ISBN 967 65 5512 6, karangan Sivachendralingam Sundara Raja dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Ayudurai Letchumanan dari Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor.

Dalam Bab 2, Pemerintahan dan Pentadbiran. Sub-topik 2.6 Bentuk Pemerintahan- Pemerintahan Khalifah & Beraja Arab. Muka surat 199. Bunyinya begini,


"Pemerintahan berlandaskan prinsip Islam yang diasaskan oleh Nabi diikuti oleh pengganti-pengganti Baginda. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, pemerintahan berasaskan kepada undang-undang syariah. Khalifah memainkan peranan sebagai pemerintah dan penaung agama Islam. Kecuali Khalifah Uthman bin Affan, khalifah-khalifah lain menjalankan pemerintahan berasaskan prinsip-prinsip Islam. Khalifah Uthman bin Affan menjalankan pentadbiran yang tidak adil. Semasa pemerintahan belaiu, amalan nepotisme meluas. Penduduk-penduduk Arab dibenarkan menduduki jajahan-jajahan takluk dan membolot kekayaan dari kawasan-kawasan takluk. Keadaan sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dan tercetus pemberontakan"


Berat macam manapun tuduhan ini, tak dapat menarik balik syurga yang telah pun dijanjikan kepada kononnya pengamal nepotisme ini!

Buku ini disifatkan sebagai buku yang paling berwibawa mengenai subjek tamadun dunia yang pernah diterbitkan dalam Bahasa Malaysia oleh Prof. Khoo Kay Kim dan menjadi bacaan penting untuk pelajar tingkatan enam.


Siapa boleh tolong betulkan? Angkat tangan.

.

Wednesday, September 17, 2008

Quran dan Pengorbanan


.


Once, ada saya mendengar ceramah Tok Guru Nik Aziz di Balai Islam, Lundang. Tetapi melalui CD je.


Begini Tok Guru kata lebih kurang...


Pernah terfikir ke kita kenapa al-Quran tu diturunkan dalam bulan Ramadhan?


Dalam bulan yang kita begitu sekali kena jaga hawa nafsu. Kena bejuruh. Tak makan, tak minum, tak berhubung jenis dengan isteri yang halal begitu sekali di siang hari? Pendek kata kena berkorban banyak apa yang kita berehi buat pada masa-masa lain demi menjaga puasa.


Jadi, Al-Quran ni diturunkan sebagai panduan. Untuk dijadikan cara hidup. Kena implement nah. Bukan untuk tanding jah.


Oleh itu nak implement Quran menuntut pengorbanan yang sama. Kena korban hawa nafsu baik pitih mas baik masa baik anak bini baik pangkat baik kena bejuruh baik.... Kena tinggal benda tak molek yang biasa kita buat selama nih.


Itulah lebih kurang yang saya dapat daripada apa yang Tok Guru royat.


Cukup cantik kupasan Tok Guru, selalu memberikan sesuatu yang bernas dan berguna untuk kita sama-sama renungkan dan amalkan. Rupanya ada menteri besar macam ni ye. Bertuah badan.


Takbir!!!


.

Monday, September 15, 2008

Nama & Harapan

.


Aku kehilangan bayi sulungku pada 4 Jun 2000. Bayi lelaki berumur 7 bulan dalam kandungan itu disahkan meninggal padaku oleh jururawat bertugas, di muka pintu dewan bersalin Hospital Kuala Krai dengan suara kasarnya.

“Nah ambil balik lampin ni, nak yang ini je, baby dah mati!”

Jururawat itu hanya mengambil kain sarung dan tuala untuk isteriku dan memulangkan kain lampin bayi yang aku berikan padanya.

Apa perasaan aku? Itu cerita lain, hari ini aku mahu ceritakan tentang nama. Ya, orang bertanya apa ada pada nama? Aku katakan ada HARAPAN pada NAMA.

Besoknya aku ke JPN, Mungkin aku seorang sahaja yang mendaftar kematian bayi pada hari itu. Bapa-bapa lain nampak ceria dan girang mendaftarkan kelahiran bayi masing-masing. Aku terdengar seorang bapa berjanggut lewat 40-an dengan bangga memberitahu orang di sebelahnya.

“Anak kawe nama Khulafa ar-Rasyidin”.

Wah hebat betul dia. Orang lain namakan anak dengan nama Abu Bakar atau Umar atau Uthman atau Ali sahaja, atau tambah Muhammad di hadapan. Tapi si brother janggut ini rangkum semua sekali. Tamakkah dia? Ekstrem kah dia?

Sebenarnya tidak. Khulafa ar-Rasyidin membayangkan harapan beliau pada anaknya yang baru lahir. Harapan yang amat hebat dan besar dan berat.

Nama Abdul Rahman dan Abdul Rahim menjadi pilihan ramai ibubapa. Aku yakin ini adalah kerana mereka mengharapkan anak mereka betul-betul menjadi hamba Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Apalagi Abdul Rahman dan Abdul Rahim adalah sebaik-baik nama. Sudah tentu manusia bernama Abdul Rahman dan Abdul Rahim tidak sesuai langsung menjadi peminum arak, penjudi atau penzina.

Rata-rata orang Melayu menamakan anak mereka dengan pangkal nama Muhammad. Harapan mereka jelas supaya anak-anak mereka mewarisi sifat-sifat terpuji junjungan besar yang mulia yang kita amat kasihi ini. Betapa punahnya harapan dan malunya jika anak kita yang kita namakan Muhammad menjadi pendokong maksiat dan penegak kebatilan.
Saya percaya bapa-bapa yang menamakan anak mereka Yusuf bukan kerana mengharapkan anak-anak mereka mewarisi kehenseman dan kegantengan Nabi Yusuf, tetapi mengharapkan anak-anak mereka menjadi sabar, adil, bijaksana dan pandai mentadbir harta negara sepertinya. Minta dijauhi jika ada Yusuf di kalangan kita yang zalim dan membolot harta yang bukan miliknya. Pasti itu bukan harapan bapanya.

Bapa-bapa yang memilih nama Musa untuk anak-anak mereka sudah tentu mengharapkan anak-anak mereka menjadi hebat dan berani seperti Nabi Musa yang berani mengatakan kebenaran di hadapan Firaun yang mengaku tuhan. Jika anak-anak mereka membesar dan menjadi pengecut dan pemakan rasuah, sudah tentu berkecai dan tenggelam ghaib harapan mereka.

Ibrahim juga menjadi pilihan ibubapa dengan harapan anak-anak mereka menjadi hamba Allah yang berjasa seperti nabi pembina kaabah ini. Tetapi bayangkan betapa hancurnya harapan mereka jika Ibrahim yang diharap, membesar dan menjadi pejuang assobiyah atau pemutar belit kebenaran.

Tak kurang juga ibubapa yang menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama ulamak besar. Anak bernama Shafei sudah tentu diharapkan supaya menjadi seorang yang alim, berani menegakkan hukum dan bakal dicari-cari oleh orang yang dahagakan kebenaran. Bukannya menjadi seorang yang bersifat lembu kenyang dan tidak bertanggungjawab dalam hal yang diamanahkan kepadanya.

Si kecil bernama Sayuti sudah tentu diharapkan membesar menjadi seorang warak yang sentiasa mengeratkan silaturrahim dan menyatakan kebenaran. Minta dijauhkan ibubapa untuk melihat anak mereka yang bernamakan Imam Sayuti peka dengan kesalahan orang lain.

Tidak kurang ibubapa yang menamakan anak-anak sempena nama ulamak di rantau ini seperti Burhanuddin Helmi dan Hamka. Walaupun Hamka itu sebenarnya adalah nama singkatan kepada ulamak besar Indonesia Haji Abdul Karim Malik Amrullah. Ini semua adalah siratan harapan mereka yang mereka suratkan melalui nama yang menjadi doa yang akan dipanggil orang setiap hari.

Beruntunglah Pak Ayub, ayah kepada Salahuddin kerana anak beliau nampaknya benar-benar mahu menjadi seperti Salahuddin al-Ayubi.

Beruntung juga Pak Nik yang mana anak beliau Muhammad Abduh menjadi salah seorang pemimpin gerakan Islam masa kini.

Amat beruntung sekali Pak Lah kerana anaknya Muhammad Bin Abdullah sanggup menjadi pendokong utama gerakan Islam di bumi Sabah yang masih malu-malu dengan gerakan ini.

Bertuah juga arwah Mat Obat yang mahukan anak beliau mencontohi pejuang Islam tersohor Prof. Dr. Zulkifli Muhammad kerana anak beliau kini Dr Zulkifli Muhammad cergas menegakkan Islam dan menjadi kebanggaan terutama bagi penduduk di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai.

Aku juga seperti bapa-bapa dan ibu-ibu di atas. Berbekalkan harapan, anakku ku namakan Talhah walaupun dia tidak akan dapat hidup di dunia ini bersamaku dan mamanya. Yang aku pasti harapanku supaya dia menjadi penghuni syurga terkabul seperti juga sahabat Nabi S.A.W., Talhah bin Ubaidillah yang telahpun dijanjikan syurga walaupun semasa hayat beliau masih ada.

Al-Fatihah untuk semua.
.

Tips Ramadhan 2

.

A 9-month old SMS in my mailbox from my beloved niece (Good luck to you in UTM).

Feeling alone?
Innallaha ma'ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa'iza 'azamta fa tawakkal 'alallah


Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah

.

Thursday, September 11, 2008

Kelantan Umpama Ramadhan


.


Bismillahirrahmanirrahim.


Jika negeri-negeri itu bulan, Kelantan adalah bulan Ramadhan.


Tiba sahaja bulan penuh barakah Ramadhan, berpusu-pusu orang mengerjakan kebaikan. Yang wajib of course, yang sunat semacam murtabak, habis dipulun sama.


Yang taik judi cuba berhenti, yang merokok berazam menjauhi tembakau, yang tak hormat orang tua dah mula membahasakan diri ambo apabila berjumpa orang berjanggut walaupun sejemput, anak-anak sampai kepada datuk-datuk, besar-kecil, kaya-miskin, glamour-tak dikenali langsung semua merebut mengerjakan kebajikan. Yang tak pernah endah azan pun paling rajin menghabiskan tarawih. Alhamdulillah, itulah kelebihan dan keberkatan Ramadhan.


Yang ada rezeki lebih mengambil peluang ke Mekah mengerjakan umrah atau ke Taiwan untuk meneruskan jihad dalam bidang pertanian yang semestinya akan menaikkan taraf ekonomi orang Melayu Islam yang ramai menceburi bidang ini.


Anak-anak yatim pun turut diraikan pada bulan ini, bukan hanya dengan wang ringgit dan baju raya, juga dengan alunan lagu penghibur-penghibur cendawan masakini.


Selepas Ramadhan, ada orang yang alhamdulillah terus istiqamah melakukan kebaikan yang sama. Ada juga yang memerlukan Ramadhan yang akan datang untuk mencuba lagi. Tidak ada Ramadhan Julai macam kertas BM SPM.


Begitulah negeri Kelantan, Bila Tok Guru berada di kerusi teratas, setiap jiwa yang masuk ke Kelantan semacam berniat di miqat apabila sampai sahaja di sempadan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini.


Semacam semuanya mengharapkan yang baik-baik sepanjang berada di negeri ini. Mereka turut sama memakmurkan masjid dan surau apabila masuk waktu, berpakaian sopan, bertudung, bercakap pasal akhirat dan macam-macam kebaikan lagi.


PM Pak Lah sendiri menyantuni Tok Guru dengan memimpin tangannya turun pentas apabila berada di Kelantan semasa pelancaran ECER. Hishamuddin turut sama memimpin tangan Tok Guru di majlis yang lain setelah berucap dengan cukup lunak untuk turut sama memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebelumnya.


TPM, Datuk Seri Najib pun bercakap pasal pembinaan masjid dan Pusat Ketamadunan Islam apabila berada di Kelantan, iaitu semasa merasmikan majlis pecah tanah untuk membina masjid baru anNur Guchil di atas tapak Masjid Guchil sedia ada yang selama ini menjadi mercu tanda Guchil dan tersergam gagah di atas puncak tertinggi di Guchil yang pernah dirasmikan oleh ayahandanya Tun Razak pada 1968.


Pegawai BPR pun turut sama berjemaah Asar dalam pejabat Tok Guru apabila masuk waktu sembahyang walaupun sessi penyiasatan ke atas Tok Guru sedang dijalankan. Tok Guru disiasat kerana tidak memberitahu kepada BPR bahawa beliau telah menolak rasuah sejuta daripada tauke balak belasan tahun lepas.


Selepas balik dari Kelantan, semacam Ramadhan juga, ada yang istiqamah dengan apa yang dilakukan di Kelantan dan ada yang tidak.


Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dilihat pertama kali bertudung apabila bermatian berkempen di Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan, semasa Pilihanraya Kecil di situ hujung tahun 2005. Alhamdulillah beliau istiqamah bertudung sampai menjadi Timbalan Menteri sekarang.

Anak muda tersohor Khairi Jamaluddin juga berpakaian lebai dan turut melakukan banyak kebajikan termasuk mengimarahkan surau semasa kempen Pilihanraya Kecil yang sama di Kelantan itu. Selepas itu beliau tidak lagi dilihat berpakaian lebai walaubagaimanapun beliau masih menutup aurat.


Itulah hebatnya Kelantan negeri tadahan wahyu. Walaupun tidak dipaksa, tetapi orang yang mendatanginya semacam memestikan diri membuat yang baik-baik sahaja apabila bermusafir ke negeri yang menurut Tok Guru sendiri,


....ramai ulamak berjalan di atas muka buminya dan ramai ulamak juga di dalam perut buminya...


Betapa ruginya orang yang lahir dan menetap di Kelantan tetapi jengkel untuk melakukan kebaikan malah berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan Tok Guru siang, malam atau lima tahun sekali! Kamu bagaikan berada dalam Ramadhan sepanjang tahun bah......


Tepuk dada, tanya iman.


Welcome to Kelantan Darul Mubarak. Peace.


.

Tuesday, September 9, 2008

It's 999999



.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni hari puasa ke 9, Ulangtahun perkahwinan saya yang ke 9, setelah berkahwin pada 9 haribulan 9 tahun 99.

Terima kasih isteriku kerana bersabar denganku selama 9 tahun ini.

Terima kasih juga kepada anak-anak.

Abah sayang semua.

Now I understand and appreciate the term ' cloud 9'.


.

Gapo Pulokkkk?


Puasa siapa batal?

Sembahyang tak sah? Haji?

Sumpah Saiful?

Ooooo...... Tan Sri Joseph Kurup bah.....Sabah lagi!

.

Monday, September 8, 2008

Lu Miskin, Kenapa Posa?


.


Adik terhegeh-hegeh menolak wheel barrow yang penuh berisi buah sawit ke tempat pengumpulan. Itulah kerja adik sementara menunggu result SPM 1991.


"Lu posa ka?" Tanya seorang penyelia apek.


"Posa"


"Waa... talak letih ke...itu olang pun Melayu, tapi talak posa pun", kata apek lagi sambil menunjuk ke arah orang yang dimaksudkan.


"Kenapa lu posa ma?" Tanya apek lagi.


"Bila lapar, kita ingat sama orang miskin yang takde makanan", adik jawab sama seperti apa yang ustaz, ustazah dan lebai-lebai cakap.


"Olang miskin tak payah posa la? hari-hari lapar" Apek menimbulkan persoalan yang adik tak kuasa nak menjawabnya. Lagipun kerja kutip sawit dibulan puasa dengan matahari khatulistiwa di atas kepala benar-benar merujakan dan mencerokkan perut.


Terima kasih banyak-banyak kepada apek kerana mengajar adik erti kehambaan yang sebenarnya. Kerana Allah lah kita berpuasa, kerana kita hamba Nya, dan Dia Tuan kita. Tuan suruh, kita kena buatlah. Tak buat kena marah, jika Tuan marah, mana hamba nak mengadu?

Ingat orang miskin, bagi rest enjin perut, mencerdaskan akal, melatih kesabaran etc etc itu semua adalah hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.


Kadang-kadang hikmah ini untuk orang yang terlalu berakal yang hendakkan reasons dan benefits untuk setiap tindakan hatta dalam persoalan pengabdian kepada Tuhan.


Kalau adik jumpa penyelia apek tu lagi, balik dari oversea ni adik nak belanja makan.


.

Tips Ramadhan

.

SMS lama dalam mailbox dari kawan juga guru yang dikasihi.

"Sentiasalah

. SETTING Niat

. UPGRADE Iman

. DOWNLOAD Sabar

. UPDATE Doa

. DELETE Dosa

. TOP UP Ilmu

. REDEEM Pahala Banyak-banyak"


Thanks guru, untuk ilmu dan selalu belanja makan. Minta halal.
.

Friday, September 5, 2008

Sedekah Jariah

.

SMS daripada teman, Mufa di Gerik.


ASRAMA ANAK YATIM UMMU SALAMAH SDN. BHD. Grik, Perak.

Maybank Akaun: 5580 7911 4983

Dalam proses membina surau dan 2 unit rumah kedai untuk menjana ekonomi. Bantuan simen, bata, besi amat diperlukan.

Terima kasih kepada yang menderma/wakaf. Semoga Allah memberkati.


***

Thursday, September 4, 2008

Buffet Agama




Tersebut dalam The Borneo Post, Rabu 27 Ogos, 2008.

Seorang Islamic scholar , Imam Feisal Abdul Rauf semasa di Sarawak Islamic Information Center selepas berceramah " Contemporary Islam: Struggles of an ordinary Muslim", berkata, (elok baca dulu berita The Borneo Post di atas)

.......“That’s why I urge the authorities to create a way where people can taste or experiment with Islam to find out whether it is suitable for them,” he said.

Sebelum itu beliau berkata......

I believe it’s like a buffet where you see different things and you just want to taste a little first and see what you want. So, you have to create an option for people to ‘taste’ Islam before they ‘buy’ it,”

Cerdik dan bergeliga betul otak orang kita sekarang.

Saya tak pasti jika beliau ditakdirkan hidup di zaman Nabi S.A.W. sama ada beliau akan dilantik sebagai penasihat Baginda ataupun awal-awal lagi sudah ditempeleng oleh Umar dan Ali.

.

Wednesday, September 3, 2008

Siapa Kata I.S.A. Zalim?





Semasa di bilik hotel di Tawau pada malam 26/08/08, saya menonton TV1 untuk mengetahui perkembangan di bumi Permatang Pauh. Terlihatlah pula saya program Diari Pasung di RTM1. Menceritakan tentang tahanan I.S.A.

Dinyatakan tahanan I.S.A. tidak pernah dizalimi, warden-warden semua baik. Ini di akui seorang tahanan yang bahagian matanya dikaburkan. Kalau tunjuk clear pun, sah saya tak kenal tahanan ini.

Dinyatakan juga mereka makan cukup, diet mereka seimbang dan lazat berzat. Ada 6 menu dalam sehari.

Jadi saya bayangkan begini.

Pagi:
Nasi lemak, karipap, teh atau nescafe

10.00 am:
Tepung pelita, kopi

12.00 tgh:
Nasi beriani, kurma daging, ayam masak merah, tauge, sirap

3.00 pm:
Akok, teh tarik

6.00 pm:
Nasi putih, gulai tempoyak, ikan masin, kopi-o atau teh-o

10.00 pm:
Roti planta, milo

Saya bayangkan pula menu di rumah untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan oleh tahanan I.S.A. (bukan semua ye). Of course tak termasuk keluarga YB Dato' Brehim Ali yang diinterbiu dalam rancangan tu kerana dia ada harta.


Pagi:
Nasi goreng kosong, teh-o

10.00 am:
Tiada

12.00 tgh:
Nasi putih, telor, kangkung tanam sendiri, air masak

3.00 pm:
Jambu butir banyak belakang rumah

6.00 pm:
Nasi putih, ikan kering goreng, air masak

10.0 pm:
Tiada

Perlukah aku bercakap dan berdiskas dengan rumput yang bergoyang? Atau cukup dengan YB Dato' Brehim yang bersyukur kerana ditahan I.S.A. yang menjadikan jatidirinya meningkat selepas keluar dari kem itu yang menjadi inspirasinya.



Tuesday, September 2, 2008

Belanjawan Perihatin




Alhamdulillah.


Purnama-purnama kebelakangan ini, penduduk-penduduk di Borneo semacam penting dalam semua decision yang dibuat di Semenanjung. Yang untung termasuklah orang dari Semenanjung yang berbakti kat Borneo. Sekali setahun boleh balik tambang free yop. Depa yang kerja kat Semenanjung pun belum tentu 2 tahun sekali balik kampung jumpa mak bapak. Apalagi bila harga minyak turun tak banyak sekarang.


Cadangan saya belanjawan special untuk rakyat Sabah, kalau ada lagi ruang dan duit lebih tu elok diberikan elaun atau rebate atau subsidi atau insentif atau royalti atau sumbangan atau baucer atau one-off atau grant atau bail-out atau sponsor atau panggillah apapun untuk orang di Sabah beli durian. Kalau boleh claim di Pejabat Pos, bolehlah bawa bijik durian dalam guni sebagai bukti pembelian.


Durian sini mahal yop. Tempat yop mungkin tak jadi rege. Tapi kat sini durian kampung pun pernah teman beli sampai RM15 sekilo. RM18 pun ada. Biasanya RM10 sekilo. Jadi sekali beli tak banyak, 2 bijik je. Dapatlah balik baki RM2 jika kita beri RM50 kat si penjual.


Kalau tak nak bagi pun boleh arah MAS dan Airasia bagi kebenaran bawak durian naik flight depa. Taklah bapak yang pi kursus di Semenanjung aje yang dapat pulun deghoyan banyak-banyak. Biarlah dapat bawa balik untuk anak-anak sama.


Sekadar cadangan je. Amacam Bung?



Ramadhan Karim

Allahu Akram

Kita yang telah merdeka 51 tahun ini, tak ubah macam berada dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mana setan-setan diikat dan dirantai.

Walaupun setan-setan dirantai pada bulan ini, kebanyakan kita (termasuk saya) rasa macam biasa. Macam juga tatkala setan bergelumangwang dikeliling kita.

Sebelas bulan kita digoda dan ditunjuk setan itu-ini. Jadi bila kita masuk Ramadhan, kita masih terikut-ikut dengan apa yang kita harungi sebelas bulan yang lampau. Yang kaki gam, gamlah, yang taik rasuah, makin kalut nak kumpul duit beraya, yang kaki ampu, macam itulah, yang malas, makin malas sebab lapar, media yang memutar belit, lagi nak jadi champion …etc etc

Begitulah kita yang dah merdeka 51 tahun pun masih terikut-ikut dengan fikrah, gaya, undang-undang, jalan hidup dan agama penjajah walaupun penjajah pergi dah lama dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...