Thursday, October 23, 2008

Di Pusara Anak




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seketika di situ
disingkat waktu yang ada
kuhadiahkannya ayat-ayat suci
beserta doa tulus

Ingin saja ku bisikkan
khabar tentang adik-adiknya
tentang Kakak yang telah bersekolah
tentang Ayong yang semakin manja
tentang Adik tengah yang juga sekejap hayatnya
dan tentang Adik bongsu sama namanya
yang telah setahun umur
juga tentang Mama
yang tak serik dan jemu menyayangi kita semua

Bertuah anak-anakku
merintis jalan mendahului kami di Syurga sana…..


abah
.

Sunday, October 19, 2008

Younger Talhah is 1 today



. Kakak sayang, Kak Yong kasih,
. menjadi penawar Mama dan Abah,
. semoga menjadi insan yang solih,
. selamat ulangtahun garamku Talhah.

.

Monday, October 13, 2008

Hangin Satu Badan

.
Sekarang orang Melayu Islam dah semakin pandai berniaga. Kismis minda, sawda cafe, produk hiraq, air musoffa, jus buah tiin, jus buah kurma dan macam-macam lagi produk yang dikatakan berasaskan amalan para nabi dan apa-apa yang ada diceritakan di dalam al-Quran dan Hadis.
Suatu hari saya bertanyakan tuan kedai yang berkopiah di Wisma Muis.
"Ada tak produk untuk buang angin dalam badan?"
Saya mengharapkan minuman atau makanan berasaskan mungkin kurma, habbatus sawda', buah tiin atau daging unta.
"Ni bagus, saya dah lama pakai, memang berkesan..... ", jawab tuan kedai penuh konfiden.
Ppah!.... Putus ppah angin saya bila tuan kedai tunjuk gelang berbatu entah apa di pergelangan tangannya yang berwarna koko gelap.
Saya belum bersedia untuk percaya lelaki pakai gelang ala-ala tasbih gitu dapat buang angin dalam badan. Pergi berurut lagi baik bah.
.

Friday, October 10, 2008

Halo It's Kota Kinabalu

View from Grace Court, Sembulan.


A rare phenomenon occurs here in Kota Kinabalu today. Last time (as far as I aware) it happened last year when the most handsome cosmonault Sheikh Muszafar was way up there at ISS. 360 km vertically. As far as from Kota Kinabalu to Sandakan horizontally.
So everybody has a reason to look up today.... and say halo....
Subhanallah.
.


Thursday, October 9, 2008

Puji Diri Nombor Satu!




Fitrah manusia suka dipuji. Termasuklah kita di Malaysia. Kita kembang bila dipuji. Itulah yang kita syok. Sebab itu kita selalu buat benda-benda pelik dan benda-benda yang ter, ter, ter dan ter…. Neck-tie terpanjang, bakar ikan terpanjang, kek tertinggi, kad raya terbesar, kain batik terpanjang, lemang terpanjang, decoration duit satu sen terbanyak (student university mana yang ‘teruk’ sangat nih?), kain rentang terpanjang, bendera terbesar, terpanjang, jalan mengundur teramai (ini satu lagi student university mana?) dan macam-macam ter yang tak tersebutkan.

Saya ingat lagi di akhir 80 an, Pesta Bola Merdeka. Kita tak dapat masuk final. Team dari Austria menang dengan team apa ntah saya lupa. Esok berita yang keluar dalam paper… Pemain Austria puji kualiti padang di Stadium Merdeka!

Kalau mat saleh puji, bukan main lagi kita exaggerate. Masuk paper, ulas lagi dan lagi. Soalan favourite. …How do you find Malaysia? Takkan lah orang tu nak cakap yang tak elok, mestilah good, baik, nice. Lagipun perkataan good, nice, excellent, wonderful, great memang zikir harian mat saleh. Kita beli stamp pun bila bayar duit, cashier mat saleh akan sebut…that’s wonderful mate, thank you.

Nasib baik kita tak tanya mendiang John Lennon how do you find Malaysia? Mesti dia jawab…. I look for Singapore on the globe, then Thailand….Malaysia must be somewhere in the middle!

Pernah sorang mat saleh terkepit-kepit bertanya pada saya… Could you show me the way to a loo please, mate!

Straight ahead, at the corner there turn right, straight again don’t konar-konar, the loo is on your left… jawab saya.

Smashing man, katanya sambil mengangkat ibu jari.

Tunjuk tandas pun smashing! Nasib baik Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro takde berdekatan. Jika tak, sah berita ni jadi isi paper mereka.

Pernah saya masuk kelas lukisan. Basic water colour painting. Saya je peserta yang muda, yang lain makcik, pakcik, atuk dan nenek. Cikgu tu suruh masing-masing draw a human face. Saya paling awal siap. Bila cikgu tengok…excellent drawing, good, nice work….. kembang saya dipuji mat saleh.
Saya tengok nenek di sebelah saya terketar-ketar struggling nak jadikan entah buah gomak atau karipap yang dilukisnya supaya menyerupai muka manusia. Bila cikgu tengok lukisan nenek tu, saya ingatkan dia nak betulkan apa yang patut. Tapi… good, good….nice, nice. Lepas tu semua orang dalam kelas tu dapat good, great, wonderful, well done, perfect, smashing pumpkins, excellent. Saya tengok yang lukis berus gigi walaupun disuruh lukis muka manusia pun dapat good work love! Saya yang kembang dipuji tadi terus kembang tak jadi. Ingatkan bagus sangat lukisan saya, rupanya semua good.

Akhir kalam, saya cadangkan wartawan Malaysia termasuk dari Harakah pergi kursus Basic Water Colour Painting di Art Barn, University of Bath, Claverton Down, BA2 7AY, Bath, UK.
Segala puji-pujian hanyalah untukMu Ya Allah.
.

Tuesday, October 7, 2008

Apabila Kosim Bertanya

.

Semasa makan sehidang dengan Tok Imam Guchil selepas majlis bercukur cucu Pok Ud, Kosim bertanya,
"Tok Ime, apa hukumnya kito jual labbi nga kurro ko cino?"
Tok Imam masih melayan makan sehingga Kosim mengulang soalannya kali kedua.
"Guano Tok Ime? Kito tak make, comonyo jual cinno"
Akupun sebenarnya ternanti-nanti jawapan Tok Imam.
Slow-slow Tok Imam nyeseng sebelah kiri dan membetulkan silanya.
"Ada pernah oghe tanyo halal ke hare duit hasil jual kaset lagu-lagu tak tentu kalu? Video hok tok molek?"
Wow......soalan dijawab dengan soalan.
Sama ada Kosim berpuashati atau tidak dengan jawapan bersoalan daripada Tok Imam aku tak pasti. Yang pastinya pukul sepuluh hari tu Kosim meneruskan aktiviti memancingnya.
.

Monday, October 6, 2008

Kebanggaan Mentua



Siapa nak nasi dagang sila ambil sendiri...isteri ambo yang buat. Buleh sangat la.
Ketupat pun ada, dulu kat kampung mentua selalu puji bila time bungkus ketupat. Lepas tu, lenguh dan boring pun kena habiskan juga la sebab dia dah puji.... main saikologi jugak ye besan mak aku ni...
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...