Sunday, November 30, 2008

Kena Transfer

Assalamualaikum,

Hujung tahun ni masing-masing kat tempat kerja bercakap pasal pindah. Di Sabah ni hampir semua berharap dapat pindah balik Semenanjung, bagi yang semenanjung la. Bagi yang Sabahan berharap kemas kemin agar dapat stay kat Kota Kinabalu. Waima kalau kena transfer dekat Tawau atau Sandakan pun akan menonggeng sakanlah depa.

Semalam, semasa di kampung rumah mak, confirm aku kena pindah. Berkuat kuasa serta-merta! Kos tanggung sendiri.....

Rumah mak gua naik air banjir da. Kena transfer ke rumah adik.

Hari ni air dah surut. Tapi musim tengkujuh panjang lagi...
Semalam. +- Pukul 12.30 tghari.

Semalam. +- Pukul 2.00 petang.


Kapal sudah masuk air.

Hari ini. Seperti sediakala.
.

Saturday, November 29, 2008

Jo'Ong in Kelate

.

Assalamualaikum...

I was away in Pangkor last week.

Back from Pangkor, I headed to my hometown, Guchil. It has been raining cats and dogs last night for several hours. It's still now but not as heavy as last night's.

Some bad drainage had pooled the downpours on the main road in front of Guchil's Caltex & Petronas filling stations. Hope the authorities will deal with it quick.

It's tengkujuh season in East Coast of Malaysia. Or we call it 'bah' in Kelantan. Not as what 'bah' means for people in Sabah. Speaking of Sabah....It has been over a week I left my wife and kids in Kota Kinabalu. Miss them a lot...waaa.

However, mother comes first. She's my heaven.

Thanks wife and kids for understanding.

.

Saturday, November 22, 2008

Salsabila, Buatku Gembira

.


"Kenapa semua orang asyik panggil lobak merahhh je......."


Kami semua berempat segera berpaling ke arah pengawas tahun 2, 2009. Tanpa bersuara apa-apa.


"Kan warna dia jingga!!"


Oooo. Boleh jadi lawyer budak ni, getus hatiku walaupun bakal pengawas ini berkeras cita-citanya nak menjadi 'penukis' dan penjual. Boleh jual lukisan katanya, setelah cita-citanya nak menjadi pemain muzik (flute) ditentang keras oleh nenek kira-kira 2 tahun yang lalu. Aku hanya terkekeh-kekeh mendengar nenek berceramah panjang kepada cucunya.
.
...cucu nenek tak boleh jadi ahli muzik, nenek tak setuju...... Alamak macam Nyonya Mansor dalam cerita Ibu Mertuaku daa. Apapun aku bersetuju dengan nenek. 100%.


"Panggil je carrot kak...", cadangku, sahaja nak pastikan bakal pengawas ini rasa kami semua bersamanya dalam isu yang diketengahkannya.


"Itukan Bahasa Ingrishhh.....",tegas! Memang sesuai jadi pengawas.


Budak pun tahu nilai bahasa sendiri. Sayu...


.

Tuesday, November 18, 2008

I Am Proud Of Our Angkasawan


I think lots of us currently are being unfair to Dr Muszaphar (Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor), our first cosmonault as the Russians call it or astronault as Obama says it.

We sent an orthopaedic surgeon into space. When he came back to earth, what did we expect of this ex-MRSM Muar dude to be doing really?

Set up a space lab? Dedicate his life into developing super duper remote sensing system? Or built his own rocket?

He is a surgeon.... Please all of us always remember that. What he is doing today i.e. giving lectures on motivation is the best that he could do really. I think so. About the fees? He said he never demanded a single sen. Anyway if he could talk about something that Dr Fadhilah Kamsah, Dr Tuah, Dr Mashitah or Ustazah Siti Bahayah do not have least experience about it, why a fuss over the bill?

Wait until the soldier dentist Dr Faiz Khaled complete his mission soon(?). I bet he as well will not be setting up a space lab of ultra mega super duper ultraman tiga remote sensing telemetric nano frequency solared telescopic triple cam travelling gadget miniscule auto rocket system like many tight-budgeted people of Malaysia would expect upon his return to the earth. So we will have 2 motivational speakers graduated from outer space. So that we can then hope the fees will be half of what people are currently paying (to whom actually?).

I think it is a good thing for us to regularly send our men to outer space. Academician cum politician maybe next in queue to Pluto. How about selecting the best among the vice chancellors for a start?. But make sure one-way please....
.
.

Salah Ibu Mengandung?


(foto: utusan online)


Al Fatihah.


Sedih saya membaca kisah seorang adik kecil 10 tahun, Mohd Hanafiz yang diseret oleh kereta yang melanggarnya dari Kg Gual Tinggi hingga ke Pekan Rantau Panjang. Lebih kurang 5 km jauhnya. Menurut berita, kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.15 malam semasa mangsa bersama adiknya 7 tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya 19 tahun.


Menurut berita Utusan (online ye),


..........Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Amir Hamzah Ibrahim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu kereta terbabit.


Katanya, pemandu itu yang telah dibebaskan dengan jaminan polis tidak akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti melakukan kesalahan.


Selain itu, katanya, pihaknya juga boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa kerana membiarkan anak mereka membonceng motosikal tanpa mematuhi peraturan jalan raya.


Menurunya, beliau difahamkan, mangsa membonceng motosikal bersama adiknya tanpa memakai topi keledar dan penunggangnya pula dipercayai tidak mempunyai lesen memandu............


Saya rasa sebelum tindakan diambil terhadap ibu bapa mangsa, tindakan sepatutnya diambil ke atas ibu bapa pemandu yang melanggar mangsa terlebih dahulu, atas tuduhan;


Tak pandai ajar anak, tak didik anak supaya berhati-hati di jalan raya, gagal memastikan anak berhemah ketika memandu, tak berjaya memastikan anak mematuhi peraturan jalan raya, tak pernah cakap kat anak kalau rempuh orang berhentikan kereta jangan seret terus.


Sama juga dengan kes Nurin Jazlin, sebelum buka mulut nak dakwa mak ayah Nurin, dakwa dulu mak bapak pembunuh tersebut kerana membesarkan seorang pembunuh.


Kalau betul pun bercakap nak ikut buku, tengoklah suasana dulu....orang ada perasaan bah.


.


Sunday, November 16, 2008

Buat Berat Kapal Terbang Aje

.
Selepas makan pizza yang disajikan di atas flight MH 2662 ke Kota Kinabalu, dude di sebelah kanan saya mula menyelak surat khabar manakala dude disebelah kiri pula asyik mencungkil gigi. Bila keadaan macam tu, pastinya saya memberatkan pandangan kearah kanan.

Dude di kanan sedang baca Berita Harian, Atuk kepada Sinar Harian. Dah lama saya tak baca, apalagi nak beli paper yang ber’surname’kan Harian ni. Last time saya beli Berita Harian kalau tak silap semasa menghadiri konvokesyen abang saya di US tahun 2005 or 2004 dulu (Ulu Sintok daa..). Saya beli semata-mata nak lapik duduk, memang tak baca pun! Terus buat lapik duduk.

Berita utama yang terpampang di Berita Harian yang lebih kecil, lebih terampil hari tu, Jumaat, 14 November, 2008 ialah “TAK JEJAS PRESTASI UPSR”. Sekilas ikan di air saya dah agak, ini mesti pemberita pisang gallo (butir banyak) yang melaporkan ulasan mana-mana kangkung yang me’relate’kan tentang keputusan UPSR dengan pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

Balik buka internet, memang betul. Sah. Sohih. Saya tak nak argue tentang percentage pelajar yang jawab UPSR dalam BM dan BI, atau kertas UPSR tu sendiri yang dwi-bahasa, atau markah lulus A B C yang ditetapkan.

Cumanya, setahu saya tak pernah pun orang menentang penggunaan BI dalam sains dan matematik menggunakan hujah takut UPSR atau SPM atau PMR merudum peratus kelulusannya.
.
Yang depa dok hujah ialah kerana khuatir BM jadi terpinggir, tak power, tak berilmu, jadi vakum dan lain-lain. Juga orang yang kurang pandai BI (Melayu la tu...) jadi terpinggir, tak power, tak berilmu, jadi vakum dan lain-lain.

***pemberita pisang gallo kerana tak semua boleh ditelan mudah-mudah. Kena kehek butir keluar dulu, isi baru telan. Kalau telan dengan butir-butir alamat berak kesat (atau berak ketat kata Salsabila, seorang pengawas tahun 2 , 2009).
.

Friday, November 14, 2008

Kisah Pelajar UITM Terlampau


Semasa menggoreng kangkung untuk makan malam, Zaki menitiskan air mata penyesalan. Wajah ibu tuanya di kampung segera terbayang bersama perkataan ...maaf.... beberapa kali. Sayur kangkung goreng belacan dalam kuali direnung lama-lama. Hatinya nekad, hujung minggu ini, dia mesti balik kampung di Kuala Pilah dan memohon ampun daripada ibunya. Hati orang tua itu telah terluka, dek kerana ke'hollow'an Zaki.


Cuti semester yang lalu semasa di kampung, Zaki menolong Pak Tam berkebun sayur. Maklumlah Pak Tamnya sedang menyahut seruan Pak Lah untuk berbumi hijau. Cuma hati Pak Tam yang masih biru. Nasib baik tak sehitam namanya!


Suatu hari Pak Tam memberi sebaldi kangkung kepada Zaki. Sesampai di rumah terus saja Zaki meminta ibunya menggoreng kangkung tersebut dan dia terus ke bilik air untuk mandi. Lepas mandi boleh makan. Sedap makan ketika lapar wei.....


Bila bersila dan membuka saji, Zaki rasa tak puas hati...


" Mak eh, kalau iyo pon nak makan, tunggulah den dulu. Kita makan samo-samo...."

"Dak aiihh, omak belum makan Zaki"


Perut lapar menyebabkan Zaki terlupa yang dia sedang bercakap dengan emaknya.


"Kucing tak makan kangkung omak oiii....Dah makan kenapa tak mengaku. Bukan apapun. kangkung je".

"Dak Zaki oii...omak bolum makan".

"Satu baldi, takkan sepinggan ni je tinggal. Orang bukan marah, tapi makanlah sama-sama, kita dengan tompok ajo yang ado kek romah ni omak...", tinggi suara zaki.


Emaknya diam. Sehinggalah hari Zaki nak balik ke UITM, emaknya jadi agak pendiam. Zaki buat tak peduli. Eleh....kangkung punya hal pun nak ambik hati pulak, getus hati rock kapak Zaki.


Hari ini, bila Zaki sendiri yang menggoreng kangkung goreng belacan ala Macapagal, barulah Zaki faham kenapa ibunya mengambil sikap berdiam diri.



"Ipomoea aquatica is a semi-aquatic tropical plant grown as a leaf vegetable. Its precise natural distribution is unknown due to extensive cultivation, with the species found throughout the tropical and subtropical regions of the world.
Common names include water spinach, swamp cabbage, water convolvulus, water morning-glory, kangkung (
Indonesian, Malay), kangkong (Tagalog), eng chhai (Hokkien), tangkong (Cebuano), kang kung (Sinhalese), trawkoon ( Khmer: ត្រកូន), pak boong (in Thai: ผักบุ้ง) (Thai), rau muống (Vietnamese), kongxincai (Chinese: 空心菜; pinyin: kōngxīncài; literally "hollow heart vegetable"), home sum choy (Hakka), ong chai (Foochow), and ong choy or tung choi (Cantonese pronunciation of , ngônkcôi; pinyin: wéngcài)., " ကန္စြန္း " (Ken-Zun) in Burmese, Thooti koora in Telugu; Kalmisag, Sarnali, Ganthian in Hindi ; In Assamese it is called Kolmou; In Bangla Kolmi Shak or Kolmi Lota.
Ipomoea aquatica grows in
water or on moist soil. Its stems are 2-3 m or more long, hollow, allowing them to float, and these root at the nodes. The leaves vary from sagittate (typical) to lanceolate, 5-15 cm long and 2-8 cm broad. The flowers are trumpet-shaped, 3-5 cm diameter, usually white in colour."


Maklumat daripada Wikipedia terus menambah rasa berdosa Zaki pada emaknya. Kangkung ni hollow, dalam kosong, tiada isi, tiada teras. Bila kena haba terus lembik. Jadi kalau satu baldipun digoreng. Dah lembik, hollow, zero, nil, kosong kat dalam, jadilah satu pinggan je.....


Sambil melayan perasaan bersalahnya, Zaki teringat kepada satu orang professor tersohor di tempat dia belajar. Misainya selalu keluar tv, kalau cakap dia seorang betul, dia seorang pandai. Memang dia nampak macam haprak oppsss hebat (tersilap sasul). Namun dia tetap dilabel professor kangkung!


Dan Zaki benar-benar bersetuju sekarang.

.
(Olahan drpd penceritaan Effendee Ibrahim. Mak den pon pernah cerito fasal sifat kangkung ni)

.

Tuesday, November 11, 2008

MasyaAllah, Teman Terlupa



Assalamualaikum.....


Entah kenapa kebelakangan ni teman rasa terlalu occupied. Macam sibuk saja. Lepas tu asyik lupa itu ini. Sembahyang pun kerap sujud sahwi. Kadang-kadang sujud sahwi pun terlupa. Sign of ageing la kot.


Pagi tadi tetiba je, semasa masih di pembaringan, teman teringat sesuatu. Laa.... yuran November Pasti Kak Yong masih belum berbayar....alamak.


Patutpun result Kak Yong tak diberitahu dan buku rekod tak diberi lagi. Result kena hold dulu rupanya, sehingga yuran jelas.
.
Patutpun Kak Yong terima hadiah tempat ke 2 semasa konvokesyen Ahad lepas rasa macam kena cabutan bertuah aje. Bila sampai dalam dewan dan tengok buku acara baru tahu nama Kak Yong ada dalam senarai penerima hadiah.
.
Teman minta maaf banyak-banyak. Bukan sengaja, lupa nak bayar. Teman tahu yuran November ni sensitif sikit, sesetengah sekolah kutip yuran November dari awal tahun lagi, semasa pendaftaran.
.
Yuran Pasti mesti bayar. Macam jugak Harakah, mesti mau beli walaupun tak baca (terasa pemberitaannya tawar lembar sejak kebelakangan ni!) atau dah baca Harakahdaily.com.
.
Sama juga Kak Long saya, bekas guru Pasti di Paloh, Gua Musang. Pernah teman dengar dia berkata dengan nada lamenting bila mengenangkan elaun/gaji bulanannya yang menjadi setiap 3 bulan atau 4 bulan atau lebih.
.
"Takpelah. Ini saja cara aku mampu sumbang untuk perjuangan Islam Pas..."
.
P/S:
.
1. Yuran dah dibayar pukul 9.00 am tadi. Resit dan Buku Laporan ada kat atas tu.
2. Elaun/gaji Kak Long tu 2 x 5 x 10 RM je.
.
.

.

Sunday, November 9, 2008

Konvokesyen PASTI Kawasan Pantai Barat Sabah ke 18

.

Tempat: Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Tarikh: Ahad, 9 November 2008 bersamaan 11 Zulkaedah 1429

Sampai je saat penyampaian hadiah, ibubapa terus ke depan stage untuk ambil gambar anak masing-masing. VIP yang duduk di barisan depan? Pedulikan.... kalau ada dato' pun, taraf Shah Rukh Khan saja tu.


Tahun ni Kak Yong belum grad lagi. Untuk kategori 5 tahun dapat juga hadiah bagi tempat ke 2 dalam kelas. Ok la tu, nak lawan rekod abah payah Yong oiii.....


Kak Yong kusyuk mendengar tips daripada senior yang telah grad setahun lalu.



Kak Yong bersama kawan baik, Iffah. Tahun depan kita grad sama-sama ye, InsyaAllah. Tu pun kalau abah saya masih di sini...



Talhah pun nak sekolah Pasti la mama, macam best saja.
InsyaAllah...nanti abah buka Pasti cawangan Guchil 4. Mama jadi cikgu besar.
.
.
Kesimpulan:
Program lancar dan berjaya.
Tahniah dan syabas kepada semua tenaga penggerak yang menjayakan konvokesyen ini. Terutama guru-guru Pasti dan guru-guru tak Pasti (yang dulu kebanyakannya sikit punya tension bila kena posting kat Sabah) yang tabah dan sabar sentiasa. Sekarang tuan-puan semua amat berjasa dan layak untuk datukship.
.
Jazakallahu khairan kathira. Takbir!
.
.

Thursday, November 6, 2008

Masjid Guchil Progress Report No.1

.

Assalamualaikum....
.
Pertengahan Oktober, 2008 yang lepas, saya sempat menjenguk ke kampung halaman Guchil, Kuala Krai. Sempat juga saya menjenguk ke tapak projek pembinaan semula Masjid Guchil.
.
Masjid Guchil asal telah dirasmikan pada 1968 oleh Timbalan PM Malaysia ketika itu, Allahyarham Tun Razak. Kebetulan pada 2008, anak beliau Timbalan PM Malaysia ketika ini, Datuk Seri Najib merasmikan majlis pecah tanah untuk bina masjid baru. Dengan kata lain, masjid asal dirobohkan dan bukit tapak masjid diratakan.
.
Sayangnya saya tidak mempunyai sebarang foto Masjid Guchil yang asal. Sesiapa yang ada tu, harap-harap sudilah berkongsi dengan saya.
.
Di dalam berita, Masjid Guchil asal disebut Masjid An-Nur. Saya percaya jika anda pergi ke Guchil dan bertanyakan di mana Masjid an Nur, semua orang akan kata anda silap masuk kampung!
.
Apa-apapun saya harapkan Masjid baru Guchil dapat disiapkan mengikut jadual supaya kejadian saya dan beberapa orang sembahyang Jumaat di seluran atap masa hujan lebat tidak berulang di Masjid Abim Guchil yang menjadi tumpuan penduduk Guchil sekarang. InsyaAllah.
.
Lega hati melihatkan struktur baru telah naik. Progress kalau mengikut bekas project engineer
Pakatan Jaya lebih kurang 30%. Semasa lawatan didapati kerja-kerja agak slow dan tergendala.
.

Rumah Kak Rah yang menjadi mangsa kerja-kerja cerun tanah tak mengikut spesifikasi agaknya. Aras masjid asal lebih kurang level roof beam rumah
Kak Rah.
.


Pintu pagar tapak projek atau pintu pagar kawasan masjid. Bagai terbayang arwah ayah
melaluinya tanpa berselipar kerana....
Dari kejauhan nampak Bukit Taku yang kerap menjadi perhatianku semasa kecil. Terutama struktur semacam rumah di puncak bukit itu. 
.


Mungkin papan tanda ini tak sanggup lagi menanggung 3 heavyweight ini? Atau
menggambarkan kedudukan Anuar Musa dan Datuk Ramzi di Kelantan? Atau meramalkan
masa depan ke tiga-tiga ahli politik itu? Atau papan tanda tu saja nak pekena umno?
DS Najib semasa majlis pecah tanah untuk roboh dan bina semula Masjid Guchil. Nampaknya
papan tanda tu bersendirian.....rata-rata makhluk bernyawa masih berebut nak berkat DS TPM.
.
.

Wednesday, November 5, 2008

I Was The Luckiest Man



Selepas graduate pada 1996, tak sempat nak menganggur, terus dapat kerja di kilang simen cap buaya tembaga, Perak sebagai graduate engineer.

Kilangnya luas sungguh, silo tinggi-tinggi, habuk kadang-kadang macam bermusafir di gurun sahara. Pekerjanya baik-baik. Dari boss sampai kepada pekerja biasa.

Mungkin cuma saya seorang saja pekerja dari Kelantan pada masa itu. Mungkin! Executive pula tu! Hari-hari saya kena interview, makcik kantin nak interview, kakak kerani nak interview, pekerja am nak interview, supervisor nak interview, lab assistant nak interview, pendek kata pak guard saja yang tak nak interview.

Bila sebut saja saya dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang Kelantan....Masing-masing respect habis. Melambung pujian. Dari yang tutup aurat sampai ke yang seksi, semua kagum dengan Kelantan.

Bukan kagum dengan pasukan bola sepak semi-pronya, atau pantainya, atau batiknya, atau perempuan cantiknya. Tetapi kerana orang Kelantan tolak umno!

Waaa...bagusla itu Kilatan punya olang, kata seorang apek tua bawa lori batu kapur.

Semua puji! Nik Aziz baguslah, orang Kelantan beranilah, pandai mengundilah. hari-hari itulah yang saya dengar...

Saya? What about me? Saya, sejak datang ke Tasek Cement tak pernah declare saya sokong parti mana. Itu yang membuatkan saya terfikir dan termenung lantas bersyukur.....

Orang Perak tahu-tahu sahaja saya dari Kelantan terus buat kesimpulan saya orang Pas dan penyokong Nik Aziz. Apa kata jika saya pak yip anuar musa atau macai mustapha mohamad?

Takkan saya nak nafikan semua pujian dan katakan...

Maaf abang-abang wa kakak-kakak semua, saya mengundi umno, cuma tak menang. Kerajaan Pas tu bukan saya yang pilih......By the way, saya ni orang anuar musa bukan husam musa....

Buleh saya kata begitu?

Sebab itulah saya rasa amat bertuah kerana tak perlu nafikan dan boleh menerima semua pujian ke atas Kelantan seadanya kerana sayalah salah seorang pendokong kepimpinan ulama'.

Selepas 12 tahun, bila Ir Hj Nizar jadi MB Perak, saya terkenang balik muka-muka mior, din, pak tam, asnur, Ir anuar, tahir dll .... sekarang kome pujilah diri kome sendiri.

.

Monday, November 3, 2008

Rambut


Imej Talhah sejak hari beliau diputerakan.


Imej baru setelah sembuh dari demam hingga tak lalu makan berhari-hari baru-baru ini.
.

Satu daripada perkara yang tidak menjadi kegemaran saya adalah bergunting rambut di kedai. Sehinggakan arwah ayah pernah memarahi saya kerana berambut panjang semasa masih di bangku sekolah.
.
Nak jadi tok teri ko! Marahnya.
.
Sebenarnya saya hanya malas ke kedai gunting saja. Gunting rambut anytime pun takpa. Pernah kakak sulong yang gunting kertas pun reyok petok saya benarkan mengerjakan rambut saya. Nasib baik rambut saya jenis cepat menjalar, jika tidak jenuh hari-hari saya nak menjawab soalan yang sama......sapa gunting rambut? Jawapan pun sama.....kakak.
.
Sejarah saya digunting rambut oleh cikgu bermula sejak darjah satu lagi. Tapi masa darjah satu tu, Cikgu Kadir (Allahyarham) gunting elok-elok. Diletaknya kerusi atas meja supaya senang dia menyobek rambut saya di dalam kelas 1 Merah. Sebabnya esok ada penyampaian hadiah dan saya dapat nombor satu!
.
Lepas tu boleh dikatakan kalau ada je spot check rambut, saya mesti kena.
.
Di MRSM, bila ada perhimpunan mingguan memang jarang rambut saya lepas. Sehinggalah muncul seorang wira iaitu War yang dengan penuh kreatif dan inovatif membawa gunting semasa perhimpunan. Jika cikgu buat spot check rambut, dialah wira yang akan menggunting rambut kami dulu sebelum dapat ke cikgu. Dalam kalut-kalut, sayapun huloq kepala kat dia sebelum dapat kat cikgu. Bila sampai je depan cikgu, Cikgu Ramli Add Math semacam terkejut...
.
Siapa gunting rambut awak ni?.....Macam nak gelak je muka dia.
.
Cissss....bloody punya War, dahlah atas telinga, senget sebelah pulak tu....Bagi Cikgu Ramli Add Math gunting lagi menawan.
.

.

Sunday, November 2, 2008

Saya Dapat Datuk Kerana Harumkan Nama Kelantan ?

"Dulu I tak suka orang Kelantan. Kurang ajar, suka kacau orang. Dalam kelas saya masa A-Level dulu budak Kelantan memang kerek. Suka mengutuk. I memang menyampah".


Cinta bisa berputik
di sini
Itu yang diakui oleh Helyati, gadis Minang berkulit hitam manis. Cantik orangnya.
.
Helyati junior saya, orangnya baik. Gayanya sopan, tuturnya santun.

"Sekarang bila I kawan dengan you, I tahu I silap. You memang baik, you orang Kelantan pertama yang I tahu baik. You mengubah persepsi I terhadap orang Kelantan." Akui Helyati lagi.
.
Memang la saya kembang serata ceruk, tapi saya managed to control riak. Saya hanya bertindak dan berkelakuan seperti yang sepatutnya, sebagai seorang Islam Melayu yang berasal dari Timur. Apalagi anak orang PAS!

Saya yakin Helyati jujur dan ikhlas dalam pengakuannya. Apalagi selepas 4-5 purnama selepas itu, saya dan kawan-kawan mendapat berita Helyati sudah berpakwe, dengan seorang budak Kelantan. Keikhlasan dan kesungguhan Helyati menyelami hati budi orang Kelantan lebih meyakinkan saya kerana kehenseman nampaknya bukanlah spesifikasi utama jejaka bertuah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...