Sunday, July 26, 2009

Cerita Lilin


HARAMMMMM.....


Begitu tegas Datuk Nikah Kawin berfatwa. Memang wibawanya begitu kebelakangan ini.


Bawa dia ke muka pengadilan!


Arah Datuk Nikah Kawin kepada pengadu-pengadu.


Lalu Si Pitung sebagai rakyat yang patuh rela dihadapkan ke muka pengadilan.


Datuk Nikah Kawin berhujah dengan suara ganas,


Adalah kamu Si Pitung, didapati telah melakukan perkara yang jelas haram dan bercanggah dengan agama! Kamu telah didapati melakukan upacara pengkebumian rasmi ke atas seekor anjing termasuklah mengkafan dan memasang lilin.


Si Pitung hanya tunduk, seriau bulu romanya mendengar suara ganas Datuk Nikah Kawin.


Sebelum mike dijatuhkan hukuman, apa alasan mike ?


Si Pitung mengangkat muka dan bertentang mata dengan Datuk Nikah Kawin. Lalu bersuara kendur.


Datuk..... Anjing hamba semasa hidupnya amat berjasa kepada hamba. Semua kekayaan hamba adalah daripada pertolongan anjing hamba. Hamba amat sayang dan terhutang budi padanya. Sebagai tanda terima kasih, hamba berikan separuh daripada harta hamba yang nilainya mencecah amaun 4.5 juta RM kepada anjing hamba.


Tetapi malang, akibat kuat bekerja anjing hamba jatuh sakit. Sebelum dia meninggal, dia berpesan kepada hamba. Memandangkan dia tiada waris di dunia ini, dia meminta hamba menyempurnakan upacara pengkebumiannya dan dia berpesan lagi supaya hamba memberikan separuh daripada hartanya kepada sesiapa sahaja yang bersama-sama meraikan upacara menghormati kematiannya...


.... Si Pitung menamatkan katanya dengan kesedihan yang dibuat-buat. Datuk Nikah Kawin terdiam dua-tiga seken sebelum kembali bersuara.


Ate...Apa arwah anjing kamu tu ada nama ?


Si Roger, Datuk, jawab Si Pitung.


Lalu Datuk Nikah Kawin bertitah......


Sekelian yang hadhir, marilah kita sama-sama diam seketika untuk memperingati arwah Si Roger, al Fatihah....


****Rekaan semata-mata, diadaptasi daripada buku kisah-kisah lucu yang dingat-ingat lupa.

Thursday, July 16, 2009

Hero Kelate Minat F1


Siapa tak minat F1 ?


Kawanku Zul telah beli tiket RM300 untuk tengok perlumbaan terulung ini secara live depan mata pada 21 Mac 2004.


Dan alamak....Kenapa ni ?


Depa ni sengaja ke buat tarikh mengundi sama dengan tarikh F1.


Tak cerdik ke mereka yang terlibat ni. Nak promote F1, nak promote demokrasi. Tapi tarikh mengundi letak pada tarikh F1. Tak lulus PTK ke boss SPR ?


Kawanku Zul terpaksa membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya.


"Nah! Ambik ke mung la teket ni..." Kawanku Zul memberikan tiket F1nya kepada kawannya.


Malam tu Kawanku Zul balik ke Kelantan. Dia nekad, mengundi lebih penting daripada tengok F1 live depan mata.


Kawanku Zul mengundi di DUN Kemuning.


PRU11 memang mendebarkan bila Trengganu hanyut dengan gelombang biru. Kelantan pula terpaksa menunggu hingga hari esoknya apabila banyak undi terpaksa dikira semula.


Akhirnya menjelang senja barulah confirm PAS masih layak memerintah Kelantan dengan kelebihan 3 kerusi. Salah satu DUN yang terakhir diketahui sah milik PAS ialah kemenangan Cikgu Pokya di DUN Kemuning dengan kelebihan 2 undi. Salah satunya sudah pastilah undi kawanku Zul.


Dalam PRU11 mungkin banyak hantu yang dibayar hanya RM300 untuk meruntuhkan demokrasi, tetapi kawanku Zul mengorbankan tiket RM300nya untuk balik mengundi.


Kawanku Zul merupakan salah seorang hero sebenar yang berjasa dalam membolehkan Kerajaan PAS Kelantan tegak sampai sekarang.


Kawanku Zul bukannya orang yang peduli sama ada pimpinan PAS yang ada adalah Erdogan atau tak Erdogan. Ulamak atau Cikgu PJ. Husam atau Takiyuddin. Nasha Aziz atau Catriana Ross. Tapi dia amat peduli sama ada Nik Aziz Nik Mat atau Tuan Aziz Tuan Mat.


Aku amat percaya, di MU juga ramai kawan-kawanku Zul, Mat, Din, Li, Yie, Su, Na, Ela dan ramai lagi yang boleh claim hak milik mereka ke atas undi majoriti 65 yang diperolehi Abang Uji.


Tetapi mereka pastinya tidak mengorbankan tiket F1 seperti kawanku Zul. Mereka pastinya hanya berkorban dengan cuti tanpa gaji ataupun membeli MC.


Sunday, July 12, 2009

Mari Buat Ayat di Manik Urai


Gettok, gertok, ghetok = Jambatan


Contoh ayat:


1. Kalau nak gettok baru, mesti pangkah BN, gertak Muhyidin separa sedar siang tadi.


2. Nak buat gertok pong gertak! Protes seorang anak muda.
.
3. Ghetok gapo lagi ? Ghetok konkrit ada, ghetok keretapi ada. Tok soh nok gertak-gertak la, ke kawe kirim balik dengan Ekspress Wau malam ni ke. Murih seorang penoreh getah yang tengah penat. Nak balik menoreh pun jem, terutama atas ghetok.
.
4. Seorang nenek berteka-teki dengan Puteri Umno yang sedang mengempennya. Kalu betul, nenek pakoh dacing, janjinya. OK jawab puteri.
Woh gapo banyak air? Soal nenek.
Woh timung cina, jawab Puteri.
Saloh.
Woh nyor, jawab puteri lagi.
Saloh.
Dah gapo dio?
Woh gettok, jawab nenek. Tak jadilah nenek nak pakos kapal layar. Kata nenek lagi sambil gelak.
Nenek 1, Puteri 0.



Ulasan:


Gertok satu hala ni jangan main-main. Terutama dalam PRK. Dulu di PRK Semerak, gertok kayu satu hala juga jadi isu. Hasilnya Umno menang.

Ye la tu



Cukup pantang aku kalau tengah makan, orang datang menipu.


Tadi semasa bawa keluarga makan kat luar, kena pulak time berita kat tv. Kena la aku tadah telinga dengar propaganda dari Manik Urai. Kalau kat rumah, memang aku tak layan langsung berita tv time-time macam ni.


Hilang selera aku bila dengar cakap-cakap pasal perpaduan dan Islam. Lepas tu nak buat jambatan baru, syaratnya kena menangkan calon BN dulu.

Mual rasanya.


Kalau nak menang, ada lagi satu hari peluang.


Esok buat bungee jumping kat jambatan tu.


Dipersilakan...


Saturday, July 11, 2009

Tak Sembelih Pun Halal Bang !


Dunia sekarang nampaknya yang HARAM lebih mendapat perhatian dan pembelaan berbanding yang HALAL.

Yang HARUSS hanya digunakan sekali-sekala untuk menghalalkan cara.

Penyembelih dan peniaga babi yang dagingnya dimaklumi haram dibela habis-habisan di Kedah sampai sanggup nak melingkupkan kerajaan bersih Kedah pimpinan Ustaz Azizan.

Peniaga ikan yang halalan toyyiban diperleceh dan diperendah-rendahkan di Manik Urai hanya kerana calon Pas, Abe Uji adalah seorang tauke ikan.

Itulah, mangkuk-mangkuk ni...... orang bagi lesen laut dalam, dia pi jual diesel tengah laut. Haramjadah!

Monday, July 6, 2009

1Kedah


Nampaknya konsep 1Malaysia berjalan lancar di Kedah.


Bila rumah sembelihan haram diroboh, segolongan puak-puak DAP berkalut-ribut protes dan buat kacau. Tak habis-habis, sampai perang dengan MB dan PAS.


Bila Kerajaan Negeri bercadang nak dirikan rumah sembelihan halal (rumah je yang halal, dagingnya tetap haram) di Pendang..... giliran puak-puak Umno jantan dan Puteri pula berkalut-ribut buat kacau. Kata seorang Melayu Umno yang diinterview oleh TV,


"Kami dah tengok kawasan tu, jaraknya hanya 50 meter dari rumah ibadat..........Siam"


Huih....


Memang 1Kedah.


Semua bersatu padu tak nak bagi Ustaz Azizan dok diam.


Sehinggakan tup-tup, ada yang kata Kerajaan Negeri nak roboh tokong pulak.



Bagi aku yang pasti cuma satu....1Tuhan. Allah yang Esa.

Friday, July 3, 2009

Interview Dengan Babi


S: Konnichiwa...


B: Konbanwa la... dah malam ni.


S: O genki desu ka?


B: Kurang baik, selesema sikit-sikit.


S: You prefer I panggil babi ke khinzir?


B: Panggil aje babe.


S: Ok babe....kenapa asyik buat isu je kebelakangan ini?


B: Bila pulak? Kitorang cool je.


S: Selesema babi la, DAP la...


B: Awat korang tak pernah selesema ke? Pasal DAP tu apahal? I sibuk, tak dan nak baca paper la.


S: DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat disebabkan korang.


B: Wow... kerana kami sampai macam tu? Ini satu penghormatan. Tapi kenapa pulak?


S: Pasal rumah sembelihan korang diroboh oleh PBT.


B: Hah! Biar betul. Aku dengar rumah sembelihan tu haram, tiada lesen.


S: Amboi, pasal halal-haram hang cekap no. Hang tu tak haram ke...?


B: Cisss, babi kau.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...