Thursday, January 7, 2010

Rukunegara Boleh Selesaikan Isu Kalimah ALLAH



Satu-satunya kesamaan antara penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama adalah pegangan kepada 5 prinsip Rukunegara.
Panggil sesiapa yang beriya-iya nak pakai nama Allah tu, mungkin boleh panggil hakim Lau sekali, minta depa angkat tangan dan baca ikrar prinsip Rukunegara kuat-kuat. Hanya tukarkan kalimah tuhan kepada Allah.




Kepercayaan kepada tuhan, ditukar kpd,




KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH




Jika mereka kata ok. Tak ada masalah. Bagilah depa guna kalimah Allah tanpa ragu-ragu. Depa ikhlas la kalau begitu. Kalau tidak....




Hang pikiaq la sendiri!


***Semoga YB Ir. Nizar cepat sihat wal afiat.

Tuesday, January 5, 2010

Ya Allah, Bukan Aku Yang Buat Begitu Walaupun Aku Jahil

Ya Allah.
Aku boleh mengerti perasaan umat Islam setempatku bila namaMu dibenarkan untuk digunakan oleh penerbitan yang kafir. Kerana aku juga jahil sebagaimana kebanyakan mereka. Aku tidak jelas tentang hukumnya. Kecelaruan sesama bijak pandai antara kami lagi membuatkan aku terpinga-pinga. Kegusaran tentang bakal penyalahgunaan nama yang Maha Mulia ini apatah lagi.
Tetapi aku amat tidak mengerti mengapa dan apa fikiran orang atau kumpulan yang membawa isu namaMu ke mahkamah.
Tidakkah mereka fikirkan dahulu.
Kitab apakah mahkamah itu akan gunakan untuk berhukum?
Undang-undang buatan siapakah yang akan menjadi pengukur bicara?
Hakim yang tak fasikkah yang akan mendengar kes itu?
Tahukah mereka....
Bila sesuatu kes telah diputuskan di mahkamah, ianya akan menjadi nas dan precedence untuk kes-kes yang akan datang.
Keputusan mahkamah perlu diakur..
Ya Allah, mereka ingin menggunakan namaMu, tetapi enggan menyaksikan bahawa hanya Engkau Tuhan yang Esa, dan Muhammad itu pesuruhMu.
Ya Allah, di kalangan kami yang memperjuangkan kemuliaan namaMu juga masih ramai yang mengjengkeli dan meragui perintahMu dan hududMu.
Berikanlah hidayahMu kepada kami semua Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.
Jauhkanlah kami daripada kemunafikan Ya Allah.

Sunday, January 3, 2010

Penjelasan Rasional Kenaikan Harga Gula

Tuan-tuan,

Walaupun harga gula naik 20 sen, janganlah khuatir dan risau. Kemanisannya tetap macam dulu tak berkurang sikit pun. Kemanisannya tetap tahap RON97 bukan RON95.

Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...