Thursday, June 30, 2011

Sajak Paling Menakutkan

Nun di sana

Ku nampak keKUNING-KUNINGAN

ku hampiri....

ku jamah....ku cium.....

cisssssssss..... TAIK rupanya!


kasi Bersih!... Kasi Bersih!

Tuesday, June 28, 2011

Apabila Emak Kembali Tersenyum

Adikku ini memang membanggakan
Hari Ahad, semasa aku mencari parking space di tepi Jalan Pusara sebelum naik ke pejabat, aku mendapat perkhabaran yang ibu dimasukkan ke wad kerana ada masalah jantung.

Aku sekeluarga bergegas pulang. Kami sampai di hospital Kuala Krai tepat pada waktu melawat. Ibu kelihatan tidak bermaya. Dia tidak mampu bercakap pun. Sepatah-dua yang ibu tuturkan terlalu lemah dan perlahan. Hanya doa yang kami mampu panjatkan ke hadrat Ilahi.

Hari ini, Alhamdulillah ibu sudah mampu bercakap dan senyum. Semalam pun  sebenarnya, aku sudah test bila aku bisikkan kepada ibu,

"Mak berdebar ke? Mak runsing apa?" Tanya aku apabila melihat bacaan denyutan jantungnya sekejap tinggi, sekejap rendah.

"Runsing pasal sembahyang..."

Mak hanya mampu sembahyang dengan isyarat mata. Anak-anak yang tolong sapukan air sembahyang. Barangkali Mak runsing takut tidak sah kerana ada wayar kencing dan segala.

"Mak dah buat terbaik. Allah tahu," aku menyedapkan hati mak.

"Nak sembahyang elok-elok, mak kena balik rumah. Jadi kena makan, baru ada tenaga, baru sihat... Ni pun mak dah sihat ni, sikit hari lagi boleh balik la," aku meletakkan tangan ke dahi mak.

"Doktor kata darah mak molek," Mak menambah, lemah.

"Ya, doktor kata darah mak paling elok, darah warna hijau," aku merujuk kepada semangat mak dalam menyokong Parti Islam. Kajol yang berada di kanan mak tersenyum faham.

Semalam, aku melihat muscle senyum mak kembali aktif, walaupun lemah. Hari ini senyum mak sudah semakin kuat. Alhamdulillah.

Sunday, June 26, 2011

Hattrick?

Hari ini ada emergency. Sedang kami bersiap untuk balik kampung, Salsabila membuka pintu biliknya lantas bersuara kuat kepada aku.

"Dad, aren't you forgetting something?"

Salsabila menutup kembali pintu.

"Apa?"

"It is something about mom."

Aku melihat kajol yang sedang berkemas. Alamak.... 

Takkanlah aku lupa lagi. Tahun lepas pun Salsabila juga yang ingatkan aku.

Harap-harap belum hattrick lagi.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.

Sori ye. Hanya satu alasan yang aku ada.
Betul kata Salsa

Saturday, June 25, 2011

Buta Politik & Buta Isu

.
"Walaupun I orang Kota Bharu, tapi I tak makan BUDU."
.
Claim seorang insan yang baru dua bulan datang KL sambil membalun NASI KERABU dengan lahapnya di Kampung Baru.

Veto 1Malaysia

Anak-anak semua tak makan budu
Kakak -03- Kelantan
Kak Yong - 08 - Perak
Adik - 12 - Sabah

Masa Kelantan vs Perak baru-baru ni, Kak Yong sokong Perak.

"Jangan cakap dengan saya, awak sokong negeri lain," kata Kak Yong kepada Adik.

"Lepas ni nanti, Adik kena sokong Sabah," Kakak pula mencadangkan kepada Adik merujuk kepada perlawanan liga terakhir antara Kelantan dan Sabah yang penting untuk Kelantan menjadi juara liga (Dah lah Piala FA terlepas!).

"Tak boleh!" Aku menyampuk.

"Semua sokong kena ikut negeri ibu bapa!"

Kajol hanya senyum bersetuju.

Friday, June 24, 2011

Hisap Rokok Tembakau Cina, Tubik Asap Berkelung-Kelung

Bahang matahari tidak terasa kerana kami dilindungi dedaunan pohon getah yang bersambungan antara satu sama lain semacam menyahut seruan 1Malaysia.

Ayah sedang mengandar susu getah untuk dibawa ke kilang. Aku berjalan berdekatan ayah sambil mengintai biji-biji getah yang banyak kedapatan di tanah.

Dari satu pokok getah di hadapan, kelihatan keluar asap berkepul-kepul (berkelung-kelung). Bila kami rapati, rupanya seorang pakcik sedang melayan blues di umbi pokok getah sambil menghisap (mengepah) rokok. Begitu asyik sekali dia melayan rokok daun.

"Demo hisap tembakau cap apa tu?" Ayah bertanya apabila melimpasi si pakcik.
"Cap kapal terbang," jawab si pakcik dengan mulut berasap.

"Ooo... Ambo ingat cap kereta api!"

Kalau ayah aku sekolah tinggi, sudah pasti dia dapat menulis di ruangan pojok 1 2 3 Lekuk di Harakah.

Wednesday, June 22, 2011

Gadis Bertudung Labuh

Gambar hiasan sahaja

“Matek, aku rasa aku dah jatuh cinta,” aku yang takut dengan perempuan tiba-tiba meluahkan perasaan kepada Matek.

Kawan baik aku itu hanya ketawa kecil.

“Ni mesti hang terlihat awek kat lobi tadi.”
Tekaan Matek tepat. Gadis bertudung labuh yang aku lihat di lobi Kolej Negeri tadi telah membuatkan hatiku cair, lantas jatuh cinta.

“Macam mana hang tahu?” Aku bertanya.

“Aku pun jatuh cinta juga la...Ha ha ha,” Matek membuat pengakuan sambil ketawa besar. Aku turut ketawa.

Memang gadis yang kami terlihat tadi boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang meminati perempuan berimej Islamik. Dia menepati ciri-ciri menurut piawaian aku dan Matek. Aku belum pernah melihat gadis tersebut sebelum ini. Naluri ingin mengetahui amat tinggi.

“Matek. Awek tu budak kelas mana ya?”

“Entah, aku pun baru pertama kali lihat.”

Yang pastinya gadis itu bukan daripada kelas intensif Bahasa Inggeris yang aku dan Matek ikuti. Aku agak mesti budak LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).

“Budak LCCI tu Li, accounting....” Matek pun sependapat dengan aku.

“Jom kita siasat!”

Aku dan Matek sepakat. Maklumlah bunga pujaan hati dah dijumpai.


***************

Langkah longlai aku ke kelas menjadi bersemangat apabila aku terlihat kelibat gadis bertudung labuh. Aku mempercepatkan langkah untuk mengetahui kelas mana yang ditujui sang gadis. Selepas membelok ke kanan, kelibat sang gadis hilang.

“Yes, mesti dia masuk antara satu kelas di sini,” hatiku berkata.

Kelas di situ kelas accounting. Kebanyakan pelajarnya berumur satu tahun lebih tua daripada aku.

“Bini setahun lebih tua, no problem punya,” mak oiii, fikiran aku yang takut dengan perempuan ini boleh pergi sejauh itu!

Mata aku mengintai ke dalam satu kelas melalui cermin yang terdapat di pintu. Lantas aku melihat dia! Ya dia! Dia! Diaaaa...................


***************

“Matek, tadi aku nampak awek tudung labuh tu di kelas budak accounting,” aku memberitahu Matek sementara menunggu Mrs Kuladeva masuk.

“Kan aku dah kata Li, budak accounting. Apa lagi.... Bolehlah tu,” Matek bersemangat betul.

“Bro, dia masuk kelas tu mengajar la... Bukan belajar.”

Matek hanya menganga, wordless. Walaupun hari tu bukan Rabu.

Hari itu aku dan Matek ke Plaza Punca Emas di sebelah Kolej Negeri bermain game macam orang putus cinta. Cehhh...

Tuesday, June 21, 2011

Dilema Anak Sulung

"Besarnya bendera Kelantan," kata along



Rais hairan melihat anaknya Sharliza yang ceria tiba-tiba berkaca-kaca matanya. Lantas Rais menukar modenya kepada mode seorang bapak.

"Kenapa sedih ni along?"

Sharliza tidak menjawab. Dia mengebas-ngebas bajunya yang dipenuhi lumpur.

"Kenapa kotor ni along? Biasanya along tak suka main lumpur."

"Daddykan tak suka Bersih. TV pun tak suka Bersih. Surat khabar pun tak suka Bersih. Radiopun kata Bersih jahat. Bersih mesti tak elok dan tak baik. Mulai hari ini along tak nak Bersih lagi. Along nak kotor macam ni. Daddy suka kan?"

Rais terdiam. Dia yang Perkasa tiba-tiba terasa pondan mendengar kata-kata Sharliza anaknya.

"Daddy... Kenapa ramai orang tak suka ISA?"

"Depa semua tu tak reti, tahu bangkang aje."

"Along pelik mereka yang tak suka ISA tu pakai kopiah, pakai serban, kaki masjid. Takkan mereka tak pernah belajar  yang kita mesti sayang kat semua nabi termasuk ISA. Daddy yang pergi masjid sekali seminggu pun tahu sayangkan ISA. Kan daddy."

Kali ini Rais terkulat-kulat macam amah terkantoi memukul anak majikan.

"Daddy...."

"Ye along..."

"Kenapa semua orang bencikan along? Daddy pun bencikan along"

"Eh! Siapa kata?"

"Tu dalam TV, surat khabar, radio. Semua kata along jahat. Cikgu pun kata along jahat, along gangster. Along cekik darah. Along suka lempar cat kat rumah orang. Along tak pernah buat begitu daddy."

"Err..."

Rais mencapai cellphonenya,

"Hello.... Bahagian penyiaran...Cepat!...."

Mesej Daripada Anak-Anak Diketuai Salsabila

Abah sedar. Abah akan rajinkan diri ke masjid.

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Anak-anak faham ini, abah paling gembira.

Monday, June 20, 2011

Sesi Mengumpat Brutalsolo Bersama Gedek! di Esso On-The-Run Pandan Indah Sempena Hari Bapa

"Brutalsolo tu perlu berusaha keras untuk sambut hari bapa tahun depan, ha ha ha..." kami paksa diri gelak macam bapak-bapak.
Sekilo keropok ikang tambang bertukar tangang. Pemenang lain bila nak bagi alamat? Nanti lemau, makang tak sedap.

Sunday, June 19, 2011

Istimewa Hari Bapa : Politik Selipar Ayah

Anak-anak kasi can
Keluar sembahyang asar berjemaah dari masjid, ayah melihat selipar jepun lusuh kepunyaannya sedang disauk orang. Ayah membiarkan orang itu terus berjalan dan ayah membontotinya dari belakang tanpa berselipar. Perit juga kaki ayah menuruni tangga konkrit kasar Masjid Guchil yang berada di atas bukit itu dengan berkaki ayam. Tapi itu sudah biasa agaknya bagi ayah yang merupakan orang kampong dan biasa hidup susah.

Ayah terus mengekori orang itu keluar dari pagar masjid yang berada lebih kurang 30 anak tangga di bawah dan membelok ke kiri. Sampai di cabang empat, orang itu berjalan terus ke hadapan dan ayah terus mengikutinya. Disimpang tiga di hadapan, orang itu membelok ke kiri dan ayah juga berbuat begitu tanpa banyak soal.

Tiba di cabang tiga satu lagi di hadapan, ayah melihat orang itu mahu terus berjalan ke hadapan. Lantas ayah terus mencuit bahu orang itu sambil berkata,

“Cukuplah…cukuplah tu..”

“Cukuplah apa?”, orang itu berpaling pada ayah kehairanan.

“Demo nak ke depan, ambo nak belok ke kanan…”, beritahu ayah.

“Pastu?” orang itu makin kehairanan.

“Selipar ambo tu, ambo nak dah la, kalu demo nak belok kanan seleke (silakan) pakai lagi”, jawab ayah sambil menunjukkan ke arah selipar di kaki orang itu.

“Demo tahu mana ni selipar demo?” hak eleh orang itu masih nak menegakkan kepisangannya.

“Ambo follow demo dari masjid tadi lagi, sakit dah kaki ni. Tu tanda kerat dengan pisau 2 lekuk di depan tu, selipar ambo la ni…” ayah explain panjang lebar. Ayah selalu menanda selipar dia dengan membuat 2 lekuk di hadapan. Permanent mark katanya, senang nak cam dan tak tanggal.

“Lepas tu mana selipar untuk kawenya?” Tanya orang itu setelah hujah ayah menyungkurkannya, tapi masih tiada nada kesalan didengari. Lebih-lebih lagi bila dia melihat ayah hanya berkaki ayam.

“Selipar demo? Ambo mana tahu selipar demo hak mana satu”, balas ayah bersahaja.

Kesudahannya orang itu memulangkan selipar ayah dan pergi dengan berkaki ayam. Mukanya memang nampak marah.

Itu cerita ayah, seorang ayah yang tak demand dan expect benda besar-besar dan tinggi dalam hidup. Falsafahnya simple, 'aku tak nak hak orang lain walaupun berharga. Cukup dengan kepunyaanku walaupun buruk dan sikit tetapi halal dan berkat'. Itulah nilai yang selalu ayah terapkan kepada kami adik-beradik.
.
Jika ayah menegur orang itu semasa dia mengambil selipar ayah, kemungkinan besar orang itu akan mengambil selipar orang lain dan masalah itu tidak akan selesai. Ayah juga boleh membiarkan orang itu mengambil seliparnya dan berjalan kaki ayam balik ke rumah, tapi itu tak menyelesaikan masalah. Lagipun kita mesti pertahankan hak kita walaupun sikit dan tak berharga di mata orang lain. Kejadian itu juga menjadi a very good lesson kepada orang itu kalau dia berfikiran positif. Itulah politik ayah, cukup subtle dan berhikmah.

Penanti setia

Selalu saya membayangkan jika ayah masih ada.  Pasti dia akan selalu berada di beranda setiap kali kereta saya masuk ke laman rumah. Dia selalu melindungi emosinya yang merindui anak-anak di perantauan di sebalik seribu kedutan wajahnya. Bodohnya saya kerana tidak menerpa memeluk ayah  yang berada di beranda ketika saya berkesempatan dahulu. Untungnya saya masih boleh berbuat begitu kepada ibu.
.
Saya sayang ayah dan saya amat merindui ayah. Ampunkan kesalahan saya terhadap ayah semasa hidup ayah sama ada yang ayah tahu atau tidak. Sama ada saya sengaja atau tidak.
.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil. Amin.
.

Al-fatihah untuk ayah
.
Hanya doa anak yang soleh mampu kami hadiahkan, itulah pesan ibu selalu

Saturday, June 18, 2011

Jangan Kacau Aku Nak Menoreh di Hari Minggu

Sakit betul pinggang aku bila terpaksa terbongkok-bongkok menguliti kulit pokok getah di kebun. Kerja menoreh ni memang tidak ergonomik.

Tiba-tiba terdengar bunyi ranting patah dari sebalik semak. Ular ke? Pandi kutty ke? Aku berjaga-jaga ala-ala bunga silat yang selalu aku lihat mentua aku ajar anak-anak buahnya.

"Encik!"

Siapa pula berencik-encik dalam kebun getah ni? Bunian ke?

"Encik, mintak masa..."

Aku nak tergelak melihat 3 makhluk menuju ke arahku. Yang perempuan, terlalu amat cun sedang memegang microphone, yang lelaki 2 orang seperti bodyguard dan memegang beberapa gadget yang aku tidak tahu namanya. 

"Encik, apa pandangan encik apabila orang menghina Islam?" Si perempuan bertanya. Reporter rupanya mereka. Entah dari pulication mana, aku tak pasti.

"Kalau yang hina tu Islam, dia pulak dalam keadaan sedar semasa menghina tu. Taubatlah cepat-cepat, mengucap, istighfar, sembahyang banyak-banyak..... Jangan buat lagi lepas tu," Aku menjawab sambil merenung mata pisau toreh. Tak daya nak tentang mata si perempuan yang cun dalam kebun getah ini.

"Pasal kartun baru ni, apa pendapat encik?"

"Sejak hari tu, saya sedaya mungkin elakkan barangan Denmark. LEGO, memang saya tak pernah beli. Produk Denmark macam Cadbury's, Danone, Kraft saya elakkan...."

"Itu dulu, sekarang ni...Yang baru...."

"Apa?"

"Kartun hina Islam di Utusan..."

"Saya tak tahu, saya tak baca Utusan. Apa depa nak tulis, depa punya pasal dengan Allah. Saya dah lama boikot Utusan sejak sebelum Ir. Nizar jadi MB lagi. Even sebelum Hj. Hadi jadi MB di Trengganu lagi."

"Jadi encik tak tahu la isu ni?"
.
"Saya baca blog, baca media alternatif tahu la jugak. Tetapi yang hang semua pi baca Utusan buat hapa? Cuba Cik adik jawab, buat hapa?" Aku tertunjuk pula mata pisau toreh ke arah bulu keningnya yang agak nipis.

"Errr...."

"Berapa kali kita nak boikot Utusan ni? Berapa kali kita nak bakar Utusan? Besok jadi global warming sapa nak bertanggungjawab?"

"Kita nak tahu juga apa yang depa lapor..." Yang lelaki tolong menjawab.

POKKK... Aku baling getah sekerap tepat atas dahinya.

"Orang macam kau lah buat Utusan naik lemak. Boikot 2 hari, beli balik. Bakar belum habis asap dah tunggu depan kedai majalah nak beli Utusan. Dah boikot tu, boikot la.... Tak payah ambik tahu dah. Baru betul. Nak berita terkini dan terhebat. Suruhlah Harakah buat, biar nampak global sikit Harakah tu." 

Aku beredar ke umbi satu pokok getah. Aku mengeluarkan bekal yang aku bawa. Lapar la pulak bila diinterview time menoreh ni. Bila aku buka tupperware, semerbak bau harum keluar. Huish... Kajol masak apa pula ni?

Aku keluarkan ayam goreng dan burger yang dibekalkan oleh Kajol.

"Jemput makan sekali...." Aku ajak-ajak ayam. Aku tahu depa tak ingin pun.

"Encik... Ayam KFC dan McD encik tak boikot ke? Mereka sokong Israel tu," Seorang daripada lelaki tu cuba memulangkan paku buah keras kepada aku. Puas hatilah kononnya tu.

"Encik sekalian, aku dah boikot KFC dan McD sebelum Syeikh Ahmad Yassin diroket Israel lagi. Tapi siapa yang tahan melihat iklan KFC dan McD di TV? Siapa yang rela melihat anak-anak mereka merengek meminta KFC? Lantas Kajol berusaha menuntut ilmu KFC dan McD. Ini semua home made. Aku nak beli Radix RFC, mahal sangat, mana mampu. Susu getah pun kurang sekarang walaupun harganya tinggi."
.
Mereka semua tunduk. Seakan mahu beredar.

"Encik-Cik sekalian. Kamu semua tolong tulis, benda-benda alternatif ni, biar murahlah sikit. Barulah benda yang kita nak boikot tu terkesan."

BOK.... Semacam ada dahan getah yang menimpa aku. Adoih.... Laaa...

"Adik... Lain kali jangan buat Boboiboy macam tu atas abah.... Abah nak tido ni."

"Boboiboy kuasa tiga... Terbaeekkkk," Talhah menggayakan aksi Boboiboy sambil berdiri atas perut aku.

"Tu laa... Tadi kata nak pi servis kereta. Tido pulak...." Kajol berkata sambil ketawa.

Dari arah dapur aku terbau harum home made McD. Minta-minta chicken chop black pepper pun ada sekali.

Mari Lihat Siapa Dapat Keropok

Terima kasih kepada semua yang menyertai kontes yang pendek tempoh ini. Iaitu,
  1. Blog tips kurus
  2. Miecyber
  3. Cikgu Zam
  4. Anonymous
  5. School of Thought (SOT)
  6. Gedek!
  7. Ayohnik
  8. Genzo
  9. Kunang-Kunang
  10. Fadzi Amir
  11. Naeblog
  12. Puteri

Tiga elemen yang gua dan Kajol tengok iaitu,

  1. pemimpin, 
  2. bohong atau kencing
  3. nampak jelas atau cokkoh atas darat.
Ayat yang gua cari,

"Nak kencing pun, janganlah napok cokkoh atah darat sangat! Kah kah kah."

Di bawah adalah nama pemenang. Yang tak menang, anggaplah sebagai cobaan. Lain kali kita test power lagi.

1. Anonymous. Jam 8.24.

2. Gedek!

3. Fadzli Amir

4. Cikgu Nae

5. Ayohnik

Tahniah kepada pemenang. Sila email alamat anda kepada gua ye, ayohdo@gmail.com. Kecuali Ayohnik sebab jauh sangat, nanti lu punya gua bawak balik rumah mak je la bro ye :). InsyaAllah keropok akan dihantar bila gua selesai jual getah sekerap nanti.

Thursday, June 16, 2011

Mari Tunjuk Siapa Paling Kreatif Sambil Dapatkan Sekilo Keropok Ikang Tambang




Berdasarkan 3 gambar di atas, sekreatif anda, buatlah SATU AYAT yang menggabungkan maksud ketiga-tiga gambar ini di ruangan komen. Berapa kali anda/lu nak cuba pun gua tak kisah. 3 pengomen yang paling kreatif akan menerima sekilo keropok ikang tambang teganu kiter. InsyaAllah.

Kreativiti anda (sebenarnya lebih kepada apa yang anda/lu dapat baca apa yang tersirat di fikiran gua semasa upload gambar-gambar tu) akan dinilai oleh gua sendiri dibantu oleh Kajol.
Apa lagi, tunjukkan keterroristan anda sekarang.

Wednesday, June 15, 2011

Ariping Nak Kawin Segera Selepas Tengok Final Piala FA

Ariping berada di beranda rumahnya mengadap Laut Cina Selatan di Kuala Ibai. Mereka menonton rakaman final Piala FA sambil makan ubi rebus.

"Mak! Riping nak u..bi ni...." Ariping bersuara manja sambil menunjukkan ke arah setongkol ubi kayu dalam pinggan arcoroc.

Mak Ariping menjeling. Huh! Taktik lama bapaknya jugak, getus hatinya.

"Nak berbini cakap terang-terang Riping. Budak mana kau berkenan?"

"Budak Kelantang mak....."

"Hisshhhh penyokong Red Warrior tu Riping. Larat ke nanti masuk stadium duduk asing-asing?" Huh! Fanatik penyu betul makcik ni.

"Riping rela mak. Riping dah jatuh hati."

"Berapa lama kau dah kenal mek Kelatang tu?"

"Baru mak."

"Baru? Bila? Dah tahu asal usulnya?"

"Baru jumpa kat Stadium National Bukit Jalil masa final Piala FA baru ni."

"Kau jangan buat lawak Riping. Perempuan kau jumpa kat tempat macam tu nak buat bini?"

"Dia baik mak."

"Mana kau tahu... Kau baru kenal budak mek tu."

Ariping menghulurkan sekeping gambar kepada emaknya.

"Ni gambar budak tu mak."


Gambar cilok dari facebook. Harap benarkan.
























Mata emak Ariping tergenang air jernih.

"Mak setuju," emak Ariping membuat keputusan.

"Dua-dua boleh mak?" Tanya Ariping, gatal.

"Dah! Kau jangan nak jadi macam budak Brutalsolo tu pulak."

Tuesday, June 14, 2011

Sejujurnya Lelaki Normal

Tok Bali
Mail merapati Pak Rais, tekong laut dalam yang sedang bersiap hendak ke laut.

"Ada ke doktor pompuan tu kata isteri kena layan suami macam pelacur kelas satu..." Sengaja Mail mengumpan Pak Rais dengan isu semasa yang sedang hot. Dia mahu dengar bebelan Pak Rais yang tak lekang dengan kopiah itu.

"Hah! Ish...Ish...Ish..............................Bestnya....." Sampuk Pak Rais sambil menggelengkan kepala.

Monday, June 13, 2011

Orang Dok Cerita Kelate-Teganu, Dia Heboh Pasal Pulau Pinang.

Come on la wei umno....

Semua orang tahu la, state jagaan Lim Guan Eng ni tak masuk final,

.... janganlah dok bising heboh menyalak pasal isu jawatankuasa masjid pulak!

Suruh main bola dulu, ponteng!

Sunday, June 12, 2011

Mamat Yang Baling Mercun Memang Mangkuk

Hero tak gaddoh
Azan Asar sudah habis dilaungkan muazzin. Dengan tenang Ashaari berdiri di sejadah.

Usolli fardhal ZUHRI.... arba'a rakaatin adaan lillahi ta'ala

Allahu akhbar.

Selesai sembahyang adiknya menegur,

"Abang, kenapa abang sembahyang Zuhur selepas azan Asar. Dah luput waktu Zuhur. Mana kira lagi.. Kena niat qadha la bang."

Ashaari akur dengan adiknya yang bersekolah Pasti, bukan Tadika Kemas sepertinya.

"Dah luput waktu, tak kira la ye... Bola piala FA semalam tu, dekat sepuluh minit masa tambahan pun masih kira lagi gol?" Ashaari berhujah kepada adiknya yang kelihatan mengunyah lolipop.

"Itu bola! Dunia! Ini hal akhirat!"

"Ishh...Bekengnya ustaz ni!"

Saturday, June 11, 2011

Terengganu Yakin Gondol Piala FA

Budak Sabah ni sokong Red Warrior
"Kawe nak cuti la Ahad ni. Mana borang cuti?" Aku bertanya seorang kawan.

"Tak payah apply cuti," jawabnya.

"Bakpo?" Hairan aku.

"Ganu menang piala FA lawan Kelatang, cuti umum la bro jawabnya Ahad ni," jawabnya yakin.

Kalau macam tu, instinct aku kuat mengatakan aku perlu mengisi borang cuti!

Mat Sabu Yang Ajaib

Bro
andai kau diludah
andai kau difitnah
sebelum proses memangkah
boleh jadi angkara ikhwanmu
yang sama melaungkan takbir dengamu

Bro
kau sedang diludah
kau sedang difitnah
setelah proses memangkah
tentunya angkara lawanmu
yang tak jemu sekian lama kau kilas tangan mereka
walaupun mereka telah bertukar ketua

Bro
orang lain diserang sebelum dipangkah
engkau diserang setelah terpangkah
engkau ajaib
partimu ajaib

Betol atau tidak ???

Friday, June 10, 2011

Pesta Buku Tenganu Kiter

Semalam bawa anak-anak ke Pesta Buku di Terengganu Trade Centre.
Belum apa-apa, anak-anak sudah disambar oleh promoter product home learning.

Semasa Kakak & Kak Yong memerah otak untuk IQ test,
aku ligat memerah otak untuk melepaskan diri

Banyak buku-buku yang semuanya menarik.
Syukurlah anak-anak jenis yang minat buku.

Daddy, may I have this book?
Sure, boboiboy.


Thursday, June 9, 2011

It's getting on my nerves!

Tak cerdik!
Seorang makcik menjaja ketupat di pekan Kuala Krai. Aku yang sedang berjalan beriringan dengan Kajol membeli sejambak ketupat yang dijual. Si makcik memasukkan ke dalam beg plastik dan memberikan kepada Kajol. Memandangkan aku tengah kaya, aku hanya ada duit besar, RM50! Walaupun hanya 2 keping.

"Makcik takde duit keciklah," beritahu makcik, jujur.

Aku nampak 7 Eleven beberapa langkah dari kami. Elok untuk aku tukar duit kecik. Lantas aku masuk ke 7 eleven. Aku mencapai beberapa bungkus roti gardenia dan sebotol air soya. Lantas ke kaunter.

"Bro nak beg plastik ke.... Sebab....." Tanya cik adik di kaunter teragak-agak.

Cesss.... aku lupa hari ni hari Sabtu. Satu beg plastik berharga 20 sen. Aku menggeleng kepala dan berkata, takpalah. Dan terus mendakap roti-roti dan air soya ke dada. Terus keluar membayar duit ketupat.

Bukan aku kedekut, kalau perlu RM20 pun aku bayar untuk beg plastik. Cuma aku dari dulu tak suka cara kempen hari Sabtu tanpa beg plastik yang bagi aku songsang dan tak cerdik langsung serta memualkan.

Hurray untuk makcik jual ketupat yang tidak mengecaj beg plastik.

***

Cerita beg plastik sebelum ini:

1.  Penyelamat-dunia-mula-menjengkelkan
2.  Bagi-kita-sampah-bagi-dia-breakfast

Wednesday, June 8, 2011

Rock Kapak Zombie Kampung Pisang

Sehingga 1985, hanya Search yang menonjol sakan dengan lagu rock mereka. Pada masa tu, semua orang pun layan lagu Allahyarham Sudirman.

Kejayaan Search memangkinkan pertumbuhan berbagai-bagai kumpulan rock di Malaysia. Negeri Johor yang muncul juara dalam bab ini. Kami di Kelantan turut berbangga dengan kumpualan D'Zai, yang kemudian bertukar nama kepada Desire.

Kumpulan Wings hanya mula dikenali apabila album Belenggu Irama mereka malatop pada 1987.

Suatu hari Wings (yang masih belum dikenali ramai) datang untuk berkonsert bersama Desire di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Sedi dan lain-lain kawan aku ternampak seorang brader teramat rock dan terus teruja lantas menegur brader tu dengan penuh semangat kenegerian.

"Brader, Desire memang best. Kita lebih suka Desire daripada Wings. Ambik gambar boleh brader?"

Mereka pun mengambil gambar untuk kenangan. Sejak bila pula vokalis Desire jadi hero zombie Kampung Pisang?


Banyak la kau punya Desire Sedi!


Monday, June 6, 2011

Bahang Liga Super & Final Piala FA

Ramalan gua, The Red Warriors juara berganda tahun ni

 "Mu balik ke minggu depan?"

"Entah... Tak kot"

"Kenapa?"

"Kereta aku no. plet Terengganu la...."

Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu Menang. Ada Aku Kesah?


PAS : Tiang lampu tu lebih
tinggi daripada kita la...
UMNO : Depa swasta, aku
takda kuasa nak cakap apa!
 Mat Sabu dah terpilih menjadi Timbalan Presiden Pas. Tahniah.

Husam terpilih jadi Naib Presiden bersama Mafuz dan Salahuddin yang mengekalkan jawatan. Tahniah banyak-banyak.

Penyokong Pas sebenarnya tak peduli siapa di atas tu. Janji lawan BN. Janji lawan rasuah. Janji lawan MCA. Janji lawan MIC.

Sesiapapun kat atas tu, anda tak boleh buat keputusan mengikut nafsu masing-masing. Mengikut kepentingan kroni masing-masing. Anda ada jemaah. Anda pun dah tahu. Anda memang terbaik di antara kami-kami semua. Sebab tu Allah pilih kalian dan uji kalian.

Jadi aku tak kisah sikit pun siapa menang.

Yang aku kisah, jika ada yang nak berkomplot singkir si anu-si ani. Tuduh si anu begitu, si ani begini. Buktinya nehi.

Apalagi nak pelangkung Presiden sendiri. Itu aku kisah.

Kita parti Islam ni, sesiapa pun yang terpilih sama sahaja. Ulamak ke, erdogan ke, professional ke... Semuanya benci rasuah.

Sama juga BN. Siapa pun jadi kapitan MCA, yang soilek ke, yang tak soilek ke.... Macam tu jugalah, selagi namanya BN. Siapapun jadi Presiden Umno, yang gemuk ke, yang pendek ke, yang sembab ke, sama saja. Begitu juga MIC. Tiada Samy, macam ada Samy!

Obama ganti Bush, sama saja. Netanyahu, Yitzak Rabin ke rabun ke, sama saja.

Ingat tu. Janji buat kerja, dan aku dah kenal kalian semua memang tip-top kaki buat kerja. Tabik tuan!

Friday, June 3, 2011

Malay Dilemma

Aku hendak ke KL, berhenti solat di satu masjid besar di Gua Musang. Aku ke tandas dulu. Baru nak tutup pintu, alamak....

Pintu tu hanya disandar sahaja ke dinding. Dah tercabut completely engselnya. Nak tergelak rasanya. Aku beralih ke tandas sebelah. Nampak ok. Aku pasang paip, alamak...

Kepala paip bersekali dengan batang paip tercabut. Air memancut keluar dari dinding. Kah kah kah...

On the way balik, singgah di satu masjid di kampung yang cukup payah nak dapat durian barangkali di negeri Pahang. Masjidnya ada grading macam kedai makan. Satu inovasi jugak....




Teringat P. Ramlee. Al-Fatihah

Teori DOMINO


REVOLUSI

RADIASI

RASIONALISASI


Thursday, June 2, 2011

2 Lagi Bidaah Melayu

"Teh tarik satu, megi goreng satu, bubuh sotong."

Megi + etak. Rasional tak?
Teh ditarik, nak bagi sejuk sikit. Bukan nak kasi berbuih. Sebab nak minum cepat-cepat supaya cepat dapat pergi sambung kerja. Bukannya lepak kat kedai sejam-dua. Kalau nak lepak kedai, lebih baik order teh panas.
.
Tujuan makan megi pun sebab nak cepat. Tak ada masa. Tuang air, campur perencah. Tunggu 2 minit. Voila. Bukannya kena tumis bawang, campur itu-ini. Kalau banyak masa, lebih baik makan nasik.

Kecuali...

Barang mahal. Ekonomi rakyat tak baik. Ikan mahal, ayam mahal. Beras naik harga. Rakyat akan makan megi lebih. Tetapi di rumah la, bukan di kedai. Jualan instant noodles sebenarya secara tidak langsung menggambarkan ekonomi rakyat.

Badan & Nyawa

"Aku ambik FELDA," kata Isa Samad
"Aku ambil MARA," kata Badruddin Amiruldin
"Itu tak adil.... Kau ambil FAMA, aku ambil MARA," Kata Idris Jusoh
"Kau ambik UDA, aku ambil DARA, oops silap, RISDA," kata Tamby Chik kepada Nur Jazlan
"I like...Brother T," jawab Nur Jazlan
"Wei...FELCRA jangan kacau, itu aku punya," Tajuddin pula menyalak
"Nasib baik ada lagi KESEDAR, I like, I ambik," kata Ramzi macam budak mendapat lollipop

"Fuhh... Semua orang sudah sapu, gua KIMMA juga yang tinggal," lament seorang senator baru yang tua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...