|
Pilihan di tangan mereka |
Selepas graduate pada 1996, tak sempat nak menganggur, terus dapat kerja di kilang simen cap buaya tembaga, Perak sebagai graduate engineer.
Kilangnya luas sungguh, silo tinggi-tinggi, habuk kadang-kadang macam bermusafir di gurun sahara. Pekerjanya baik-baik. Dari boss sampai kepada pekerja biasa.
Mungkin cuma saya seorang saja pekerja dari Kelantan pada masa itu. Mungkin! Executive pula tu! Hari-hari saya kena interview, makcik kantin nak interview, kakak kerani nak interview, pekerja am nak interview, supervisor nak interview, lab assistant nak interview, pendek kata pak guard saja yang tak nak interview.
Bila sebut saja saya dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang Kelantan....Masing-masing respect habis. Melambung pujian. Dari yang tutup aurat sampai ke yang seksi, semua kagum dengan Kelantan.
Bukan kagum dengan pasukan bola sepak semi-pronya, atau pantainya, atau batiknya, atau perempuan cantiknya. Tetapi kerana orang Kelantan tolak UMNO! Orang Kelantan berani pilih PAS!
"Waaa...bagusla itu Kilatan punya olang, belani tolah BN wooo," kata seorang apek tua bawa lori batu kapur.
Semua puji Kelantan! Nik Aziz baguslah, orang Kelantan beranilah, pandai mengundilah. Hari-hari itulah yang saya dengar...
Saya? What about me? Saya, sejak datang ke Tasek Cement tak pernah declare saya sokong parti mana. Tak pernah pakai lencana parti mana-mana. Itu yang membuatkan saya terfikir dan termenung lantas bersyukur.....
Orang Perak tahu-tahu sahaja saya dari Kelantan terus buat kesimpulan saya orang Pas dan penyokong Nik Aziz.
.
Apa kata jika saya adalah pak yip Anuar Musa atau macai Stopa Mamat?
Takkan saya nak nafikan semua pujian dan katakan kepada yang memuji...
"Maaf abang-abang dan kakak-kakak semua, saya pengundi UMNO, cuma UMNO tak menang. Kerajaan PAS tu bukan saya yang pilih......By the way, saya ni pengkagum Anuar Musa bukan Husam Musa...."
Buleh saya kata begitu?
Sebab itulah saya rasa amat bertuah kerana saya tak perlu menafikan dan boleh menerima semua pujian ke atas Kelantan seadanya kerana sayalah salah seorang pendokong kepimpinan ulama'.
** Entry ini diterbitkan semula untuk mengubat hati Puteri yang bernada lementing dalam entry
ulasan Liga Super gua,