Wednesday, February 29, 2012

Berani Dia Kata Kelantan Paling Miskin!!

From Sdk to KK
"Ini memang terang-terangan menghina orang Kelantan," marah betul Setapa. Kopi susu ditangannya diteguk habis sekaligus. Tanda marah yang amat.

"Betul tu Setapa. Sekarang terbukti Kelantan bukan negeri yang paling miskin dalam Malaysia," sokong Mamat.

"Kau lebih pandai daripada PM kita la jadinya," sampuk Rais, mencemik bibir sambil membetulkan songkoknya.

"Kau tak baca ke Rais, laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri?" Tanya Mamat dengan mata terjegil. Marah dia dengan orang bodoh sombong macam Rais. Harap songkok je tinggi, IQ rendah!

"Dia mana baca tu semua Mamat. Utusan dan TV3 je rujukan dia," Setapa menambah.

"Indek kemiskinan Kelantan adalah 4.8 sahaja, Sabah 19.8... Jauh bezanya," beritahu Setapa sambil memesan secawan kopi susu lagi.

"Wah! Kita lagi kaya dari Sabah," sokong Mamat.

"Ye ke tu? Kaya pun tak pandai memerintah buat apa? Semua projek bagi Cina, Melayu apa dapat? Stadium pun tak cukup syarat untuk main bola AFC, terpaksa main kat Bukit Jalil," Rais terus skeptik.

"Isu stadium tu modal politik individu tertentu je. Perlis pun lebih sesak dari Kelantan. Indeks kemiskinannya 6.0, Sarawak 5.3, Kedah 5.3...." Setapa terus berfakta, macam Husam Musa la pulak.

"Kita kaya sebenarnya. Itu belum kira royalti yang dirompak daripada kita lagi," sokong Mamat. 110%.

"Masjid pun baru sebuah dibina dalam 20 tahun memerintah. Kaya apa?" Bantah Rais. Memang semacam songkok tinggi itu yang menyekat kepala hotaknya daripada berhujah dengan rasional.

"Ayah.....Ayah...."

Tiba-tiba 3 orang budak datang ke kedai kopi mencari ayah mereka. Mereka adalah anak Setapa, Mamat dan Rais.

"Ayah mak suruh minta duit dengan ayah, gula habis," beritahu anak Setapa.

"Mamat, Rais aku pergi cari gula dulu ye. Dah 2 hari aku minum teh kurang manis kat rumah tu," Setapa berlalu bersama anaknya.

"Ayah, ada orang datang rumah minta duit ansuran TV," beritahu anak Mamat pula.

"Aku balik dulu Rais," Mamat pula berlalu dengan anaknya.

"Ayah, mak sakit kaki. Lantai dapur patah. Kaki mak terjerlus tadi. Ayah ......" Beritahu anak Rais pula.

"Ok..Ok...Ayah balik sekarang. Tokey, air ni masuk buku ye...." Rais pula berlalu dengan anaknya.

Pak Din, tokey kedai kopi hanya memandang sepi.

"Huh! Indeks kemiskinan 4.8 pun minum air berhutang. Kalau 19.8 tak tahu la....." Sungut Pak Din dalam hati.

****
Kata Cikli:  Apa ada pada statistik? Lihatlah pada hakikat. Duduk di negeri kaya macam Selangor pun kalau terpaksa buat 2-3 kerja sehari untuk bagi anak-isteri makan, apa maknanya!

Tuesday, February 28, 2012

Peter Butler, Hassan Ali, Ir Phahrolrazi

.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................!!!!!!!

Monday, February 27, 2012

Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata

Walaupun dah sampai depan rumah, aku masih diam membatu dalam kereta. Tak keluar-keluar. Lama aku dalam kereta, hinggakan Kajol yang sedang melihat dari dalam rumah pun naik heran.

"Buat apa dalam kereta,?" Tanya Kajol apabila aku akhirnya masuk ke dalam rumah.

Aku hanya tersengih. Aku capai komputer, buka Youtube, terus mencari.....Haa, ini dia. Lagunya Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata dari filem Aa Gale Lag Ja tahun 1973, lakonan Shashi Kapoor dan Shamila Tagore. Betul-betul mengimbau zaman aku kecik-kecik dahulu.

"Lagu ni memang top," komen Kajol apabila mendengar lagu Tera Mujshe Hai Pehle Ka Nata di Youtube. Aku kalau Kajol komen apa-apa pasal Hisdustan aku mengiya saja.

Sebenarnya lagu inilah yang aku layan dalam kereta tadi. DJ Teganu FM mainkan. Itu sebab aku lambat keluar kereta walaupun dah sampai rumah. Tersandar sambil teringat zaman kecik-kecik tengah panas panjat pokok jambu butir banyak.

Saturday, February 25, 2012

Sabah Tanah Airku, Negeri Kita Yang Tercinta

Early Saturday I received an sms from my Keningau friend.


"Sejak palistine d ceroboh lg, sy terima byk msg yg menyeru kita memboikot brgn dr israel & membaca surah2 tertentu. Msg tu pula di suruh forward pd 10 org lg. Napa x suruh goverment ja yg iklankan d tv1?Napa brgn israel msh d iklan d tv? "


I didn't answer the message because I could see the answer in the message itself.

Reform is imminent in Sabah and I think Keningau will be the turning point for that. No..... Not because of Dr. Jefrey Kitingan. It's because of decent everyday people like Edy, my dude.

Friday, February 24, 2012

Parasit di Kuala Terengganu


Seminggu-dua ini, kawasan sekitar Kuala Terengganu diwarnai dengan gambar Pakar Motivasi tersohor Datuk Dr. Hassan 'Jati' Ali yang bakal menggegar di Stadium Negeri, Batu Buruk pada Sabtu ini pada program Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah.

Turut mewarnai bandar Kuala Terengganu adalah gambar bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin di kain pemidang yang bertajuk Membongkar Penyelewengan Pakatan Rakyat.

Huh! Tak cukup dengan TV, radio, akhbar, majalah yang nak-nak hari, nak-nak malam yang mengajar kita tentang penyelewengan dan kebusukan Pakatan Rakyat, perlu lagi dipanggil parasit-parasit ini untuk 'kelas tambahan'. Bodoh sangatkah kita ini?

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Cerita Dari Kawan

Kawan aku, seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan menyedari kewujudan seorang gadis muda yang bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tempat dia bekerja. Kawan aku mengagak gadis itu dalam lingkungan 18-19 tahun umurnya. Mungkin baru lepas SPM. Orangnya agak cantik, nampak sopan dan pemalu.
Naluri kawan aku terasa ingin mendekati gadis muda itu. Terasa sesuatu yang istimewa tentang gadis itu. Sesuatu yang bukan terbit daripada nafsu seorang lelaki. Tetapi sesuatu yang datang dari naluri seorang manusia.
Seorang insan yang mengambil berat sesama insan pasti ingin tahu dengan lebih lanjut. Kenapa gadis semuda itu melakukan kerja yang biasanya dibuat oleh orang yang telah separuh umur. Apalagi di bangunan yang dipenuhi oleh kakitangan lelaki dan perempuan yang memang dressing maut setiap hari.
Perasaan ingin tahu kawan aku tertangguh beberapa kali. Beliau teragak-agak kerana bimbangkan mata-mata yang memandang akan menyangka yang bukan-bukan. Kawan aku masih muda, 20an, sudah ada anak isteri, hensem, soft spoken, baik hati.
Sehinggalah suatu hari,
“Dik, adik ada SPM?” Kawan aku akhirnya memberanikan diri apabila mendapat peluang.
Gadis muda yang sedang mengemop lantai itu agak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka ada di kalangan ramai-ramai kakitangan kerajaan di bangunan besar itu datang menegurnya. Lelaki pulak tu. Muda pulak tu. Iras Saif Ali Khan pulak tu. Gadis itu hanya mengangguk.
“Tak nak sambung belajar lagi ke?” Kawan aku terus melepaskan teka-teki yang bersarang selama ini.
Hari itu barulah kawan aku tahu. Jauh di sudut hatinya, kawan aku kagum dan terharu dengan gadis muda itu. Rupanya di zaman internet rempit ini, masih wujud anak gadis yang berhati mulia sepertinya.
Ceritanya begini,
Gadis itu berumur 18 tahun. Baru habis SPM. Result SPMnya bagus. Dia memang mendapat tawaran ke sebuah IPTS. Tetapi keluarganya susah. Tak pernah dapat projek besar-besar. Tak dapat permit teksi. Tak dapat AP. Memang ayahnya kenal PM, TPM dan beberapa orang menteri, tetapi daripada TV dan surat khabar saja. Macam kebanyakan marhain juga. Jadi gadis itu membuat keputusan. Dia meminta pihak IPTS menangguhkan kemasukannya hingga ke tahun berikutnya. Jadi beginilah dia sekarang, mengemop lantai, membersih tandas, menvakum karpet, mengelap cermin di bangunan pejabat ini. Mengenepikan semua ego dan rasa malu yang normal bagi seorang gadis muda sepertinya demi mencari wang yuran dan belanja.
Suatu hari kawan aku terserempak dengan gadis muda itu lagi. Kali ini dia berbaju kurung, tidak lagi berpakaian kerja biasanya. Terserlah keayuan gadis Cik Siti Wan Kembang ini. Kali ini dia yang mula menegur kawan aku.
“Saya dah tak kerja sini lagi, dah sambung belajar, hari ni datang jumpa kawan-kawan lama.”
Kawan aku tersenyum puas. Seorang anak bangsanya sedang menuju ke puncak walaupun dalam kepayahan.

Sunday, February 19, 2012

Selamat Tinggal PAS


Berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai terompah terpijak tahi

Antara Masjid & Stadium

Talhah
Salah satu kebahagiaan seorang ayah ialah apabila anak lelaki sudah besar dan boleh dibawa sama-sama berjemaah di masjid.

Malam ini, aku dan Talhah ke Masjid Raja, Chendering. Semasa balik, Talhah query,

"Tak ada pong raja sembahyang tadi."

"Oooo... Raja sembahyang masjid lain," jawab aku.

"Kalau gitu, itu masjid biasa bukan masjid raja," simpul Talhah. Aku hanya senyum.

Apakan daya kami di Chendering, Kuala Terengganu. Kalau kami di Kota Bharu, bolehlah kami teruskan aktiviti father-son malam ini ke Stadium Sultan Muhammad ke IV pulak. Kelantan vs Sarawak, perlawanan kalah-mati pusingan pertama Piala FA.

Err... Dapat bawa anak lelaki ke stadium pun kebahagiaan seorang ayah juga ke?
Masjid Raja Chendering yang penuh keunikang. Gambar dari Google.

Friday, February 17, 2012

Luahkan..... Awak Boleh Cerita Pada Saya!

Gambar hiasan
Belumpun rancangan bermula, Tengku Man sudah tercongok di depan TV. Memang dia tak pernah miss rancangan motivasi kegemarannya. Pakar motivasi itu pun sudah menjadi idola Tengku Man.

Rancangan bermula. Hari ini pakar motivasi bercakap tentang hubungan suami-isteri. Hebat betul kupasan pakar motivasi, sebijik macam dalam buku. Ye lah, Tengku Man sudah beli semua buku-buku tulisan pakar motivasi tersebut. Tetapi Tengku Man tidak pernah jemu mendengar celoteh pakar motivasi itu.

Hatta, dahulu Tengku Man pernah beberapa kali bertemu dengan pakar motivasi itu untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dulu Tengku Man ada masalah keluarga, masalah anak, masalah isteri, masalah mentua. Sekarang alhamdulillah tidak lagi.

"Dulu ada seorang datang jumpa saya...." Pakar motivasi mula bercerita. Memang setiap kali bermotivasi, pakar motivasi akan membawa cerita-cerita menarik sebagai contoh. Itu yang membuatkan ceramah pakar motivasi ini menarik. Ada sahaja cerita menarik yang dibawanya. Menghiburkan dan penuh dengan pengajaran.

"Suami ini datang jumpa saya, dia ahli korporat besar di Kuala Lumpur.  Dia menangis depan saya, habis lenjun neck-tie dia. Saya tepuk bahunya, saya tanya, Ku ada masalah apa? Mulalah dia cerita. Anaknya tiap malam berkepit di kelab malam. Isterinya pula main kayu .....bla...bla...bla....."

Terkedu Tengku Man di sofa.

"Cisss....Ini cerita aku. Cerita isteri aku. Cerita anak aku Dulu dia janji nak rahsiakan perkara ini. Sekarang buat modal ceramah pulak. Celaka punya pakar motivasi!" 

Tengku Man mula terasa jengkel. Meluat dia melihat wajah pakar motivasi yang menjadi idolanya selama ini. Ceh! Cari makan dengan menjaja cerita orang. Cissss......

Betullah pakar motivasi itu tak sebut nama dalam ceritanya, tetapi Tengku Man gerenti kaum kerabat terdekat, pekerja-pekerja di pejabat dan rakan-rakan segolf dengannya yang mendengar rancangan ini akan dapat meneka dan tahu, cerita ini cerita Tengku Man, ahli korporat berjaya di Kuala Lumpur. Apalagi jika rancangan ini ditonton oleh anak-anak dan isterinya. Tentu luka lama berdarah kembali.

"Memang tak boleh pakai kata-kata dan janji dia ni," sungut Tengku Man.

"Orang macam ni, kalau masuk politik lagi tak boleh pakai setiap janji dan kata!" sungutnya lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Nikmat Dunia

4.30 aku punch-out.

Berjalan menuju ke kereta.

Masuk kereta, rasa kelainan. Cozy semacam.

Start kereta, pasang aircond.

Sejuk serta-merta.....

Biasanya pasang aircond maksimum, turunkan tingkap, berjalan dulu, masuk angin luar, 7-8 minit baru sejuk.

Ohh....

Begini nikmat orang dapat parking tempat teduh rupanya.

Kini baru aku tahu!

Ate, Awak Seorang Je Tahu Marah

Gambar hiasan
Tekak haus, lantas aku ke pantri membancuh nescafe. Nikmatnya rehat sekejap sambil minum nescafe panas. Mataku merenung ke langit melalui tingkap cermin. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

"Cikli, tolong kakak di kaunter sekejap. Ada customer ni marah-marah la. Kakak tak faham apa yang dia nak," tiba-tiba kakak kerani masuk ke pantri sambil menyerahkan sehelai kertas kepada aku.

Aku meninggalkan nescafe panas (nasib kau lah nescafe!), terus menuju ke kaunter, sambil membaca helai kertas di tangan.

"Ya encik ......" Belum habis greeting dia sudah pok-pek-pok-pek. Alamak.... Aku hanya menahan telinga yang semakin menipis sambil terus membaca butiran di helai kertas yang aku pegang.

"Ini kerja betul-betul menyusahkan orang! Mau meniaga pun susah. Itu mau ikut, ini mau ikut. Kalau gua bungkus... Lu semua pun bungkus!" Bebelan dia sudah semacam orang gila. Kecaman, hinaan semua ada! Cisssss macamlah aku ni android yang tak diprogramkan untuk hanya bersabar dalam apa jua keadaan.

"You diam sekejap boleh tak. Saya nak fahamkan dulu apa yang you nak dalam surat ni...." Aku memotong bebelannya yang semakin menyakitkan hati.

"Apa! Itu Melayu punya bahasa pun lu susah nak faham. Gua Cina pun boleh faham itu bahasa Melayu," kalau aku ni Goku, time tu juga aku kamehameha mamat kurang ajar ni.

"Ah.. Sudahlah!"

Aku berlalu pergi, membiarkan dia membebel seorang diri di kaunter. Kalau aku tunggu lagi, rasanya budak KFC i-City tu mungkin bukan orang pertama yang membelasah pelanggan.

**Ini cerita 12 tahun dulu maa...

Wednesday, February 8, 2012

Liga Super 8 Feb 2012 : Sabah 0 - Kelantan 0

Penyokong Sang Kijang dan Sang Badak berjemaah bersama. Talhah menyokong pasukan Sabah, tanah kelahirannya.

Malam ni kita seri 0-0 dik. Lain kali abah tak akan kasi can.

Monday, February 6, 2012

Blog Zaman Nabi

Salam Maulidurrasul kepada semua. Semoga sambutan Maulidurrasul kali ini menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya.

Aku cuma berimaginasi jika sekiranya blogging ni sudah ada di zaman jahilliyah dulu. Aku rasa pastinya semasa Nabi S.A.W dilahirkan, blog Abu Lahab, bapa saudara Bagindalah yang paling meriah. Mesti dia update blog dia, abulahab.blogspot.com  setiap setengah jam. Pada 20 April 571M sahaja mahunya tidak kurang 24 entry dibuat oleh Abu Lahab.

'IT'S A MIRACLE, IT'S A BOY'

'FREE MILK FOR EVERYBODY'

'HIS NAME IS MUHAMMAD'

'A NEW HOPE FOR MECCA PEOPLE'

'MY NEPHEW IS COOL'  etc etc

Tetapi apabila sahaja Nabi S.A.W dilantik menjadi rasul dan sudah menyampaikan risalah Islam, pastinya abulahab.blogspot.com akan berubah rentak dan sentiasa membuat fitnah ke atas Nabi S.A.W. Pastinya Abu Lahab dan geng-geng se entry dengannya akan menubuhkan kesatuan blogger anti Nabi yang tak habis-habis menghentam dan menyakiti Nabi S.A.W termasuk menyiarkan gambar-gambar Nabi S.A.W yang telah disuperimpose. Blog mereka pastinya ditaja oleh Apco yang berpusat di Madinah semasa itu.

Dan semestinya akan ada pula bloggers yang menyokong Nabi S.A.W. Mereka juga akan menubuhkan kesatuan bloggers pro Nabi S.A.W. Entry mereka akan bercerita tentang risalah yang Nabi S.A.W sedang sampaikan. Pastinya enak membaca blog mereka yang mendapat bimbingan direct daripada Nabi S.A.W.

Ada juga blog penulis upahan yang hanya mencari tuan yang sanggup bayar lebih. Depa ni lebih kepada spin doctors yang akan cuba sedaya upaya menambahbaik dan menghalalkan tindakan majikan yang membayar mereka disamping melonjakkan nama mereka sendiri. Mereka boleh swing 180 darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara blog yang tersohor semestinya binubai.blogspot.com dan abuamir.wordpress.com.

Yang paling banyak adalah blog-blog yang tidak incline ke mana-mana. Blog yang hanya bercerita pasal oasis, kebab kambing, roti arab, barkhan, how to get the most of your unta, trade-in unta, dapatkan barangan dari Syam dengan separuh harga, no-slaves, sajak-sajak kontemporari Mekah, tudung dan jubah dari Basrah, double your kambing-double your income, duit masuk tanpa perlu menjual kambing atau unta, jenis-jenis kurma, cara nak buat duit di musim haji etc etc. Seronok tentunya melayari blog-blog ini sambil menunggu kambing meragut di Oasis.

Kesimpulannya, di zaman mana pun kita, di era mana pun kita. Berceramah, berkomedi, berlakon, berkarya, berkartun, berblog, bertwitter, berpolitik, berfacebook, bertv, berradio, berkah kah kah, bercerpen, bernovel, janganlah sesekali mencari haluan yang bertentangan dengan risalah yang Rasulullah S.A.W bawa. Kita kena jawab semua tu bro. Sendiri mau ingat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...