Sunday, July 29, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Malaysia vs Arsenal


Kalau aku ada jersi Arsenal pun, aku takkan pakai masa team Malaysia vs Arsenal.

Walaupun background tu blur, aku masih nampak budak-budak berbaju merah yang terloncat-loncat  kat belakang tu berhidung kepek dan berkulit koko, macam aku.

Tuesday, July 17, 2012

Sekolah Harapan

Kartun oleh Kulup Sakah
1. Dulu-dulu di Sekolah Harapan

Cikgu: Kamu ni asyik lewat je, Anwar.


2. Sekarang di Sekolah Takde Harapan

Cikgu: Kamu ni asyik liwat je, Anwar!


Monday, July 16, 2012

JIKA DULU AKU...


Jika dulu aku masuk politik
akukah sekarang menteri yang tega membiarkan harga barang terus naik
dengan hanya mencari alasan lapuk 
serta berzikir "subsidi...subsidi...subsidi"

Jika dulu aku masuk pertandingan bintang RTM
akukah kini artis yang sibuk berceramah di pentas Pas
atau aku yang gah mengiystihar diri masuk Umno
dan kerjaku hari-hari bertweet-tweet-tweet

Jika dulu aku ke sekolah Maahad Muhammadi
akukah hari ini pendakwah bebas tersohor yang sering muncul di kaca TV
atau aku di antara 40 ulama muda yang beratur menyerahkan borang Umno
nombor tiga di belakang Fathul Bari

Jika dulu aku engkari arahan ayah dan ibu untuk pergi mengaji
akukah baru-baru ini yang berani menghunus pedang mengaku Imam Mahadi
atau aku jadi si jahil yang tergamak menghina hudud agama sendiri

Jika sedari dulu aku malas berfikir dan mengaji
akukah si polan ini yang berani menghakim-menghukum itu-ini
sedangkan guruku hanya radio dan TV

Semoga anakku Talhah & kawannya Yusuf menjadi anak-anak yang soleh

**Tengah bermenung untuk entry di Wadi Kita sempena Ramadhan ini.

Wednesday, July 11, 2012

Mengapa Celaru Bila Lelaki Ini Mengamuk?

Utusan punya pukulan
  1. Kita digemparkan dengan berita seorang lelaki bersama pasangannya yang dikatakan mengamuk di JPM, Putrajaya. Lelaki ini akhirnya ditembak pihak berkuasa dan meninggal dunia kemudiannya.
  2. Namun, aku masih mencari dalam berita-berita yang ditulis, di mana point yang menyatakan lelaki ini sendiri yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
  3. Kalau dia mengaku sebagai Imam Mahadi sekalipun, tak perlulah paper melaporkan 'Imam Mahadi' Mengamuk! Kita semua tahu benar siapa Imam Mahadi yang sebenarnya dan untuk apa tujuan baginda akan muncul kemudian nanti. Apa persepsi orang yang jahil tentang Imam Mahdi bila membaca tajuk berita ini?
  4. Tindakan lelaki ini cuba dikaitkan pula dengan gerakan Islam yang ada di Malaysia oleh segolongan pencacai dan macai semata-mata kerana dia dikatakan melaungkan Allahu Akhbar. Senangnya mereka menjadi hakim.
  5. Yang nyatanya, mengikut bukti fizikal yang ada, lelaki ini membawa pedang samurai. Jadi begitu, kenapa tak kaitkan sahaja tindakan lelaki ini dengan samurai atau ninja atau mana-mana shogunate di Jepun? Kan pedang samurai yang digunakan?
  6. Lelaki ini tidak berbaju, memakai seluar jeans. Jeans terkenal sebagai pakaian cowboys di Amerika. Jadi kaitkanlah pula tindakan lelaki ini dengan puak cowboy Amerika. Kenapa? Tak boleh?
  7. Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan di atas, aku cadangkan kepada Editor Utusan, laporkan  saja 'American Ninja' Mengamuk. 

Berita Harian punya pukulan

Tuesday, July 10, 2012

Kasim Selamat

Aku dah semakin tua dan sensitif. Jika dulu aku tengok cerita P. Ramlee, Ibu Mertuaku begitu-begitu saja. Tapi malam ni aku terpaksa mengesat mata beberapa kali sebelum cerita Ibu Mertuaku berakhir. Atau jerebu kat luar dah masuk dalam rumah?

Thursday, July 5, 2012

Kisah Aku di Kota Raya


Aku melihat:
Alangkah indahnya pandangan matahari turun
di belakang bangunan berkembar Petronas

Aku berfikir:
Alangkah baiknya jika harga minyak RON 95 yang turun
kerana aku ini bukan eksekutif di menara Petronas
tetapi hanya pam atendan di stesen minyak Petronas



Sunday, July 1, 2012

Bila Cikgu Sibuk Berniaga...

Gurau je cikgu.... Jangan marah.

Terserempak Yuna di Pasar Besar Kota Kinabalu

Ke mana-mana dia bawa kamera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...