Monday, September 8, 2008

Lu Miskin, Kenapa Posa?


.


Adik terhegeh-hegeh menolak wheel barrow yang penuh berisi buah sawit ke tempat pengumpulan. Itulah kerja adik sementara menunggu result SPM 1991.


"Lu posa ka?" Tanya seorang penyelia apek.


"Posa"


"Waa... talak letih ke...itu olang pun Melayu, tapi talak posa pun", kata apek lagi sambil menunjuk ke arah orang yang dimaksudkan.


"Kenapa lu posa ma?" Tanya apek lagi.


"Bila lapar, kita ingat sama orang miskin yang takde makanan", adik jawab sama seperti apa yang ustaz, ustazah dan lebai-lebai cakap.


"Olang miskin tak payah posa la? hari-hari lapar" Apek menimbulkan persoalan yang adik tak kuasa nak menjawabnya. Lagipun kerja kutip sawit dibulan puasa dengan matahari khatulistiwa di atas kepala benar-benar merujakan dan mencerokkan perut.


Terima kasih banyak-banyak kepada apek kerana mengajar adik erti kehambaan yang sebenarnya. Kerana Allah lah kita berpuasa, kerana kita hamba Nya, dan Dia Tuan kita. Tuan suruh, kita kena buatlah. Tak buat kena marah, jika Tuan marah, mana hamba nak mengadu?

Ingat orang miskin, bagi rest enjin perut, mencerdaskan akal, melatih kesabaran etc etc itu semua adalah hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang.


Kadang-kadang hikmah ini untuk orang yang terlalu berakal yang hendakkan reasons dan benefits untuk setiap tindakan hatta dalam persoalan pengabdian kepada Tuhan.


Kalau adik jumpa penyelia apek tu lagi, balik dari oversea ni adik nak belanja makan.


.

Tips Ramadhan

.

SMS lama dalam mailbox dari kawan juga guru yang dikasihi.

"Sentiasalah

. SETTING Niat

. UPGRADE Iman

. DOWNLOAD Sabar

. UPDATE Doa

. DELETE Dosa

. TOP UP Ilmu

. REDEEM Pahala Banyak-banyak"


Thanks guru, untuk ilmu dan selalu belanja makan. Minta halal.
.

Friday, September 5, 2008

Sedekah Jariah

.

SMS daripada teman, Mufa di Gerik.


ASRAMA ANAK YATIM UMMU SALAMAH SDN. BHD. Grik, Perak.

Maybank Akaun: 5580 7911 4983

Dalam proses membina surau dan 2 unit rumah kedai untuk menjana ekonomi. Bantuan simen, bata, besi amat diperlukan.

Terima kasih kepada yang menderma/wakaf. Semoga Allah memberkati.


***

Thursday, September 4, 2008

Buffet Agama




Tersebut dalam The Borneo Post, Rabu 27 Ogos, 2008.

Seorang Islamic scholar , Imam Feisal Abdul Rauf semasa di Sarawak Islamic Information Center selepas berceramah " Contemporary Islam: Struggles of an ordinary Muslim", berkata, (elok baca dulu berita The Borneo Post di atas)

.......“That’s why I urge the authorities to create a way where people can taste or experiment with Islam to find out whether it is suitable for them,” he said.

Sebelum itu beliau berkata......

“I believe it’s like a buffet where you see different things and you just want to taste a little first and see what you want. So, you have to create an option for people to ‘taste’ Islam before they ‘buy’ it,”

Cerdik dan bergeliga betul otak orang kita sekarang.

Saya tak pasti jika beliau ditakdirkan hidup di zaman Nabi S.A.W. sama ada beliau akan dilantik sebagai penasihat Baginda ataupun awal-awal lagi sudah ditempeleng oleh Umar dan Ali.

.

Wednesday, September 3, 2008

Siapa Kata I.S.A. Zalim?





Semasa di bilik hotel di Tawau pada malam 26/08/08, saya menonton TV1 untuk mengetahui perkembangan di bumi Permatang Pauh. Terlihatlah pula saya program Diari Pasung di RTM1. Menceritakan tentang tahanan I.S.A.

Dinyatakan tahanan I.S.A. tidak pernah dizalimi, warden-warden semua baik. Ini di akui seorang tahanan yang bahagian matanya dikaburkan. Kalau tunjuk clear pun, sah saya tak kenal tahanan ini.

Dinyatakan juga mereka makan cukup, diet mereka seimbang dan lazat berzat. Ada 6 menu dalam sehari.

Jadi saya bayangkan begini.

Pagi:
Nasi lemak, karipap, teh atau nescafe

10.00 am:
Tepung pelita, kopi

12.00 tgh:
Nasi beriani, kurma daging, ayam masak merah, tauge, sirap

3.00 pm:
Akok, teh tarik

6.00 pm:
Nasi putih, gulai tempoyak, ikan masin, kopi-o atau teh-o

10.00 pm:
Roti planta, milo

Saya bayangkan pula menu di rumah untuk isteri dan anak-anak yang ditinggalkan oleh tahanan I.S.A. (bukan semua ye). Of course tak termasuk keluarga YB Dato' Brehim Ali yang diinterbiu dalam rancangan tu kerana dia ada harta.


Pagi:
Nasi goreng kosong, teh-o

10.00 am:
Tiada

12.00 tgh:
Nasi putih, telor, kangkung tanam sendiri, air masak

3.00 pm:
Jambu butir banyak belakang rumah

6.00 pm:
Nasi putih, ikan kering goreng, air masak

10.0 pm:
Tiada

Perlukah aku bercakap dan berdiskas dengan rumput yang bergoyang? Atau cukup dengan YB Dato' Brehim yang bersyukur kerana ditahan I.S.A. yang menjadikan jatidirinya meningkat selepas keluar dari kem itu yang menjadi inspirasinya.



Tuesday, September 2, 2008

Belanjawan Perihatin




Alhamdulillah.


Purnama-purnama kebelakangan ini, penduduk-penduduk di Borneo semacam penting dalam semua decision yang dibuat di Semenanjung. Yang untung termasuklah orang dari Semenanjung yang berbakti kat Borneo. Sekali setahun boleh balik tambang free yop. Depa yang kerja kat Semenanjung pun belum tentu 2 tahun sekali balik kampung jumpa mak bapak. Apalagi bila harga minyak turun tak banyak sekarang.


Cadangan saya belanjawan special untuk rakyat Sabah, kalau ada lagi ruang dan duit lebih tu elok diberikan elaun atau rebate atau subsidi atau insentif atau royalti atau sumbangan atau baucer atau one-off atau grant atau bail-out atau sponsor atau panggillah apapun untuk orang di Sabah beli durian. Kalau boleh claim di Pejabat Pos, bolehlah bawa bijik durian dalam guni sebagai bukti pembelian.


Durian sini mahal yop. Tempat yop mungkin tak jadi rege. Tapi kat sini durian kampung pun pernah teman beli sampai RM15 sekilo. RM18 pun ada. Biasanya RM10 sekilo. Jadi sekali beli tak banyak, 2 bijik je. Dapatlah balik baki RM2 jika kita beri RM50 kat si penjual.


Kalau tak nak bagi pun boleh arah MAS dan Airasia bagi kebenaran bawak durian naik flight depa. Taklah bapak yang pi kursus di Semenanjung aje yang dapat pulun deghoyan banyak-banyak. Biarlah dapat bawa balik untuk anak-anak sama.


Sekadar cadangan je. Amacam Bung?



Ramadhan Karim

Allahu Akram

Kita yang telah merdeka 51 tahun ini, tak ubah macam berada dalam bulan Ramadhan. Bulan yang mana setan-setan diikat dan dirantai.

Walaupun setan-setan dirantai pada bulan ini, kebanyakan kita (termasuk saya) rasa macam biasa. Macam juga tatkala setan bergelumangwang dikeliling kita.

Sebelas bulan kita digoda dan ditunjuk setan itu-ini. Jadi bila kita masuk Ramadhan, kita masih terikut-ikut dengan apa yang kita harungi sebelas bulan yang lampau. Yang kaki gam, gamlah, yang taik rasuah, makin kalut nak kumpul duit beraya, yang kaki ampu, macam itulah, yang malas, makin malas sebab lapar, media yang memutar belit, lagi nak jadi champion …etc etc

Begitulah kita yang dah merdeka 51 tahun pun masih terikut-ikut dengan fikrah, gaya, undang-undang, jalan hidup dan agama penjajah walaupun penjajah pergi dah lama dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...