
Barisan Pelakon.
Ramai Pengundi sebagai Pemandu Honda, Si Bengap
BN sebagai Pemandu mabuk
PR sebagai Passer-by
Suatu hari, Si Bengap bersiar-siar dengan Honda City 2nd-hand. Bangga bukan main kerana dapat memiliki kereta idaman dengan loan 2 bank. Bank Rakyat untuk bayar muka, Ambank untuk loan kereta.
Dah bersiar-siar, dahaga la pulak. Lalu berhenti di tepi jalan. Nak beli air jambu asam boi dekat Masjid Terapung Kuala Ibai. Baru je Si Bengap membuka pintu,
GEDEGANG!
Seorang pemandu mabuk entah dari mana datang. Merempuh pintu Honda hingga tercabut.
WOI..... Marah Si Bengap.
"Kereta Honda aku ni mahal woiii.... Dah nak kena repair pulak!" Marah betul Si Bengap.
Seorang passer-by yang kebetulan lalu di situ menegur dengan kehairanan.
"Encik, tak sakit ke.... kenapa encik marah pasal pintu Honda? Tangan encik tercabut melambung ke depan tu tak sakit ke....?"
"Ye ke?" Si Bengap semacam baru sedar dan terkejut,"tangan aku putus?....Alamak", lantas Si Bengap berlari ke arah tangannya yang putus.
"Alamak......habis la calar jam Rado aku.....", rintih Si Bengap.
Pemandu mabuk, nampaknya anda terlepas lagi. Tahniah le....